Inilah yang sering berlaku
kalau dah namanya memang kuat bebel atas kertas
dalam blog
atas FB
apa pun tak boleh!
memang
sungguh
kenyataan
saya hanyalah hamba Allah
yang dipinjam Aqal ligat berputar
yang dibagi jemari menari selari
yang dihadiah mata pantas menangkap
yang ada hati sentiasa emosi
Maaf andai selalu menyentap Iman kalian
Maaf andai sentiasa menghangat jiwa kalian
dan maaf juga andai sekerapnya menyemak fikiran kalian
saya cuma hamba hina
dipinjam ke alam sementara
sampai masa
pulang pada pencipta
moga Dia pelihara segala amal kita
tak menyimpang jauh dari landasan Dia
saya, kamu dan mereka
kita semua sama
tak punya apa-apa
bila dijemput Yang Maha Esa
kembalilah kita
dibawa bekal amal yang tak seberapa
betahnya kita mengharap syurga Pencipta
pantaskah kita
selayaknya duduk di singgahsanaNya?
usaha harus digembling juga
keringat pahala secukupnya
sanggupkah berdepan azab Neraka?
memang tak mampu menanggung sengsara!
apinya meledak tak nampak kita
di dunia fana usah leka
Kita punya pusaka agama
Kitab dan Sunnah baginda
pegang jangan dijeling cuma
usaha!
usaha agar bergerak dengan kedua-duanya
Allah dan kekasih baginda
jalan indah ke sana penuh duri melata
jalan pincang ke sana indah pula di dunia
kuat tekad dipegang
Agama tidak dijulang sahaja
dibawa ia ke mana-mana
moga berkat usaha kita
selamanya
percuma bagi yang tiada usaha
mengharap syurga sekelip mata
indah dunia tak selamanya
mimpi indah syurga
usaha untuk ke sana
jerih payah kita pasti berbalas olehNya
janji Yang Maha Kuasa
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment