Tahun 1433 H dah menjengah bulan keduanya
Safar
Tahun 2011 yang masih berbaki 2 hari ini
oh..
bagai tak percaya kan ^^
Tahun 2011
tahun yang ku kira terrrrrr....lalu banyak perubahan yang ku lalui
ya.. dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan
dan akhirnya setahun bakal berlalu..
Bermula 2010, seusai sesi pembelajaran di UIA.. ku kira April 2010 (last paper final exam) masih lagi terus menyemai budi di UIA..
ahhh... memanglah rasa sangat sayang nak tinggal UIA.. kenapa ye? apa lagi? environment dan kawan2 la kan kan.. mengaku je la iye ^^
Lama juga part-time di UIA.. sebelum Kak Yan mengusulkan untuk forward resume pada HR Tabung Haji.. kejap je.. tiba-tiba dapat call daripada TH.. ALAMAK!!! ~cepatnya~
tata UIA (^_^) excited juga nak explore real world
Bertapak jua diriku di Tabung Haji.. FINALLY ^^
bermulalah kehidupanku sebagai Pelatih Pengurusan...a.k.a Pelatih Skim Lepasan Siswazah (SLG)
hihi.. without basic of finance or even accounting, I have no idea (?_?) why Jabatan Kewangan?
aha.. it's so weird kan :) tapi ku sahut jua cabaran ini.. Inilah yang dinamakan realiti dalam kehidupan.. tak harus dihindari, tapi dijalani...
Terrr...lalu indah jalan ini.. walaupun yang pahit tetap ditelan... dimarahi officer atas ketidak cekapan menguruskan proses dokumentasi ISO, dipuji kerana keberanian bersemuka dengan pihak pengurusan, berdepan dengan auditor yang pastinya menyesakkan akal.. tapi.. moment yang paling tak akan dilupakan sepanjang kehidupan bergelar SLG adalah.. ~jeng jeng jeng~ MENANGIS DALAM LIF lantaran tahap stress yang tak dapat ditahan2 lagi...
hopefully, kepada yang Polis Bantuan a.k.a pakcik @ abang @ adik security guard tengok CCTV dalam lif TH tu.. ampun maaf dipinta.. bikin drama air mata (^^)v
Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010) |
Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010) |
Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010) |
Sesi kerahan idea - ISO Jabatan Kewangan (2010) |
Alhamdulillah.. setelah berlalunya musim ISO.. adalah sinar kebahagian menyapa.. hihi ^^ lega kot dah tak continue pensijilan ISO, since memang sentiasa dipantau rapi oleh Audit Negara.. lega diriku.. YES! without basic in finance or even accounting, I'm still alive and survive here...Alhamdulillah.. memanglah dengan kekuasaanNya..Kerana diriku dikelilingi teman2 yang hebat, sekuat harimau... ngaum! ngaum! hihi
Terima kasih kerana menyerikan hari2 ku di TH ... Inni Uhibbuki fillah.. abadan abada.. Kak CT, I..kacau je (Ika), Yana KHJ, Mommy Fie, Kak Yam y best :) ~saya sangat bersyukur diketemukan dengan kalian~ terima kasih sayang2 sekalian...
Sang suami pun semangat join mommy Fie kan :) |
Berakhir dengan SLG.. memulakan pula tugasan sebagai Anggota TH officially pada Julai 2011.. Maka amanah dan tanggungjawab juga makin hari makin bertambah.. owh.. tapi inilah yang membuatkan kehidupan ku terisi.. Syukur Ya Allah... rezekiku di sini...
Masa yang berlalu tak pernah dibiar terbuang begitu sahaja.. peluang yang diberikan Ustaz Nordin dan Inteam Publication semakin mematangkan diriku.. tak pernah terlintas akan diberi peluang yang satu ini..
hihi.. malu nak mengaku.. Yes ustaz.. lantaran kelewatan menghantar manuskrip, malunya isma nak berjumpa ustaz dan Abang-abang Inteam.. Soooo sorry, I've enjoyed writing, but since kena focus on listening the audio and watching sorts of videos, it makes my speed so so slow.. Isma ni type of person yang buat kerja sambil berdondang sayang, makanya bila kena menaip intipati daripada audio tersebut, makanya terlalu lambat la gerak kerjanya.. 'Afwan (^_^) but finally terhasil jua naskhah ini.. syukur..
Ada sedikit sentuhanku di dalam naskhah ini :) ~x percaya? percayalah.. kata ct nurhaliza~ |
Oh ye! Tahun 2011 ini banyak juga family trip .. ye la.. masih solo, makanya dengan keluarga tercinta la masa diperuntukkan selain kerja kerja dan kerja.. Banyak sebenarnya... tapi ni je la yang mampu dikongsi buat masa ini :)
TELUK BATIK - LUMUT
TAMAN PERTANIAN, BUKIT CAHAYA SERI ALAM - SHAH ALAM JE PUN :)
Finally something special muncul dalam hidup saya.. Moga dipermudahkan segala perjalanan ini Ya Rabb.. ameen.. ameen.. ameen..
Selamat tinggal 2011 yang penuh warna-warni kehidupan.. Ahlan wa sahlan 2012 yang menjanjikan suria dan pelangi yang indah InsyaAllah..
Maka Ya Allah.. kau titipkanlah kekuatan buat kami untuk terus berjihad di atas pentas dunia fana ini.. moga di taman syurgaMu.. kami dapat menuai hasil daripada kebun yang kami usahakan di sini.. di dunia ini..................
No comments:
Post a Comment