Monday, July 29, 2013

RASA INI

Sinis pandangan mereka
seakan menyampai berita
tanpa sebutir suara

Mahu apa mereka?
merenggut semua yang ada
yang aku punya
merampas segenap bahagia
yang aku rasa

Punya apa diriku?
mengemis secupak cinta
mengharap belas semua

Tak betah merangkul duka sentiasa
hatiku bukan milikku
dan mungkin bukan miliknya jua

Mereka bisa tertawa
berkata apa semahunya
aku hanya menongkah mimpi
mimpi tanpa secalit realiti

Sampai bila mampu bertahan?
begini?
episod dukaku menjelma lagi
dan lagi...

Tak mampu sembunyi duka
hanya wajah penuh pura-pura
itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa

 Maafi diri
diri yang selalu sahaja larut dalam rasa
selalu berendam luka
dan selalu sahaja kecewa

Moga esok bila terjaga dari lena
aku mampu mengukir senyum
dengan raut paling manis sedunia
itu harapan hari ini

Dan moga sahaja hati bisa mengerti
yang realiti tak mungkin seperti mimpi
hamparan berlian tak mungkin menghiasi
kala diri menjalani duniawi
sebelum bertemu Yang Maha Hakiki
pasti!

:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::

MIMPI

Kala disapa cinta
terbungkam aku tanpa sebutir kata
bisu seribu bahasa

Terasa lemas penuh tanda tanya
apa bisa hati terima?
atau sekadar lihat dan tunggu sahaja?
menanti tanpa putus asa

Dia hadir bersama cinta
atau sekadar mimpi sahaja
mengharap yang tak kunjung tiba?

::  karya sekitar bulan April kot.. entah.. hehehe ::

ANUGERAH

Sungguh
rasa ini mungkin yang terindah kala ini
mungkin yang terdamai kala ini
dan mungkin juga yang terhebat kala ini

Kata syukur dan puji
hanya padaMu
anugerah yang tak terjangkau
anugerah yang tak ternilai
anugerah daripadaMu

Rasa bahagia yang membalut
hilang pergi segala gundah
terawat sudah segala lara
dan tercipta sudah episod indah
dengan hadirnya sebuah anugerah

Aku cuma mengharap
yang datang ini bukanlah pelangi indah
indah seketika
pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula

:: RnR Rawang ::
08 Mei 2013 - 9.35 am

Friday, July 26, 2013

SAKIT

Mata
mengapa sukar untuk memadam bayang
apa yang terpandang...
sakit

Minda
mengapa sulit menghapus memori
apa yang pernah terlintas...
kusut

Hati
terlalu gusar menidakkan rasa
apa yang menapak di jiwa...
perit
 
Maaf
mata ini tak mampu berbohong
minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang
hati ini terlalu takut untuk jatuh hati
terlalu payah untuk mengusir pergi

Maaf
sekali hati tersakiti
terlalu payah untuk dibaiki
dan selamanya ianya di sini
sampai mati
pasti!

Hanya kekuatan Yang Maha Kuat
kesabaran Yang Maha Sabar
dan ketenangan Yang Maha Tenang
terpinjam sejenak
buat diri kuat bertapak di sini
hingga jasad dan roh ini dijemput pergi

dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti
aku tak pasti

kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti
walaupun tidak pada realiti
atau nampak di mata hakiki
keranan yang luka adalah 
di hati ini
pasti

maafi diri
terlalu larut dalam emosi
dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi



:: takpastibilaakanpulihkembali ::
Tadika Kasih Khalifah
(17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)

 

Sunday, July 21, 2013

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt semua :)

Allahu Allah..
Ramadhan kareem

Alhamdulillah.. sudah masuk 12 Ramadhan hari ini
jadi... macam mana sambutan Ramadhan kalian semua?

