Thursday, October 18, 2012

SEMINAR TRANSFORMASI DIRI (Hebat bersama Orang Hebat)


IMAM MUDA ASYRAF

GADIS-GADIS JABATAN KEWANGAN   ^_^



PESERTA SEMINAR (TABUNG HAJI)

SYUKRAN DATUK SMS  ^_^

HASIL REMBATAN KAMI

KENA GELAK DENGAN PESERTA LAIN SEBAB MALU NAK AMIK GAMBAR LIVE DGN DATUK SMS (OK PE, DENGAN POSTER JE)


KAMI DAN ABANG FAHRIN
(Ok, fahrin suruh panggil gitu iye)


THE MOST VALUABLE ITEM
I'VE GOT ALL OF THEM!

Alhamdulillah  ^_^



Monday, October 15, 2012

Cinta Di Kota Cinta

... Mekah kota Cinta. Pertemuan Adam dan Hawa di Jabal Rahmah. Kami pun macam tengah bercinta, jalan berpimpin tangan (kat Malaysia malu nak buat). Jemur kain berdua. Romantik la..


Ringkas ayatnya, namun sangat jelas terpancar segala riak gembira ibu dan ayah di Tanah Suci Mu Ya Rabbal 'Izzati. Alhamdulillah. Moga ini semua yang terbaik untuk kalian dan semuanya. InsyaAllah.

*****************

Kami di sini sentiasa berdoa, moga ibu dan ayah sentiasa dalam 'jagaanMu'... InsyaAllah.

*****************

Seorang yang ego, panas baran (semakin merosot prestasi baran, lantaran faktor usia mungkin), dan keras kepala.

Seorang lagi penyabar, sensitif dan kadangkala sangat tegas.

Sunggguhlah, Allah itu Maha Adil, disatukannya dua insan yang berbeza untuk saling melengkapi kelemahan masing-masing. SABAR dan PERCAYA kata kunci yang harus! dan sewajarnya, WAJIB dipegang!

dan diriku pula???  ~combination Ayah dan Ibu~  hihihi... rasanya belah mana yang lebih genetik ek? silalah teka ek..

*****************
 Selalu sahaja rasa lemah, tapi Kau selalu tiupkan semangat dan kekuatan

Selalu sahaja rasa sunyi, tapi sebenarnya Kau tak pernah biar daku sendiri

Selalu sahaja rasa cemas dan gundah, tapi Kau kirimkan ketenangan

Allahuakbar!!!




p/s:  rindu ibu dan ayah ok  ^_^  (saya memang cewek. whatever!  this is ME)

Friday, October 12, 2012

VOLUNTEER

Assalamualaikum wbt wahai ummat dunia yang menuju ke alam akhirat..

Moga semuanya dalam redha dan rahmat Nya, insyaAllah..
Yup, tajuk hari ini kedengaran pelik sedikit... by the way, not really pelik kan?   ^_^

Nak dijadikan cerita, semasa masih bergelar mahasiswi UIA dulu2, memang aktiviti, program pelbagai tema pasti akan disertai.. Baktisiswa, Perbarisan, Seminar, Leadership training.. semua kita nak rasa kan?

TAPI!!!!
bila dah habis study, dan dah berkecimpung di alam pekerjaan, hati jadi tak keruan
mana nak cari program-program ni?
oh ye.. masa study dulu takde pula kesedaran nak terlibat dengan NGO dan badan2 atau persatuan2 luar kampus.. jadinya, kan dah bosan!

Yup.. kita memang sangat TIDAK BOLEH statik buat kerja yang sama dalam satu-satu masa
misalnya tengah buat kerja filing, tangan dan mata sempat lagi reply2 e-mail kawan-kawan, sambil jawab call daripada pemanggil, sempat lagi tangan capai-capai fail untuk buat kerja lain, dan juga macam hari ini, Jumaat.. JUMAAT adalah hari untuk buat filing...sempat lagi update blog..

memang nak kena makcik sorang ni..

Well, nak dijadikan cerita, habis study dan dah start kerja (masih jadi Management Trainee masa tu) kawan ajak volunteer di MERCY Malaysia.. wah!!! hebatnya.. tapi kita bukan Medical Background.. tapi SANGAT SANGAT NAK JOIN..

kalau ikutkan pengamatan, oooh MERCY Malaysia ni NGO yang membantu dalam misi kemanusiaan, bagi makan, pakai, ubat-ubatan.. dan orang yang pergi travel all around the world..

TAPI..... bila dah join baru tahu.. MERCY Malaysia adalah Medical based humanitarian NGO la.. apada... so.. WHAT'S THE POINT JOINING MERCY? Since kita bukan Medical Background?

ahaha.. bila dah volunteer ni, baru la makin jelas, bahawasanya, even MERCY Malaysia adalah Malaysian Medical Relief Society, both Medical dan Non-Medical important towards another  ^_^ terlalu banyak ilmu yang telah diraih dan akan diraih sepanjang penglibatan kita dalam MERCY Malaysia..

MEDICAL TEAM :-

of course la specific to MEDICAL TASKING

NON-MEDICAL TEAM:-

EVERYTHING!
yup..logistik yang merangkumi Setup Camp Site, Communication, Piping & Water System, Safety, Health and Sanitation dan lain-lain lagi

semua ni bukanlah KEMAHIRAN dan SKILL yang kita ada.. tapi.. MERCY Malaysia successfully equip us (volunteers) dengan ilmu-ilmu ini.. Alhamdulillah.. Sungguh la ilmu Allah tu sangat luas..

Pam Khemah.. macam best.. tapi....

Betulkan pintu khemah ni.. macam senang.. tapi.. hihi

antara Volunteer yang terlibat dalam EMERGENCY RESPONSE UNIT Lecture Series

Money Collection.. kira duit-duit charity, duit yang berjaya dikumpulkan semasa penerbangan MAS

SCHOOL PREPAREDENESS PROGRAM
Kuala Muda, Pulau Pinang

Kakak macam kanak-kanak juga

SCHOOL PREPAREDNESS PROGRAM
Clifford, Kuala Lipis
Sekolah Siti Nurhaliza ni  ^_^

Emergency Planning penting ni!

My team.. tapi abang tu nyebok! ahahha

Training.. EMERGENCY RESPONSE UNIT FIELD TRAINING EXERCISE


Sebenarnya banyak lagi latihan, seminar, bengkel dan kursus yang terlibat.. tapi tak termampu nak kongsi semuanya..


