Saturday, March 12, 2016

TELUR MASIN HOMEMADE (EP 1)

Telur masin homemade alahai..

Tiba-tiba teringin pula nak makan telur masin. Tapi nak buat sendiri. Gigihnya lahai Ummi Azra ni. Poyo kan...

Tadi beli telur ayam gred A, kedai makcik ni jual telur-telur memang suka sangat. Sambil tu beli juga telur burung puyuh, nak masak untuk Azra... comel comel..

Ingat nak beli sepapan Telur Ayam Gred A, baru RM9.90..tapi kang banyak benar pula... tapi tadi masa beli tak terfikir nak buat projek telur masin. Okaylah..kita try test dulu dalam 5-6 biji la ye..hihi

Resepinya Ummi Azra cekau daripada FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Setiap hari memang jengah sini je kejenya. ok semua...jom tengok ramuannya. Yang pastinya, sempoiiii


Resepi Telur Masin

bahan - bahan
10 biji telur itik@ayam
1cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (untuk buat air garam)

cara- cara membuat;
mula-mula basuh telur itik@ayam bersih- bersih supaya nanti telur masin tak busuk. kacau garam dengan air panas. biar sampai sejuk air garam tu baru masuk ke dalam telur. simpan lebih kurang 2 minggu baru boleh rebus.. kalau nak masin lagi boleh tambah garam kasar..

selamat mencuba :)



Tapi Ummi Azra guna je garam biasa. Gunalah apa yang ada kan..tak payah susah-susah  :) 


Ihsan Pakcik Google   ^^