Alhamdulillah
tahun ini Ramadhan IM penuh warna warni
syukur..
segalanya serba baru

kenapa?

tahun ini 1st time serba serbi

1) 1 st time Ramadhan dengan title ISTERI seorang SUAMI
(^_^)

2) 1st time Ramadhan sebagai seorang TEACHER
(",)

3) 1st time Ramadhan yang most of the time jadi Imam Tarawikh sebab Tarawikh di Tadika bersama Teachers... hihi

oh ye... IM tak sempat nak transfer gambar, so, yang nak tengok dunia baru IM boleh la

ini FB IM

moga Ramadhan yang barakah ye semua...

Tuesday, July 2, 2013

INNER NECK LAGI

Assalamualaikum wbt,

jom semua
KLIK SINI atau SINI

promo untuk Ramadhan dan Syawal

HIJRAH

Assalamualaikum wbt,

moga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt...

Wah!!! macam tak percaya
akhirnya IM dapat juga pos entry ni
Allahu akbar!

hihi... kenapa ek?
mesti semua pelik iye..

Alhamdulillah.. IM dah berhijrah
IM dah bertukar ke tempat baru
suasana baru
teman baru
persekitaran yang baru
serba serbi baru
Allahu Allah
^_^

syukur atas segala nikmat Allah
insyaAllah nanti IM akan kongsikan serba sedikit penghijrahan IM yang berwarna baru

wah! gitu!

Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah

Tinta IM : Maaf, IM tak dapat nak kongsikan gambar. IM xde kamera atau hp yang boleh snap gambar Little Caliphates semua ni... hihi  ^_^

ATASI KESULITAN YANG DIHADAPI DENGAN DOA



Sumber : www.darussyifa'.org

Monday, July 1, 2013

SAIYIDUL ISTIGHFAR



Sumber : www.darussyifa'.org


(^_^)V  hari ini IM mulakan tugasan baru di tempat baru dalam suasana baru dan serba serbi baru. Mohon doa semua ya... InsyaAllah

Tuesday, June 25, 2013

INNER NECK ITU SATU KEPERLUAN

Assalamualaikum wbt,

my dear... yang baru terjah blog IM Ahlan Wa Sahlan
yang selalu intai-intai blog IM Syukran 'ala Kulli Hal

entry yang ini, IM nak promo yang ke 190 513 260 513 kali tentang Inner Neck yang sangat ohsem ini!

Nak order? KLIK DI SINI
atau nak mudah, bagitau je IM
atau whatsapp IM -> 017 3733 012

Nak tengok contoh penggayaan? KLIK SINI PULA dan JUGA SINI

gambar zaman muda remaja
* IM suka inner ni, sebab nak travel mana2, bawa inner ni dan bawa la shawl beraneka, pakai peniti... SIAP!
IM yang x cun pun jadi comel cikit

hihi.. pasan lebey!

DOA PENGASIH

Bismillah...
Assalamualaikum wbt semua ^_^

Jerebu teruk ke kat kawasan uolz?
kat Shah Alam ni, IM feeling-feeling macam tinggal kat highland gitu
tapi x sejuk la
hihi

anyway, petang ni Alhamdulillah hujan
moganya, kuranglah sedikit kadar kejerebuannya ek
insyaAllah
Biiznillah
La haula wala quwwata illa billa

Petang ni, hujan
so, IM nak ajak kalian semua untuk doa banyak-banyak ye
oh ye, sekarang memang IM scheduled entry banyak koleksi doa
moga, amal yang kecil ni pun Allah pandang dan consider as ibadah insyaAllah

ok, kali ni, IM kongsikan doa pengasih
sudah !
x perlukan bomoh la untuk ubat pengasih ni
minyak segala macam yang pelik-pelik
say no to those things ok semua
^_^

jom... doa sama-sama IM
insyaAllah, kita jadikan amalan ye
IM pun baru nak mula
tiada istilah TERLAMBAT dalam BERIBADAT ye sayang-sayang




Tinta IM : aye ayang amat kat ami aye. aye indu amat kat ami aye. ami aye, aye nak dok dekat2 ame ami aye. aye x suka dok jauh2 dari ami aye. sebab aye selalu nangis bila x nampak ami aye. (hihihi... sila abaikan)

