Monday, March 10, 2014

Mommy To Bee (Laman 6)

Assalamualaikum semua blogger, M2B dan kawan-kawan sekalian,

teruja nak kongsi kisah semalam
on the way, balik dari rumah keluarga di Shah Alam, memang dah rancang nak ke Ekspo Buku Islam 10 Putrajaya, jadinya, bila lalu kawasan rumah kami nampak lagi sign board ni, memang menggoda-goda dan memanggil-manggil..

jadinya, kanda ku bilang; "nak pergi tengok ke?"
ku jawab; "tak awal ke? tapi teringin..".
kanda bilang lagi; "tak apa, just get an idea.. boleh je".
dengan girangnya spontan ku katakan, "nak!!!! jom!!!".
lalalla... seronoknya bukan kepalang, walaupun tak tahu apa yang ada di situ

apakah?
hihi... pergi cuci mata kat My Dear Warehouse Sale kat Meranti Jaya, Puchong
http://www.shoppingnsales.com/2014/02/26/27-feb-9-mar-2014-my-dear-warehouse-sales/

disebabkan tahap keterujaan melampaui batas
IM tak ambil satu pun gambar
mana tak nye, ada baby court set, harga range ratus-ratus tak sampai pun RM800
lawa!!
stroller + carrier Allah! below RM500 pun dah elok sangat!!
IM ingat lagi time adik bongsu IM
ayah belikan stroller je pun dah nak RM500 kot
memang dah set, STROLLER baby itu mahal!

sekali pi sini, pergh!! memang IM rasa nak borong
tapi ye la kan, awal lagi
so, IM dan suami berdoa agar Warehouse Sale ni ada la lagi ye
moga ada rezeki kami dan anda semua berjimat di sini..
ameen

Ya Allah, moga ada la Warehouse Sale ini lagi tahun ini
ameen  :)