Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Friday, March 1, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 - EDISI 2

Assalamualaikum wbt,
seperti yang IM janjikan dalam beberapa entry terdahulu,

nah! 
untuk edisi 2 ini, IM akan kongsikan sedikit ye
InsyaAllah
moga berfaedah buat kalian dan juga buat diri ini
Ilmu baik dan bermanfaat eloklah disebarkan
tak gitu  ^_^



masih ingat pada IMAD ???    ^_^


SLOT 1 :  Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...     
>Ustaz Pahrol Md Juoi<


-terdapat 4 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sejak kita di alam rahim ibu lagi;


     i) rezeki

    ii) ajal
   iii) umur
   iv) JODOH (eh? terbesar pula)    (^_^)



- rezeki itu perlu DICARI; WAJIB usaha & WAJIB tawakkal
Usaha daripada Manusia (TADBIR)   -->   Hasil daripada Allah (TAQDIR)

 - rezeki = jodoh ?? 
a) Perlu kepada usaha, namun perlu redha ketentuanNya
b) Rezeki yang dicari itu BAIK, namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK.

- rezeki yang Allah berikan kepada manusia adalah SELARAS DENGAN TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan oleh manusia itu sendiri

- secara fitrahnya, manusia ada 2 TANGGUNGJAWAB utama;
a) HAMBA ALLAH (Abdullah) : untuk jadi baik
b) KHALIFAH (KHalifatullah) : untuk memberi kebaikan

- apabila kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin kepada Allah, insyaAllah jodoh yang baik juga akan menyusul

- makanya, tetapkan matlamat dalam hidup, maka terdorong segala laluan dalam hidup kita

- sesuatu perkara itu menjadi WAJIB (dan jatuh hukum sunat, haram dan sebagainya) kerana kita meletakkan misi dan matlamat atasnya; it depends on the situation gitu!  ^_^

Tinta IM : Sangat suka dengan  petikan kata-kata ini; 

Rezeki yang dicari itu BAIK, 
namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK





p/s: nanti IM sambung ye.....  ^_^ 

Thursday, February 21, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 - EDISI 1

Assalamualaikum wbt,
hi kalian semua, Alhamdulillah untuk entry Edisi 1 ini, IM akan kongsikan dengan kalian semua serba sedikit tentatif program dan insan-insan hebat yang berusaha menebarkan dakwah dan menyemai benih Islami dan Ilmu buat semua peserta Seminar Baitul Muslim 2.0
kali ini, InsyaAllah

^_^


Sebelum Aku Bernikah  -  16 Februari 2013 (Sabtu)


SLOT 1 : Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Pengurusan Jiwa
Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh

SLOT 3 : Fulu$ oh Fulu$
Tuan Suzardi Maulan

SLOT 4 : Sebelum Aku Bernikah
Tuan Hilal Asyraf

SLOT 5 : Kau dan Aku Berbeza : I Drive, U Baca Peta
Panelis : Ustaz A. Ubaidillah Alias & Puan Wardina
Moderator : Tuan Amin Idris (TV Al HIjrah)




Bercinta Sampai Syurga  -  17 Februari 2013 (Ahad)


SLOT 1 : Oh Mertuaku !
Ustaz Pahrol Md Juoi

SLOT 2 : Rumahku Syurgaku
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

SLOT 3 : Tarbiyyatul Aulad
Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

SLOT 4 : Bercinta Sampai Syurga
Ustaz Muhidin Mokter
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
(pasangan suami isteri)

SLOT 5 : Sharing Moment (Melentur Rebung)
Panelis : Ibu Wirianingsih
(Ibu 10 orang Huffaz)


Alhamdulillah, ini untuk Edisi 1 ye kawan-kawan, lepas ini akan menyusul edisi seterusnya yang mana IM akan kongsikan serba sedikit intipati yang berjaya diserap IM sepanjang 2 hari perkampungan di PICC

Wallahua'lam  ^_^






Tinta IM : Kalau seharian duduk saja-saja memang sangat terasa, tapi 2 hari di PICC dengan lambakan Ilmu Allah, sungguh tidak melelahkan. Dah habis baru terasa penat (mental dan fizikal). Allahuakbar!

