Allah memudahkan segala urusan..
InsyaAllah, tanggal 17 September ini ibu dan ayah akan berangkat ke Tanah Suci
Alhamdulillah.. Sujud Syukur padaMu atas segala nikmat tidak putus-putus
Kadang terasa.. betapa besar nikmat Allah
yang kadangnya kita terlepas pandang
kadang tidak kita hargai
dan kadang kita langsung tak syukuri
wannau'zubillah..
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ya Allah, jadikan kami semua, hambaMu yang sentiasa mensyukuri akan segala nikmat kurniaanMu.. Ameen...
Semakin meningkat usia (hakikatnya, semakin pendek la perjalan hidup kita di bumi Allah ini), semakin diri mengerti diri. Alhamdulillah.. moga saja Kau tidak menarik semula nikmat Iman dan Islam yang Kau kurniakan kepada kami, Ummat Nabi Muhammad sallallahu a'alaihi wasallam..
Oh ya... kisah ibu dan ayah yang patut ku coretkan pada nukilan ini.
Kisahnya, kami menerima perkhabaran gembira dua hari sebelum menjelangnya Syawal.. sepucuk surat menggugah jiwa dan emosi kami. Gembira, syukur tidak terkira dan juga takut bercampur sebak. Semua teradun dalam segumpal dara bernama hati.
Setelah pulang dari kampung halaman, maka penantian pun berakhir jua. Makanya, cukuplah persoalan itu terlerai.. Maka ibu dan ayah telah menerima panggilan agungMu Ya Allah, untuk kembali ke Tanah Suci, tempat yang menjadi igauan dan kerinduan bagi semua ummat Islam..
InsyaAllah dalam sedikit masa lagi mungkin ayah dan ibu akan meninggalkan amanat, wasiat dan tanggungjawab padaku seperti masa mereka menunaikan Umrah tempoh hari..
Dan hati ini semakin jadi lemah bila memikirkan semuanya.. kerana sungguh! hati ini akan jadi lagi lemah dan lemah..
Saya sayang Ibu
Saya sayang Ayah
Saya sayang adik2 saya kerana Allah..
dan kerana Allah juga sayang kami, InsyaAllah..
~nazar... sila ingat ye.. perlu ditunaikan~
No comments:
Post a Comment