Allahuakbar!!!
Sekejap je masa berganjak..
tahu-tahu je dah 3 bulan lebih Allah sudi meminjamkan anugerah dan nikmat permata hati kami ini
Alhamdulillah :)
19 November 2014, genap usia Azra 3 bulan...
hari itu juga ada appointment / konsultasi dengan doktor pakar kanak2 di Hospital Putrajaya
Azra...
usianya hampir menjangkau 2 minggu baru diserang jaundis
walaupun tak tinggi, hati ibu mana yang tegar, bila tahu anaknya tidak sihat T_T
Ogos 2014, Azra kena prolonged jaundice,
so setiap 3-4 hari perlu ke KK untuk ambil sample darah untuk cek tahap kuningnya
walaupun bacaannya semakin menurun, tapi doktor KK minta kami rujuk pada hospital
seriau!!!
sungguh tak tersanggup melihat tangan anak kecil menggeletar
sample darah dan air kencingnya diambil
meleleh juga air mata ummi bila nurse pulangkan Azra lepas ambil darah tu
ummi tewas! kat depan bilik rawatan tu juga ummi meleleh
Allah...
19 November 2014, doktor menjelaskan yang Azra bebas daripada sebarang penyakit..
Syukur..
lagipun ummi dah prepare dah, baca buku berkaitan susu ibu
dalam tu pun ada maklumkan if prolonged jaundice salah satu sebab adalah susu ibu
MUSYKIL?
terus tanya doktor
kenapa ye?
doktor pun x ulas banyak
apa yang pasti, doktor cuba meyakinkan bahawa susu ibu adalah yang terbaik
syukur juga, Allah murahkan rezeki Azra dengan susu yang banyak
dan Allah juga permudahkan perjalanan penyusuan Azra ini
Alhamdulillah
**************************************************************
20 November 2014,
sedangleka bergurau dan berborak dengan ummi dan ayah
tiba-tiba Azra gelak
ha!!
ummi pandang ayah
ayah pandang ummi
kami pun gelak mendengar Azra gelak
bahagianya... Allah...
**************************************************************
23 November 2014,
sedang ummi leka siapkan slide untuk ihtifal tadika
tiba-tiba Azra menangis
Allah!!! Anakku... tertiarap..
huhu.. aah Azra dah mengiring beberapa minggu lepas
tapi cubaan meniarap tak berapa nak berjaya
kepala dah kuat
tapi belum pintar adjust tangannya
hiihi
teruskan usaha anakku!!!