InsyaAllah, kalau memang ada keinginan hati, kekuatan jiwa dan ikhlas dalam beramal, Allah akan permudahkan segala jalan dan ujian di hadapan. Hidup kalau tak berbakti, teramatlah rugi kan ^_^


so.. hari yang mulia ni, kita nak kongsi... sesiapa yang BERMINAT! saya ulang MINAT! yes, even kerja-kerja remeh macam ni, kalau tak minat, memang hati akan rasa berat.. so... itu yang paling penting..

so... do sign up as VOLUNTEER here
dan ada satu lagi yang baru-baru ini menambat hatiku...mana? mana? sini pulak!



oh.. sampai di sini sahajalah tinta pada pagi ini.. moga Jumaat kalian semua penuh baraqah insyaAllah..


p/s: ramai orang admire dengan tagline under my signature (e-mail office), so, let me share here ^_^



~ Hijab bukanlah PENJARA…  Hijab adalah PENJAGA ~




wallahu'alam... ma'assalamah.. moga sedikit perkongsian ini mujahadah dan jariah buat semua.. insyaAllah..

Freezing Frozen Food

Assalamualaikum wbt my dear  :)

Salam Jumaat nan permai..
ahaa..
apa la titipan hari ini ye?
well, nothing much..
just soksek2..

Since Ibu dan Ayah meninggalkan kami 5 beradik lantaran menunaikan Fardhu Haji
maka urusan dapur dan rumahtangga sebahagiannya jatuh GEDEBUK!!
hihi.. tak la, cuma sekarang ni kita la kena pikul tanggungjawab dan amanah tersebut

INSYAALLAH..


fine.. hari ni nak bawa anda semua ke rumah kita
opss.. nak ajak, jemput intai2 petia ais kami

serasanya, macam dah boleh buka perniagaan Frozen Food ok..
benda wajib ada kala ini

1) Fries

2) Sausage

3) Minced Meat

4) Nugget

5) Fillet

6) Ice Cream 
(actually eskrem ni dok menetap dalam peti dari sebelum ibu berangkat lagi.. FINE! kalau eskrem mahal mmg dah licin kan kan...)


Macam-macam ada ni  ^_^

Bekas kuning tu stok ikan, ayam, udang, sotong...
nak masak macam2 kan kan  ^_^

Wednesday, October 3, 2012

Projek!

adoiiiii..

rasanya kena start la projek ku yang satu ini
projek MENJAHIT


oh.. sangat lama meninggalkan arena tersebut..

dan kali ini, saya perlu.. ops... WAJIB...
kembali membuka semula
buku-buku dan pelan-pelan jahitan

oh NO!
this time YOU MUST!

ok.. fine! saya akan cuba berusaha sehabis baik menjahit baju saya.. hihi

saya akan pastikan SAYA AKAN BERJAYA!


# robbi yassir wala tu'assir...

=_=

saya tak suka betul perasaan ini
rasa bersalah
rasa tak keruan
rasa tak senang duduk
bila...
awak dekat dengan saya..

sekian.. terima... kasih...

bukan berkasih-kasihan OK!

-kesiannya saya tengok diri saya bila tengok awak-

-pening fikir pasal diri yang tak keruan-

Tuesday, October 2, 2012

Mungkin ada jalan yang LEBIH BAIK



Allah!

itu sahaja yang mampu terpacul keluar dari mulut.
sedikit rasa kesal
impian yang satu ini
baru nak dianyam dah berserabut
atau...
ye! ada hikmah Maha Luas

insyaAllah..
insyaAllah

sedih jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, bila dah simpan cita-cita
tapi apakan daya
Dia kan Maha Mengetahui, kita merancang, Dia merancang,
dan sesungguhnya, hanya Dialah sebaik-baik perancang

Sedang menuntun diri agar redha menerima
sambil-sambil usaha untuk perancangan yang seterusnya
insyaAllah..

Allahumma sahla illa ma ja'al tahu sahla
Wa anta taj'ala hizn izi shi'ta sahla

Robbi yassir wala tu'assir
ya rabbana...
ameen...

Cita-cita Saya

Alhamdulillah..

Ku panjatkan kesyukuran hanya pada-Mu
dan syukur juga Kau tak pernah biarkan ku sendiri
Kau berikan nikmat persahabatan

dan sahabat tersayang... Nurliyana.. moga Allah sentiasa menjagamu dalam susah dan senang..
Ameen..  ^_^

oh ye... tiba-tiba sahabat saya memberikan sedikit kesedaran
kenapa merancang sesuatu itu sebelum bertindak
dan atas dasar keTERSEDARAN tersebut..


insyaAllah..
sebentar lagi saya akan cuba..
insyaAllah..
cuba menggagahkan diri mengisi borang itu
Wallahua'lam...
jika itulah jalan terbaik untuk diriku yang sebenar..

Maka Ya Allah, Kau loloskan ku dalam segala macam ujian yang akan mendepaniku..
insyaAllah
insyaAllah
insyaAllah...
ameen!

ganbatte!


thanks again my dear, syweety and lovely NURLIYANA  ^_^
inni uhibbuki fillah abadan abada ilal jannah, insyaAllah, bi iznillah... ameen

Mini Pavlova D'Amour

BAHAN-BAHANNYA

ADIK PELIK.. eeeeiii. x jatuh pun

hihi.. jari jemari sapa la tu?

mini Pavlova D'Amour

aneka buah-buahan

cinta sayang saya

alolo.. macam2 rope

in progress

mari mekapkan mereka

nyummy...

Monday, October 1, 2012

WEEKEND KAMI....











ha ?_?

Pemanggil y tidak dikenali : ni Isma kan...

Me : a? a'ah... siapa ye?

Pemanggil y tidak dikenali : saya .... kawan kepada ...

Me : ooo..emm...

Pemanggil yang baru dikenali : saya dapat tahu dari ..... yang Isma ni pandai guna kamera DSLR

Me : ha? eh? (dalam hati, bukan pakar amik gambar..tapi saya pakar diambilkan gambarnya.. ^_^ v  )

Pemanggil : saya nak belajar sikit2..

Me : Kenapa? baru beli kamera ye?

Pemanggil : cadang nak beli, tu yang nak belajar dulu, dapat belajar basic dulu pun ok

Me : oo... ok, insyaAllah.. (dalam hati, apa yang diajar ek??? nak ajar POSING? boleh la..)



p/s:  Bestnye la ada duit lebih beli kamera ek.. tapi lagi best bila ada orang suka amik gambar kita selalu... layan....