Friday, February 15, 2013

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0

Assalamualaikum wbt,

hi sayang-sayang sekalian, well, weekend ni apa yang kalian akan buat untuk mengisi masa lapang?
^_^
apa pun perisiannya, mohon la kalian semua gunakan nikmat masa lapang ni dengan sebaik mungkin


InsyaAllah dalam usaha IM (Ilya Maisara) nak cedok ilmu untuk masa hadapan, esok (16 Feb 2013) dan Ahad, IM akan sertai seminar di PICC

seminar apakah?

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0


insyaAllah IM akan cuba kongsikan intipatinya dalam entry akan datang
Wallahu'alam

^_^

Thursday, January 24, 2013

K-Fiqh - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Assalamualaikum wbt, 

hi kawan-kawan ^_^
eh, sejak bila bertukar panggilan ni?
hihi.. saja tukar angin kan kan..

Baiklah... untuk entry kali ini, IM kongsikan dengan bangganya... mempersembahkan...

v
v
v
v
v
v

Pembentangan 1 
Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
         (Dr Zaharuddin Abd Rahman)


Dalam sesi pembentangan ini, Ustaz-Urusetia ada sediakan kertas kerja (handout). Tapi, IM akan kongsikan ringkasan serta pemahaman IM. Dalam erti kata lain, siapa-siapa yang ada hadiri K-Fiqh ni, bolehlah tambah mana yang kurang atau betulkan mana yang salah iye ^_^


1) WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

~ kedatangan Islam dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara ADIL serta melindungi kedudukannya sebagai...

Hadith yang bermaksud : Aku mencintai dunia kamu pada WANGIANNYA, WANITA dan dijadikan ketenanganku di dalam SOLAT.

~ Kalian boleh agak tak? kenapa 3 aspek tersebut yang Rasulullah highlightkan ?

i) wangi-wangian : Rasulullah menyenangi wangi-wangian, dan Islam juga mengajar agar umatnya menjaga kebersihan kan kan :)

ii) wanita : wanita adalah termasuk dalam aspek keduniaan. Mengapa Rasulullah stresskan tentang wanita dalam hadith ini.

Well known kan, yang zaman Jahiliyyah dulu, martabat wanita macam mana? Wanita umpama barang dagangan, sesiapa yang memiliki anak perempuan akan segera dibunuh, penindasan ke atas kaum wanita, sehingga wanita dijadikan barang dagangan. Allah! 

Mulianya..

Bila mana datangnya Islam, dikirim bersama Rasulullah tercinta, diangkat martabat wanita selayaknya. Alhamdulillah.. berbanggalah wanita wanita Muslim sekalian.

Anda diberi nikmat Islam dan Iman, bukan hanya sekadar nama dan tertera pada MyKad dengan gahnya kalian menghina Islam dengan perwatakan dan kehidupan yang membelakangi Islam.. Nauzubillah, moga hidayah Allah akan tersemat di hati-hati kalian. IM doakan selalu.

iii) solat : Adakah anda sedar, tempat yang paling dekat antara kita-Allah adalah semasa solat (sujud). Makanya, apda keadaan bersolatlah jiwa-jiwa kita akan menjadi tenang.

TAK PERCAYA?

IM nak minta, jika ada antara kalian yang serabut, stress, tension, atau ada rasa gundah, cuba kalian berwudhuk dan kerjakanlah solat sunat Taubat atau mana-mana solat sunat (pastikan Solat Fardhu tidak dilupakan). 

Confirm! kalau tak, there's something wrong.. jeng jeng jeng

Kalian akan kecapi rasa tenang, setenang, tenangnya..
InsyaAllah  :)


2) WANITA ZAMAN JAHILIYYAH MODEN

1) Diperkuda TANPA AKAD YANG SAH  (T_T)
-belum bernikah, tapi hubungan kalah suami/isteri. Astaghfirullah al azim

2) Diperalat untuk laris brang dagangan / perniagaan
- jadi model, jual tayar pun guna wanita dengan aksi yang bZzzzzz..(~_~)

3) Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard LELAKI
- nak majukan diri TAK SALAH! tapi yang salah bila kemajuan diri seiring dengan KEMUNDURAN JATI DIRI seorang MUSLIMAH.
- Contoh : nak mudah pergerakan kononnya buka tudung (Aurat)

4) Kecantikan diri untuk tatapan SEMUA
- teknologi; via fb, Instagram malah blog sekali (wadah yang sering diguna pakai)

