Thursday, February 16, 2012

KARYA IM : Rindu pada Mu :)



Bila Dia utuskan rindu
menderu angin membalut kalbu

Bila Dia kirimkan sendu
dingin salju tak terasa dek haba yang melemaskan jiwa

Bila Dia hadiahkan ujian
rawan hati membungkam indah pelangi hari

Bila Dia peduli kita
semua itu jelas
ada hikmah selautan

Bila duka kita mengadu padaNya
bila sakit penawar ada padaNya
bila bahagia syukuri juga nikmat pinjamanNya

Indah bila cinta dan rindu padaNya
kerana yakin Dia selalu ada di sisi
Di sini
Ya Ilahi



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).