Showing posts with label Breech Baby. Show all posts
Showing posts with label Breech Baby. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 9)

Masuk wad Bersalin???

Aduhai..dah kenapa pula ni?
Nurse suruh tunggu kat luar lepas tukar uniform pink
Lepas tu datang bawa Wheel Chair
hoohoo..merasalah layanan 1st class gitu
Lepas tu doktor pas fail kat nurse untuk di bawa ke level 4 (LR)

fuh....terpinga-pinga kami suami isteri
rupanya, klinik pakar nak tutup dah pukul 5, so, doktor still nak monitor heart beat adik baby
so, diorang pass la kita ni kat doktor kat LR
hoho..bermula kisah lain pula di sini

DUA JAM TERBARING!!!

Allahuakbar!
rasa nak patah tulang belakang sebab terlentang je baring
dari minit ke minit, jam ke jam
berdoa semoga adik baby selamat, tak ready nak bersalin hari ni
plus, tak solat asar lagi time ni
husband pun tak tahu kat mana..mesti penat menunggu

sejam berlalu, CTG masih lagi dalam pantauan doktor
jam menunjukkan 5.00 petang
"ish..dah masuk asar ni...hati dah tak sedap"..
sambil nurse pasang kertas untuk print out result CTG
sempat lagi cakap, lambat lagi ke?
saya tak solat lagi ni..dah lambat ni..dah 6 lebih..
serabut betul !!!
sambil tu istighfarrrr

Alhamdulillah, 6.30 petang doktor datang dan beritahu dah boleh balik
terus minta izin tumpang solat kat LR tu
branula pun dibuka, terus berdesup pi solat

Syukur..semua berjalan lancar

masa pregnant, ligat ke sana sini, jadi personal shopper Ikea.... rindu pula nak makan meatball Ikea

Sunday, May 1, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 8)

ECV?
External Cephalic Version
Inilah yang Ummi Azra lalui selasa lalu

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam..
susulan posting yang lalu (YANG INI)
syukur..berjaya juga prosedur ECV dengan izinNya

SAKIT !!!

Allahuakbar! Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi rasa...


************************

 
Appointment yang telah ditetapkan pukul 2 petang
Tapi sebab tak mahu tiba lewat, ummi ayah datang sebelum waktu zohor
Solat Zohor di surau hospital dan terus siap-siap untuk mendaftar
hihi..mengah jalan laju-laju
rupanya kaunter pun buka pukul 2 petang, so kenalah ummi ayah tunggu dulu





 
Mujur proses pendaftaran tidak mengambil masa yang panjang
legaaaaaaa..
cecepat naik ke klinik pakar, ambil nombor dan tunggu sekejap
Doktor pun rupanya dah get ready
Terus masuk bilik rawatan
Mula-mula kena masukkan branula (alaaa..mende alah yang nak masuk air/ubat tu)
Ampun! memang paling menci benda ni
lepas dah pasang kena baring kat bilik rawatan
nurse, doktor monitor heart beat baby dengan CTG, dah stable diorang masukkan ubat
ubat ni nak buat rahim jadi lembut
tapi kesannya buat heart beat kita berdebar-debar macam marathon
pergh!








dah stable, kena masuk bilik scan, doktor yang rawat ni perempuan
muda pula tu, siap cakap dengan kita, "awak..awak ok?"
hihi..haruslah cuak kan!

BERISIKO?!

yup, prosedur ECV ni memang ada risikonya. Antaranya;
1) Uri putus/pecah pecah
2) Tali pusat terbelit di leher baby
3) Emergency Czer!!! nauzubillah
4) GAGAL! Baby tak boleh dipusingkan

Wallahi...berserah je 100% pada kuasa Allah. Tapi sebab doktor pun yakin boleh buat sebab air ketuban masih banyak. InsyaAllah..fuh! 

Sambung semula...

Lepas masuk bilik scan, doktor tunjuk, kepala adik baby memang masih di atas lagi
lepas tu, nampak doktor siap-siap letak gel kat tangan dia
uit! dah nak start ye? (persoalan dalam hati..)

doktor pegang perut ummi dan mula tekan siikit, macam nak menguli roti pula
sorang lagi doktor perempuan get ready pegang alat scan untuk scan
tengah doktor pertama pegang perut, pop!! terpacul sorang doktor lelaki
&^%$#@*%&&  aisehhhhh...kenapa doktor ni masuk rasa nak lari, tapi apakan daya
tapi doktor lelaki ni masuk terus ambil gel, sama-sama pusingkan baby dengan doktor perempuan tu

sambil tu suruh kita bertenang
sebab kena lembutkan otot perut
adoiii..sakitt kot! tahan la juga demi anakkan  ^^
lepas tu memang rasa dalam perut berpusing
doktor perempuan yang pegang alat scan terus scan
lepas tu semua jerit yey!!! berjaya! alhamdulillahhhhhh

BERJAYA!!!

Nak menangis rasa bila dah berjaya
Allahuakbar! lepas tu ingatkan dah settle
rupanya kena monitor pula heart beat baby
takut baby tak suka dengan posisi baru
Aduhaiiii..kesian ayah..kena tunggu lama..

Lama juga kena monitor CTG tu
lepas tu doktor kata heart beat macam tak cantik
Allah!
kena tukar baju pink
adoi..tolonglah jangan beranak dulu
kesian kat Azra, last nyusu subuh tadi
macam-macam fikir..




bersambung..................MASUK BILIK BERSALIN..;   

 

Saturday, April 9, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 7)

Allahuakbar!

masuk minggu ke 37, scan adik baby...aduhai..adik baby pusing ke atas balik
doktor kata ketuban masih banyak, so memang syoklah adik baby pusing-pusing
lagipun adik baby tak besar sangat..

padahal masa checkup bulan lepas ekok dah ke bawah..

adik baby...ummi takut...
Ummi ayah kakak doakan adik akan kembali ke posisi terbaik untuk lahir ye
InsyaAllah Isnin nanti ayah nak bawa ummi ke Hospital Shah Alam, nak cek dengan doktor sana
Moganya adalah pakar yang kendalikan ECV untuk breech baby






Breech tu songsang
adik baby doktor kata dalam posisi Complete Breech
Doktor KPMC kata kalau Frank Breech masih boleh lagi bersalin normal tanpa ECV
tapi sebab posisi Complete Breech xboleh
kena ECV atauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Czer..nauzubillah

Ummi ayah yakin adik baby boleh keluar normal bi iznillah
ok, so ummi akan cuba ECV dulu ye adik
Allahuakbar! cabaran sungguh
takpa, Allah kan ada..

ECV tu kaedah memusingkan baby dari luar, bukan calang-calang orang mampu buat
kat KPMC ada doktor yang berani dan kerap buat, tapi maklumlah keadaan kewangan kali ni tak berapa mantap, maka kami tukar plan ke Hospital Shah Alam
lagipun dekat dengan rumah ibu, senang juga nanti Azra boleh transit ke sana

Harapnya Kakak Azra Solehah Hafizoh boleh berdikari kejap ye nak oi..
risaunya ummi...hukhuk..



HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...