Wednesday, June 20, 2012

Dari Kekasih Buat Kekasih


Allahuakbar!


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada         
        Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha 
        Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:1) 


Buat sahabatku yang sentiasa ku titipkan namamu dalam doa dan sujudku..
Sungguh memang Alalh sedang mengujimu dan keluargamu..kerana yang pasti, Dia Maha Mengetahui betapa kalian MAMPU dan sangat kuat dalam menghadapi ujian yang satu ini..

Sabarlah sahabatku yang ku sayang atas nama Ukhuwwah fillah abadan abada..

InsyaAllah.. ada jalan yang terbaik terbentang di hadapanmu dan keluargamu.. Sungguh, terasa tak layak untuk menitip nasihat atau kata apapun buatmu dan keluargamu..  Yang daku mampu hanya mendoakan kalian sungguh2, walaupun hanya membaca e-mail ini sahaja, terasa berat sungguh tanggunganmu..

Maaf.. kita jauh.. kalau dekat, memang serasanya kita pasti duduk bersama, berendam air mata bersama.. sungguh kalau boleh transfer bebananmu itu, ingin sekali ku pikul seluruhnya, agar ringan sedikit jiwamu itu.. 

Terkadang Allah menguji hambaNya sebagai tanda murka atas segala kealpaan dalam menyoroti dunia, ada masanya Dia mengujihambaNya sebagai pengukur aras, sama ada hambaNya sentiasa bersedia menggalas segala ujian, tanda Dia sentiasa memerhati kita. dan ada juga ketika, Dia menguji kita dengan sehebatnya untuk mengangkat lagi level keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Kuasa...Yakin pada ketentuanNya dengan sungguh sungguh ye sayang  :)



Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-'Ankabuut 29:3)  



Ujian ini! Bila ia akan berlalu? Bila 
Mungkin keperitan itu akan menerbitkan sejuta persoalan di dalam kantung aqal dan jiwamu sahabatku..Sungguh diriku jua tak mampu untuk memberikan jawapan pada setiap persoalanmu.. Yang nyata, Dia sentiasa mengingatkan kita dalam QalamNya yang agung:-

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; 
       kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah 
       ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan 
       kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan 
       pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan 
       tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
 
(Az-Zumar 39:49) 

Dari apa yang mampu kuhadamkan daripada e-mailmu, sungguh Dia sedang menjagamu dengan sebaiknya. Dia lindungimu agar terus-terusan dirimu tetap anak solehah pada mama dan abah... Mungkin jika Dia tidak menghirauakanmu, Dia mungkin akan membolak-balikkan hatimu, lantas segala nista dan kata2 y tak sepatutnya terpacul daripada lidahmu yang memang diberi kelancaran, tapi, sungguh-sungguh Dia menghalang itu semua daripada berlaku. Allah ar-rahman ar-raheem..

Tenanglah jiwamu wahai sahabat tersayangku;

Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat 
         tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang 
         terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan 
         iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit  
         dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha  
         Bijaksana.
(Al-Fat-h 48:4) 

Beralih pula kisah 'akhi mu' itu.. sungguh diriku sedikit kekaburan.. sebenarnya, segala jawapan ada padamu sayang.. kembali kepada ingatan yang sering dirimu ulang padaku bilamana diriku rasa jatuh tak tertanggung dalam kisah cinta duniawi ini, ISTIKHARAH... sungguh.. itu yang mujarab.. tak habis dengan itu, solat sunat TAUBAH.. 

terkadang segala jawapan kita hanya bergantungan di arasy, dan dengan solat sunat TAUBAH itu, mohon agar hijabnya terbuka dan terlerai segala belenggu.. Jika memang dialah jodohmu yang tercatat di Luh Mahfuz, maka berbahagialah sahabatku, namun kiranya yang dirancang adalah yang selainnya, maka bahagiamu akan berlimpat kali ganda.. kerana dirimu mendahulukan mama dalam segala hal.

