Showing posts with label UMMI. Show all posts
Showing posts with label UMMI. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

AZRA : TIDUR

Azra ni... kalau nak tidur
adoilah.. mesti nangis
kadang, menangis macam tak nak berhenti

dan...........
port paling dia suka


v




v





v





v




v





aah.. dada ummi
dari lahir memang tu la gaya paling dia suka

sampai ramai teacher yang admire gaya manja Azra tidur ni
macam anak koala
melekat kat dada ummi
tapi sungguhhhhhhhhhhhh.. ummi suka
rasa amat rapat ^^

dan satu lagi port tidur Azra

v



v



v



v

 

takpun kat riba ummi...
oh anakku.. ummi syang kamuuuuuuuuuuu

AZRA : 3 BULAN

Allahuakbar!!!

Sekejap je masa berganjak..
tahu-tahu je dah 3 bulan lebih Allah sudi meminjamkan anugerah dan nikmat permata hati kami ini
Alhamdulillah :)

19 November 2014, genap usia Azra 3 bulan...
hari itu juga ada appointment / konsultasi dengan doktor pakar kanak2 di Hospital Putrajaya
Azra...
usianya hampir menjangkau 2 minggu baru diserang jaundis
walaupun tak tinggi, hati ibu mana yang tegar, bila tahu anaknya tidak sihat T_T

Ogos 2014, Azra kena prolonged jaundice,
so setiap 3-4  hari perlu ke KK untuk ambil sample darah untuk cek tahap kuningnya
walaupun bacaannya semakin menurun, tapi doktor KK minta kami rujuk pada hospital

seriau!!!
sungguh tak tersanggup melihat tangan anak kecil menggeletar
sample darah dan air kencingnya diambil
meleleh juga air mata ummi bila nurse pulangkan Azra lepas ambil darah tu
ummi tewas! kat depan bilik rawatan tu juga ummi meleleh
Allah...

19 November 2014, doktor menjelaskan yang Azra bebas daripada sebarang penyakit..
Syukur..
lagipun ummi dah prepare dah, baca buku berkaitan susu ibu
dalam tu pun ada maklumkan if prolonged jaundice salah satu sebab adalah susu ibu

MUSYKIL?
terus tanya doktor
kenapa ye?
doktor pun x ulas banyak
apa yang pasti, doktor cuba meyakinkan bahawa susu ibu adalah yang terbaik

syukur juga, Allah murahkan rezeki Azra dengan susu yang banyak
dan Allah juga permudahkan perjalanan penyusuan Azra ini
Alhamdulillah


************************************************************** 
 
20 November 2014,
 
sedangleka bergurau dan berborak dengan ummi dan ayah
tiba-tiba Azra gelak
ha!!
ummi pandang ayah
ayah pandang ummi
kami pun gelak mendengar Azra gelak
 
bahagianya... Allah...
 
 
 

**************************************************************

23 November 2014,
sedang ummi leka siapkan slide untuk ihtifal tadika
tiba-tiba Azra menangis
Allah!!! Anakku... tertiarap..
huhu.. aah Azra dah mengiring beberapa minggu lepas

tapi cubaan meniarap tak berapa nak berjaya
kepala dah kuat
tapi belum pintar adjust tangannya
hiihi
teruskan usaha anakku!!!



Sunday, November 16, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 2

TIPS PENYUSUAN IBU #2: Banyakkan berdoa dan solat dhuha

Doalah sungguh2, "Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sibuk bekerja”.

Usahakan supaya solat dhuha jangan ditinggal. Ingat, rezeki Allah yang bagi 





Sumber : FB Dr Hana 

****************************

Tinta Ummi Azra ;

lumrahlah.. setiap perjalanan ada ranjaunya.. ujian yang datang itu perlu kita hadapi dengan SABAR...

awal2 menyusukan Azra ada juga terdetik dalam hati.. Allah! payahnya nak bf ni.. dengan sakit badannya la... sakit itulah inilah.. tapi selalu cepat2 istighfar.. dan ingat semula niat yang suci tu...

