Sunday, February 9, 2014

Mommy To Bee (Laman 2)

tapi... IM tiba-tiba blur..
macam mana nak bagitahu cik abang
hahha
macam malu pun ada....
hihi...
so lawak la...


....itu sorotan entry semalam ye...

Assalamualaikum wbt semua,
selamat berhujung minggu
sambil-sambil IM siapkan bahan-bahan art & craft untuk next week's lesson,
sambil-sambil search ideas untuk next week's lesson,
sambil-sambil jugalah IM post entry ni

hihi... itulah saya..
yang tak reti buat satu keje je
(kalau tengah sihat lah.. kalau tengah K.O.. apapuntakboleh)

ok.. seperti yang dijanjikan semalam..
alkisahnya, macam mana situasi seorang isteri yang malu-malu kucing ni 
nak inform suaminya yang UPT nya +ve?

kisahnya begini..
"Allah.... macam mana ni nak bagitau ni???...", berkata di dalam hati.
Yang sebenarnya UPT tu dah ada kat tangan
duduk sebelah suami yang baru balik masjid, baca akhbar
gitu...
tapi gelabah-gelabah
acaner ni? acaner ni?
"Robbi yassir wala tu'assir.. ya robbana.. ameen".

Lalu dengan terketar-ketar, tanpa berbahasa sepatah pun
dihulurkan UPT tersebut kepada sang suami
suami yang khusyuk baca akhbar tediam seketika
eh? ha? betul ke ni?
Alhamdulillah, terus dipeluknya isteri..
aah.. isteri masih sejuk beku
diam... macam blur2..
^_^ saya pun tak paham entah kenapa macam blur2 je time tu
kuikui...

wallahua'alam mungkin ada yang senasib dengan saya
blurrrr
kuikui...
Allah je Maha Tahu apa yang bersarang dalam benak dan hati ini
:)

Nak dijadikan cerita lagi, lepas tu terus siap-siap nak balik kampung suami
so, plan asal nak singgah kat klinik kat sungai besar la...
so, bila sampai pekan sungai besar macam blur
:mana nak cari klinik yang ada doktor wanita?
pusing punya pusing, tak ada!
hahha... maka misi petang itu gagal

gagah kan juga diri ke klinik biasa, tapi...
"Maaf ye, doktor balik mandi, 7 malam nanti baru datang klinik", kata nurse.
oh... ok...
kami ambil keputusan nak buat UPT kat klinik tu
tapi kena tunggu malam la...
doktor lelaki pun lelaki la.... sebab nak confirmkan je dulu
bukan nak check up pun, ye dak?
hahha

so, sebelum sampai rumah mak bapak mertua
punyalah menyinga dan warning suami
"Ha! Jangan nak hebahkan dulu tau! kena confirm kat doktor dulu ok!! Janji?".
"Ok! Janji", suami akur warning sang isteri yang memang garang
hahhaha
^_^


Alhamdulillah, malam tu juga buat UPT kat klinik
dan keputusannya +ve
syukur Alhamdulillah
and the new journey begin...

... akan bersambung lagi...