Hidup tanpa tujuan
bak pelayaran tanpa nakhoda
pincang
hanya mengikut dorongan angin lalu
goyah
Hidup tanpa berbudi
bagai pohon tak berbuah
indah menghias pandangan
namun tak dihargai kewujudannya
sayang
Hidup tanpa memberi
laksana pengemis menagih simpati
tak jenuh meminta pada yang ada
merayu pada yang sudi
tak kuat untuk bangkit sendiri
membanting keringat
mengerah diri
bagai menanti bulan tak jatuh jua
Hidup perlu pada sebuah haluan
biar terkadang tersasar
namun tekad hati membulatkan azam
biar dicantas masa dan ketika
jitu
terus maju
Hidup perlu berjasa
walau tak segah mana
walau tak sebesar mana
ikhlas budinya pasti diingati semesta duniawi
Hidup jua butuh pada berkongsi
memberi tanpa henti
mengeluh hanya di hati
kerana keikhlasan yang akan dihitung kelak
di akhirat nanti
kerana sesungguhnya..
Dia yang mengadili
pasti :)
No comments:
Post a Comment