5) Feminist TIDAK BERTEMPAT

6) Hamba kepada FESYEN dan KECANTIKAN luaran
- cantik luaran sahaja yang TERJAGA, hati, akhlaq dan aqal terbiar.. dan tidak seiring  (=_=)

7) Fahaman "MESTI BERKERJA/DUIT SENDIRI; SENANG KALU PERLU BERCERAI"
- Nauzubillah! tapi ini adalah REALITI yang selalu sahaja berlegar di minda wanita (sila jangan nak berdalih, sebab IM pun sama... Alhamdulillah, K-Fiqh dah betulkan mind setting IM)

8) Keluarga menjadi priority kedua selepas KERJAYA
- Wanita yang solehah, akan meletakkan SEPARUH HATINYA di rumah, wlaupun saat dia berkerja DI LUAR.


3) ISLAM MENJELAS ANTARA YANG HAK DAN BATHIL

Sebaik-baik kecantikan di dunia adalah WANITA SOLEHAH

Hadith Nabi Muhammad s.a.w maksudnya: Kami bersama Rasulullah dalam sebahagian perjalanannya, maka berkatalah sebahagian sahabatnya : Diturunkan padamu EMAS dan PERAK, boelhkah diajarkan kami manakah HARTA YANG LEBIH BAIK DIAMBIL?
Baginda lantas menjawab: LISAN yang BERZIKIR, HATI yang BERSYUKUR dan ISTERI MUKMINAH yang MEMBANTU KEIMANAN (termasuk anak-anak dan keluarga)

Maka jelaslah di sini, wanita di sisi Islam adalah diangkat darjatnya dan selayaknya. Alhamdulillah.. seronok kan... Tapi, janganlah lupa! TOLONGLAH sayang-sayang sekalian..

Jangan sesekali meremehkan ajaran Islam yang mudah. Kalau tak tahu, BELAJAR, TANYA DAN FAHAMKAN. 

Ketahuilah, setiap langkah, usaha dan tekadmu menuju Dia, pasti ganjaran yang BESAR menanti di 'sana' nanti... InsyaAllah


4) SOLEHAH MENDAMAI DUNIA MELALUI...

1) DIRI

- Wanita yang BAIK, akan tetap cuba untuk terus menjadi LEBIH BAIK

- Sedar diri TIDAK SEMPURNA, maka sentiasa mebiasakan diri untuk BERTAUBAT & MUHASABAH DIRI

-Mendahulukan pandangan berdasarkan NAS dan AQAL.. bukan EMOSI 
SEMATA-MATA (ok... bab ini memang teramatlah susah bagi insan bergelar wanita.. kan kan.. IM pun sama je.. InsyaAllah berusaha!!!)

- Emosi boleh membuat wanita berDOSA kerana gagalnya mengawal emosi

- Pentingkan KUALITI IMAN dan AURAT berbanding KECANTIKAN LUARAN shj

- Redha dan Sabar dengan cabaran kehidupan sebagai Muslimah

Tinta IM : Hijab bukan PENJARA, tapi hijab adalah PENJAGA.
                
                 EGO adalah KEKUATAN LELAKI, 
                 dan EMOSI adalah KEKUATAN WANITA


2) SUAMI

- Hak suami lebih BESAR, kerana hak ALLAH ada pada keredhaan SUAMI
(hopefully, bakal Imam IM, redhailah IM sepanjang kehidupan di dunia dan akhirat ye.. applicable bila dah sah nikahnya)     (^_^)

- Wujudkan tumpuan waktu untuk memahami MINAT dan KESUKAAN SUAMI (ohoho.. apa ye? Ya Allah, janganlah yang sukar-sukar iye.. hihi)

- Menutup AIB SUAMI dari kerabat, rakan dan awam (KEWAJIPAN seorang isteri ni)

- Tidak mengorek KESALAHAN SUAMI, malah mendoakannya sentiasa

- Belajar macam mana / cara TERBAIK untuk menegur segala kesalahan SUAMI

- Memaafkan

Tinta IM : Jangan jadikan KELEMAHAN/KEKURANGAN di dunia sebagai PENGHALANG untuk bahagia di akhirat ye sayang-sayang sekalian.


