Monday, September 15, 2014

NEWBORN CHECKLIST - HOSPITAL (UPDATE VERSION)

Alhamdulillah syukur...

lepas satu, satu rahmat Allah kurniakan
hamdanlillah  :)

Sebelum kita kongsi pengalaman bersalin, berpantang, melayan baby dan bf journey.. seperti yang dijanjikan sebelum ini, kita nak update NB checklist..



*************************

bagi yang follow entry kita yang terdahulu boleh take note ye

yang ini ada senarai lama  :(

tapi kali ini kita kongsikan senarai baru berdasarkan pengalaman sepanjang menginap di hospital tempoh hari ye..

moga entry kali ini membantu kalian... insyaAllah


*************************

SENARAI KELENGKAPAN IBU DAN BAYI (HOSPITAL)

A) BAYI

1 Set baju/seluar (semasa discaj daripada Hospital)
1 Barut
1 Set sarung tangan/kaki
1 Kain Bedung/Napkin
1 Topi

B) IBU

Buku Merah
Dompet
HP & Charger
1 Tudung & Serkup (semasa discaj daripada Hospital)
1 Set persalinan - blouse butang depan & skirt/kain batik (semasa discaj daripada Hospital)
1 Pek Seluar dalam pakai buang (5 helai, lebih ni)
1 Baju dalam
1 Bengkung
1 pasang Stokin
Quran
Toiletaries
Kurma
Botol Air


*************************

Simple dan sempoi kan  :)
syukur.. untuk pengetahuan kalian, kita bersalin di KPMC Puchong
Alhamdulillah, sangat menjaga adab 
suka la!!!

oh ye.. Maternity Pad, kita bawa, tapi tak guna sebab pihak hospital bagi 1 pek Maternity Pad.. syukur

dan lagi satu, pampers baby pun siap dibagi extra lagi, so, memang save la barang kita.. toiletaries dan towel pun dibagi juga..

ye la... hospital swasta kan.. berbaloi la..
bagi kita, KPMC ni pakej yang berbaloi la.. x mahal sangat... dan sangat mesra.. nurse dan doktor perempuan pun baik2... ok la... nanti kita kongsi kat entry lain ye... muah!!!

Assalamualaikum wbt  ^^


Geram kan!!!!  hihi