DOA MENJAGA HAFAZAN



Sumber : www.darussyifa'.org

Monday, June 24, 2013

BLOG WALKING : IDEA SUSUN ATUR ^_^

Assalamualaikum wbt semua,

harapnya sihat la ye
^_^
insyaAllah, bi iznillah

yang semput-semput tu, kalau dapat elakkan urusan di luar, 
silalah duduk diam-diam dalam rumah ye
insyaAllah ada hikmah melangit tinggi daripada musibah jerebu ini
insyaAllah

oh ye, kali ini IM nak kongsi sedikit
sebab lama dah dok follow Instagram kak sabby ni
semua menu sorbet dia
sangat ohsem la

Moga IM diberi kekuatan untuk follow menu Kak sabby ni Ramadhan nanti
insyaAllah

oh ye, tadi ke semalam ek, Kak Sabby buat Apple Pie, lantas semak la resipi Kak sabby dalam blog dia
dah puas cuci mata dengan Apple Pie Kak sabby,
apa lagi, buat la serang hendap

wah!!!! seronok dapat tips susun shawl..
kite ada juga buat gulung-gulung shawl
tapi tak dirikan macam Kak Sabby, so, memang makan ruang dan tak cantik
so, lepas ni nak follow tips kak sabby la

oh... siapa Kak sabby yang IM cerita ni?
jom terjah!


Tinta IM : Mood kemas baju masuk beg, dengan harapan menggunung tinggi kalah Everest nak pindah masuk rumah sewa. Sebab tempat isteri kan di sisi suami. gitu  ^_^

SAYANG



IM : Eeeei... sayang...
MR IM : iye.. (sambil senyum dan pandang IM)

IM : Ha??

IM : Hihi.. bukanlah... sayang sebab kuah rojak ni tak habis..
MR IM : ha?? kuah rojak pun dipanggil sayang

IM :   (~_~)''








Tinta IM : Masalah bila kena jaga setiap butir kata, maksud pelbagai  ^_^

DOA UNTUK SABAR



Sumber : www.darussyifa'.org

Wednesday, June 19, 2013

DOA ORANG NERVOUS ^_^



Sumber : www.darussyifa'.org

A B C MELODI KITA




Allah menganugerahkan kita dengan satu rasa ini
Bukan paksaan atau lakonan yang boleh diuji apa adanya
Cinta, satu kata yang indah buat kita
Dan semuanya bermula selepas ijab dan qabul terlafaz
Esak tangis dan tawa mengiringi hari
Fantasi yang diterjemah menjadi realiti
Gagahkah kita menongkah masa kini dan masa depan nanti?
Hanya kita yang mampu mencorak semua dengan izinNya
Ingatan, nasihat dan dorongan yang tak putus yang kita damba
Janji yang diikat di hadapan Allah, Rasulullah serta keluarga
Kuharap akan terus segar memayungi hari-hari kita nanti
Lautan ujian dan dugaan pasti datang mendepani
Manusia juga akan pasti menguji
Nyahkan segala curiga yang mungkin menular di hatimu dan diriku nanti
Onak dan duri sama kita redahi
Pasti dapat kita harungi dengan sabar dan Iman di hati
Qada' dan Qadar ketentuan Ilahi
Redhakan diriku ini dari awal, kini dan masa depan nanti
Selamanya syurgaku di sisimu pasti
Tak putus doa dan harap kutitip pada tiap sujud usai solatku
Untukmu yang paling kucintai
Virus yang tak ingin ku hindari
Walau dirawat berabad lamanya
X-ray, suntikan dan rawatan tak akan terubati
Yang akan terusan menular di jiwa dan ku relakan ia menulari
Zauji... Habibi.. Dunia akhiratku... Kasih dan sayangku tertumpah hanya padamu, bi iznillah... InsyaAllah





Tinta IM : Buat yang teristimewa Zauji, 

Mohd Arif Hazlami Abd Wafoor 
               
                 awak... 
                 o awak... awak baca ke blog saya?
            
                 saya nak cakap yang saya sayang awak! ihihi...