Jika diriku di tempatmu, MUNGKIN akan ku tangguhkan dahulu.. sungguh akan kusut jika memikirkan semua ini. Tambahan pula, sungguh aku tahu, betapa dirimu ingin benar agar mama tenang dan kembali seperti mama yang kalian sayangi, yang menjadi tempat berpaut kala susah dan senang hatimu.. NAMUN, berat rasanya untuk mengotakan segalanya.. sungguh ku akui.. semua ini hanya mampu jadi tulisan, dan mungkin sukar untuk dirimu ikut.. YA.. sulit sungguh..=_=

Apa yang pasti, ikutlah gerak hatimu dan turutilah segala pesan mamamu yang paling dirimu sayang.. Kuatkan jiwamu..


Dan ingatlah.. Allah sentiasa bersamamu...  diriku dan has pasti tetap denganmu.. yakin pada janjiNya... istighfar sebanyak-banyaknya.. doa jangan putus-putus.. sebelum berkata-kata, berbasmallah dalam tiap tuturmu, agar ia tidak hanya menjadi sekadar kata-kata, insyaAllah akan meluncur bagai senjata yang Allah kirimkan bersama para Malaikat penjaga arasy dan bumi hendaknya..

InsyaAllah.. Rabbi yassir wala tu'assir.. 


wallahu'alam... moga dirimu kuat dan terus kuat sayangku...


Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi 
        taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) 
        berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana 
        sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin 
        (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada 
        dalam petunjuk hidayah.
(Al-A'raaf 7:30) 


=_=    Tinta hati buat yang paaaaaaaaaaling disayangi dunia akhirat..

Tuesday, June 19, 2012

Palitan Dosa

.. malam ini..
cuba untuk bertenang, setenang, tenangnya..
tapi asyik saja memikirkan masa depan yang tak pasti ini

terlalu aku  lemah
mengimbau segala palitan dosa
tapi.... masa depan terus meyakinkan aku
betapa hidup harus diteruskan
walaupun pautannya hanya pada reruntuhan harapan


harus aku kuat
menangkis segala kekejaman diri pada diri sendiri
batinku harus kuat
sekuat kuatnya
tabah setabah tabahnya

hari depan yang penuh pengharapan
moga terus aku setia di sini
menanti suatu yang tak pasti
menagih janji yang satu itu
sungguh cintaku padaMu Ya Rabb....

Monday, June 18, 2012

MASHAF QURAN WANITA :)












Hanya RM40 senaskhah..
berminat?
sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang.. lebih bermakna ni  ^^

Saturday, June 16, 2012

TUNGGU

lelah
sudah keletihan menjadi penunggu  yang setia
maka izinkan daku pergi
dan menjadi insan yang ditunggu..

menduga keikhlasanmu
yang satu
selamat tinggal cinta dunia

aku menuju kepada cinta abadi
cinta hakiki
cinta Ilahi, akhirat dan mati

selamat tinggal semua
izinkan ku pergi
simpan semua memori

Friday, June 15, 2012

Mungkin Ada Benarnya

..sungguh.. hampir ditimbuni dengan angan-angan dan harapan yang membuatkan diri semakin lemah.. Lupa akan kehadiran sebuah kenyataan. Dengan mudah menolak segala realiti yang terbentang di depan mata, hanya kerana ianya tidak seperti yang diimpi..

mengapa selalu membiar emosi membungkam segala  rahsia Allah
bukalah mata dan hati seluasnya
nikmatilah, segala yang Allah anugerahkan kepadamu
sambil menyulam segala kesyukuran dan rasa kehambaan kepadaNya Yang Maha Satu

tidak pernahkah serik pada kesilapan lalu
bangunlah jiwa
jangan pernah mengalah sebelum berjuang
jangan pernah jatuh sebelum mendaki
jangan pernah tersadung sebelum mengharung
jangan pernah serik sebelum memungut teladan

sungguh..
sering saja hati tak tertahan
fikrah ku tak seutuh mana
iman ku tak seteguh mana
taqwa ku tak setinggi mana
namun ku harung jua..

