Showing posts with label Dapur M2Mv. Show all posts
Showing posts with label Dapur M2Mv. Show all posts
Friday, March 25, 2016
TELUR MASIN HOMEMADE (EP 2)
Rentetan EPISOD 1
Haaaaaaaaaaa..ni dia!!!
setelah menunggu dengan sabar
Maka terhasillah telur masin homemade ummi Azra..
Alkisahnya buat ni prepare untuk ayah Azra
nanti ada juga lah lauk emergency masa Ummi Azra berpantang kat Shah Alam
Mudah Ya Amat !
Rasa macam nak p borong sepapan Telur Ayam je buat Telur Masin ni
ha la..pernah beli sebiji telur masin belum masak dah RM1
pergh!!!
beli sepapan Gred A - 30 biji baru RM9.90 gitu
Garam sekilo baru berapa ringgit
Idok ke jimat tuuuuuuu
hokeyy!!
yang nak resepi pi sergah kat Episod 1 punya entry tau!
Telur masin memang favourite ayah Azra bila makan kat luar
Ummi Azra idok le minat sangat..hihi
tapi layannnnnn..
ok! sekarang tengah viral Tart Susu/Telur pula
Nak buat kena fair! kena buat untuk Azra juga
so..nanti kita borong telur, fresh milk dan butter
yela..orang guna susu pekat manis..marjerin..kita nak buat makan sendiri biarlah yang terbaik kan kan..
lagi lagi untuk budak kecik
susu pekat manis tu bukan SUSU SEBENAR pun
sebolehnya elakkanlah ye..
butter pun lebih baik daripada marjerin
hihi..tula masalah mak mak yang cerewet ni..hihi
Saturday, March 12, 2016
TELUR MASIN HOMEMADE (EP 1)
Telur masin homemade alahai..
Tiba-tiba teringin pula nak makan telur masin. Tapi nak buat sendiri. Gigihnya lahai Ummi Azra ni. Poyo kan...
Tadi beli telur ayam gred A, kedai makcik ni jual telur-telur memang suka sangat. Sambil tu beli juga telur burung puyuh, nak masak untuk Azra... comel comel..
Ingat nak beli sepapan Telur Ayam Gred A, baru RM9.90..tapi kang banyak benar pula... tapi tadi masa beli tak terfikir nak buat projek telur masin. Okaylah..kita try test dulu dalam 5-6 biji la ye..hihi
Resepinya Ummi Azra cekau daripada FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Setiap hari memang jengah sini je kejenya. ok semua...jom tengok ramuannya. Yang pastinya, sempoiiii
Resepi Telur Masin
bahan - bahan
10 biji telur itik@ayam
1cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (untuk buat air garam)
cara- cara membuat;
mula-mula basuh telur itik@ayam bersih- bersih supaya nanti telur masin tak busuk. kacau garam dengan air panas. biar sampai sejuk air garam tu baru masuk ke dalam telur. simpan lebih kurang 2 minggu baru boleh rebus.. kalau nak masin lagi boleh tambah garam kasar..
selamat mencuba :)
Tapi Ummi Azra guna je garam biasa. Gunalah apa yang ada kan..tak payah susah-susah :)

![]() |
| Ihsan Pakcik Google ^^ |
Friday, June 12, 2015
RESEPI DONUT BAYI
seperti yang dijanjikan...
sebab ummi lama dah tak mendonut..
sekali harunglah buat donut untuk anakdara tersayang
Baby Donut
*sukatan ikut naluri keibuan la ye*
BAHAN2;
Unbleached Flour (Faiza/Ros/Intisar)
Unsalted Butter/Olive oil (salah satu)
Puree Kurma/Kismis (ikut citarasa)
Yis
Habbatussauda'
Air
Olive Oil (utk menggoreng)
CARA2;
-Masukkan semua bahan
-Uli sebati
-Rehatkan adunan dlm 10-15 minit
-Uli semula
-Canai dan terap
-Goreng dgn olive oil
-Siap! Buat extra utk Frozen Donut
TIPS;
-boleh letak fresh milk/fm/ebm jika mahu
-seeloknya cari alternatif yis segera spt sour dough atau yis organik, jika tiada bolehlah guna yis segera
-utk FROZEN DONUT, sebelum penyimpanan, goreng separa masak utk elakkan donut melekat antara satu sama lain (semua jenis kuih boleh guna cara ini)

Friday, June 5, 2015
RESEPI CHEEZY BALL ALA KFC
Assalamualaikum wbt..
well well well..
