Bahagia
datang bagai angin lalu
hembusan bayu yang menyamankan
damai jiwa...
Saat ia tiba
singgah dalam hidup
bak dunia sementara kekal selamanya
ingin rasa menghentikan detik masa yang berlalu
apa bisa ia berlaku?
Ku tahu
andai bahagia disentap jua
ia bukan salah siapa
bukan dia
bukan diriku
mahupun mereka
kerana bahagia itu ku terleka
kerana bahagia itu ku disuntik semangat sedunia
dan kerana bahagia itu jua adalah kiriman Yang Maha Kuasa
buat hambanya yang dicinta
sebagai ujian dunia fana
sebagai penguat di dada
sebagai pengukur aras betapa kita bisa menepis dan menangkis
yang hak mahupun batil
hanya kerana ia suatu rasa yang menenangkan sukma
kerana ia adalah....
BAHAGIA
~Syukur pada Yang Maha Kuasa, Allah hu rabbi~
No comments:
Post a Comment