hanya selayaknya pujian diberikan kepada Ya Rabbul Izzati
Pagi Ramadhan ke - 19 1433H ini punya angin yang amat menenangkan jiwa hambaNya
^_^ Allahuakbar..
Sujud syukur padaMu Tuhan sekalian alam.. Rabbul 'Alamin...
ish.. apalah yang cik cema ni bebelkan pagi-pagi ni
ya.. Allah lah pemegang hati ini
Cik Cema (tiba2 macam comey pula bahasakan diri begini sebab ada la hamba Allah suka bagi gelaran kepada diri.. hihi) ok... ok..
Begini ceritanya...
Kalau tak silap Cik Cema.. last week ada post kat tumblr dan fb pasal nak BER...NI...qab..
hihi..sangat la mengundang kontroversi kan..
Alhamdulillah.. pagi ini kiranya buat proses induksi pada diri
dan Alhamdulillah juga.. bila sahaja menyarungkannya.. susah nak explain kan rasa itu
Allahuakbar!
serasa sangat BEST! dan rasa sangat jeles dengan muslimah2 yang telah lama mengenakannya
apa yang pasti, Cik Cema masih lagi dalam proses memperbaiki diri dulu
Cik Cema tak mahu lah nanti dilabelkan manusia yang hipokrit
wallahi.. sangat lah tak mahu nanti disebabkan tingkah Cik Cema yang tak berapa best, habis semua muslimah yang telah lama mengenakannya pun terpalit kata2 nista manusia.. wallahua'lam..
Dia sahaja yang Maha Mengetahui segala rahsia yang ada di langit dan bumi..
Cik Cema tahu.. Cik Cema sangatlah tidak kuat untuk terus terusan istiqamah mengenakan'nya' kerana......
- Cik Cema sangat lah suka memakai shawl yang lawa2, dan masih cuba mengawal nafsu yang satu ini.. Allahu Rabbi.. sangatlah sukar menjaga mata ini di kala melihat shawl yang berwarna-warni dihiasi labuci2 dan lace.. oh!!! ia sangat mengGODA.. dan saya lebih tergoda pada'nya' melebihi tergoda dengan kaum berlawanan jenis... ngeh ngeh.. sungguh kurang sopan ^_^ ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
- Cik Cema mengaku, masih lagi sukar untuk menjaga (istiqamah) solat2 malam.. kadang tu semangat berkobar2 nak bangkit, tapi bila alarm bunyi.. Ya Ampun.. sukarnya nak bangkit Cik Cema oi... ish... ish.. ish... macam mana nak lembutkan hati kalau gini la gayanya... Allahu Rabbi... kuatkanlah hambaMu yang seorang ini..
- Cik Cema adalah spesis manusia yang ganas dan garang, dan bukanlah stok wanita yang ayu2 lemah gemalai.. opss!! terbongkar rahsia.. SERIOUS!!! Cik Cema jalan kadang2 macam ribut.. hihi.. macam mana la nanti, sekiranya dah istiqamah mengenakan'nya'.
Alah.. Cik Cema ni.. nak seribu daya... tak mahu banyak la dalih dan alasannya... ye tak semua?
Apa2 pun keputusannya nanti, mohon sangat2 semua mendoakan yang terbaik untuk Cik Cema ye.. moga dengan berkat doa kalian pada bulan Ramadhan yang penuh baraqah ni, insyaAllah Cik Cema jadi lebih Muslimah, Mukminah dan Solehah insyaAllah..
dan Cik Cema juga mendoakan moga2 kalian semua diberikan nikmat Islam yang berpanjangan, dilimpahi nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan jodoh bagi yang masih belum bertemu jodoh macam Cik Cema ni ^_^ ameen.. insyaAllah..
~wallahua'lam~
Ramadhan Kareem
No comments:
Post a Comment