Ummi Azra minggu ni gila dapur..gila masak..gila makan..
hihihi..
so.. seperti biasa.. meh kita kongsikan bersama :)
well well well..
Ummi Azra minggu ni gila dapur..gila masak..gila makan..
hihihi..
so.. seperti biasa.. meh kita kongsikan bersama :)
FB Ida Shahida
Cheesy Ball ala KFCBahan2:
700gm ubi kentang/keledek (rebus + garam & lenyek)
280gm tepung gandum
Serbuk lada sulah
Keju cheddar (dipotong dadu)
3biji telur (dibancuh + garam)
Serbuk roti secukupnya
1 sudu kecil gula
Cara2nya:
Campur kentang dan tepung gandum dan gula.,gaul sebati (x perlu letak air) Kemudian leperkan adunan dan masukkan keju cheddar tadi. Tutup dan bulatkan. Celup dgn telur dan golekkan atas serbuk roti sampai adunan tertutup. Goreng dgn api perlahan.
![]() |
| Siap buat..terus simpan.. frozenkan! |
Tuesday, June 2, 2015
TAUFUFAH BABY
Alhamdulillah..
hari ni ummi rajin sikit
pagi2 potong kain untuk projek 2nd Softbook
lepas tu ummi gigih siapkan tempahan Baby Cookies
sebab nak cepat, ummi terus buat taufufah untuk Azra
senang ya amat!
pastu sedap pula tu..
meh ummi kongsikan resepinya
TAUFUFAH BABY
Bahan2;
Tauhu organik
Puri Kurma/Kismis (atau apa shj pilihan hati dan tekak)
Cara2;
Potong tauhu.
Kukus tauhu.
Masukkan dalam mangkuk.
Curahkan puri pilihan hati.
Siap!!!
senang sangat!!! kannnnnnn..
selamat mencuba!
![]() |
| resepi sempoi! sedap dan sihat ^^ |
Monday, June 1, 2015
BISKUT BABY HOMEMADE
Alhamdulillah..
misi Ummi Azra hari ini berjaya!
membikin Biskut Baby untuk Azra
share post kat FB
ada pula yang terus whatsapp dan tempah.. hihi..
rezeki Azra la ye..
syukurrr...
if ada yang nak tempah juga silalah whatsapp ye
ada 2 pilihan; Oat Cheese dan Oat Kurma
sebalang ada 40++ biji berharga RM18 sahaja ye
RESEPI HOMEMADE FISHBALL
Assalamualaikum,
no Monday Blues please ^^
ok.. hari ni nak kongsikan resepi sempoi yet yummy n healthy ni
selalu kita beli je kan fishball ni
pe kata kita try test buat sendiri
semenjak jadi mak2 ni semua benda pun semangat nak buat sendiri
hihi.......
terjamin kesucian, siap boleh jampi2 lagi dalam makanan tu kan kan
oklah.. resepi asal dapat dari FB la ye
macam selalu
Ummi Azra belum cuba lagi
tapi alang2 dah jumpa resepi, marilah kita berkongsi
Resepi asal daripada FB Tahrunnisah Jali
Bahan2;
300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai)
2 sudu kecik tpg jagung
garam secukup rasa..
1/2 sudu kecik lada sulah
air sejuk (anggaran 1/2 cawan - 3/4 cawan) dlm peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang tu...