Friday, September 28, 2012

Sudah Jatuh Berguling2 Pula

Allahu Rabbi..
Jumaat yang baraqah kali ini punya cerita yang bebeza

Entah kenapa la jadi hari serba tak kena
padahal, pagi-pagi lagi dah celik
Allah bagi masa untuk tebus segala kekhilafan diri
Tapi......  kenapa la jadi begini..

Sedang bersiap-siap..
tiba-tiba............... prang!!!
mug atas meja jatuh berkecai..
dah kena buat kerja vacum memvacum di pagi hari
PENAT

Bila sampai office, rasa nak beli roti canai kat cafe
semangat tunggu kat Lobi
dengan harapan, si akak manager sampai nak terus ajak p beli sarapan
tunggu punya tunggu
tak muncul jua
KECIWA

Gagahkan juga diri pergi cafe berjalan sendirian
Lepas membeli, gembira bukan kepalang
dah terbayang rasa enak juadah pagi ini
sekali melangkah..bumm!!
Jatuh kat tangga!
Astaghfirullah al azim!!! ~terpacul dari mulut
syukurlah pujian selayaknya kepadaMu
SAKIT

Saya tahu, petang ni, kompem la..kaki akan bengkak dan lebam
Ni pun terasa kesakitan yang amat
PELIK
selalunya kalau jatuh di khalayak ramai MALU bukan kepalang
tapi hari ni, sakitnya mengalahkan malu.

~SAKITNYA KAKIKU~

Thursday, September 27, 2012

Masak2 ^_^ (Episod I)


Assalamualaikum wbt,

Well.. hari yang ceria ini nak kongsi bersamalah, kisah suka duka, masam manis, pahit, rentung.. oh ye...
bila cakap tentang rasa ni, mestilah berkaitan makanan kan kan..

Sepeninggalan ibu dan ayah ke Tanah Suci..makanya sayalah memegang peran sebagai ibu gitu (oh penasaran Oki ni, lagi ikutan sama bahasa yang digunapakai dalam Naskhah Cahaya Atas Cahaya, nukilan Oki Setiana Dewi).

So.. check it out!



First breakfast - Preparing Adik's bekal..baki along makan untuk energy sebab nak kemas2 rumah.It was nice bila dapat prepare kan bekal untuk anak kecil ke sekolah.  ^_^  impian ni!

(18.09.2012)

First Dinner - Pasta, lantaran tiada stok spaghetti, pasta pun layan! FYI, dinner ni, angah yang teringin nak makan menu ni, punyalah preparekan bahan2, ingat Angah yang nak masak. Tunggu punya tunggu...hampeh! kena la masakkan... hihi.. 

(19.09.2012)

First Heavy Dinner - yang dimasak hanyalah ikan kembung masak lomak dan sayur campur. Lauk lagi 2 jenis was yesterday's lauk. hihi.. 

(21.09.2012)

Breakfast yang Ohsome - well, kami selamat di kidnap dengan rela oleh makcik kami pada hari Sabtu. Maka Ahad pagi dengan bahagianya makcik kata nak buat Puff, last2 saya juga la y kena buat. Well, bila dah sampai kat tangan den, mmg la den buat macam talk show gitu. Ala2 tengah buat cooking show.. hihi  ~Sardine Puff~ dah boleh buka bakery la saya ni

(23.09.2012)

Dinner penuh kerinduaan pada Ibu - Mengapa berbunyi gitu? Sebab inilah menu yang sangat kami suka. Dan ibu akan masakkan dengan happy nye menu ini buat kami. Well, I'm still learning, walaupun tuan/puan rasa ia teramatlah mudah dan ringkas, tapi saya ni masih lagi tak berapa nak Pro la.. at least, saya dah cuba sehabis baik. Well Done dear!
~adik masih lagi mengada2 kata x ada selera. Sekali suapkan, bertambah2 makan... hihi~

(24.09.2012)


Rempah Ratus Pertama - sebelum ini, selalu rasa teragak2 nak guna rempah ratus. Sangat tak pandai! tapi disebabkan rasa ingin cuba menggunung tinggi.. Ececeh! Maka terhasillah juadah Ayam Masak kicap ini.
OK FINE!  Ayam Masak Kicap je pun.. kan kan.. hihi 

(25.09.2012)

First PAVLOVA - Well, diri ini sangatlah iri dengan tangan2 yang punya power baking mem-baking ni. Nak dijadikan cerita, saya ni memang ada badi2 sikit dengan Oven. Kalau bab nak membuat kek, kuih dan biskut2 ni mmg la sangat2 berkobar2. Tapi, bila tang masuk oven. PASTI SPOIL! Sungguh! Selalu terjadi pada fasa2 terakhir sebelum sesuatu yang saya baking tu dikeluarkan daripada oven. 

Nak dijadikan cerita, sikit punya cantik dah pavlova ni naik. ce tengok betol2 kat pavlova yang side belakang tu, ada kesan kerentungan kan? hahah... but, nasib baik rasa ekau sedap!  Well Done! tak sabar nak balik keje, nak makan lagi, tak puas.. hihi 

(26.09.2012)



Siapa perasan banyak betul FIRST - Pertamanya...Sila angkat kening  ~_~

Hihi.. bukanlah saya tak reti langsung masak. Tapikan, bila ada ibu kat rumah, KOMPEM la nak makan masakan ibu jgk kan kan.. Ye la.. kat rumah sewa dah selalu sangat makan juadah air tangan sendiri. Bila makan juadah dari air tangan ibu, terasa aliran KASIH SAYANG nya yang tulus.. 

Aduh! jadi kangen banget sama Ibu nih!

Friday, September 21, 2012

PAVLOVA

oh.. pelis..
opss.. bukan Perlis ye...
Lunch hour nak p Isetan KLCC
mahu grab some groceries
yup..
I wanna bake.. not exactly bake.. tapi bake la juga..
nak try Pavlova..
Moga sukses la ye..
ameen...

Friday, September 7, 2012

Haji 1433H

syukur..
Allah memudahkan segala urusan..
InsyaAllah, tanggal 17 September ini ibu dan ayah akan berangkat ke Tanah Suci

Alhamdulillah.. Sujud Syukur padaMu atas segala nikmat tidak putus-putus

Kadang terasa.. betapa besar nikmat Allah
yang kadangnya kita terlepas pandang
kadang tidak kita hargai
dan kadang kita langsung tak syukuri

wannau'zubillah..


A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ya Allah, jadikan kami semua, hambaMu yang sentiasa mensyukuri akan segala nikmat kurniaanMu.. Ameen...

