Mata
mengapa sukar untuk memadam bayang
apa yang terpandang...
sakit
Minda
mengapa sulit menghapus memori
apa yang pernah terlintas...
kusut
Hati
terlalu gusar menidakkan rasa
apa yang menapak di jiwa...
perit
Maaf
mata ini tak mampu berbohong
minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang
hati ini terlalu takut untuk jatuh hati
terlalu payah untuk mengusir pergi
Maaf
sekali hati tersakiti
terlalu payah untuk dibaiki
dan selamanya ianya di sini
sampai mati
pasti!
Hanya kekuatan Yang Maha Kuat
kesabaran Yang Maha Sabar
dan ketenangan Yang Maha Tenang
terpinjam sejenak
buat diri kuat bertapak di sini
hingga jasad dan roh ini dijemput pergi
dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti
aku tak pasti
kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti
walaupun tidak pada realiti
atau nampak di mata hakiki
keranan yang luka adalah
di hati ini
pasti
maafi diri
terlalu larut dalam emosi
dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi
:: takpastibilaakanpulihkembali ::
Tadika Kasih Khalifah
(17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)
No comments:
Post a Comment