Assalamualaikum wbt,
Hujan lebat lagi la petang ini ye...
di kesempatan ini nak berdoa banyak-banyak la kan
moga-moga makbul la doa-doa IM dan anda semua insyaAllah
biizinillah
iye.. hidup kena sentiasa positif
bila kita positif, semua aura positif pun makin dekat dengan kita
InsyaAllah
Oh ye...
tahap kejelesan IM makin melampau
jeles kenapa?
pada siapa?
hihi...
seriusnya, IM sangat jeles pada;
IBU dan wanita-wanita surirumah yang berjaya
berjaya bukan duduk senang lenang goyang kaki di rumah
tapi income masuk dengan skill masing-masing
ye la, dapat lihat anak-anak membesar depan mata
tarbiyah dan asuh mereka
dalam masa yang sama ada kerja yang dikerjakan
benar.. memang penat dan non-stop sebenarnya
sebab IM memerhatikan ibu IM
kita nak ke tempat kerja, dia dah dalam 'office' dia
kita balik, dia ada kat 'office' dia
kita nak tidur pun dia still boleh stay dekat 'office' dia
wah!!!
hebat kan.. berkat betul wanita-wanita surirumah yang kerjayanya bertapak di rumah ni
bagi IM, ni mujahadah juga ni
hebat sangat-sangat
so... di kesempatan hujan yang mencurah-curah turun dari perut langit Allah
IM mohon semua mendoakan juga buat IM
doa moga sahaja IM boleh ikut jejak langkah ibu IM dan surirumah lain yang
cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat ini
cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat ini
insyaAllah
ye, cita-cita IM nak jadi surirumah yang produktif
ada kerjaya di rumah
tak perlu terkejar-kejar ke tempat kerja macam sekarang
azan subuh, dah berdiri atas sejadah
nak kejar bas punya pasal...
lemah la... penat...
jom doakan sama-sama ye..
IM TAK MAHU menjadi bebanan pada suami IM nanti insyaAllah
nak jadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara
dunia dan akhirat
wah!!! gitu... semangat sungguh
^_^
sorry semua, IM poyo lebih, mood menghitung..
hitung apakah?
hihi..
refer la kat ticker kat bawah ek :)
doakan yang terbaik ye semua....
Tinta IM : oh ye.. Ibu IM tailor di rumah... saya sayang ibu saya ^_^ antara saya dan ibu, tiada rahsia... semua nak kongsi... muah to ibu! walaupun ibu tak pernah baca blog IM. hihi
hihihi..
ReplyDeleteSemoga cita-sitamu menjadi realiti..
:) :) :)
ameen
Delete