Saturday, September 10, 2016

SELAMAT TINGGAL DUNIA

Lelah
Lemah
Layu
Sungguh terasa payah melangkah
Tak daya menapak dan menjejak

Kosong
Gelap
Sesak tak bernyawa
Bagai berjumpa noktah dalam bayangan

Aku tak tahu apa itu senyum
Aku dah lupa apa itu tawa

Ada tangisan dalam mata
Ada esakan dalam hati
Ada luka, berdarah nan parah dalam jiwa

Sukma berteriak sentiasa
Meraung, bagai di hujung juram
Menjunam terus ke dalam lohong

Mana perginya lirikan manis
Mana hilangnya tawa berirama
Hapus sudah damai dan permai

Aku redha andai maut menjelang
Kembalilah aku pada Pencipta damai jiwa
Selamat Tinggal Dunia Sementara..

12:35am
10 September 2016