walau seberat mana.. pasti akan ku pikul
selagi Kau izinkan...

wahai insan bernama diri
jangan benarkan dirimu terluka lagi
dek kealpaan dan kebodohan sendiri
...
jangan biarkan selumbar menusuk hati
takut ianya tak mungkin sembuh kembali
...
jangan relakan dosa itu terbit kembali
hanya kerana tergoda dengan duniawi

Kuatlah wahai insan bernama diri
jangan benarkan memori itu membayangi masa depan
jangan izinkan kisah duka terus menyelimuti masa indah
peganglah pada janji Nya.. bukan janji manusia semata
mungkin ada benarnya..


Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Al-Baqarah 2:103)




Wednesday, June 13, 2012

Teka Teki

.... memang saya tak suka.. FULLSTOP..

saya suka kan surprise.. but not this kind of TEKA-TEKI.. sangatlah tak suka dan tak layan   =_=
so.. sejak dari sekolah lagi, kalau orang soal teka-teki ni, memang la sangat malasnya nak fikirkan jawapan.. ye la.. penat-penat fikir pastu bila jawab salah, oh ia sangatlah MENGECEWAKAN..

memang la den tak berkenan iye..

nak dijadikan cerita.. bila dah besar ni, barulah menyedari bahawasanya hidup kita ini penuh dengan TEKA-TEKI.. yes.. itulah realiti yang terbina dengan sebuah harapan dan kadang-kadang dibayangi bayang-bayang dan diselimuti angan-angan..

ooo.. sebuah kehidupan yang CACA MARBA  ^^


Tuesday, June 12, 2012

saya insan cengeng

saya insan cengeng
saya insan cewek
saya memang begini

bila sakit saya nangis
bila sunyi saya nangis
bila sedih saya nangis

oh.. itu memang habit saya

seorang insan cengeng

***
sekian

Monday, June 11, 2012

BERDOA

Sangat membutuh kan doa
ya... doa
doa agar diutus kekuatan
doa agar terus dianugerah kesabaran
doa agar dipinjamkan keistiqmahan dalam diri
doa agar diberi petunjuk dalam hidup kedua-duanya dunia
doa untuk keamanan Islam

moga mekar dan bercambahnya benih mujahadah dalam diri
moga saja diri ini mampu untuk berjuang
bukan menjadi petualang
dan bukan jua penyumbang..
kepada keruntuhan dunia
bukan jua untuk menghancurkan ceria

moga darah mujahidah terus mengalir dalam diri ini
abadan abada uhibbullah   :)

LAYAR HIDUP 2

     Terlalu indah perjalanan hidup ini...
Dilatari pelbagai warna, yang kadang menceriakan, kadang menyuramkan, kadang mengaburkan pandangan dan kadang menyesakkan... 


     Namun apa yang pasti, hidup harus berjuang untuk terus maju ke hadapan, bukannya menyesali dan meratapi masa silam. Lantaran hiba mengenang kesedihan masa lalu, manusia kadang lupa untuk menguatkan jiwa, aqal dan semangat juang. 


     Walaupun ketidakperluan pada sebuah perjuangan (jihad) di medan perang, namun jangan sesekali kita alpa, misi kita di dunia sebagai Khalifah Allah, yang berjuang terus-terusan mengibarkan panji da'wah dan menyebarkan syiar Islami..
Ya!!! Mungkin kita bukanlah sebaik mana untuk berda'wah seperti Mua'lim, Ulama' dan seumpamanya, tapi WAJIB untuk kita melaksanakan amanah yang satu ini.
Kuatlah wahai hati.. untuk terus istiqamah dalam jalan Allah  :)




Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(A-li'Imraan 3:142)




     Dan syukur pada Nya, masih lagi hati ini kuat bertahan. Kadang-kadang bisikan dan hasutan syaitan itu kuat menggoda. Mana taknya! Ada pasang surut iman di jiwa ini.




A200

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.