Cara2;
kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik...hanya ambil isinya sahaja..
kemudian blend isi ikan hingga hancur
masukkan tpg jagung dan garam serta lada sulah
dah sebati taruk air pula..air ni agak2 ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat..
kemudian keluarkan adunan dan taruk dlm besen kecil..
ambil sikit2 dan baling adunan ni dlm bekas tu..buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin ...
ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tgok gambar)..keluarkan bebola fishball antara dua jari tu
ambil fishball tu guna sudu dan taruk dlm bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dlm 15 minit) tgok gambar
barula direbus dlm air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)
selamat mencuba!!
Oh.. ye.. bulan Jun ni promosi set kulit cantik uolz!!
Sustained Released Vitamin C dan Vitamin E Complex
fuuh!!! makin sihat dan cantik2 la uolz nanti
kalau nak boleh roger Ummi Azra ye
whatsapp Isma 0173733012
muah!
Tuesday, May 26, 2015
RESEPI KERABU MANGGA
ingat lagi ENTRY INI...
ala..yang ummi bersilat bagai nak rak kat dapur tu?
hihi
masih berhutang satu lagi resepi ek
hihi
Kerabu Mangga Padapow!
poyo nau!
ok..sempoi je ni
sebab yang ni resepi tunjuk ajar ibu kita
so..kalau yang kat kedai dan restoran tu kita tak tahu la ye
Bahan2 :-
Mangga Muda/ Separa Muda
Udang Kering (rendam dengan air masak, sebab kita tak masak ye kerabu ni)
Cili Padi
Bunga Kantan (potong2)
Bawang Besar/ Bawang Holland (potong2)
Limau Kasturi / Nipis (jangan pula rajin nau letak Limau Purut ek)
Garam dan Gula
Kacang Tanah (tumbuk kasar jika suka)
Cara2 :-
1) Kupas, basuh dan sagat halus mangga muda. Ketepikan.
2) Tumbuk dalam lesung batu Udang Kering dan Cili Padi. Campur dalam mangkuk yang berisi mangga muda tadi.
3) Masukkan pula Bunga Kantan dan Bawang Besar ke dalam mangkuk tersebut.
4) Perah air limau nipis.
5) Taburkan garam dan gula secukup rasa.
6) Taburkan pula kacang tanah jika suka. Gaul sekata. Hidangkan.
7) Bismillah dan makan ^^
senang kan kan... selalu Ummi Azra akan buat 2-3 bekas. Mudah...nak makan tinggal ambil je... hihi..
SELAMAT MENCUBA!!!

KERABU MANGGA

RESEPI KEREPEK KENTANG - POTATO CHIPS
...semalam dah buat macam-macam kat dapur
hari ini Ummi Azra bercadang nak buat Potato Chip
macam Mister Potato tu
tak pun kalau ekstra rajin kita buatlah sambal..
jadilah Kerepek Kentang Berlada..
hihi
meh Ummi Azra kongsi resepi
seperti biasa resepi daripada FB Group la kan kan..
SELAMAT MENCUBA!!!
Monday, May 25, 2015
RESEPI SWEDISH MEATBALL IKEA
Ok..
seperti yang dijanjikan..
ni resepi kopi dan pasta... haha... copy and paste la..
dapat masa godek2 FB
biasa la kan... FB ni lubuk resepi sekarang ni
jangan kata tak tahu masak ye
dah tak wujud dah istilah tu rasanya..
kita kena berani2 je cuba..insyaAllah boleh punya
gittu!!!
ayuh! semak bahan-bahan dan cara penyediaannya..
insyaAllah berjaya!
Resepi asal dari kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden...sangat berpuashati dengan resepi kak sue... kata kak sue ini resepi asli swedish meatball dr mak mertua kak sue dan kak sue ubah ikut citarasa..haa tu diaaa resepi asli ni...Jazakillahu khairan kak..
Meatball homemade (mmg best resepi ni)
Bahan2 :-
500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.
cara :-
1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.
p/s .- butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos.
