Friday, August 7, 2015

POS LAJU MALAYSIA... SAYA KECEWA :(







 poslaju Malaysia....

KECEWA!!!
dan.......................
MENGECEWAKAN!!!
dah banyak kali mengomel pasal pos laju..
tak dapat bersabar dan redha begitu sahaja..
lalu...lajulah tangan ni menaip report...
 ******************************
    
Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera,
Saya, Isma Ilya Binti Ahmad Puad (861130************) ingin membuat aduan kepada pihak pengurusan poslaju.
Untuk makluman, saya menghuni rumah apartment tingkat 3. Ianya AMAT MENDUKACITAKAN apabila petugas poslaju seringkali tidak menjalankan tugasannya dengan baik dan penuh integriti. Saya seorang ibu yang berkerja di rumah dan seringkali menggunakan perkhidmatan poslaju bagi tujuan penghantaran barang sama ada keluar ataupun masuk (termasuk pickup service).
Berikut saya senaraikan kegagalan dalam tugasan daripada pihak poslaju yang saya alami;

1) Meninggalkan notis pemberitahuan di dalam peti surat (tingkat bawah) TANPA NAIK ke rumah bagi tujuan penghantaran barang (masalah ini sudah saya alami 3 kali)
2) Membuat panggilan dan meminta saya turun dan mengambil barang di pagar (saya terpaksa mendukung bayi saya berusia bawah 1 tahun turun naik tangga untuk mengambil barangan tersebut)
3) Membuat panggilan dan meminta saya/wakil turun mengambil barang di tingkat bawah blok kami
4) Tidak menerima sebarang notis pemberitahuan, tetapi mujur dapat tracking no dari penjual, bila trace, memang barang gagal diserahkan :( (masalah apa pula ini?)

Insiden-insiden ini amat mengecawakan saya, dan saya AMAT BERHARAP kejadian sebegini tidak berulang lagi sama ada pada saya mahupun pada orang lain.
Sekian, terima kasih,
Umat Islam, Warga Malaysia yang sangat kecewa.


*******************

bila dah sent email report ni, tahu apa yang saya terima???



jadi? apakah kesudahannya????????