     Saya akui, memang saya bukanlah budak yang sangat baik, tapi selalu ingatkan diri untuk terus jadi baik, baik dan lebih baik. InsyaAllah.. Oh ya, inilah sambungan daripada PART 1 dulu. Sangat lama kan.. tak apa.. yang pasti ada kesinambungannya...


     Yes! Saya memang tak suka bila kena masuk asrama... Bak kata ibu, "Setiap hari Rabu je mesti call, suruh datang ambil, nak balik rumah". Ahahaha!! Silalah gelakkan saya. Ya! itulah saya yang dulu. Saya yang cengeng, mudah terasa dan emosi (masih seperti ini, tapi dah kuat sikit la).


     Saya bersahabat dengan pelbagai jenis manusia, apa yang pasti, diri ini masih jitu dan kuat prinsip hidup membuatkan saya mampu bertahan di dalam lautan karenah manusia yang pelbagai. Saya bersahabat dengan kawan-kawan yang solehah (rajin menasihati, baik budi, menegur yang mana khilaf) syukur Ya Rabb. Tapi saya tak mungkin prejudis terhadap kepelbagaian manusia. 


Pelikkah saya ???


  ~ saya sangat tegas dan garang (orang selalu gelak dengan statement saya yang satu ini)
  ~ hidup saya tiada istilah couple (sebab ajaran Rasulullah tak tersenarai pun kn kn)
  ~ say no to wayang!!! (insyaAllah masih lagi bertahan)
  ~ dan macam2 lagi...


     Saya bersyukur, kawan-kawan saya sangat memahami. Bila keluar dengan saya, if nak ke wayang, mereka akan make sure ada MPH atau mana-mana tempat yang sesuai untuk saya spend time semasa mereka menonton. Sayang korang!!! Yes!


     Ya! Saya memang mudah mesra dengan sesiapa pun. Tapi AWAS!!! Saya sangat sangat sangat takut dan tak pandai bersahabat dengan kaum Adam. Saya perlukan time adjustment untuk bersahabat dengan berlainan jantina. Maaf! Walaupun saya tak sebaik mana, tapi saya cuba dan terus cuba untuk menjaga diri.


     Masih lagi saya ingat, memori indah semasa mengikuti Program Cuti Sekolah, sebelum memasuki Form 3. Di situlah titik tolak perubahan saya, daripada seorang gadis yang pendiam kepada seorang yang berani, tegas dan ramah. YES! Saya perlukan perubahan dalam hidup. Saya tekad! Buat pertama kalinya, saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, lokasi program tersebut adalah di sebuah pusat tahfiz persendirian (swasta) memberikan 'angin' yang baru buat diriku. Entah kenapa pada saat itu saya sangat tekad untuk mengubah diri.. Mungkin bosan dengan perangai lama, nak berubah angin kot. Hihi.. Syukur, dalam tak percaya, anugerah peserta terbaik (perempuan) berjaya saya ungguli..  :)  Sebab apa ye? Wallahua'alam... mungkin kerana saya amat prihatin keadaan sekeliling, dengan gelagat kawan-kawan sebaya dan juga keletah adik-adik sekolah rendah, kami seronok dan bahagia sebulan di situ.


     Seusai pelajaran di bangku sekolah, meneruskan lagi misi pembelajaran. Mungkin kerana sedih yang teramat kerana tidak mendapat tawaran Matrikulasi Kerajaan, saya sangat down  :( Namun, Allah itu Maha Mengetahui, terlalu baik segala perancanganNya. 


   Di tempat baru, udara baru, suasana baru.. membangkitkan lagi semangat jiwa... ingin melebarkan lagi sayap.. bukan nak gebang, cuma nak mecuba nasib.. mungkin di sini, nasib ku berubah.. oh mentaliti yang salah sungguh, kalau tak usaha, masakan kejayaan itu akan diraih dengan mudah. Maka, berkat ketekunan ku di sini, bersama sahabat-sahabat utusan Allah, aku cuba mengemudi diri (maaf, bermula catatan ini, mungkin kata ganti nama berubah, maaf ya).