Semakin meningkat usia (hakikatnya, semakin pendek la perjalan hidup kita di bumi Allah ini), semakin diri mengerti diri. Alhamdulillah.. moga saja Kau tidak menarik semula nikmat Iman dan Islam yang Kau kurniakan kepada kami, Ummat Nabi Muhammad sallallahu a'alaihi wasallam..

Oh ya... kisah ibu dan ayah yang patut ku coretkan pada nukilan ini.

Kisahnya, kami menerima perkhabaran gembira dua hari sebelum menjelangnya Syawal.. sepucuk surat menggugah jiwa dan emosi kami. Gembira, syukur tidak terkira dan juga takut bercampur sebak. Semua teradun dalam segumpal dara bernama hati.

Setelah pulang dari kampung halaman, maka penantian pun berakhir jua. Makanya, cukuplah persoalan itu terlerai.. Maka ibu dan ayah telah menerima panggilan agungMu Ya Allah, untuk kembali ke Tanah Suci, tempat yang menjadi igauan dan kerinduan bagi semua ummat Islam..

InsyaAllah dalam sedikit masa lagi mungkin ayah dan ibu akan meninggalkan amanat, wasiat dan tanggungjawab padaku seperti masa mereka menunaikan Umrah tempoh hari..

Dan hati ini semakin jadi lemah bila memikirkan semuanya.. kerana sungguh! hati ini akan jadi lagi lemah dan lemah..

Saya sayang Ibu
Saya sayang Ayah
Saya sayang adik2 saya kerana Allah..

dan kerana Allah juga sayang kami, InsyaAllah..


~nazar... sila ingat ye.. perlu ditunaikan~


Thursday, August 30, 2012

Muara Hati

Salam wbt,

oh.. sekian lama menganak tirikan blog, lantaran sudah mendapat kemudahan tumblr.. oh.. sungguh tidak adil yang namanya diri ini.. ihihi...
Sungguh.. bila kita dihadapkan dengan pilihan dalam hidup, kita sering terkeliru, mahupun terbelenggu..



Maka oleh itu, Allah kirimkan cara indah sebagai alternatif, Solat Sunat Istikharah.. oh.. yang hanya dipopularkan oleh orang yang ingin memilih pasangan hidup.. lemahnya iman kita ya.. padahal Istikharah itu pemudah cara kita dalam rutin kehidupan kita, bukan hanya terikat dengan yang namanya JODOH.. Tapi bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita masih mengenali cara yang satu itu kan? Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini.. Syukur..



Sungguh apabila tiba saat, waktu dan tempat (dan juga calonnya), maka Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan itu.



Tiada yang lebih membahagiakan diri, seandainya segala yang diimpikan terrealisasi.. dan begitu juga halnya buat diriku.. dan juga kamu.. semua.. Bila mana Allah dorongkan jalan ke situ.. Bila mana Dia memberi restu dan mereka juga restu, pasti Kau permudahkan laluan itu..



Maka Ya Allah, sungguh hambaMu ini takut menghadapi masa depan, maka Kau kirimkan kekuatan
dan rasa gundah melanda, Kau titipkan ketenangan dalam lubuk hati, dan bila ragu menyentap, Kau utuskan segala percaya atas keterbergantungan ku terhadap segala sesuatu yang Kau rancangkan buat diriku, kamu dan mereka...



Sungguh.. hambaMu ini selalu menagih kasihMu, belasMu, petunjukMu... tulus dari Muara Hati..




p/s: eleleh.. tu kan tajuk lagu OST Adam Hawa.. biar la.. saya suka kan  ^_^

Saturday, August 25, 2012

ia hilang..yang namanya KEBERANIAN

tiba-tiba jadi takut degan namanya.. MASA HADAPAN..

Allah..kirimkan segunung kekuatan dan keberanian padaku........

~rasa lemah dan semakin lemah, jangan tinggallkan daku tanpa kasihMu~

senyum

mood..
senyum seindah suria...
senyum dan senyum..

Cahaya Atas Cahaya... Rahsia Demi Rahsia

Salam 'alaik..

Malam ini, malam penuh rahsia..malam penuh tanda tanya..malam penuh misteri..

Satu persatu Allah rungkaikan simpulan segala keresahan dan kerunsingan hati ini


Dia.. Allah Yang Maha Mengerti..
Apabila dihantarkanNya ujian kepad hambaNya, yang turut bersamanya adalah segunung kekuatan dan pengharapan padaNya..
Dia menguji hambaNya supaya rasa keterbegantungan itu sentiasa ada.. selalu mekar dan mengharum seenaknya..

Allahuakbar!!!

A005

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

A006

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(94 : 5-6)


RAHSIA DEMI RAHSIA 1

Minggu lepas, sms ibu menggemparkanku, terdiam sejenak;
    "Alooonggg Ayah dapat pergi Haji, Tapi Ibu x dapat, camne ni"..
Lantaran tambatan tasking yang masih belum selesai dan kependekan waktu kerana CEO dah beri green light balik awal (sempena menjelangnya Aidilfitri), kalut jadinya. 

Mana satu nak settlekan ni? Ibu ke kerja? Kerja ke ibu? last-last, ku kendong dokumen bersama, dengan numbe ic ibu ku bawa berjumpa pegawai berkenaan;
    Kita : Haji, minta tolong kejap, cekkan status ibu saya. Ayah dapat, tapi ibu x
    Haji : Ooo.. kalau ikut rekod ni dapat la isma..
    Kita : Syukran hj.. (syukur kepadaNya)

Terus dicapai hp dan menaip sms; 
"Bakal Hjh, sila tunggu ketibaan surat iye.."

********

Petang tadi setibanya ku ke bumi bertuah, Shah Alam, perkhabaran gembira turut menjemputku.
   Ibu : Along, lepas asar tadi ibu dah terima surat.

Bersyukur tak terkira.. tapi benak ligat berfikir.. Allah!! Aku perlu siapkan mental dan fizikal juga. Menggalas tugas dan amanah ibu dan ayah selepas ini. Air mata dah bergenang.


"Ya Allah, sungguh hambaMu ini sifatnya lemah, maka Kau kuatkanlah Ya Allah. Berikan daku kemudahan dalam memikul segala amanah ini Ya Allah... Ameen Ya Rabbana".
********
CAHAYA ATAS CAHAYA 

Usai membaca lembaran demi lembaran Novel karya OSD, ku pasang azam yang tinggi!
Ya.. sekian lama mengumpul sekawanan azam..
tapi tinggal mimpi demi mimpi.. Nauzubillah..
Bermohon tidak dicampakkan ke dalam golongan hambaMu yang hari depannya lebih TERUK daripada hari semalam.

