Tuesday, April 30, 2013

MELANGKAH DENGAN PANTAS




....................19 hari lagi   ^_^

serius?
macam tak percaya pun ada


Assalamualaikum wbt sayang sekalian,
aah la, IM baru perasan
lagi 19 hari
sungguh ni?
19 hari?
hihi

nak dijadikan cerita, next week IM perla menghadiri kursus
bukan kursus dalam KL je tau
tapi HR hantar IM kursus ke Pulau Pangkor
yup... bukan 1 hari.. malah 3 hari
gitu

makanya, sebelum keberangkatan, IM perlu siapkan macam-macam
HB IM ada lagi 2 belum siap
1 dah siap, tinggal lagi 2 la
gitu!

tamak betul!
sekali 3, semua nak buat
hebat sangat la kunun

(^_^)

kawan IM yang kat penang dah bagi reminder
dia kata masa dalam Whatsup;


"Cb u senaraikan kat i ape u nk bt... nnti i ligan u.."


waduh! gitu la... nasib badan
ok la kan, kawan IM memang semua garang-garang
(opsss.... sila sedar diri, anda pun!)
itu memang cara kami ekspresi kasih sayang
kan my dear darlings; Husna dan Has

(^_^)

siap bagitahu angan-angan;

"Boleh x nanti time ummi (IM) kawen kite snap pic berjemaah sbb semua ada pasangan then nnt bley jdkn profile pic utk group ni. Kenangan tuuu".

Gitulah suara hati sahabat tersayang IM
hihi..
layankan aje kan kan..
sebab IM sayang sangat-sangat sahabat-sahabat IM



lama dah save gambar ni sampai lupa siapa tuan/puan empunya. Maaf ek ^_^



so, girls... sebelum amek gambar dengan pasangan masing-masing
i nk uollz ikot gaya ni
WAJIB!

ahahha... naseb la labu
(^_^)v

selalu bab snap picture ni diorang memang selalu pasrah je ikot gaya IM
gitu
sami'na waato'na


Tinta IM : Alhamdulillah.. esok cuti! banyak misi yang perlu dilaksanakan ek

Thursday, April 25, 2013

DOA DAN CITA-CITA

Assalamualaikum wbt,

Hujan lebat lagi la petang ini ye...
di kesempatan ini nak berdoa banyak-banyak la kan
moga-moga makbul la doa-doa IM dan anda semua insyaAllah
biizinillah

iye.. hidup kena sentiasa positif
bila kita positif, semua aura positif pun makin dekat dengan kita
InsyaAllah

Oh ye... 
tahap kejelesan IM makin melampau
jeles kenapa?
pada siapa?

hihi...
seriusnya, IM sangat jeles pada;

IBU dan wanita-wanita surirumah yang berjaya
berjaya bukan duduk senang lenang goyang kaki di rumah
tapi income masuk dengan skill masing-masing

ye la, dapat lihat anak-anak membesar depan mata
tarbiyah dan asuh mereka
dalam masa yang sama ada kerja yang dikerjakan

benar.. memang penat dan non-stop sebenarnya
sebab IM memerhatikan ibu IM
kita nak ke tempat kerja, dia dah dalam 'office' dia
kita balik, dia ada kat 'office' dia
kita nak tidur pun dia still boleh stay dekat 'office' dia

wah!!!
hebat kan.. berkat betul wanita-wanita surirumah yang kerjayanya bertapak di rumah ni
bagi IM, ni mujahadah juga ni
hebat sangat-sangat

so... di kesempatan hujan yang mencurah-curah turun dari perut langit Allah
IM mohon semua mendoakan juga buat IM
doa moga sahaja IM boleh ikut jejak langkah ibu IM dan surirumah lain yang 
cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat ini
insyaAllah

ye, cita-cita IM nak jadi surirumah yang produktif
ada kerjaya di rumah
tak perlu terkejar-kejar ke tempat kerja macam sekarang
azan subuh, dah berdiri atas sejadah
nak kejar bas punya pasal...
lemah la... penat...

jom doakan sama-sama ye..

IM TAK MAHU menjadi bebanan pada suami IM nanti insyaAllah
nak jadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara
dunia dan akhirat

wah!!! gitu... semangat sungguh

^_^

sorry semua, IM poyo lebih, mood menghitung..
hitung apakah?
hihi..

refer la kat ticker kat bawah ek :)

doakan yang terbaik ye semua....