   Aku tak minta banyak.. Aku tak harap banyak.. tapi aku terus cuba banyak-banyak.. YA! mencuba untuk lebih berusaha, mencuba untuk terus bangkit dari kejatuhan di bangku sekolah, cuba untuk mentaksir kemampuan diri ini. YA! Dan di Pusat Matrikulasi UIA PJ ini ku temui segala-galanya (ya... mungkin segala-galanya bagi diriku tika itu). Aku punya sahabat tersayang Husna Hassan Basri.. yang tak pernah serik menyokong dan seiring ke mercu jaya. Walau kadang lelah mengejar mereka yang maju ke hadapan, ku kuatkan jua langkah kaki untuk berlari. 
  


*** usai di siini *** 


isnin
...
isnin
...
isnin
...
isnin
...
isnin
...


(Z_Z)    (+_+)    (=_=)   (^_^) 

Sunday, June 10, 2012

Menuju jalan Nya

banyak sangat impiannya..
yang diimpi tapi tak tercapai-capai
asyik menggapai-gapai
selalu melambai-lambai
tapi tak sampai-sampai


KECEWA?

Oh...tidak sama sekali


**************


Semakin hari semakin banyak yang aku pelajari
Setiap hari pasti ada sahaja yang buat aku sedari
Sedetik demi detik banyak yang aku cuba baiki


**************


nak kongsi sedikit ceritera diri..
kisah ku dan diariku yang bakal ku semadikan di laut mati
ecewah
tidak la sejauh itu
tidak mahu la mengabdi diri
menyiksa batin sendiri
dengan kisah lama diri


**************


sungguh kekecewaan itulah bara pembakar semangat untuk terus BERDIRI


**************


ohoho ^^
nak cerita cita-cita yang masih lagi tak tercapai
masih terkapai-kapai..

SERIUS!!!  --->  kelakar..


**************

saya bercita-cita, lepas study nak KAWIN
ihihi.. super gatal!

YES!
macam mana la nak kawin? calon pun tak ada..
hihi..
sangat berharap Sang Imam turun dari kayangan
iye la.. nak berkawan tak pandai..


SEBAB?
Ilmu tak cukup
Iman tak kuat
Amal tak banyak
Tidak mampu rasanya... nak melawan dan menghindar hasutan sang durjana.. SYAITAN laknatullah


*************


so.. set la ... aim nak kawin 24 tahun..
pastu tak jadi...
set tarikh baru... how nice!  11.11.11... nak nikah kononnya.. ambil baraqah Jumaat..
pun x jadi..

ISH...LAWAK iye...

macam-macam la kamu ni..


**************


Sekarang baru saya faham...

Allah itukan Maha Mengetahui segala yang terselindung...

~~~~ Dia bagi saya masa untuk hijrah..
~~~Dia sangat sayangkan saya..
~~Dia anugerahkan saya kawan-kawan yang hebat...
~Dia utuskan saya sahabat-sahabat yang selalu mengingat kepada Nya..


SAYA SAYANG ALLAH SANGAT SANGAT SANGAT..


Alhamdulillah fi kulli hal  ^^


Friday, June 8, 2012

KARYA IM : MAAF

tiada yang bisa mengawal minda
tika hati bermuram durja
maaf
ruang dan masa jua ku pinta

andai masa diundur
ku pinta kekuatan dipinjam jua
agar bait kata itu terucap jua

moga saja aku kuat menapak
tidak mengulang dosa semalam
maaf

lepas kan aku untuk berlalu dulu......

Tuesday, May 29, 2012

MONDAY BLUES (=_=)

Hari ini hari Isnin
selalunya orang pejabat akan dilanda Monday Blues
pagi tadi memang lah melayani demam permulaan hari berkerja
tapi...bila dah menjengah jam 10 pagi dan ke atas... makin parah rasanya

Sungguh benarlah,
Apabila kamu meninggalkan dunia, maka dunia semakin menghampirimu. Dan bilamana kamu mengejar dunia, maka ia akan pergi menjauh darimu..