Azam dan Impian ku yang satu ini, insyaAllah akan ku cuba sehabis baik untuk aku capai tahun hadapan.. sespesifiknya, awal tahun 2013;
"Ya Allah, aku bermohon padaMu, izinkan aku menjejak Tanah Suci, untuk mengerjakan Ibadah Umrah...Moga sahaja Kau pilih daku daripada berjuta-juta hamba dan ummat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ini.. Maka kau permudahkanlah segala urusanku ini..Ameen Ya Rabbal 'Alamin..."

********


RAHSIA DEMI RAHSIA 2

Esok; oh.. dah pukul 12 lebih.. bukan esok la maksudnya, hari ini..insyaAllah..
Adakah mimpi jadi realiti..

Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

"Kiranya ini yang terbaik buatku, agamaMu, keluargaku dan masa depan kami, maka Kau permudahkan segala urusan Ya Allah..Ameen.."

*******


~ moga mentari esok muncul dengan bahagia dan ceria, ameen ~ 

Tuesday, August 21, 2012

ye la.. idea nakal saya.. hihi ^_^

setiap tahun menjelang aidilfitri.. means before menjelang pagi raya, mesti kena gosokkan 7 pasang baju.. 3 BAJU KURUNG.. 4 BAJU MELAYU..

opss.. tahun ni, up sikit 8 PASANG.. sebab makcik (adik ayah) join kami raya...  ^_^

masa tengah gosok2 baju.. punyalah ada idea nakal.. SERIOUS nakal.. x tipu punyalah..

pasang azam... tahun depan 2013.. SAYA BERAZAM nak gosok 2 PASANG BAJU... 1 BAJU KURUNG SAYA.. dan 1 BAJU MELAYU... hihi....   ^_^

makanya.. marilah semua.. doa2kan saya.. hihi   ^_^


p/s: nakal kan saya.. sekian.. bingkisan syawal dari budak nakal.. hihi..

Thursday, August 16, 2012

Perjalanan Terakhir.. (Episod 1)

Lia  terjaga dari lenanya.. lalu meraup wajah dan melafazkan hamdallah kepada yang empunya nyawa. Syukur, masih lagi diberi nikmat bernafas ini. Sejak akhir-akhir ini hatinya selalu resah dan gundah. Bimbang pada yang tidak jelas. Gusar pada rencana yang tidak pasti. Astaghfirullah al azim.

   Dia tak pasti persoalan apa yang sedang ligat bermain di aqal dan juga hatinya. Apa yang pasti, sedikit demi sedikit nikmat kesihatan itu diambil kembali oleh tuannya, Yang Maha Pencipta. Masakan kita sebagai hambaNya mampu untuk mempersoalkan segala ketentuanNya.

   Andai kita diberi pinjam barang, dan suatu saat pasti tuan empunya barang meminta semula barangnya. Mampukah kita untuk menidakkan ketuanannya pada barangan miliknya? Tidak mungkin! Begitulah kiranya..

   Lia hanya mampu merintih sepi, butir bicaranya hanya berlegar di sekeliling cuping telinganya. Mengaduh pada diri sendiri. Merintih jua pada diri sendiri. Air mata sentiasa mengiring hari-harinya yang masih lagi bersisa, namun tidak pasti sampai bila.

*******

   Usai solat subuh Lia bingkas memulakan rutinnya sebelum ke tempat kerja, Ma'athurat. Itulah satu-satunya penemannya, kala susah dan senang. Kadang goyah juga sang iman untuk istiqamah pada amalan yang kecil dan mudah ini.

   Ramadhan kali ini dia tidak meletakkan target yang terlalu tinggi. Mungkin bagi orang lain, target untuk khatam quran berkali-kali. Namun, Lia hanya ingin mengulang kembali segala hafazan surah-surah yang pernah dihafaznya sebelum ini. Surah An-Naba menjadi pilihannya pada Ramadhan ini. Terasa payah untuk memulakan amalan yang telah lama ditinggalkan. Memori semasa di bangku sekolah menengah semakin mekar.

*******

   "Kamu semua perlu bersedia. Ujian hafazan akan diadakan pada hujung minggu depan. Oleh itu, semua naqibah perlu sentiasa menyemak bacaan semua ahli kumpulan. Kamu semua, sebagai naqibah, pegang ini sebagai amanah, jangan sesekali ringan-ringankannya. Jangan lupa pesanan ustazah ni", tegas dan berhemah peringatan daripada Ustazah 'Izzah.

*******

   Dulu mungkin Lia bukanlah anak yang baik, bukan juga pelajar yang cerdas, dan mungkin bukan juga Muslimah yang sentiasa ingatannya pada Sang Pencipta. Yang selalu sahaja menghabiskan waktu dengan sia-sia. Itu semua kisah dulu dan semalam.

   Lia sangat khuatir akan dirinya. Sejak sesi 'A Moment to Remember' bersama ukhti Oki Setiana Dewi dan  kak Wardina tempoh hari, terasa ada seruan dari otak bawah sedarnya. Dia semakin malu dengan diri yang penuh noda. Terasa tak mampu untuk mendongakkan kepala kerana bebanan dosa sepanjang meniti kehidupan di dunia ini. Wallahi.. Dia sangat larut dengan tangisan dosa-dosanya.. Namun, tersedar bahawa, segala dosa-dosa itu takkan terhapus dengan begitu sahaja. Usaha untuk menebus segala khilaf perlu dijalankan dengan segera dan sepantasnya. Ayuh!

*******

   Malam itu entah mengapa laju sahaja lidahnya melontar kata. "Eka.. akak rasa la kan.. rasa la.. esok nak pakai niqab la yang.. hihi", ujarnya bernada riang pada si adik yang bukan seibu sebapa, tapi seIslam. "Kak.. betul ke ni? Akak jangan main-main tau," musykil si adik dengan lontaran idea si kakak. 

   "Emm.. itu la eka.. akak rasa, akak nak try dulu la.. ala..macam induction period gitu.. hihi.." bernada riang lagi. "Akak.. akak.. buatlah yang terbaik ye"...

*******

   Pagi itu, selesai memakai hijabnya tanpa berlengah-lengah lagi Lia pun mencapai niqab yang dibelikan ibunya semasa menunaikan umrah tahun lepas. Hatinya berdebar-debar. "Ish.. betul ke aku ni? Kuat ke aku ni? ", hatinya masih lagi bersoal jawab. "Tak pe la, aku cuba dulu, insyaAllah. Moga Kau permudahkan segalanya Ya Allah", mohonnya.