Tinta IM : oh ye.. Ibu IM tailor di rumah... saya sayang ibu saya ^_^ antara saya dan ibu, tiada rahsia... semua nak kongsi... muah to ibu! walaupun ibu tak pernah baca blog IM. hihi

Monday, April 22, 2013

JODOH

Assalamualaikum wbt, sayang-sayang sekalian

^_^

bunyi semacam je kan IM ni
hihi
bahagia???  WAJARLAH
Allah bagi terlalu banyak nikmat
mestilah kita nikmati dan hargai
InsyaAllah

oh ye, semalam... 
masa leka menguli kuih buih melaka yang tak berapa nak sedap 
sebab stok tepung pulut dah habis 
(ahahha... alasan, ye la, terlebih letak pati pandan segar, nak cover balik tambahlah tepung gandum, sebab tepung pulut habis)

ok,. kembali kepada topik IM oi..
suka sangat melencong jauh-jauh

ok, dalam proses penyediaan juadah sarapan Ahad semalam
IM sempat tonton Muqaddimah di TV9
pesanan Ustazah Asni paaaaaaaling terkesan
nak post entry semalam x sempat

so....
hari ini IM kongsikan bersama ye
moga-moga bermanfaat

Ustazah Asni bagi tips sikit
so, IM sekadar berkongsi pemahaman dan intipati yang IM sempat 'tangkap'
insyaAllah



TIPS DEKATKAN JODOH (ADAM DAN HAWA)


Yang masih dalam pencarian jodoh yang terbaik dalam hidup dunia dan akhirat.. insyaAllah, amalkan amalan ini setiap hari selepas solat Fajar (Subuh);

1) Surah Yaasin
2) Surah Al-Waaqiah

ekstra untuk kaum Hawa, baca surah Maryam

InsyaAllah, IM doakan yang terbaik untuk semua
Jodoh kan dalam tangan Allah
tapi usaha juga ada pada kitaa

IM pun tidak layak untuk kupaskan topik ini
hihihi...
sekadar berkongsi je ye.. InsyaAllah
moga bermanfaat


Tinta IM : Macam mimpi je ni... 19 mei dah nak dekat ek? hihi  ^_^



KARYA IM : UJIAN vs NIKMAT

1 ujian yang Allah beri
Berjuta nikmat yang Dia limpahkan kepada hambaNya

Allahu Akbar
apa lagi yang kita perlu kesalkan?

Allah Maha Tahu
Allah Maha Memberi
Allah Maha Penyayang

Allahu Robbi Ya Kareem

^_^

HAMPIR KE SANA... INSYAALLAH :)



Bismillah... Kalam teragung dan pujian yang selayaknya untuk Dia





Allahurabbi Ya Kareem
Kami bermohon dengan sesungguhnya, dengan rendah hati kami

permudahkan segala urusan kami sekaliannya
berikan kami kelapangan hati dan minda
sabar dalam segala mehnah yang Kau kirimkan
tabah dalam jalan redhaMu

titipkan kami mawaddah wa rahmah
moga keberkatanMu sentiasa mengiringi perjalanan kami selalu
tuntun kami menuju jalan abadiMu

ameen  ^_^




Tinta IM : Debaran kian terasa, ye ke? Biasa je... hihi  :)

Tuesday, April 16, 2013

PENANTIAN

Saya ada satu penyakit
penyakit yang tak boleh sembuh
penyakit yang tak nak hilangkan diri
penyakit....


GERAM!!!!!!!!!!!

eeeiii.. saya tak suka dan tak boleh terima
bila tengah-tengah sms, wassup, email
conversation tak habis lagi
tergantung
tiba-tiba senyap
dan-dan diam je


ARGH!!!!!!!


Tak suka la...
saya selalu pastikan bila sedang dalam perbincangan atau seangkatan dengannya, jika saya perlu adios.. saya akan beritahu;

"oh, sorry, got to go"
"eh.. saya ada hal la, nanti kita sambung lagi ye, InsyaAllah".
"oh awak.. nanti saya contact awak ye".


jadilah manusia berbudi bahasa
oh please!


Tinta IM : IM ni tengah pusing kepala ni, baru balik dari Raub.. hihi... sorry semua.. mengomel je IM ni... Assalamualaikum wbt semua  ^_^

Saturday, April 13, 2013

Shawl dan Saya



I'm wishing upon the sky, star above there
awatlah..
dah takde keje?

