Monday, May 25, 2015

MASAK DARI HATI, MASAK DENGAN CINTA



Assalamualaikum semua...
Allahuakbar bersawangnya kat sini
haha...lama dah nak bersyarah kat sini
tapi asyik tak sempat je.. sejak anak dara dah boleh tawaf satu rumah ni
Allah.... makin kelam kabut ummi... hihi

Alhamdulillah
hari ni terasa diri ini sangat produktif
kuikui...
masuk lif, tekan sendiri sudah!

aah...
lepas subuh ingat nak melayan perasan baring je
penat juga balik kampung pastu terus ke kenduri
pastu terus ke pasar
balik pasar bersihkan lauk sayur semua

yup! begitulah rutin hujung minggu
kalau tak sediakan itu semua
adoi... bila abang sayang pergi kerja memanglah sukar sedikit nak berperang dengan si Azra ni

oh ye.. kembali kepada isu asal..
hihi... hari ini..
pagi tadi sebab tak larat bangun sahur
so isytiharkan diri tak puasa la kan.. kehkeh.. tak senunuh ^^

so..otak ligat berfikir
makanya santapan pagi masaklah Kuey Teow goreng
sesambil tu rebus Cous Cous untuk anak solehah
kemudian siapkan bahan-bahan untuk perap ayam untuk masak Ayam Goreng Berempah
sediakan juga bahan-bahan nak buat Kerabu Mangga rendam udang kering, potong bawang, bunga kantan

siap makan, masak la Cous Cous masak hijau (puri brokoli, stok ayam)
siap masak parut cheese, tabur Habbatus Sauda'
suap Azra
sagatlah si mangga muda untuk misi Kerabu Mangga kebabom!

disebabkan malam tadi buka FB terpandang la resepi Swedish Meatball ala2 Ikea makanya merajinkan diri la buat homemade meatball tu
siap je... bekukan..

padepow!
dasat ke hebat?
apa2 je la ummi Azra...

ummi Azra sangat happy kalau dapat masak
hahha.. dan akan stress kalau nak masak Azra mengamuk2
akan end up dengan ummi Azra yang menangis dalam hati sebab tak dapat masak dengan tenang

haha... (kadang2 nangis je sungguh2..hahha)

ok.. uolz nak Isma kongsikan resepi yang mana?
hehe..

tunggu next post ye.. da!!!