Sos Gravy
butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara :-
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.
sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix fruits jem.
seperti yang dijanjikan..
ni resepi kopi dan pasta... haha... copy and paste la..
dapat masa godek2 FB
biasa la kan... FB ni lubuk resepi sekarang ni
jangan kata tak tahu masak ye
dah tak wujud dah istilah tu rasanya..
kita kena berani2 je cuba..insyaAllah boleh punya
gittu!!!
ayuh! semak bahan-bahan dan cara penyediaannya..
insyaAllah berjaya!
*******************************
Resepi asal dari kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden...sangat berpuashati dengan resepi kak sue... kata kak sue ini resepi asli swedish meatball dr mak mertua kak sue dan kak sue ubah ikut citarasa..haa tu diaaa resepi asli ni...Jazakillahu khairan kak..
Swedish Meatball Sue Norrman
Bahan2 :-
500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.
cara :-
1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.
p/s .- butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos.
Sos Gravy
butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara :-
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.
sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix fruits jem.
MASAK DARI HATI, MASAK DENGAN CINTA
Assalamualaikum semua...
Allahuakbar bersawangnya kat sini
haha...lama dah nak bersyarah kat sini
tapi asyik tak sempat je.. sejak anak dara dah boleh tawaf satu rumah ni
Allah.... makin kelam kabut ummi... hihi
Alhamdulillah
hari ni terasa diri ini sangat produktif
kuikui...
masuk lif, tekan sendiri sudah!
aah...
lepas subuh ingat nak melayan perasan baring je
penat juga balik kampung pastu terus ke kenduri

pastu terus ke pasar
balik pasar bersihkan lauk sayur semua
yup! begitulah rutin hujung minggu
kalau tak sediakan itu semua
adoi... bila abang sayang pergi kerja memanglah sukar sedikit nak berperang dengan si Azra ni
oh ye.. kembali kepada isu asal..
hihi... hari ini..
pagi tadi sebab tak larat bangun sahur
so isytiharkan diri tak puasa la kan.. kehkeh.. tak senunuh ^^
so..otak ligat berfikir
makanya santapan pagi masaklah Kuey Teow goreng
sesambil tu rebus Cous Cous untuk anak solehah
kemudian siapkan bahan-bahan untuk perap ayam untuk masak Ayam Goreng Berempah
sediakan juga bahan-bahan nak buat Kerabu Mangga rendam udang kering, potong bawang, bunga kantan
siap makan, masak la Cous Cous masak hijau (puri brokoli, stok ayam)
siap masak parut cheese, tabur Habbatus Sauda'
suap Azra
sagatlah si mangga muda untuk misi Kerabu Mangga kebabom!
disebabkan malam tadi buka FB terpandang la resepi Swedish Meatball ala2 Ikea makanya merajinkan diri la buat homemade meatball tu
siap je... bekukan..
padepow!
dasat ke hebat?
apa2 je la ummi Azra...
ummi Azra sangat happy kalau dapat masak
hahha.. dan akan stress kalau nak masak Azra mengamuk2
akan end up dengan ummi Azra yang menangis dalam hati sebab tak dapat masak dengan tenang
haha... (kadang2 nangis je sungguh2..hahha)
ok.. uolz nak Isma kongsikan resepi yang mana?
hehe..
tunggu next post ye.. da!!!

Wednesday, February 4, 2015
BISKUT BAYI (HOMEMADE BABY COOKIES)
Assalamualaikum wbt,
hi semua..
hai hai...
lama x update ye..
alkebizian wal kemalasan
haha..
*********************
okaih..
misi kali ini nak buat biskut bayi
oh no! no! no!
bukan untuk Azra..
well, memang Azra bulan ni genap 6 bulan
tapi 6 bulan disarankan untuk mulakan dengan pengenalan rasa
aah merasa dulu
rasa2 buah dan sayur dulu
insyaAllah dah siap dah jadual pemakanannya
tinggal nak dilaksanakan sahaja
i'm so excited bebeh ^^
**********************
oh ya.. ni nak buat biskut untuk anak bestfriend ummi Azra
aah.. bestfriend since baby lagi tau..