                 Selamat Ulangtahun Pernikahan.... Yang ke????
                 sebulan..    (^_^)

                 dah sebulan rupanya kita nikah ye awak? 

                 saya memang mengada-ngada, emosi sentiasa tak stabil, suka  
                 nangis, suka gelak, suka merajuk, suka menyanyi dan macam-
                 macam lagi..

                 tapi ada satu lagi yang saya suka.. tapi saya tak tahu la awak  
                 tahu ke tidak ek?



sebab

saya

suka

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v

v
v
v
v

v
v
v

v
v
v
v
v
v
v



AWAK!!!
lillahi ta'ala... sungguh ni...

(^_^)v


Monday, June 17, 2013

SAMBUTAN JUBLI EMAS TH

Assalamualaikum wbt semua...
wah... lama rasannya tak post entry malam-malam ek

bukan apa, balik kerja mesti penat
so, memang malas la nak update malam-malam
tapi malam ni, IM transfer gambar majlis Sambutan Jubli Emas TH

fuh.... kenangan manis yang teramatlah buat IM yang akan sayonara daripada TH khamis ini, insyaAllah
bi iznillah

Al kisahnya, IM memang tiada hati nak join dinner ni
ye la, nak berhabis duit bagai macam anggota yang lain
memanglah IM tak mampu dan tak sanggup

so, bila last minute dirayu-rayu oleh kakak-kakak office
(ok.. IM memang selalu kalah dengan pujuk rayu orang ni)
so... IM pun minta izinlah daripada kekanda tercinta
ye la... IM PJJ dengan kekanda
weekend sahaja masa nak jumpa kan.. so, bila decide untuk pergi dinner, alahai... rasa sayaaaaaaaaaanglah masa yang diguna pakai untuk dinner tu

IM takut je, pengorbanan masa tersebut sekadar satu kerugian
hihi
^_^

punyalah....

Alhamdulillah, bila kekanda dah bagi keizinan
dengan bahagia la IM inform akak-akak office
nak pergi dinner
tapi nak naik apa?
wah!!! laju je akak office offfer diri nak jemput dan hantar pulang
Alhamdulillah
dipermudahkan satu bab

oh ye... since last minute... attire???
adoi.. IM pening..
since ada tema, Gold-Black
ok, IM decide untuk pakai Jubah Hitam jer, dan sarung kasut hantaran nikah
lega, masa beli kasut fikir juga, awatlah beli warna pelik ni?
rupanya Allah dah rancang yang baik punya untuk IM
kan kan...

settle bab baju, kasut, beg?
oh ada handbag lama untuk dinner
settle!

ampun!!!!
nak pakai tudung apa????
sengal la... mana ada tudung @ shawl range colour itu
jenuh selongkar

lepas azan zohor yang mana malamnya adalah dinner tersebut, IM dapat idea
why not pakai je shawl cream
hoye!
tapi... takkan nak pakai plain cream jer..
tak glamour okaih!

so, selongkar punya selongkar
cari punya cari
IM jumpa la saki baki lace zaman purba..
okaih! set!
kita patch je la lace ni..
so....

v
v
v
v
v
v
v
v
v

inilah hasilnya...
ok x?
IM layan jer.. yang pasti, tiada pembaziran wang!
Alhamdulillah diberi kemahiran tak ternilai ini
Syukur...


^_^






IM tidaklah menggunakan sebarang khidmat juru solek hatta mak andam
cukuplah masa walimah hari tu kan..
so, IM simple jer dinner tu
tak gojes macam staff lain

yang pasti jaga etika berhijab itu
nak melawa kena la jaga Shariah Compliance ek
gitu!

KARYA IM : DOA UNTUK SAHABAT



Ma'assalamah
Ilal liqo'

kalianlah sahabat terunggul
dikirim Allah
buat penemanku
kala suka duka dan bermacam rasa

Allah tahu kalian yang terbaik buat diri ini
kalian semai rasa cinta Allah dan Rasulullah
kalian kadang cambahkan rasa ceria tak terkira
dan ada kala kalian juga memercikkan sedikit lara di jiwa

apa yang pasti
nikmat kasih ukhwah fillah yang Allah hadiahkan ini
adalah sebuah nikmat antara nikmat-nikmat dunia yang sangat berharga
buat diri
dan juga harapnya buat kalian juga

Moga sahaja Allah masih kasihan pada kita
lalu dikirimnya manisnya tautan ukhwah kita
dan kita saling mendoakan tanpa pinta
ikhlas, bila hati kita rindu

Inni uhibbukkunna fillah abadan abada
Ameen Ya Robbal 'Alamin




Tinta IM : Suasana suram dalam hati dah makin kencang gitu! huhu... tapi hidup ini sangat perlu.. butuhkan penghijrahan.. untuk maju, kita harus berubah kan!