   "Awak ni dah kenapa? Jangan main-main, nanti marah Kak Jaja," bentak housemate Lia. Glurp...hatinya tersentak. Niat baiknya telah disalah ertikan. "Kak, saya nak cuba dulu. Kenapa pula Kak Jaja nak marah? Niqab ni bukan hak milik mutlak Kak Jaja kan?" soal Lia bagi menjawab soalan Kak Lili. Perbualan mereka terhenti di situ. Laju langkah kaki menuju ke pejabat masing-masing.

   "Ya Allah, satu sahaja pintaku. Andai ini adalah yang terbaik untuk agamaMu, diriku, keluargaku dan seluruh isi alam ini, maka Kau pinjamkanlah kekuatanMu padaku yang lemah lagi sarat dengan dosa ini Ya Allah. HambaMu ini terasa sangat lemah dan semakin lemah andai Kau palingkan aku dari nikmat Iman dan Islam," pinta hati Lia pada pagi yang penuh mencabar itu.

*******

   "Kak.. macam mana? Pakai tak kak?", soal Eka penuh minat. "Hihi.. Alhamdulillah. Mission accomplished this time", jawab Lia tenang. "Kak Lili tak cakap apa-apa ke kak", tanya Eka lagi. "Emm, macam-macam, tak apa la.. akak cuba dulu kan. Eka, jadikan iftar kita petang ini, sekali dengan tarawikh ye. Jangan lupa!", pinta Lia.

  Petang itu Lia merancang untuk beriftar serta bertarawikh di pejabat sahaja. Riang hatinya bilamana masih ada insan yang sudi berkongsi kisaha penghijrahannya hari itu.

*******

TAMAT EPISOD 1

Thursday, August 9, 2012

Kisah Semalam.. Hari Ini... dan mungkin hari yang mendatang..

Assalamualaikum wbt semua...

semalam 8.8.2012 Cik Cema cuba selak lembaran baru..
dan hari ini masih cuba lagi untuk bertahan seperti semalam..

walaupun Cik Cema tidak fully mengenakan'nya'..
tapi pagi ini, Allah s.w.t seakan terus-terusan memberi kekuatan kepada Cik Cema
Allahuakbar! Betapa besarnya nikmat Islam kurniaan Mu Ya Allah..


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:16)

Sungguh.. Allah sahajalah yang memberi kekuatan, ketetapan Iman..
Dia sangat belas pada hambaNya... tapi kita?

Sungguh.. kerana Dia ada... kita masih lagi dilimpahi kasih sayang yang tak pernah putus
andai manusia melempar nista dan cerca, tapi kita masih ada Dia.. yang tak pernah culas dan lalai dari mencurah Rahman dan Rahim...

Maka... kenapa masih lemah Iman ini..dan masih saja mencari-cari jalan yang terbaik dalam kehidupan.. sepanjang meniti jalan dunia, untuk menuju ke dunia satu lagi...

Sungguh.. mungkin Ramadhan ini permulan yang terbaik buat Cik Cema.. mungkin Cik Cema akan cuba istiqamahkan memakai'nya' pada waktu pagi terlebih dahulu..

KENAPA?

Sebab.. Cik Cema masih tak pasti lagi.. sejauh mana Cik Cema dapat bertahan..
Nauzubillah sekiranya nikmat taqwa semakin menjauh..


~ mohon terus doakan ye semua ~

Wednesday, August 8, 2012

Kedamaian Jiwa Itu MilikNya

Subhanallah..
hanya selayaknya pujian diberikan kepada Ya Rabbul Izzati

Pagi Ramadhan ke - 19 1433H ini punya angin yang amat menenangkan jiwa hambaNya
^_^  Allahuakbar..

Sujud syukur padaMu Tuhan sekalian alam.. Rabbul 'Alamin...

ish.. apalah yang cik cema ni bebelkan pagi-pagi ni
ya.. Allah lah pemegang hati ini

Cik Cema (tiba2 macam comey pula bahasakan diri begini sebab ada la hamba Allah suka bagi gelaran kepada diri.. hihi) ok... ok..

Begini ceritanya...
Kalau tak silap Cik Cema.. last week ada post kat tumblr dan fb pasal nak BER...NI...qab..
hihi..sangat la mengundang kontroversi kan..

Alhamdulillah.. pagi ini kiranya buat proses induksi pada diri
dan Alhamdulillah juga.. bila sahaja menyarungkannya.. susah nak explain kan rasa itu
Allahuakbar!
serasa sangat BEST! dan rasa sangat jeles dengan muslimah2 yang telah lama mengenakannya
apa yang pasti, Cik Cema masih lagi dalam proses memperbaiki diri dulu

Cik Cema tak mahu lah nanti dilabelkan manusia yang hipokrit
wallahi.. sangat lah tak mahu nanti disebabkan tingkah Cik Cema yang tak berapa best, habis semua muslimah yang telah lama mengenakannya pun terpalit kata2 nista manusia.. wallahua'lam..
Dia sahaja yang Maha Mengetahui segala rahsia yang ada di langit dan bumi..

Cik Cema tahu.. Cik Cema sangatlah tidak kuat untuk terus terusan istiqamah mengenakan'nya' kerana......

  1. Cik Cema sangat lah suka memakai shawl yang lawa2, dan masih cuba mengawal nafsu yang satu ini.. Allahu Rabbi.. sangatlah sukar menjaga mata ini di kala melihat shawl yang berwarna-warni dihiasi labuci2 dan lace.. oh!!! ia sangat mengGODA.. dan saya lebih tergoda pada'nya' melebihi tergoda dengan kaum berlawanan jenis... ngeh ngeh.. sungguh kurang sopan  ^_^  ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
  2. Cik Cema mengaku, masih lagi sukar untuk menjaga (istiqamah) solat2 malam.. kadang tu semangat berkobar2 nak bangkit, tapi bila alarm bunyi.. Ya Ampun.. sukarnya nak bangkit Cik Cema oi... ish... ish.. ish... macam mana nak lembutkan hati kalau gini la gayanya... Allahu Rabbi... kuatkanlah hambaMu yang seorang ini..
  3. Cik Cema adalah spesis manusia yang ganas dan garang, dan bukanlah stok wanita yang ayu2 lemah gemalai.. opss!! terbongkar rahsia.. SERIOUS!!! Cik Cema jalan kadang2 macam ribut.. hihi.. macam mana la nanti, sekiranya dah istiqamah mengenakan'nya'. 