so.. sampai ke anak2 kenalah bespren juga
gitu ^^
nilah Azra dan kakak Izzatinya
v
v
v
v
ok.. kita tak buat lagi biskutnya..
baru kumpulkan resepi2 yang ada..
so.. apa lagi..
meh kita kongsi salah satunya..
kita olah sikit ye dari resepi asal..
sebab NO sugar, NO salt
ringkas je bahan dan caranya
:)
Resepi Biskut Bayi
200 gram Tepung Atta
200 gram Unsalted Butter
150 gram Oat (kisarkan)
- campurkan semua bahan2
- uli dan terap dengan acuan kegemaran
-bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit (sehingga masak)
**adunan akan mengembang sedikit**
*********************
Sedikit info berkaitan Tepung Atta
sebelum ada anak ni
kita tak pernahlah kenal nama ni
rupanya.. Tepung Atta ni tepung gandum tulen
tepung gandum tulen?
habis tu selama ni tak tulen ke acane?
haha..
selalunya tepung warna putih kan?
so.. Tepung Atta ni gandum yang TIDAK MENJALANI PROSES PELUNTURAN
kiranya bahasa omputih UNBLEACHED FLOUR
paham dok?
kome kan paham bahasa omputih lebih dari bahasa ibunda
hihi
jangan marah beb!
info lain pasal tepung KLIK SINI
ni la tepung Atta yang kita beli
tak sabar nak bereksperimen main masak2 ni
**************
oh ye.. sejak kawen ni
ayah Azra ni ghopenya suka cari barang yang organik/asli
so memang kat rumah dah mula guna tepung yang pelik2..
haha..
macam tepung intasir kat bawah ni
atau
paling tidak pun tepung Faiza..
sebab kalau rajin pi cari barang kat Az Zain Shah Alam
semua produk Halal
barang dapur macam rempah2 pun guna Faiza..
terjamin sikit kan
insyaAllah
^^
ps : kalau dah buat nanti iolz upload ye.. bye2..
Wednesday, January 21, 2015
ROTI SARANG LEBAH @ ROTI MANIS
Assalamualaikum wbt,
wah!!!!!!! pagi-pagi lagi dah online
ecewah!
hari ni semangat waja ok nak buat roti sarang lebah
lama dah peram resepi..
bahan mostly dah ada, cuma tak ada yis dan telur je
so, malam tadi pesan al-husband
minta belikan yis dan telur
hamek!
berpaket2 dibelikannya yis tu
ececeh!!!
perli kerr...
tapi dia memang gitu
tahu isteri dia suka benar main masak2
ok juga ada stok nak buat bun dan donut next time kan..
ok.. meh kita kongsikan resepinya dari blog Kak Malina
sebenarnya, ni suggestion daripada cousin isma yang dok kat Florida
Dia dah cuba guna resepi ni menjadi dengan jayanya
apa lagi meh try..
t isma kongsikan kemudian ye gambarnya..
adios!
nak buat bekal suami p kerja
muah!
![]() |
| *gambar dari google gitu* |
Tuesday, January 20, 2015
MASAKAN ISTERI
Assalamualaikum wbt semua..
fuh...
malaih nye nak update. tapi memang sentiasa ada je idea...
aah la..
semalam macam biasa..
husband balik kerja petang, kami terus dinner
sebab masa pregnant lagi dia dah bagitau nak macam tu
tahu kenapa?
dia kata, nanti malam2 anak2 nak study
hahaha...
so syweet.. jauh sungguh fikirnya..
^^
****************
macam biasa la, huband saya ni pemalu orangnya
tapi kalau bercakap dengan saya
aduhai.. bikin gelaks dan melekat dalam hati ok!
*****************
lepas selesai dinner semalam;
H : Terima kasih masakkan yang sedap2 ye... esok masakkan lagi ye..
W : hihihi ^^
sedaplah sangat..