InsyaAllah, ada hikmah melangit tinggi yang Dia rancang buat IM, sahabat-sahabat TH dan anda juga... InsyaAllah.. Yakin, buruk baik perancangan Allah itu adalah yang terrrrrrrrrbaik untuk kita!

Ganbatte!

DOA SEGALA PENAWAR



Sumber : www.darussyifa'.org

Friday, June 14, 2013

DOA SUPAYA ALLAH MENCUKUPKAN KEPERLUAN




Tinta IM : Doa kan senjata orang Mukmin  ^_^

DOA BERTEMU JODOH


Assalamualaikum wbt,

salam Jumaat
salam kedamaian
salam penuh takzim

moga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah
insyaAllah

oh ye, IM tengah dengar khutbah live di Bangunan Lembaga Tabung Haji
dan harap-harapnya ini bukanlah yang terakhir kali IM dengar
di sini
T_T

Kisah tentang Ashabul Kahfi.. baru nak mula
so, IM kena pos entry ni cepat-cepat ye

IM nak kongsikan doa ini buat sahabat-sahabat tersayang
moga ini juga tercatat sebagai usaha dakwah yang tak seberapa dari IM
walaupun dah selalu sangat doa ni dipost, tapi tak apa la kan

sharing is caring
wallahu'alam


(^_^)


Thursday, June 13, 2013

KARYA IM : RASUKAN HATI


Inilah yang sering berlaku
kalau dah namanya memang kuat bebel atas kertas
dalam blog
atas FB

apa pun tak boleh!

memang
sungguh
kenyataan

saya hanyalah hamba Allah
yang dipinjam Aqal ligat berputar
yang dibagi jemari menari selari
yang dihadiah mata pantas menangkap
yang ada hati sentiasa emosi

Maaf andai selalu menyentap Iman kalian
Maaf andai sentiasa menghangat jiwa kalian
dan maaf juga andai sekerapnya menyemak fikiran kalian

saya cuma hamba hina
dipinjam ke alam sementara
sampai masa
pulang pada pencipta

moga Dia pelihara segala amal kita
tak menyimpang jauh dari landasan Dia
saya, kamu dan mereka
kita semua sama

tak punya apa-apa

bila dijemput Yang Maha Esa
kembalilah kita
dibawa bekal amal yang tak seberapa

betahnya kita mengharap syurga Pencipta
pantaskah kita
selayaknya duduk di singgahsanaNya?
usaha harus digembling juga
keringat pahala secukupnya

sanggupkah berdepan azab Neraka?
memang tak mampu menanggung sengsara!
apinya meledak tak nampak kita
di dunia fana usah leka

Kita punya pusaka agama
Kitab dan Sunnah baginda
pegang jangan dijeling cuma
usaha!
usaha agar bergerak dengan kedua-duanya
Allah dan kekasih baginda

jalan indah ke sana penuh duri melata
jalan pincang ke sana indah pula di dunia

kuat tekad dipegang
Agama tidak dijulang sahaja
dibawa ia ke mana-mana
moga berkat usaha kita
selamanya

percuma bagi yang tiada usaha
mengharap syurga sekelip mata
indah dunia tak selamanya

mimpi indah syurga
usaha untuk ke sana
jerih payah kita pasti berbalas olehNya
janji Yang Maha Kuasa



Tinta IM : Ya Allah! sungguhlah, IM kalau dapat menaip atau menulis laju je... nak tulis benda lain, benda ini yang keluar laju je... lama dah tak garap puisi dari hati. Berkat malam Jumaat mungkin. Moga manfaat buat semua ye  ^_^

wallahua'lam

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...