Alah.. Cik Cema ni.. nak seribu daya... tak mahu banyak la dalih dan alasannya... ye tak semua?

Apa2 pun keputusannya nanti, mohon sangat2 semua mendoakan yang terbaik untuk Cik Cema ye.. moga dengan berkat doa kalian pada bulan Ramadhan yang penuh baraqah ni, insyaAllah Cik Cema jadi lebih Muslimah, Mukminah dan Solehah insyaAllah..

dan Cik Cema juga mendoakan moga2 kalian semua diberikan nikmat Islam yang berpanjangan, dilimpahi nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan jodoh bagi yang masih belum bertemu jodoh macam Cik Cema ni ^_^   ameen.. insyaAllah..

~wallahua'lam~


Ramadhan Kareem

Friday, August 3, 2012

Berusahalah! Janji Sebuah Ramadhan

Semakin hari semakin lemah iman ni..
astaghfirullah al azim!
jangan begitulah wahai hati..

jadilah muslimah unggul..
yang dikasihi Allah dan dicintai seisi alam
yang tak perlu lelah mencurah sayang
dan menabur jasa pada ummah
serta sentiasa dinanti oleh sesiapa sahaja

jangan pernah biarkan dirimu menjadi pemusnah silah antara manusia
pencetus amarah dan petaka
jadilah wanita yang bisa menggegar dunia
dengan indahnya wajah penghuni syurga
lembut tutur sentiasa membibitkan peringatan Allah
tidak sekali alpa dalam pautan dunia yang sentiasa meronta-ronta

oh.. moga sahaja aku kuat untuk merangkul dunia seiring menuju ke sana
tidak aku getir dalam kepayahan ujian dunia
tidak aku berpaling tika digugah pahitnya dugaan menimpa
tidak aku hanyut pada awanan pujian yang tak menjamin apa-apa

aku ingin sebuah kehidupan yang baraqah
punya imam yang mampu memimpin setiap tandukku
tak pernah ragu pada setiap tingkahku
selalu ada bila aku rasa jatuh tak terarah
yang bisa menjadi sang arjuna kala rajukku tak tertahan
sentiasa tersenyum kala amarah beraja di sukma
yang mendodoikan dengan irama kalamullah
oh... sunggu itu hanya akan ku kecap bilamana aku berusaha

aku nekad..
aku harus lebih usaha
menjadi wanita solehah
muslimah yang sentiasa dirindui seisi langit dan bumi
oh.. yang pasti Al-Quran itu cerminan diri
jadikan ia pembela diri di dunia dan akhirat nanti
pasti.... janji Ramadhan ini....

Thursday, August 2, 2012

Kecewa dengan diri :(

Bila mana.. rasa nak sharing 'sesuatu' itu
namun.. puas usaha mencarinya
tidak juga ketemu..

seingatnya, mungkin sudah lupus dari ingatan
tidak disangka, simpanannya di dalam peti mail juga turut berjaya dihapuskan
makanya.. sodaqallah al azim
ecewah!

apa kes ni???

begini...

alkisahnya, tiba-tiba teringat di kala zaman dulu
oleh kerana ketidak cerdikan diri, suka sangat berpaut pada angan-angan
impian yang tidak mungkin berlaku
amenda la awak ni Isma oi.. cakap belit2..

nak cerita, tapi.. ku sangat malu kalau seseorang membaca post ini
tapi diriku sangat suka cerita2... ohoho.. kecelaruan betul!!!

moral of the story..

sila jujur pada diri
sila tanya terus soalan membunuh diri bila ada yang berani mendekat pada diri
tapi bila realiti, tak semua keadaan saya berani bersemuka
saya sangat tidak berani

apa yang saya mampu... berharap dan berdoa terus-terusan
dan selalunya, pada pengakhiran, saya juga yang akan kecewa
dan seterusnya, gelak ketawa sendiri
memikirkan betapa diri ini tak pernah belajar untuk serik
oh! sungguh.. betapa teruknya diri  ^_^

Saturday, July 28, 2012

Ku seru namaMu...

mati itu pasti..
dan persiapan untuk menempuhinya juga perlu sentiasa diteliti..

kesibukan dalam mengejar dunia takkan boleh menghanyutkan kita
lantaran nikmat dunia yang kadangnya mendamaikan jiwa-jiwa yang rapuh
sungguh hebat ujian ini..

dulu.. tiap detik pasti dibayangi mati dan peritnya azab andai tiada iman
kini... kadang ingat, kadang leka..
bila dihujani sakitnya ujian
baru mula terngadah

lupakah diri???

andai kau menjauh sungguh kerugiaan jualah yang bertandang

bila dekat dengan Nya... makin Dia dekat menghampiri

Allahu rabbi.. moga Ramadhan ini Kau kuatkan jiwa-jiwa ini
jangan biarkan ia tandus tanpa rahmatMu
jangan lepaskan ikatan Iman itu
tak ku rela hidup tanpa cinta dan sayangMu..
ku seru padaMu...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba... ^_^

Allahu rabbi..

Segala puji Tuhan sekalian alam..
dipertemukan dengan Ramadhan kali ini

Pada pengakhir Syaaban yang lalu terlintas di benak..
hihi... tak sabar nak puasa enam ni..
ish.. rupanya.. adinda roomate tersayang pun ada terlintas idea yang sama
tergelak serentak..
"Adakah kami ni dah tak sabar nak raya? Padahal, puasa pun belum bermula?"... masing-maisng yang tersengih..

Ramadhan.. Ramadhan..
sudah bersediakah kita..
tahun 1433H ni, terasa nak buat sedikit lonjakan dalam perancangan sepanjang meniti Ramadhan..
terasa sangat dhaif diri, lantaran adik kesayangan gigih meneruskan pengajian di Tahfiz.. nun tak jauh dari kami.. hihi.. masih lagi di bumi Selangor yang permai  ^_^

Kisahnya, tahun 1433H ni, insyaAllah nak mulakan semula Hafazan, ye.. bertatih semula..
walaupun hakikatnya sudah mampu berlari dan mendaki puncak sana..
ya.. sangat dhaif diri.. lantaran dunia yang dikejar-kejar..
ohh.. Rabbana Zolamna Anfusana....(sila baca sampai habis... hihi)

Ya Rabbul Izzati..
Ku mohon Ramadhan kali ini
Kau titipkanlah rasa syukurku pada Mu
Kau tiupkanlah kekuatan kekasihMu yang Agung.. Rasulullah Sallah Alaihi Wasallam
moga hambaMu yang saaaaaangat kerdil ini punya semangat untuk berjuang dalam perjalanan Ramadhan ini
Ameen Ya Rabbal 'alamin.. (moga kalian doakan buat saya dan doa juga buat kalian, insyaAllah)


*****


Ramadhan kali ini memang sangat berbeza
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?