Hang tu Muslim, semua serah pada Allah la
hihi
^_^

saja merepek!

Assalamualaikum wbt, hi semua teman-teman IM
oh! IM tak tahu la
makin teruk la IM ni
mata ni
otak ni

teruk kenapa ek?

teruk la...
pergi je kedai kain Jakel ke, Nagoya ke, dah tak nampak benda lain dah
nampak kain-kain ni menari-nari je
Allahu Allah
parah kan  ???!!

oh ye, kain Silk ni.. kain Satin la kan kan
IM nak buat shawl labuh lagi
memang sah!
mabuk shawl..

ok la semua
hati berbunga-bunga ni tengok kain-kain ni
nak potong buat shawl dah ni
wallahu'alam..

Tinta IM : Jazakamullah.. sudi baca bebelan IM.... hihi  ^_^

Wednesday, April 10, 2013

HATI BERBUNGA

Assalamualaikum wbt, dear my deary..
^_^

wah.. lama dah IM tak update blog
really?
no la.. lama tak post entry malam-malam
tapi malam ni rasa macam happy!

yes!
happy..
walaupun jari jemari sakit-sakit
dan badan lenguh-lenguh mengerjakan mende ni

wallahi.. memang la rasa kepuasannya
ye la, I'm not a PRO
tapi IM dah cuba sebaiknya untuk menyelesaikan misi ini
yup.. misi mengada-ngada la sangat!

jom ngintai apa la budak IM ni buat di kala malam yang damai ni
IM share sikit sebelum IM nak berehat
menuju alam kematian yang sementara InsyaAllah
Biiznillah.. kalau Dia dah panggil roh kita nanti
maka mati yang selamanyalah sebelum menuju alam seterusnya
dihimpunkan di Padang Mahsyar

oh.. sedikit beremosi
alaaa... IM memang selalu emo!
ratu emo   ^_^

layan..................








Tinta IM : Betullah orang kata, usaha lif kejayaan.. gitu! Ma'annajah buat diriku. Dan buat Encik M.A.H, moga Allah melindungi anda sebaik-baiknya.. InsyaAllah.. Allah kan selalu ada!  gitu

AYU... KONON


Assalamualaikum wbt semua...
wah!!! 
IM tak puas lagi ingat moment indah masa walimah sahabat IM 
di Pulau Mutiara...

IM ingatkan, bila dah pakai baju ayu-ayu bolehlah berdrama ala-ala ayu gitu
ahahaha

memang tak boleh!

dah tu, IM ni memang bukan kategori wanita melayu terakhir okaih
so, be yourself please!

ditambah lagi dengan DSLR di tangan, haruslah beraksi
sebab ada target kan?
why not?
rugilah kan kalau tak dapat capture moment terindah

budak comot ^_^
siap sedia ke masjid untuk Aqad Nikah
v
v
v
v

kawan IM la..... hihi  (^_^)

sebelum 'tangkap' aksi orng lain di'tangkap' dulu ni

siapa kata, pakai ayu-ayu kena duduk sopan-sopan je
IM kalau pegang kamera dah tak heran dah pakai apa pun boleh beraksi sebagai Photographer. Gitu!!!

tu dia! fokus!

my best best best friend ever! love you till jannah Puan Husna
kami beli brooch yang sama!
olways!

IM pula yang rasa debarannya   ^_^
EUW !!!

ANAK




Assalamualaikum wbt, sekalian sahabat  ^_^

ada apa dengan header bergambar buku-buku ini ye?
hihihi

Sebenarnya, semalam ada kakak di pejabat IM datang ke tempat IM
ingatkan perlukan bantuan apa
rupanya dia datang bawa buku dan beri pada IM

IM tahu, buku ini sangat bermanfaat
dia kata, "nah awak".

terdiam saya   ^_^

sempat juga dia coretkan dalam buku ini


"Kepada Isma adikku sayang. Selamat membaca & beramal"

Love - Azah -

Ni baru seorang, IM dah terasa-rasa sebak
nanti bila tiba masanya, kita berpisah dan ramai lagi yang tahu
tak tahu la macam mana emosi IM saat itu

Apa yang IM tahu...
IM akan


SEDIH SANGAT SANGAT

(T_T)

Sahabat sekalian boleh buka pautan Cr. Hj Hushim Hj Salleh


Tinta IM : Oh ye, IM dapat buku Anakku Sayang... so syweet! Kak Azah inni uhibbuki fillah abadan abada.. InsyaAllah...