3) ANAK-ANAK

- Anak-anak haruslah lebih DIUTAMAKAN daripada KERJAYA, PANGKAT dan HARTA

- Mendidik anak dengan PERANCANGAN dan bukan dengan PLAN SPONTAN 
(-_-)''

- Kasih sayang serta Akhlaq terpuji adalah model ikutan buat anak-anak


4) KEJIRANAN

- Dikenali oleh jiran tetangga sebagai PEWUJUD AKTIVITI MAHMUDAH 

- SENTIASA menjaga batas pergaulan dan AURAT antara jiran lelaki, anak dan suami mereka

- Isu yang paaaaaaaaling hangat bila berada di kawasan kejiranan kan kan


5) KERJAYA / TEMPAT KERJA

- Berkerja DENGAN IZIN SUAMI

- Menjaga aurat dan batas pergaulan semasa di luar rumah

- Gaji adalah WANG TAMBAHAN (kurangkan bebanan suami) bukan DINIAT SEBAGAI PROTECTION jika diceraikan

- Kemuliaan wanita bukan pada kerjaya dan pangkatnya, tapi JASA DAN BUDINYA pada keluarganya


6) MASYARAKAT

- Selagi boleh menyumbang bakti pada masyarakat menerusi ilmu dan kemahiran yanga da, maka boleh disalurkan



TINTA IM : Sangat terkesan dengan statement - Berkerja bukan untuk protection jika BERCERAI.

FINE! mungkin masih ada lagi yang tak berapa nak setuju iye (ragu-ragu). Natijahnya, jika kita dah set awal-awal yang negatif, maka aura-aura negatif PASTI akan mengiringi hari-hari kita

OK! IM berkeyakinan, InsyaAllah... IM akan jadi zaujah yang terbaik untuk zauj IM. Maka, persiapkanlah dirimu IM  ^_^

 

Wednesday, January 23, 2013

K-Fiqh - Tentatif

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian
sekali lagi kita bersua iye ^_^

ini pun entry yang telah discheduled, sebab ada banyak lagi entry yang berderet IM nak kongsi dengan kalian semua
semuanya tentang ilmu yang IM sempat tangkap masa K-Fiqh tempoh hari
moga perkongsian yang baraqah ye  ^_^

Kali ini, IM kongsikan dulu tentatif dan susun atur perjalanan konvensyen ini


HARI PERTAMA - 19 JANUARI 2013 (SABTU)


Pembentangan 1 - Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
                              (Dr Zaharuddin Abd Rahman)

Sidang Panel 1 - Kedudukan Wanita di dalam Islam : Antara Liberal & Ekstrim
                           (Dr Zahazan Mohamed & Dr Mohd Sukki Othman)

Sesi Istimewa - Hijrah bersama Oki Setiana Dewi

Pembentangan 2 - Rumahtangga & Kerjaya : Celik Mata & Hati
                              (Prof Dr Muhaya Muhammad)


Sidang Panel 2 - Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-Undang Keluarga
                           (Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar)
                           
                           Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan dalam Surah 
                           An-Nur
                           (Dr Sofiah Samsudin)




HARI KEDUA - 20 JANUARI 2013 (AHAD)


Sesi Istimewa - Bersama Isteri Para Asatizah MURSHID (khas untuk WANITA)

Pembentangan 3 - Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender
                              (Ustazah Norhafizah Musa)

Pembentangan 4 - Srikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa
                              (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Sidang Panel 3 - Perkahwinan : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya
                           (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
                           
Forum - Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah
              Panel : Dr. Khairudin Aman Razali
                          Ustazah Fatimah Syarha
                          Kapten Hafiz Firdaus
              Moderator : Nurul Suhadah Shuib




Wallahua'alam...


Tinta IM : Tulisan selepas ini akan merujuk kepada topik/sidang yang berlangsung sepanjang K-Fiqh. Maaf semua kalau ada salah silap, mohon teguran ^_^



K-Fiqh? Apakah?

Assalamualaikum wbt,
sayang-sayang sekalian, seperti yang dijanjikan dalam entry yang INI

InsyaAllah IM akan cuba kongsikan serba sedikit apa yang sempat ditambat dari Konvensyen tersebut
[^_^]

oh ye sayang-sayang sekalian, ini adalah entry yang telah discheduled kerana hambatan masa gitu..
terima kasih kepada yang sudi membaca/melawat/jengah/dan komen di sini

sayang anda sekalian kerana Allah
  

***********


K-Fiqh? Apakah ia K-Fiqh itu?

Singkatan kepada Konvensyen Fiqh - Wanita & Islam


Golongan sasaran?