Alhamdulillah.. Allah tak penat2 pun pinjamkan kekuatanNya.. Allahuakbar! 

betapa beruntungnya kita ada Allah yang Maha Penyayang...

salam sayang dari ummi dan Azra :)




Saturday, November 15, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU : 1

TIPS PENYUSUAN IBU #1: Persiapkan mental dan luruskan niat.


Niatkan sungguh2 nak berikan susu terbaik untuk anak anda kerana Allah. Beritahu pada diri, “Susu yang Allah jadikan CUKUP untuk anak saya”. Mindsetting sangat memainkan peranan. Selalu sangat patient saya mengeluh "Susu saya tak mencukupi". Lebih2 lagi di hari2 pertama selepas kelahiran. Dan akhirnya mengalah pd susu formula...

Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah. Dan Allah dah tetapkan rezeki susu untuk anak sesuai dgn keperluan pd setiap tahapan umurnya. Tahukah anda bayi yang baru lahir hanya perlukan 5-7ml (satu sudu kecil) sahaja susu pada setiap penyusuan? Dan colostrum (yang anda selalu cakap tak cukup tu) biasanya terhasil hanya sebanyak mana yang bayi perlukan di awal kelahiran.

Jadi berhenti mengeluh dan percayalah susu anda cukup utk anak anda!

Saya selalu dapat complaint daripada para ibu di hari-hari pertama selepas bersalin "Susu saya takde lah doktor" atau "Susu saya sikit sangat"

Tahukah anda, bayi baru lahir hanya perlukan 5ml sahaja kolostrum sehari? Satu sudu teh sahaja, tak perlu banyak pun!

Haaa, lepas ni kena yakin susu anda cukup utk baby dan jangan terlalu cepat mengalah pada susu formula ya! 
Sumber : FB Dr Hana



**************************************************


Tinta Ummi Azra;


Assalamualaikum wbt,

Paling utama dalam perjalanan BF ni adalah niat dan 'mind set'
Wallahi! kalau awal2 dah niat yang baik, masa sedang mengandung lagi dah pasang niat nak BF baby, InsyaAllah Allah akan bantu, sentiasa!

Ya Allah aku ingin menunaikan amanahMu dalam memenuhi tuntutan penyusuan anakku yang berada di dalam rahimku ini. Maka Ya Allah bantulah aku, berikan aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku ini Ya Allah. Ameen :)

InsyaAllah, yang sukar akan jadi mudah. Yang perit akan menjadi indah buat kita kaum ibu yang sayang sangat kat anak2 permata hati pinjaman Allah yang agung ini  :)

oh ya, perjalanan penyusuan Azra bagi saya cukup indah! 'bonding' yang terjaliin buat Azra manja dengan saya. Bila sesi penyusuan berlangsung, tatapan mata Azra buat ummi rasa, Allah!!! lemah! cair!! kan kan.. siapa setuju? hihi

masa awal2 kelahiran Azra, ada juga rasa gundah bila Azra asyik nangis. Allah! kenapa ni? susu sikit ke? tak kenyang ke? tapi sebab teringatkan niat yang awal2 tu, terus betulkan mind setting.

susu saya memang keluar sikit, tapi saya kerapkan sesi penyusuan Azra. berurut pun saya buat dengan makcik tukang urut. Ini sebenarnya kerja ibu saya. Dia minta makcik tukang urut datang, untuk lancarkan susu badan, alhamdulillah! berjaya!

susu mula keluar... tapi sebab puting susu macam tersumbat lagi.. saya terfikir! baik saya cuba pam. Allahuakbar! hanya dengan permulaan menggunakan pam manual, subhanallah! susu keluar dengan jayanya..

lihat! apa yang penting di sini. Mind setting kita dan niat! kalau niat kita baik, dan mind setting kita positif, insyaAllah kita akan kuat. walau apa jua masalah kita akan pandang sebagai ujian, dan bukannya batu penghalang!

