Monday, June 17, 2013

SAMBUTAN JUBLI EMAS TH

Assalamualaikum wbt semua...
wah... lama rasannya tak post entry malam-malam ek

bukan apa, balik kerja mesti penat
so, memang malas la nak update malam-malam
tapi malam ni, IM transfer gambar majlis Sambutan Jubli Emas TH

fuh.... kenangan manis yang teramatlah buat IM yang akan sayonara daripada TH khamis ini, insyaAllah
bi iznillah

Al kisahnya, IM memang tiada hati nak join dinner ni
ye la, nak berhabis duit bagai macam anggota yang lain
memanglah IM tak mampu dan tak sanggup

so, bila last minute dirayu-rayu oleh kakak-kakak office
(ok.. IM memang selalu kalah dengan pujuk rayu orang ni)
so... IM pun minta izinlah daripada kekanda tercinta
ye la... IM PJJ dengan kekanda
weekend sahaja masa nak jumpa kan.. so, bila decide untuk pergi dinner, alahai... rasa sayaaaaaaaaaanglah masa yang diguna pakai untuk dinner tu

IM takut je, pengorbanan masa tersebut sekadar satu kerugian
hihi
^_^

punyalah....

Alhamdulillah, bila kekanda dah bagi keizinan
dengan bahagia la IM inform akak-akak office
nak pergi dinner
tapi nak naik apa?
wah!!! laju je akak office offfer diri nak jemput dan hantar pulang
Alhamdulillah
dipermudahkan satu bab

oh ye... since last minute... attire???
adoi.. IM pening..
since ada tema, Gold-Black
ok, IM decide untuk pakai Jubah Hitam jer, dan sarung kasut hantaran nikah
lega, masa beli kasut fikir juga, awatlah beli warna pelik ni?
rupanya Allah dah rancang yang baik punya untuk IM
kan kan...

settle bab baju, kasut, beg?
oh ada handbag lama untuk dinner
settle!

ampun!!!!
nak pakai tudung apa????
sengal la... mana ada tudung @ shawl range colour itu
jenuh selongkar

lepas azan zohor yang mana malamnya adalah dinner tersebut, IM dapat idea
why not pakai je shawl cream
hoye!
tapi... takkan nak pakai plain cream jer..
tak glamour okaih!

so, selongkar punya selongkar
cari punya cari
IM jumpa la saki baki lace zaman purba..
okaih! set!
kita patch je la lace ni..
so....

v
v
v
v
v
v
v
v
v

inilah hasilnya...
ok x?
IM layan jer.. yang pasti, tiada pembaziran wang!
Alhamdulillah diberi kemahiran tak ternilai ini
Syukur...


^_^






IM tidaklah menggunakan sebarang khidmat juru solek hatta mak andam
cukuplah masa walimah hari tu kan..
so, IM simple jer dinner tu
tak gojes macam staff lain

yang pasti jaga etika berhijab itu
nak melawa kena la jaga Shariah Compliance ek
gitu!

No comments:

Post a Comment

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...