Assalamualaikum wbt,
seperti yang IM janjikan dalam beberapa entry terdahulu,
nah!
untuk edisi 2 ini, IM akan kongsikan sedikit ye
InsyaAllah
moga berfaedah buat kalian dan juga buat diri ini
Ilmu baik dan bermanfaat eloklah disebarkan
tak gitu ^_^
masih ingat pada IMAD ??? ^_^ |
SLOT 1 : Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...
>Ustaz Pahrol Md Juoi<
-terdapat 4 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat kita sejak kita di alam rahim ibu lagi;
i) rezeki
ii) ajal
iii) umur
iv) JODOH (eh? terbesar pula) (^_^)
- rezeki itu perlu DICARI; WAJIB usaha & WAJIB tawakkal
Usaha daripada Manusia (TADBIR) --> Hasil daripada Allah (TAQDIR)
- rezeki = jodoh ??
a) Perlu kepada usaha, namun perlu redha ketentuanNya
b) Rezeki yang dicari itu BAIK, namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK.
- rezeki yang Allah berikan kepada manusia adalah SELARAS DENGAN TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan oleh manusia itu sendiri
- secara fitrahnya, manusia ada 2 TANGGUNGJAWAB utama;
a) HAMBA ALLAH (Abdullah) : untuk jadi baik
b) KHALIFAH (KHalifatullah) : untuk memberi kebaikan
- apabila kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin kepada Allah, insyaAllah jodoh yang baik juga akan menyusul
- makanya, tetapkan matlamat dalam hidup, maka terdorong segala laluan dalam hidup kita
- sesuatu perkara itu menjadi WAJIB (dan jatuh hukum sunat, haram dan sebagainya) kerana kita meletakkan misi dan matlamat atasnya; it depends on the situation gitu! ^_^
Tinta IM : Sangat suka dengan petikan kata-kata ini;
Rezeki yang dicari itu BAIK,namun rezeki yang ditemui (anugerah Ilahi) itu adalah LEBIH BAIK
p/s: nanti IM sambung ye..... ^_^
ok.. na p cari calon ni.. hehehe
ReplyDeletebagus la gitu ^_^
ReplyDelete