Tuesday, January 1, 2013

Episod 3 : Seminar Generasi Y (Kertas Kerja 2)

Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian.. 

Entry kali ini masih lagi berkisar tentang Seminar Generasi Y yang telah saya hadiri semalam 
(29 Disember 2012).

Moga dengan perkongsian ilmu kali ini dapatlah kiranya kalian semua info yang bermanfaat.. 
oh ya, seperti biasa, jika ada khilaf, mohon ditegur ya.. saya bukanlah insan kamilah (kamil untuk muzakar kan kan  ^_^)



Kertas Kerja 2 : Ekspresi  Gen Y Terhadap Dakwah
Ustaz Hj Zamri (TV Al Hijrah)



Peringkat dakwah adalah :-

   1) SAMPAIkan & TERANGkan ajaran Islam (fokus Muslim / non-Muslim)
   2) AJAR & Tarbiyyah (Muslim.. termasuk Muallaf)
   3) AMAL & Laksanakan mengikut Quran dn Sunnah (MUSLIM.. dan anda MUSLIM 
       kan.. maka laksanakan apa yang diajar.. tinggalkanlah mana yang diteah.. 
       okaih)

Ciri-ciri Asas Gen Y

1) Rapat dan akrab dengan sumber maklumat (MESTILAH kan kan... semua di 
    hujung jari.. gitu!)

2) Kebebasan dalam membuat pilihan & bersuara, menghargai keterbukaan, 
    ketelusan dan integriti.. NAMUN.. dengan kawalan  :)

3) Kolaborasi dan hubungan, interaktif.. inginkan sesuatu secara pantas (emm.. 
    kadang-kadang kurang sabar iye.. ops... terkena batang hidung rupanya..)


# Gen Y adalah -->  Gen WHY??? 

tidak mudah menerima tanpa sebarang hujjah / sebab.. semua dia nak tahu..  well  ^_^ tapi dalam satu sudut, bahaya juga kan..


Gen Y dan Dakwah

Dakwah adalah Manhaj.. ia boleh berubah-ubah selari dengan zaman dan keperluan semasa ummat.

Ye.. dan ia juga perlulah berpegang TEGUH pada 2 dasar :-

   1) Syariat
   2) Sedia berubah dan sedia fahami golongan sasaran (dakwah) dengan 
       mendalam megikut perubahan masa dan keadaan.


Kehendak Gen Y

1) Mahu TAHU, TAPI dalam suasana yang MUDAH & SANTAI (+ve)

2) Mahu IKUT, TAPI perlu ada justifikasi untuk buat pilihan dan bebas untuk 
    keluarkan pandangan (+ve)

3) Mahu BUAT sesuatu cabaran, TAPI tak sabar; perlukan sokongan (-ve)

4)Mengukur LOGIK berdasarkan khalayak 'Langit Terbuka' @ Teknologi


Wallahu'alam.. akan bersambung dengan entry seterusnya... berkaitan Gen Y dan Wahyu.. dan Media.. dan lain-lain lagi.. TUNGGU!!!







Tinta IM : Bila Gen Y boleh aplikasikan ilmu dunia dan akhirat, In Shaa Allah berjaya dengan cemerlang dunnia dan akhirat. Allahuakbar! Pimpin kami Ya Allah untuk memimpin yang lain kepadaMu.. untuk Mu..

No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...