Aku lelah
lelah kerana merintih
sendiri
Kesepian yang merenggut semuanya
kesunyian yang menghempas segalanya
apa ku terdaya lagi
menggamit segala memori
ku tak pasti
Tiada cicipan mergastua
tiada bisikan angin lalu
tiada jua indah nian senja
kelam suasana
Ku tersesat dalam pencarian
tersadung dalam penderitaan
perit
pedih
Hati hanya mampu bertutur lesu
mulut berbicara bisu
buntu
Moga sinar esok tak sirna
bagai pelangi kunjung seketika
indah dipandangan
tak mampu bertahan
Segala harapan pada esok
ku percaya takdir Nya..
No comments:
Post a Comment