Ikan Goreng
Sayur Kangkung Celur
Sambal tumis santan (ni pun bawa dari rumah ibu)
*******************
tapi.. memang bersyukur sangat Allah kurniakan suami yang langsung tak cerewet makan..
kuikui
syukurrrrrrr
Saturday, January 17, 2015
SIZZLING MEE vs PANCAKE
Assalamualaikum wbt,
good morning uolzz..
hihi...
semaciam je Ummi Azra ni..
hihi
pagi ni sedikit blur..
nak masak apa untuk breakfast
nak makan roti pun xde..
tengah kemas2 dapur, tetiba dengar..
".. yang.."...ok, bos cakap apa ntah x dengar
p la menghadap dalam bilik kerjanya
"..yang.. buat pancake.."
"..ala.. fresh milk xde.. butter pun xde.."
"ala..cairkan susu x boleh? (susu pekat manis)...."
"..emmmm.. "..
tapi perut tekak i xmo pancake..
sesambil adunan pancake menaikkan sikit dirinya
Ummi Azra pun pe lagi.. nak puaskan nafsu makannya.. hamek ko!
ganaih nya..
ok.. maka terhasillah masakan kasih sayang
hihi..
bab pancake xde cerita la.. memang kejadiannya ok..
nak cerita bab sizzling
ecewah!
nilah mende yang paling hantu
aah.. mengahantui diri ini
start suka makan ni kat Metro Kajang
masa form 1 dulu, tiap kali outing kompem ni la yang dicarinya
tapi lepas form 5, bila makan kat tempat lain semua x kena tekak
ye la kan... cinta kali pertama
x dapat dilupa
hikhik..
sekali try la buat sendiri
pedepow!!! x tipu wei..
sedap x hengat
asal ganas benor bunyinya Ummi Azra ni
hihi
nak menyatakan
bahawa
sesungguhnya
lepas ni
masak sendir la kalau teringin nak makan
dah la kejap je siap
ni yang semangat nak p beli pan utk sizzling ni
moga2 kat DIY ada
nak p cari sat lagi la.. ihihi
nah! ku tepekkan resepi utk anda semua
adios!
Assalamualaikum wbt.....
![]() |
| nila kejadiannya |
Thursday, December 25, 2014
BIRTHDAY KEKANDA 2014
*lagi entry yang pending.. hihi*
Alhamdulillah
tahun ni birthday habibi boleh sambut
tahun lepas, masa tu kena pergi kursus
20 Disember 2013
hari last kursus
21 Disember 2013..
habibi datang amek nak balik kampung pula
taptup
taptup
cek UPT.. +ve pregnant
so.. kiranya hadiah birthday la kan..
hihi
1st birthday dia dapat tahu yang akan status
^^
Alhamdulillah.. syukur atas rezekiNya
******************
tahun 2014?
apa pula la ye..
ingat nak ikat je reben kat azra
hakhak..
teruk sungguh -_-''
so......... tetiba dapat idea..
ok!
nak buat kek!
punyalah nyorok2 buat kek
aah la.. rumah sekangkang kera
susah la nak nyorok
tapi Alhamdulillah.. Allah Maha Tahu..
encik asben bz, keluar rumah..
tapi dan k jadi cerita gas dapur habis
siap pujuk juga suruh encik asben orderkan gas sebelum dia p buat kerja dia (kat luar tu)
balik je dia ke rumah
bz dia mengerjakan CPU la mende2 komputer dia la kan
hikhik
terus kerluarkan kek
kebabom!
terkesima dia
hikhik
papepun tahniah buat diri sendiri
berjaya buat kek yang sedap!
hahahhaaa
semua puji ok!
siap buat banyak bawa ke tadika
semua pakat belasah kek sedap itu
yey!!
boleh jual ni!