Yakinlah! Allah ada sentiasa :)

salam sayang dari Ummi Azra.....

azra.. masa ni belum sebulan lagi usianya :)




Wednesday, November 5, 2014

AZRA : PERMATA AYAH UMMI

Assalamualaikum wbt,

Allah.. lamanya tak post entry
Wallahi... bila dah mula kerja... dengan Azra lagi
rasa tak terkejar
semuanya berkejar-kejaran
nak makan, masak, solat, mandi, semua kena laju-laju

barulah faham macam mana jadi ibu kan kan
tapi.. yang membahagiakan hati
bila..... dia dah pandai senyum.. nak gelak tak bunyi lagi
tapi dah pandai ajak borak

Allah! memang jadi buruanlah si Azra ni
syukur.. Azra dikelilingi dengan insan-insan yang menyayanginya
jadi anak solehah ye sayangku!

ummi sayang Azra ^^





Azra ni manja, tidur nak kat dada ummi..
tapi ummi tak kisah... ummi suka sangat bonding ni
tak tahulah.. ummi enjoy every moment!
nikmat pinjaman Allah terbesar ni

ayah Azra selalu kata, bila tengok ummi bangun malam-malam, bf kan azra, tukar lampin azra
mesti ayah Azra cakap... kesian ummi
ummi letih
tapi mesti ummi balas...
tak apa.. ummi happy  :)
dan lagi ummi happy, sebab ayah Azra ringan tulang
boleh sambung masak, kalau tengah2 masak Azra menagis nak ummi (nak susu lah kan kan...)
boleh sambung sidaikan kain, kalau tengah basuh kain Azra merengek
boleh jaga Azra, bagi ummi mandi lama-lama dalam toilet, sebab kalau ayah tak ada ummi mandi koboi jerrr..

We Love You Ayah Azra!!!

eh? ni cerita Azra la ayah... hihihi  ^^

geng kat sekolah.. Najmi ni lahir awal 4 hari je dari Azra.. hihi

PETUA : BAYI DEMAM

4 November 2014; 7.30 pagi

Eh? Kenapa pula mata kanan Azra merah sikit
macam bengkak.. berair.. ada tahi mata
sakit matakah?

4 November 2014; 8.00  malam

Azra menangis
melalak!
biasalah ngantuk,, nak tidur memang begini ragamnya
cuma... pelik sikit..
asal dialena, cuba letak atas tilam mesti terbangun semula
nak tidur atas dada ummi je
akhirnya.. 10.30 malam ummi baru dapat makan dan solat isya'
then kebabom! lena ummi tidur.. syukur..

5 November 2014; 2.15 pagi

waktu biasa Azea bangun untuk menyusu
angkat letak kat pangku
Allah!
PANASNYA!!!

nyusukan Azra sambil google..
apa yang terbaik untuk kebahkan demamnya
baru 1st time tahu
lap guna air suam
reason?
kalau guna air sejuk, liang roma tertutup.. so, wap badan yang panas tak dapat/lambat keluar

so.. try and error..
lepas solat subuh cek Azra dah kebah..
syukur...

5 November 2014; 9.00 pagi

pergi jumpa doktor
cek Azra
Allah! doktor tanya2 sikit
tak sampai 1 minit dah keluar

pergh! kalau tahu, baik jumpa PAED dia kat KPMC
ceh!
Astaghfirullah Al Azim.. Istighfarlah ummi
aah.. ayah Azra dah remind, ni doktor 1 minit

bila keluar dari bilik doktor, ayah Azra cakap.. ni bukan 1 minit
kurang dari 1 minit
-_-''

5 November 2014; 2 petang

Tak boleh jadi ni..
Azra tak nak tidur sendiri
nak berdodoi je
asal letak atas tilam je terjaga

apa lagi, terus letakkan baju yang ummi pakai sebelah Azra
baringkan dia atas tilam
syukur... lena dia..

siap je semua misi, solat, masak dan makan
Azra senyum je
sebab dah lelap dah sejam tadi
syukur
apa lagi.. ummi cepat-cepat telan supplement Shaklee
Alfalfa
B Complex
Vitamin C
Vitamin E
Zinc

pagi tadi dah breakfast dengan ESP dan Meal Shake..
mujur demam-demam pun Azra bf dengan baik..
syukur..

ok.. nak order Omega Guard untuk ayah dan ibu
bulan ini ada promo berganda
siapa nak kasi whatsapp ummi Azra ye

Isma : 0173733012

ok! nak bergomol dengan budak masam lemak manis saya..
dah bising dah mulut dia..