Semakin kuat ujian datang menimpa
Siksaan jiwa makin terasa
Hendak mengadu pada siapa?
Hanya Dia saja yang tahu segala yang terselindung di hati
dan medium terbaik selain 'pengaduan' kepadaNya
adalah di sini
iya, inilah tempatnya..

Saya tak mampu nak mencoret nukilan lagak  A.Samad Said
dan juga tak mampu menyusun melodi dan melunakkan irama bak Siti Nurhaliza
saya hanya mampu berdiam
menyusun kata hati dan akal dengan coretan ini
dengan harapan di penghujungnya sakit dan kebingungan ini terbawa pergi
semudah itu

Dugaan dan ujian bersilih ganti
Ia mungkin mimpi ngeri
Dan kekuatan yang dikirim seiring dengan dugaan ini menjadi penguat diri
Untuk terus bermujahadah di jalan redhaNya

Tulus diri ini kadang ingin menghambur segala duka
namun.. apa daya yang ada?

Ya Rabbul Izzati, pemegang hati
Moga Kau tak pernah berlalu pergi
Membiarkan duka membalut jiwa ini

Sungguh kesilapan ku di sini
Membiarkan derita dan emosi menawan diri
Mengizinkan ia bermukim di hati
dan wabaknya bernanah pasti
pulihkanlah kembali...

Ampun.. nak bercerita kisah hari ini, tapi jadi coretan nukilan diri.. ayat punyalah jiwang... maaf ye... sekadar berbicara di hari Isnin yang penuh warna..

Hari ini terlalu sarat dengan emosi.. ya.. sedikit beremosi.. bukan apa.. dikejutkan dengan berita yang bertubi-tubi.. kalaulah... ha! jangan ber'kalau-kalau' ye diri oi ^^

Kisahnya bermula bilamana sesi santapan rohani menjadi sesi hati ke hati.. TERKEJUT! ya.. saya dikejutkan dengan kisah yang mungkin biasa-biasa saja buat orang, tapi bagi saya, ini memang UJIAN yang Dia kirimkan buat saya.. Sungguh rasa tersadung dan jatuh berguling-guling..

Bukan seorang, malah 3 - 4 orang yang bertanya tentang saya pada orang 'Alim itu.. sungguh ini juga UJIAN untuk beliau.. Ya Allah, seandainya hambamu ini menjadi punca fitnah dunia, maka Ya Allah, keampunanMu jua ku pohon.. sungguh rasa terjelepok........ dan ini yang membuatkan kegelisahan diri memuncak.. maaf.. bukan mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk mempromosi diri... sungguh diri ini jahil.. ya.. sungguh diri ini terlalu penuh kekhilafan.. dan sungguh Dia sahaja Yang Maha Mengerti betapa diri ini lemah dan tak berdaya.....

Jika ini adalah yang terbaik bagi diriku Ya Allah, maka Kau cukupkanlah Ya Allah dan hambaMu ini bersyukur. Dan juga Ya Allah, jika ini bukanlah yang terbaik bagi diriku, maka Kau yang mempunyai kekuasaan di langit dan di bumi, jauhkanlahnya dari hambaMu yang sangat lemah dan mengharapkan belas dan redhaMu.. ameen ya Rabb..


Saturday, May 26, 2012

Liputan Malam Ini

Ayah!!!

You are so handsome
You are so sweet
You are so charming

Love the way you are

When you become Mu'alim, you resembling a dictators' King
When you preaching us, I do believe all your words
When you lead our Solah Jamaah, I'm melting... (ahahha..)
but the most lovable and cool things about you...

SERIOUSLY....

Bila ayah dekat dapur sorang2, kemas dapur, gosok singki sampai bersih, susun pinggan mangkuk walaupun tahu lepas tu Ibu akan mengomel sebab Ayah salah letak barang (main susun pakai dan aje)..

Bila ayah peluk along masa ayah balik umrah hari tu, sampai along speechless.. tangkap syahdu.. (apa lagi nangis la)  T_T  (kata ratu air mta kn kn)


dan itulah ayah kesayangan saya... hihihihi...