Pada dasarnya, disasarkan kepada kaum Hawa (berdasarkan nama konvensyen tersebut). NAMUN, penglibatan kaum Adam amatlah digalakkan.


Kenapa?

Sebab.. natijah konvensyen ini adalah untuk menyebarkan fahaman fiqh yang mana ianya Ilmu Allah, maka tiada sekatan antara gender. Cuma bagi certain segmen/sesi, hanya kaum Hawa sahaja dibenarkan berada dalam Dewan tersebut.


Mengapa?

Banyak isu yang disentuh dalam Konvensyen Fiqh ini, pendedahan Fiqh wanita terhadap kaum Adam sangatlah diperlukan. Bilamana kaum pemimpin (kaum Adam) sudah 'arif atau paling tidak mempunyai asas berkaitan Fiqh wanita, insyaAllah mudahlah mereka memimpin kaum Hawa; khususnya isteri  mereka, ibu, kakak adik dan juga masyarakat secara amnya.

  
***********


Untuk pengetahuan sayang-sayang sekalian, K-Fiqh ini berlangsung selama 2 hari (19-20 Januari) bertempat di MAEPS  Serdang





Panel Jemputan

1) Dr.Zaharuddin Abd Rahman

2) Dr. Zahazan Mohamed

3) Dr. Mohd Sukki Othman

4) Oki Setiana Dewi

5) Prof. Dr Muhaya Muhammad

6) Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar

7) Dr. Sofiah Samsudin

8) Ustazah Norhafizah Musa

9) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam.com)

10) Ustaz Pahrol Mohd Juoi

11) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj

12) Dr. Khairuddin Aman Razali

13) Ustazah Fatimah Syarha

14) Kapten Hafiz Firdaus



Allahuakbar! ramai kan.. sangat kagum dengan ilmu Allah yang tersemat dalam tiap butir bicara mereka. Menunjukkan betapa penghayatan Ilmu Allah dalam sehar-hari kehidupan mereka.

Sungguh benarlah martabat orang berilmu diangkat darjatnya di sisi Allah.


InsyaAllah, ini sekadar intro. Entry seterusnya akan menyusul mengikut slot/pembentangan/sidang panel. So.. stay tuned ye sayang-sayang sekalian


Tinta IM : Bila kita belajar, makin banyak kita tak tahu kan kan  ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Episod 4 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 3 - Ohoho.. Tiada Kertas Kerja sebenarnya)

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian....
Selamat tahun baru 2013 Masihi..
wallahi! semangat lebih ni.. Apa azam anda sekalian..

Saya?
Oh... banyak azam tahun ni, makin bertambah-tambah.. seiring dengan tanggungjawab yang bakal bertambah juga, In Shaa Allah..

Oh ya.. ini adalah entry terakhir bagi Seminar Generasi Y.. In Shaa Allah, saya akan ringkaskan untuk entry kali ini..

Salah satu azam saya tahun ini, nak post entry yang memberi manfaat untuk semua.. mana kita tahu kan, bila-bila masa Allah boleh jemput kita pulang, dan moga sahaja segala ilmu yang saya sempat kongsi kalian memberikan manfaat... In Shaa Allah..  ^_^

ok.. selamat membaca semua ......



Kertas Kerja 3 : Penjenamaan Gen Manusia Menurut Perspektif Wahyu
Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri



Manusia : ciptaan yang UNIK... WHY? ;

     - sebelum ciptaan; Allah dah war-warkan dulu tentang Khalifah di muka bumi

     - Allah TAK war-warkan sifat manusia, TAPI tentang tanggungjawabnya 
       sebagai Khalifah (jelas kan! Itu adalah sebab kita diutus di muka bumi Allah, 
       mana bisa kita mencipta dosa dengan sewenang-wenangnya di muka bumi 
       Allah ini)


Kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam membawa ketamadunan 1,000 tahun lebih cepat (maju..) jika tidak, kita masih manusia TAK BERTAMADUN.

Allah swt, kirimkan agamanya, Islam yang suci sebagai panduan dan pegangan kita


A136

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

(Al-Baqarah 2:136)




Payah sebenarnya untuk 'meManusiakan' manusia, dan oleh itu Allah kirimkan baginda nabi untuk memuliakan Akhlaq... firman Allah;



A002


Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."