Friday, September 19, 2014

SEBUAH KELAHIRAN

Assalamualaikum wbt,

Allah.. rindu sebenarnya nak berblog.. tapi apa kan daya.. memang tak ada daya.. hihi  ^^

***

Alhamdulillah.. hari ini genap sebulan.. eh ye ke? syukurrrrrrrr...
badan pun dah kembali bertenaga :)

InsyaAllah, entry kali ini kita nak kongsi pengalaman bersalin.. sungguh! pengalaman indah yang tak mungkin dapat ku lupakan sampai bila-bila  T_T

***

Berikut rentetan pengalaman terindah kelahiran puteri sulung kami;


13 Ogos 2014

Rombongan sekolah ke Petrosains dan Kilang Gardenia.
Seronok bukan main lagi dapat sertai rombongan sekolah buat pertama kalinya.. hihi.. kalah anak-anak  :)

Penat juga melayan anak-anak yang MEMANG TAK RETI DUDUK DIAM kan kan.. tapi HAPPY tengok mereka GEMBIRA, Alhamdulillah...

Malamnya memang sakit kaki la... 

Nak tidur malam, pergh! sakit... perut mengeras... sakitnya.. tidur sampai nangis-nangis... sampai terlena.... walaupun terjaga-jaga tidur la juga...


14 Ogos 2014

Paginya memang rasa tak larat.. so, kanda ajak pergi KPMC Puchong, cek! huhu... seram pula...

Sampai KPMC, terus kena p Labour Room... aiseh! cuak! betul ka ni?

Nurse pasang alat CTG, cek heart beat baby dan contraction... 
baby banyak tidur kata nurse.. 
tapi contraction tak ada.. last-last doktor nak cek bukaan..

oh my!!! cek bukaan.. orang selalu kata sakit!
ohoho...
tarik nafas! hembus! 
tarik nafas! hembus!

alhamdulillah.. tak sakit... syukur!

doktor bilang bukaan 1 cm baru.. oh... dah ada bukaan ka? kuikui..
tapi since takde contraction, so pulanglah dengan happy..

dapat la MC satu hari.. hihi... seronoknya...


18 Ogos 2014

Ada sambutan Aidilfitri di tadika.. seronok ya amat!
makan puas-puas kot...
sampai petang layan perut 
makan dan makan...

kuikui... bijak!

malam tidur lena amat sebab penat kan... hihi  :)


19 Ogos 2014

Allahuakbar!
lena tidurku terganggu... rasa semacam... eh.. napa basah ni?
takkan la terkencing..
laju je capai handphone... eh... pukul 2 pagi.. 

kejap.. kejap... 
fikir.. fikir...
cepat-cepat Google (hahahaaa.... sempat ek) pasal air ketuban
padahal dah study dah, tapi bila realiti, jadi sedikit blurrrrr..

terus ke tandas cek... erkk.. betul la.. air jernih...
masuk bilik tidur... kejut kanda slow2..
bi... air...rasa macam air ketuban..
kanda bangun;
siap cek sekali kat tilam yang dah basah tu...  -_-''

kanda kata, dah.. pergi mandi dulu..
disebabkan muka isterinya cuak, siap remind isterinya
slow slow... tak payah laju-laju...JANGAN CEMAS

ok.. siap mandi, capai barang mana patut
terus gerak ke KPMC 3 pagi     (z_z)
kasihan kandaku...

sampai KPMC, daftar masuk.. terus ditolak guna wheel chair
1st time naik wheel chair
siap ada yang tolakkan.. hihi  ^^
terus di bawa ke Labour Room (again!  -_-)
dalam hati macam-macam rasa ada..
seronok ada! gerun ada!

nurse pasang alat CTG lagi
bidan yang cek bukaan.. baru 1.5cm.. kecik lagi
contraction dah ada sikit2..

lepas tu masuk wad.. rehat dulu
bidan kata kalau boleh tidur, tidur dulu
kuikui.. mana kan mampu sakit2 nak tidur
tapi rehat la juga
sakit contraction makin kuat
bila menyerang, cepat2 capai tangan kanda

rasanya boleh patah kena pulas.. hikhik
love you kanda!
nurse datang pantau dalam beberapa jam sekali masuk cek
cek bukaan juga..