Sunday, April 7, 2013

Walimah BFF - Pulau Mutiara



Assalamualaikum wbt semua  ^_^

Alhamdulillah IM dah selamat sampai ke Kay Ell pukul 10.30 malam tadi
wah!!!!!
penat sungguh berjalan
non stop!

demi yang tersayang
relalah daku korbankan segalanya
gitu!

ok tak outfit IM
sebenarnya sekarang IM tengah menggila dengan jubah dress
ala-ala Cinderella gitu perasan ayu la tu
^_^

oh ya!
dress itu hasil sentuhan bonda tersayang
dan shawl pula..... IM yang potong sendiri
mengikut citarasa IM
inspirasi halfmoon tapi besar dan panjang
serius tak tipu

kalau tengok in the real world
memang sebesar tudung labuh zaman sekolah menengah dulu
gitu!

tapi tu la, nak bergaya punya pasal
layan.....

Alhamdulillah settle dah walimah bff IM, Hasliza
bff masa belajar di UIA
oh ye, bff IM di UIA ada 2 orang, Husna dan Hasliza
Husna walimahnya Disember tahun lepas
dan Hasliza pada 5 April yang lalu
macam la dah lama iye

so, jom terjah
IM kongsi sedikit ye

layan!!!!











Tinta IM : oh ye, kawan IM ni campur Anak Mami dan Mamak  ^_^ syomel kan

Wednesday, April 3, 2013

BILA MAUT MENYAPA

Assalamualaikum wbt semuanya....

IM baru sempat selak akhbar hari ini
mula-mula nampak tajuk berita berkaitan Kak Fauziah yang meninggal
semalam baru Blog Walking
dan jumpa kisah yang mengkhabarkan Kak Fauziah yang koma 2 tahun meninggal dunia semalam

T_T
sayu, sebak.. semua ada..

kemudian IM teruskan lagi selak akhbar
Ya Allah!!!
kali ini IM x boleh elak

terus menangis IM kat meja ni
nasib la duduk kat tempat yang sangat strategik
T_T

kesedihan dan kesayuan yang tak dapat dibendung lagi
kisah...

13 anak yatim maut terbakar

Allahu Allah!
ok.. walaupun bukan di Malaysia
ia mengorbankan 13 orang anak yatim beragama Islam di Myanmar
Allahuakbar!

melihat gambar jemaah yang turut serta dalam solat jenazah pun dah cukup membawa emosi IM melarut sama

kalau IM di tempat mereka
lagilah, solat macam mana la nampak gayanya
sedih sangat!
sangat!!!!!!!!



Allahumma.. Kau berikanlah damai dan redha pada jiwa-jiwa sanak saudara mereka yang telah pergi meninggalkan dunia ini
InsyaAllah tenanglah mereka di sana
InsyaAllah mereka ni anak-anak soleh


Anda boleh BACA DI SINI T_T


Tinta IM : Alaaa... mengaku je lah.. memang suka nangis  T_T  haha...

BAITUL MUSLIM

Assalamualaikum wbt,
moga semua sihat luar biasa ye!
hihi.. semangat sungguh IM

haruslah  ^_^

InsyaAllah, hari ini IM nak kongsi ilmu ini pula
ha.. siapa kata rugi berblog walking?
Alhamdulillah.. dari blog walking, IM selalu jumpa ilmu-ilmu Allah
sungguh... so... say YES to blog walking okaih my dear

IM kongsi daripada perkongsian cik butang :)


♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”




Tinta IM : Prof Muhaya ingatkan, sematkan dalam diri dan didik hati untuk TIDAK GEMBIRA dengan pujian orang dan TIDAK SEDIH dengan kejian orang. Yang paling penting.................. semua pun tahu -> REDHA ALLAH  ^_^



Tuesday, April 2, 2013

MAKAN ANGIN



Wah!!!!
bestnyer, ada tak yang nak pergi jalan-jalan
makan angin dengan IM
ada tak?
ada tak?

hihi...

nak sangat-sangat pergi Langkawi lagi
nak pergi Kota Kinabalu, nak pergi Kundasang lagi
lagi dan lagi
^_^

nak pergi obersi xtau nak p mana
nak p umrah dulu yang pasti!

euw!
angan-angan berapi!
kebabom!

oklah... tunggu borang tak habis loading lagi
cepat la... semangat nak isi borang ni
borang apa?
borang yang itulah..
ala.. yang itu....

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...