1)  Berpuasa di RUMAH BUJANG - rumah sewa
2)  Puasa tanpa sahabat tercinta.. lantaran mendapat tawaran berkerja di tempat lain
3)  InsyaAllah nak lumba2 jadi PENCINTA ALLAH yang abadi  ^_^  (AZAM SAYA)


*****


Ramadhan kali ini bermula dengan hati yang SEBAK, SEDIH dan SYAHDU..
apa yang pasti ketiga-tiga emosi bergabung dan berpadu..
lalu memecahkan benteng EGO.. dan 'banjir' lah diri ini

Ya..
saya selalu dan sangat lemah dalam mengawal emosi
Tambah-tambah lagi bila berkaitan AKHLAQ DIRI dan IMAN yang ada fasa naik dan turun
dan juga bila ianya berkaitan KELUARGA dan.................... SAHABAT


*****

SAHABAT..RAMADHAN.. SUBURKAN IMAN


Dalam Ramadhan kami makin erat ukhwah
Dalam Ramadhan kami makin saling berkasih sayang
Dan dalam Ramadhan juga kami saling mengenal diri ke arah akhirat..

Dan bilamana sahabat yang paaaaaling saya sayang pergi meninggalkan saya
oh ya... saya tahu, hakikatnya dia tidak ke mana-mana, dia cuma meneruskan perjalanan hidup dengan kerjaya baru yang bakal bermula Isnin ini..
tapi hati dah penuh dengan lautan air mata
seronok sungguh anggota office yang lain..
           "ooo..kesian la dia, tak ada kawan dah.."
           "oh.. Isnin ni dia dah tak ada geng la.."
 oh itu... oh ini... ARGHHHHH!!! memang terus jadi insan SELEMAH-LEMAHnya..


dan teringat la bilamana sahabat yang lain pernah menegur..
"Awak memang larut dalam emosi".

Allahurabbi.. Sungguh ku bermohon agar kau kirimkan kekuatan kepadaku bersempana Ramadhan ini..Eratkan tautan ukhwahku bersama sahabat-sahabatku.. dulu,kini dan masa mendatang..
Moga sahaja persahabatan kami ini sentiasa dalam RahmatMu dan mekar hingga ke SyurgaMu..

Ya Allah, ampunilah dosaku.. dan juga dosa sahabat-sahabatku
Sekiranya diriku dan kalangan sahabat-sahabat berbuat dosa,
Kau izinkanlah pintu hati kami mengenal TAUBAT, moga sahaja kami beroleh BelasMu..

Ya Allah, sekiranya ada di kalangan sahabatku ada yang masih belum menutup aurat dengan sebaiknya, maka Ya Allah..dengan rendah hati.. Kau kirimkan hidayah kepada mereka..Aku amat berharap sahabat-sahabatku ini akan beroleh JannahMu..

Ya Allah, sekiranya ada dikalangan sahabatku ada yang masih liat mengejarkan solat fardhu dengan selengkapnya, melengah-lengahkan dalam mengerjakannya, baik sedar atau tanpa sedar.. Maka Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan dan kedamaian kepada mereka, moga sahaja ibadah solat mereka dan daku diangkat dan beroleh ganjaran pahala dari Mu..

Wasallallah hu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wasalalam walhamdulillah hi robbil 'alamin...



******



Maaf.kerana.sangat.suka.beremosi.dalam.semua.keadaan  ^_^

Wednesday, July 18, 2012

Putus Asa

Ya Allah..
sunggguh..
sering saja hati ini merintih
mengeluh
mengaduh

Pada sebuah kehidupan
pada setiap ujian
pada setiap dugaan
pada setiap musibah
yanng datang menggugah
iman
aqal
dan hati

Ya Allah..
moga Kau izinkanlah diri ini
terus kuat dalam cinta dan kasih Mu
jangan pernah biarkan aku dijaukan dari redhaMu


sungguh aku tersangat lemah
sentiasa lemah tanpa kasih dan belasMu

Monday, July 16, 2012

Mengah

jalan termengah-mengah
tidak bermegah-megah
tidak juga semenggah

jangan  pernah terngadah
tidak pula mengalah
tidak juga sentiasa berbuat salah

biar semuanya berlaku..dan berlalu..

hati pasti terus kuat
walaupun tanpamu..

Friday, July 13, 2012

Terasa

terasa..
makin lemah
dan ingin rebah dipelukanmu

terasa..
makin kuat 
makin kerap
dan makin jua aku menghambur segala duka

deras bagai arus mengalir laju
tak berantai dan tak berbingkai
kadang tenang seperti jiwa
kadang galau tak berentak
kacau

hati itu ibu
menghala pada baiknya tubuh dan minda
mengarah pada tingginya iman dan ilmu
tuntunlah ia secemerlangnya

terasa ingin terbang tinggi
lari jauh
menyelam sedalamnya
aaaaaah.. terasa berat dugaan

lorong itu kelam
suram dan jauh
tiada jalan pintas ke sana

yang ada sebagai suluh adalah iman
yang ada sebagai pemimpin adalah ilmu
yang ada sebagai perancang adalah aqal
biar kadang langkah tempang
kuatkan jua 
tempuh jua ranjau di hadapan

moga sinar itu tak kurang
tak suram dan terlindung dek bayang semalam
kuatlah iman, ilmu dan amal
agar tetap betah ku di sini
mendaki mimpi 
ke kemuncak itu nanti





Wednesday, July 11, 2012

^_^

Imamku
biar kini ku tak tahu siapa gerangan dirimu
biar kini ku tak tahu di mana susuk dirimu
biar kini ku tak tahu bila tiba detik itu
akan setia ku menantimu

Imamku
doa dan harapan tak pernah putus
segalanya disandarkan pada Yang Maha KUasa

Imamku
akan setia ku menantimu
pasti..
masa itu akan tiba

Saat ku menjadi lebih baik
saat ku menjadi semakin yakin
saat ku menjadi semakin kuat
ku ada kerana kau ada
dan Dia Yang Maha Mencipta

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...