11 pagi :

nurse kata dah boleh masuk labour room..
yey!!!
lalu masuk la daku ke sana lagi
ayuh!! jihad fi sabilillah.... semangat kot!
tak sabar jumpa baby, lupa kena beranak dulu.. lupa sakit tu.. hikhik..

bukaan makin lama makin besar..
sebab nampak sangat kita cuak dan sakit doktor kata nak epi ke?
teringat nurse ada juga offer dalam wad tadi..
kita degil tak nak
lalu doktor just bagi suntikan kat punggung (tahan sakit)
tahan sakit yang memang tak tahan la..
tipu je ubat tu  -_-

lama juga tunggu.. bila sakit datang, menggagau tangan cari lengan kanda
tu je la nak bagi lega  :)

doktor inform baby mendongak..
so, sedikit sukar, so kena la vacum..
kuikui..
pastu rasa kena gunting kat bawah

erk!! buatlah pape yang patut..
oh ye... doktor dan semua jururawat perempuan ni saaaaaaaaaaaaaangatlah supportive.. Alhamdulillah..


2.00 petang :

setelah lama menahan sakit tu lahirlah puteri kami tepat jam 2 petang.. Alhamdulillah..
nampak je baby lega!!! Alhamdulillah.. Allahuakbar!
Nurse letak atas dada, skin to skin gitu.. meleleh..  T_T
mulut tak henti-henti. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Sambil pandang kanda, sambil pandang puteri kami.. 
Allah  :)
Sambil layan keletihan, doktor buat operasi jahit kat miss V
aiyak!

     "tengok baby tu", kata doktor.
      sebab kita dok tengok dia jahit miss V
      hahahaaaa...

tu la tabiat kita, suka tengok doktor atau nurse buat kerja..
hihi  :)

Lepas dilap2 baby diberikan pada kita untuk bf..
wah!!! awak.. terus pandai ye hisap susu.. hihi..
touching habis..

macam-macam rasa ada :)
syukur Allah beri peluang buat kita merasa pengalaman indah ni.. syukur..
sekarang berpantang di Shah Alam, rumah ayah ibu  ^^

baby kami pun dah membesar dengan jayanya.. mana taknya.. gayut je dengan umminya.. hihi..

Mohon doa semua agar puteri kami menjadi saham terbaik buat kami dunia akhirat... ameen  :)








Azra Nur Ilyani
permata hati ayah ummi

"Ya Allah bimbinglah kami agar dapat mendidik amanahMu ini.. Ameen"


Monday, September 15, 2014

NEWBORN CHECKLIST - HOSPITAL (UPDATE VERSION)

Alhamdulillah syukur...

lepas satu, satu rahmat Allah kurniakan
hamdanlillah  :)

Sebelum kita kongsi pengalaman bersalin, berpantang, melayan baby dan bf journey.. seperti yang dijanjikan sebelum ini, kita nak update NB checklist..



*************************

bagi yang follow entry kita yang terdahulu boleh take note ye

yang ini ada senarai lama  :(

tapi kali ini kita kongsikan senarai baru berdasarkan pengalaman sepanjang menginap di hospital tempoh hari ye..

moga entry kali ini membantu kalian... insyaAllah


*************************

SENARAI KELENGKAPAN IBU DAN BAYI (HOSPITAL)

A) BAYI

1 Set baju/seluar (semasa discaj daripada Hospital)
1 Barut
1 Set sarung tangan/kaki
1 Kain Bedung/Napkin
1 Topi

B) IBU

Buku Merah
Dompet
HP & Charger
1 Tudung & Serkup (semasa discaj daripada Hospital)
1 Set persalinan - blouse butang depan & skirt/kain batik (semasa discaj daripada Hospital)
1 Pek Seluar dalam pakai buang (5 helai, lebih ni)
1 Baju dalam
1 Bengkung
1 pasang Stokin
Quran
Toiletaries
Kurma
Botol Air


*************************

Simple dan sempoi kan  :)
syukur.. untuk pengetahuan kalian, kita bersalin di KPMC Puchong
Alhamdulillah, sangat menjaga adab 
suka la!!!

oh ye.. Maternity Pad, kita bawa, tapi tak guna sebab pihak hospital bagi 1 pek Maternity Pad.. syukur

dan lagi satu, pampers baby pun siap dibagi extra lagi, so, memang save la barang kita.. toiletaries dan towel pun dibagi juga..

ye la... hospital swasta kan.. berbaloi la..
bagi kita, KPMC ni pakej yang berbaloi la.. x mahal sangat... dan sangat mesra.. nurse dan doktor perempuan pun baik2... ok la... nanti kita kongsi kat entry lain ye... muah!!!