Saturday, July 12, 2014
Mommy To Bee (Laman 10)
Assalamualaikum wbt,
Sobah al-khair.. ^^
wah!!! awal pula posting hari ini
aah.. selalu bertangguh-tangguh
berakhir dengan.. "alaaa... nanti la posting kat blog"
hehe
tu pasal la lama tak jengah sini
jengah pun kejap2 je
sebab blog walking
tapi tak post apa2 pun kan ^^v
sorry
****
alhamdulillah
hampir berada di pertengahan bulan Ramadhan
cepatnya masa berlalu
teringat teman sekerja (teacher Zira) ada sampaikan, intipati dari tazkirah yang dia dengar
"kita di akhir zaman ni rasa masa ni pantas je, bukan apa, sebab kita rasa masa ni dah tak berharga.."
glurp!!
nauzubillah -_-
janganlah kita semua tergolong dalam golongan manusia yang kerugiaan
dunia dibiar pergi, akhirat tak ingin dicari
no! no! no!
****
oh ya, tinggal lagi sebulan lebih je insyaAllah perjalanan yang indah ini
kejap je kan
agak excited juga!
tapinya...............
baju baby tak cuci lagi
barang pun tak lengkap lagi
beg pun tak packing lagi
hospital nak bersalin pun tak decide lagi
Allah!!
biaq benar cek oi!
baby.... please behave ek..
ummi ni kalut mak lut la..
ayah pula relax and cool gitu
ececeh
****
lately, ummi dah tak tenteram tido
awak ni cute sangat tau!
asal ummi rehat dan baring, mula awak ligat kemain ek
ayah pun selalu terganggu tidurnya...
kenapa?
aah.. ummi kan cewek!!!
hihihi
kalau ummi tak selesa, tak dapat tidur, ummi apa lagi
apa?
apa?
nangis la.. sedu sedan
yang jadi mangsanya ---> ayah la kan
kuikui..
untung awak! ayah ni pun comel juga kan!
^^
****
kat tadika alhamdulillah ummi ok je
cuma sekarang time tadarus, ummi macam2 style duduk
sakit belakang, sakit depan
ahahaha..
takpe la kan...
asal awak bahagia di dalam tu
jagalah awak! dah keluar nanti ummi gomol2 awak
kompem!
****
ummi tak pasti pula
sindrom apakah ini
sejak 'bawa' awak ni, ummi punyalah semangat masak-masak
kenmain lagi
masak itulah inilah
menjahit itulah inilah
kuikui
mencanak-canak minat ummi ke bidang-bidang itu
aah...
tidak ummi sangkal, sebelum ni pun memang tu lah minat ummi
tapi sejak 'ada' awak ni
len macam sikit la..
extra!
selalu ayah perli ummi
"nak meniaga ke tu"
"ni dah boleh buka kedai jahit ni"
ummi kalau ayah dah cakaop macam tu
ummi sengih je
"aah.. tunggu ada oven, mesti lagi best.."
"bila nak belikan mesin jahit. nak yang lengkap macam ibu (nenek awak)..."
nak dijadikan cerita, nenek punyalah bikin surprise kat ummi
dibelikannya ummi oven
berbunga-bungalah hati ummi
awak pun tumpang gumbira kan!
tinggal tunggu ayah belikan mesin jahit je
belum apa-apa lagi ayah dah request ummi jahitkan kemeja dia
adoiiii.. cemana tu ?!
****
emm...semerbak harum dah ni ^^
anyway, sebenarnya tengah tunggu oat choco chip cookies dalam oven masak
hehe
bestkan!
gembira sangat
dah dapat 3 jenis kuih dah
1) semperit susu
2) cornflake madu
3) oat choco chip cookies
niat di hati nak buat popia nestum
tapi takde horlick
kena beli dulu..
ok la.. tunggu next posting, insyaAllah akan kongsikan resepi dan langkah demi langkah siap gambar lagi
amacam! sanggup tunggu ^^
SALAM RAMADHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER
Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...
-
Assalamualaikum wbt, my dear sahabat ayuh sertai segmen ini hanya perlu klik je kat gambar yang cute kat atas ni ye Alhamduli...
-
Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian.. Entry kali ini IM kongsikan sedikit gambar dan momen indah IM ketika meniti saat lafaz i...
-
Assalamualaikum wbt sayang sekalian, Hari ini, IM (Ilya Maisara) join satu lagi segmen, seronok join bukan apa, tambah kenalan dan ...