Monday, September 14, 2015

Mommy To Bee Lagi (Laman 2)

Assalamualaikum semua bloggers ^^

pagi ni dapat up entry sebab Azra dah tidur semula lepas subuh, selalunya Ummi pun lena sekali. Tapi hari ni Ummi terlebih energy..hihi.. (haha..dan dan je dengar suara Azra merengek dalam bilik..hahha..nasiblah Ummi)

Pagi ni mencari info tentang Morning Sickness...
sebenarnya..kali ni bukan setakat Morning Sickness, tapi lebih kepada All Day Sickness hahah.. dahsyat kali ni dan agak mencabar...Sangat berbeza pengalaman yang Ummi lalui berbanding fasa kehamilan pertama (masa Azra). Benarlah bagai dikatakan orang, setiap kehamilan memang berbeza.

Apa yang beza?
Wallahi! masa Azra dulu memang tak ada sebarang alahan, badan pun cergas je selalu. Cuma waktu lepas maghrib je akan loya, dan muntah, lepas tu ok dah. Tapi kali ni MENCABAR! SANGAT MENCABAR bagi diri ini...

Badan rasa lemah, selalu sakit bagai sengal di bahagian bawah abdomen (bawah pusat), loya TAPI TAK MUNTAH MUNTAH T__T ...sampaikan suami runsing dan tanya, tak ada ke ubat bagi elok? punyalah dia risau. Dahlah kena jadi tukang urut sepenuh masa, kesian ayah Azra.. hihihi

Tiba2, Ummi Azra teringat, entah2 elok kot Pati Delima. Dah beli, tapi tak mula makan lagi..google dululah, buat simple research, naiklah pula blog Cik Sue INI . Semakin berkeyakinanlah nak cuba. Moga adalah hasil positif ye, Ameen.

Adik Baby Stay Strong my dear...Ummi, Ayah dan Kaklong Azra saaaaaaaaayang Adik Baby ^^

Mohon doa semua ya...

ni last time memborong kat Mahnaz..hihi..tapi tak guna lagi Pati Delima tu..hihi

ini antara info yang Ummi Azra jumpa ye..

No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...