Assalamualaikum wbt  ^^


Geram kan!!!!  hihi


Wednesday, August 6, 2014

NEWBORN CHECKLIST (HOSPITAL)

Assalamualaikum wbt..

fuh!!!
Allahuakbar..
kadang rasa macam lama je penantian yang satu ini
kadang rasa macam eh eh.. kejap je..
kadang rasa macam.. eh? ye ke ni?
kadang rasa.. emm.. penatnya..

hahhaha..
walau macam2 rasa, syukur dengan segala nikmat pinjaman Allah
Allahuakbar!
nikmat yang Allah beri tanpa henti datang dalam pelbagai cara
ada ujian yang buat rasa lemah
ada rasa bahagia, hati berbunga-bunga
ada rasa sakit
dan macam-macam lagi
apa yang pasti.. Allah tak akan pernah jauh kan  :)

wallahi.. kita hambaNya kalau nak rasa nikmat dalam suka dan duka
apa2 hal semuanya kembalilah pada sang pencipta
sebab tu ada yang bila sakit, rasa damai bahagia je.. sebab yakin semua yang Allah beri tu bersebab kan  :)

****************************

oh ya... marilah kembali kepada topik asal..
maaf ek.. kita kan memang suka membebel.. hihi

****************************

lama dah buat pencarian untuk senarai lengkap barangan bayi dan ummi to be
tapi ye la kan, lain orang lain la keperluannya
kita just buat senarai ringkas je..
mana yang rasa boleh sediakan kemudian, maka kemudian la ye..
in fact, planning lepas bersalin pun belum muktamad lagi

cadangnya nak jadi Fulltime HW, tapi macam sayang la pula nak tinggalkan anak2 didik
anyway, untuk tahun 2014 ni memang akan habiskan mengajar lepas pantang
tapi 2015 masih samar-samar lagi
hihi..
wallahu'alam..
so, sebagai langkah berjaga-jaga kita survey la macam-macam senarai semak
untuk yang ibu berkerjaya dan juga surirumah
nak selamat kan  :)

****************************

bermulalah misi blog walking dan juga pencarian melalui encik gugel..
hihi..
macam biasa la.. blog M2B kawan-kawan alam maya la jadi mangsa..
hihihi.. especially yang terbaru +Sheila Salim  kannnn..

tapi tu la macam saya cakap tadi, setiap orang mempunyai keperluan berbeza..
so, saya senaraikan semula keperluan saya..
insyaAllah bila dah lalui alam sebenar (bersalin) saya kongsikan senarai semak yang telah diolah berdasarkan keperluan sebenar ye.. INSYAALLAH  :)

****************************

NEWBORN CHECKLIST (HOSPITAL)

A) BABY (bag 1)


Baju Lengan Panjang (Sleepsuit) : 2
Baju Lengan Pendek : 2
Lampin Kain : 2
Kain Bedung : 1
Lampin Pakai Buang : 10
Sabun/Syampu : 1
Tuala : 1
Sapu Tangan : 2
Sarung Tangan/Kaki : 4 pasang
Barut : 4
Tisu Basah :1 paket
Minyak Telon : 1

B) UMMI (bag 2) *persediaan barangan ibu adalah lebih penting ye..berdasarkan pengalaman kawan2

Buku Merah
Dompet (IC dan dokumen peribadi)
HP (berserta charger dan power bank)
Kain Batik : 2
Maternity Pad : 10 keping (1 paket)
Bengkung : 1
Tuala : 1
Baju berbutang hadapan : 2
Skirt : 1 (saya berangan nak balik pakai skirt, sebab macam leceh pakai kain batik.. hihi)
Seluar dalam : 3
Seluar dalam pakai buang : 1 paket
Nursing Bra : 3
Nursing Pad : 4 pasang
Kurma
Air zam-zam
Baju sejuk
Stokin : 2 pasang
Tudung
Telekung (in case admit awal sebelum bersalin kan...)
Quran Tafsir kesayangan
Barangan Mandi

****************************

wallahua'alam...