Friday, April 13, 2012

KARYA IM : SENDIRI



Jujur

hati ini terlalu rapuh
andai bisa waktu diatur
andai mampu hati dibendung
pasti jua aku kan cekalkan jiwa

mengheret segenap kederat

takkan ku biar rasa ini terjerat
takkan ku biar tingkah ini tersekat

alpa sejenak
aku tahu suratan bukannya kebetulan

kerana aku yang memilih jalan ini
kerana aku jua yang merelakan luka ini
kerana aku jua yang bertanggungjawab
kepada diri, hati dan jiwa ini

maka bertahanlah diri
sendiri

Saturday, March 3, 2012

KARYA IM : RASA

Ada orang suka meluahkan rasa pada orang yang dipercayai
rasa bebanan teralih
ringan sejenak
dalam tak sedar, tanggungan beban kadang terpindah ke bahu yang lain
bukan hilang dan lesap
beralih arah cuma


Ada orang suka melontarkan rasa pada objek
puas diekspresikan emosi 
diketuk, dihempas, dilontar, dihenyak
bermacam gaya
puas rasa
bila difikir semula
tertawa sejenak
lucu


Ada juga yang menterjemahkan dilema melalui karya
puas membuai irama dengan melodi sempurna
melantunkan corak pada kanvas misalnya
kadang, mengolahnya menerusi garapan pena
bermacam gaya


Yang pasti semua itu cara kita
cara kita menterjemah rasa
asal tak pincang caranya
tak cela rupanya
dan tak jauh dari landasNya

Kita semua sama
hambaNya
yang berhimpun di perut dunia
menyemai, membaja dan menuai hasil
untuk dibawa bersama
ke dunia yang sana

Thursday, March 1, 2012

KARYA IM : Jiwa Lara

Hati
mengapa selalu menyiksa jiwa

Duka
mengapa sering menjengah jiwa

Bahagia
mengapa sentiasa membuai jiwa

Pedih
itu yang selalu menyentap jiwa

Dunia
jangan pernah berjanji cuma
lantaran lidah tak bertulang
teramat mudah mengucap kata
yang merana adalah jiwa

Jiwa
jangan pernah leka pada nikmat dunia
jangan pernah tersiksa dengan pedih luka
jangan pernah hanyut dalam bahagia
jangan pernah tersadung kala duka
maka jagalah hati sentiasa

(^^)v


~  bila sakit, itu petanda kita dalam perhatian DIA ~

Saturday, February 25, 2012

Bahagia




Bahagia itu walau datang sekejap
amat mendamaikan

Bahagia itu walau hadir sementara
sungguh teruja

Bahagia itu hanya pinjaman
namun kesyukuranku tak pernah padam
hanya padaMu Ya Rabb

~ dedikasi buat sahabatku tersayang Ibu muda ~
sempena kelahiran anakanda tersayangnya..

Wednesday, February 22, 2012

KARYA IM : Cinta Selayaknya...



Sakit pada sebuah penantian
Mengajar diriku untuk terus kuat
Kuat untuk memacu hidup
Kuat untuk bertahan pada tiap ujian
Kuat untuk menangkis segala nista

Walau kadang hati tak rela terluka
Tapi mata selalunya tak terbendung linang air mata

Penat sudah merintih pada diri
Lantas pada siapa lagi ingin ku mengemis
Hati selalu merelakan pedih tersayat berbisa kembali

Lelah pada sebuah pencarian
Melemaskan dan menyesakkan setiap sendi yang berdenyut

Masih wujudkah cinta di dunia ini
Atau aku hanya larut dalam kisah dongengan
Yang selalu hikayatnya bergema saban waktu
Bahagia menjelma selepas duka bermaharajalela

Bukanlah menunggu putera kayangan menjemput
Bukan juga menunggu pahlawan gagah perkasa menyambut hati
Apatah lagi mendamba kisah cinta sang arjuna jiwa
Hanya bermohon pada Yang Maha Kuasa rasa cinta pinjaman dariNya
Melalui hambaNya  kepada hambaNya