Baginda Nabi telah 'membentuk' golongan sahabat, dan para sahabat pula 'membentuk' anak-anak mereka, dan begitulah seterusnya...


A208


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.



wallahua'lam.. maaf khilaf diri..  ^_^









Tinta Im : Kini, kita berdepan dengan Ghozwatul Fikr (serangan pemikiran), justeru, ILMu! ILMU! dan ILMU! itu yang perlu kita ada, perlu kita sentiasa cari dan cari.. huh! sangat semangat iye.. hihi.. jom...

Episod 3 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 2)

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian.. 

Entry kali ini masih lagi berkisar tentang Seminar Generasi Y yang telah saya hadiri semalam 
(29 Disember 2012).

Moga dengan perkongsian ilmu kali ini dapatlah kiranya kalian semua info yang bermanfaat.. 
oh ya, seperti biasa, jika ada khilaf, mohon ditegur ya.. saya bukanlah insan kamilah (kamil untuk muzakar kan kan  ^_^)



Kertas Kerja 2 : Ekspresi  Gen Y Terhadap Dakwah
Ustaz Hj Zamri (TV Al Hijrah)



Peringkat dakwah adalah :-

   1) SAMPAIkan & TERANGkan ajaran Islam (fokus Muslim / non-Muslim)
   2) AJAR & Tarbiyyah (Muslim.. termasuk Muallaf)
   3) AMAL & Laksanakan mengikut Quran dn Sunnah (MUSLIM.. dan anda MUSLIM 
       kan.. maka laksanakan apa yang diajar.. tinggalkanlah mana yang diteah.. 
       okaih)

Ciri-ciri Asas Gen Y

1) Rapat dan akrab dengan sumber maklumat (MESTILAH kan kan... semua di 
    hujung jari.. gitu!)

2) Kebebasan dalam membuat pilihan & bersuara, menghargai keterbukaan, 
    ketelusan dan integriti.. NAMUN.. dengan kawalan  :)

3) Kolaborasi dan hubungan, interaktif.. inginkan sesuatu secara pantas (emm.. 
    kadang-kadang kurang sabar iye.. ops... terkena batang hidung rupanya..)


# Gen Y adalah -->  Gen WHY??? 

tidak mudah menerima tanpa sebarang hujjah / sebab.. semua dia nak tahu..  well  ^_^ tapi dalam satu sudut, bahaya juga kan..


Gen Y dan Dakwah

Dakwah adalah Manhaj.. ia boleh berubah-ubah selari dengan zaman dan keperluan semasa ummat.

Ye.. dan ia juga perlulah berpegang TEGUH pada 2 dasar :-

   1) Syariat
   2) Sedia berubah dan sedia fahami golongan sasaran (dakwah) dengan 
       mendalam megikut perubahan masa dan keadaan.


Kehendak Gen Y

1) Mahu TAHU, TAPI dalam suasana yang MUDAH & SANTAI (+ve)

2) Mahu IKUT, TAPI perlu ada justifikasi untuk buat pilihan dan bebas untuk 
    keluarkan pandangan (+ve)

3) Mahu BUAT sesuatu cabaran, TAPI tak sabar; perlukan sokongan (-ve)

4)Mengukur LOGIK berdasarkan khalayak 'Langit Terbuka' @ Teknologi


Wallahu'alam.. akan bersambung dengan entry seterusnya... berkaitan Gen Y dan Wahyu.. dan Media.. dan lain-lain lagi.. TUNGGU!!!







Tinta IM : Bila Gen Y boleh aplikasikan ilmu dunia dan akhirat, In Shaa Allah berjaya dengan cemerlang dunnia dan akhirat. Allahuakbar! Pimpin kami Ya Allah untuk memimpin yang lain kepadaMu.. untuk Mu..

Sunday, December 30, 2012

Episod 2 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 1)



Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian..

Wah!!! dah baca entry Episod 1? ni sambungannya iye.. belum baca? SINI YE
jom! kali ini,In Shaa Allah saya akan kongsikan hasil pembentangan Kertas Kerja Pertama

oh ya, ini adalah intipati dan menurut kefahaman saya yang tak hebat mana
TAK APA!!!
walaupun sedikit, kalau diaplikasikan, In Shaa Allah.. Baraqah la kan  ^_^
jom sambung baca ....


********

Kertas Kerja 1 :Gen Y Dari Aspek Psikologi Perkembangan
Prof Madya Dr Mariani


Who ?