Saturday, July 12, 2014

Mommy To Bee (Laman 10)

Assalamualaikum wbt,

Sobah al-khair..  ^^
wah!!! awal pula posting hari ini

aah.. selalu bertangguh-tangguh
berakhir dengan.. "alaaa... nanti la posting kat blog"
 hehe
tu pasal la lama tak jengah sini
jengah pun kejap2 je
sebab blog walking
tapi tak post apa2 pun kan ^^v
sorry

****

alhamdulillah
hampir berada di pertengahan bulan Ramadhan
cepatnya masa berlalu
teringat teman sekerja (teacher Zira) ada sampaikan, intipati dari tazkirah yang dia dengar
"kita di akhir zaman ni rasa masa ni pantas je, bukan apa, sebab kita rasa masa ni dah tak berharga.."

glurp!!
 nauzubillah  -_-
janganlah kita semua tergolong dalam golongan manusia yang kerugiaan
dunia dibiar pergi, akhirat tak ingin dicari
no! no! no!

****

oh ya, tinggal lagi sebulan lebih je insyaAllah perjalanan yang indah ini
kejap je kan
agak excited juga!
tapinya...............

baju baby tak cuci lagi
barang pun tak lengkap lagi
beg pun tak packing lagi
hospital nak bersalin pun tak decide lagi

Allah!!
 biaq benar cek oi!

baby.... please behave ek..
ummi ni kalut mak lut la..
ayah pula relax and cool gitu
ececeh
 
****

lately, ummi dah tak tenteram tido
awak ni cute sangat tau!
asal ummi rehat dan baring, mula awak ligat kemain ek

ayah pun selalu terganggu tidurnya...
kenapa?
aah.. ummi kan cewek!!!
hihihi
kalau ummi tak selesa, tak dapat tidur, ummi apa lagi
apa?
apa?
nangis la.. sedu sedan
yang jadi mangsanya ---> ayah la kan
kuikui..

untung awak! ayah ni pun comel juga kan! 
^^

****

kat tadika alhamdulillah ummi ok je
cuma sekarang time tadarus, ummi macam2 style duduk
sakit belakang, sakit depan
ahahaha..
takpe la kan...
asal awak bahagia di dalam tu
jagalah awak! dah keluar nanti ummi gomol2 awak
kompem!

****

ummi tak pasti pula
sindrom apakah ini
sejak 'bawa' awak ni, ummi punyalah semangat masak-masak
kenmain lagi
masak itulah inilah
menjahit itulah inilah
kuikui
mencanak-canak minat ummi ke bidang-bidang itu

aah... 
tidak ummi sangkal, sebelum ni pun memang tu lah minat ummi
tapi sejak 'ada' awak ni
len macam sikit la..
extra!

selalu ayah perli ummi
"nak meniaga ke tu"
"ni dah boleh buka kedai jahit ni"

ummi kalau ayah dah cakaop macam tu
ummi sengih je
"aah.. tunggu ada oven, mesti lagi best.."
"bila nak belikan mesin jahit. nak yang lengkap macam ibu (nenek awak)..."

nak dijadikan cerita, nenek punyalah bikin surprise kat ummi
dibelikannya ummi oven
berbunga-bungalah hati ummi
awak pun tumpang gumbira kan!
tinggal tunggu ayah belikan mesin jahit je
belum apa-apa lagi ayah dah request ummi jahitkan kemeja dia
adoiiii.. cemana tu ?!

****

emm...semerbak harum dah ni ^^
anyway, sebenarnya tengah tunggu oat choco chip cookies dalam oven masak
hehe
bestkan!
gembira sangat
dah dapat 3 jenis kuih dah

1) semperit susu 
2) cornflake madu
3) oat choco chip cookies

niat di hati nak buat popia nestum
tapi takde horlick
kena beli dulu..

ok la.. tunggu next posting, insyaAllah akan kongsikan resepi dan langkah demi langkah siap gambar lagi

amacam! sanggup tunggu  ^^

SALAM RAMADHAN





 

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...