Jika selayaknya…

Thursday, February 16, 2012

KARYA IM : Rindu pada Mu :)



Bila Dia utuskan rindu
menderu angin membalut kalbu

Bila Dia kirimkan sendu
dingin salju tak terasa dek haba yang melemaskan jiwa

Bila Dia hadiahkan ujian
rawan hati membungkam indah pelangi hari

Bila Dia peduli kita
semua itu jelas
ada hikmah selautan

Bila duka kita mengadu padaNya
bila sakit penawar ada padaNya
bila bahagia syukuri juga nikmat pinjamanNya

Indah bila cinta dan rindu padaNya
kerana yakin Dia selalu ada di sisi
Di sini
Ya Ilahi



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Wednesday, February 15, 2012

KARYA IM : PERCAYA




Kala hati berkata
Membungkam dan tak bermaya lidah untuk berbicara

Saat ini
Hati seakan bertanya
Layakkah menerima semua

Percaya dan setia
Dua kata yang sukar diterjemah
Berlainan rupa namun saling terikat

Cinta ini terbina atas landasan Dia
Walau tak serupa dengan insan biasa
Tetap daku percaya
Walau tampak tak seindah biasa
Tetap daku genggam ia
Walau jelik di mata mereka
Tetap daku setia

Menanti pada yang pasti
Setiap jalan yang terbentang di depan sana
Walau ranjau jalan ku lalui
Walau payah untukku mendaki
Tetap ku percaya cinta ini
Cinta pada abid Ilahi
Yang utuh berpaut padaMu Abadi

Buat kesekian kalinya ku coretkan tinta ini
Pasti

Saturday, February 11, 2012

KARYA IM : JANJI



Sendu bernada sayu
Ritihan lara seakan menyeru rintik-rintik jiwa
Menderu bayu malam itu

Dingin menggigit kesepian 
Membalut hati yang syahdu merintih

Masihkah ada ruang buat diri ini
Tecari-cari di mana silap diri

Masihkah diri diingati
Dalam tiap doa dan sujud seusai munajatmu

Akankah aku bertahan di sini
Menanti pada yang tak pasti

Berteleku hiba
Walau selemah mana kudrat diri
Akan terus ku berjuang demi cinta ini
Akan tetap jua ku berpaut pada reranting rapuh
Akan teguh ku mendokong impian yang satu

Kerana ku percaya
Ada sinar di hujung sana
Ada impian  yang pasti terlaksana
Ada harapan kan ku genggam bersama

Demi cinta tulus dan kasih terulung
Buatmu mujahid cintaku 
Bawa ku ke syurga Ilahi
Janji ku padamu

Wednesday, February 8, 2012

KARYA IM : DIAM


Diam tanpa berkata itu sepi
Diam tanpa khabar itu hilang
Diam tanpa emosi itu kaku

Diam kerana bertafakur itu ibadah
Diam kerana muhasabah itu indah
Diam kerana menghindar dusta itu mujahadah

Diam itu molek
Bila berlandaskan syariat
Bertunjangkan Islam
Dan bersaksikan Dia yang Maha Kuasa

Thursday, February 2, 2012

KARYA IM : Bicara Hati



Dan bila ia berlalu
juga
bila ia berlaku
ku termanggu
kelu...

Tak mampu menutur kata
pantas serasanya
sungguh tak tahu

Angin..
kirimkan keluhan kalbu

Bayu..
biarlah berlalu sepi di sini

Diri...
moga terus kuat memacu
menuju redha Yang Maha Satu

Diam itu petanda
sepi tanpa berbahasa
bicara hati menerjah setiap hari


Kenangan Hidup by Geisha





Jika ku hadir untuk disakiti

Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
Tanpa ada kamu siapa pun di sini
Ku menangis

Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik untukku butakan hatiku
Kau pergi begitu saja tak ku tahu
Ku telah layu

Mungkin karnaku terlalu mencintaimu
Ku terluka

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku

Biarlah ku simpan
Menjadi kenangan hidupku

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku (2x)

Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku



HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...