Gen Y atau Generasi Millenium -> kelompok manusia yang lahir sekitar tahun 1977 - 1998
- so.. siapa rasa dilahirkan dalam tahun berkenaan, kita segenerasi la ye (ops... sebagai selingan)

Cordington & Marshall (2005), terdapat 3 generasi utama yang dalam konteks kehidupan & dalam konteks organisasi pekerjaan dan pendidikan. Iaitu individu yang lahir pada :-

   1) 1946 - 1964 : Dikenali sebagai Baby Boomers
   2) 1965 - 1976 : Dikenali sebagai Generasi X
   3) 1977 - 1998 : Dikenali sebagai Generasi Y  (inilah golongan yang akan menjadi fokus untuk seminar ini)

# berumur sekitar 14 hingga 35 tahun :)


Generasi Y ?

Dibahagikan kepada 2 kategori :-

   1) 14-18 tahun : remaja akhir
   2) 19-35 tahun : dewasa awal (ok.. siapa sama kategori dengan IM? Sila jerit.. 
                            Allahuakbar!!!)


Psikologi Perkembangan Gen Y

Oklah.. IM sampaikan maklumat kali ini secara santai ye ^_^
sebab, secara Psikologi, Gen Y lebih suka pendekatan secara santai namun MANTAP! tak gitu Gen Y sekalian..

Baiklah.. untuk Psikologi Perkembangan Gen Y, kita pecahkan kepada 2 seperti kategori di atas, so.. kalian boleh rujuk atau fokus kepada kategori kalian (tapi jeling-jeling lah kategori lagi satu, sebagai info tambahan kalian juga kan ^_^ )

1) 14-18 tahun : remaja akhir

( +ve ) golongan y dinamik, sgresif dan cemerlang dalam bidang y diceburi

( -ve  ) segelintir mengalami pelbagai masalah psikologi dan tingkahlaku y boleh menggugat diri dan orang sekeliling (opss.. hati-hati ye)

Contoh : ketagihan rokok, alkohol dan dadah; masalah pemakanan (opss..diet ke?); kemurungan dan masalah tingkah laku (ni mesti krisis identiti kan kan)

( +ve ) Golongan ini selalunya (x semestinya la kan.. it depends ^_^ ) sentiasa anggap diri serba boleh dan ingin cuba semua (lagi-lagi benda baru)

( -ve  ) Bila cubaab GAGAL, rasa sangat DOWN! (Astagfirullah al azim.. ayuh! cepat bangkit! jatuh sekali bukan bermakna gagal selamanya kan.. wake up plezz!!!)

Seharusnya, remaja perlulah....

R   - redha
E   - emosi stabil
M  - matlamat
A  - amal
J   - jannah
A  - attitude

wallahu'alam... IM move on to the next category okaih ^_^ In shaa Allah..


2) 19-35 tahun : dewasa awal

bagi kategori ini, yang mana telah beranjak ke alam dewasa (WALAUPUN... dewasa awal ye..) kematanan dalam pelbagai sdutu mula ketara.. jeng jeng jeng... ^_^

Mereka dalam kategori ini :-

   1) mula mencari hubungan baru dan lebih matang dengan teman sebaya baik 
       lelaki mahupun wanita

   2) menerima perubahan/ keadaan fizikal (oh... ini masalah terbesar.. hehe  =_= )

   3) belajar mencapai perilaku sosial y berTANGGUNGJAWAB

   4) mencapai kematangan emosional dari orang tua dan orang-orang dewasa lain

   5) memantapkan ekonomi

   6) bersedia untuk ke alam perkahwinan dan keluarga (yang mana terawal tu, 
       miang lebih la tu.. hihi.. ampun!!!)

   7) memperoleh peringkat nilai sebagai pegangan untuk TINGKAHLAKU dan 
       PERGAULAN SOSIAL (pendek kata, sebagai Muslim, syariat Islami itu la 
       tunjang dan pegangan hidup kita ye)

Kehidupan Gen Y

Fokus Gen Y haruslah kepada Allah.. WHY? sebab, jika kita fokus kepada MANUSIA, kita akan alpa, dan akan lupakan Allah. NAMUN, jika kita fokus kepada Allah swt, In Shaa Allah.. manusia akan caaaari kita pula.. Allahuakbar!

  
 A007
A008
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7-8

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...