Wednesday, December 4, 2013

MIGRAIN


Anda sering mengalami serangan Migrain?

Tak tahan serangan yang berulang kali sehingga mengganggu rutin anda?

Migrain menyerang tatkala revision week, exam week.. Argh!!! stress!!!


Jika anda katakan YA... 
Maka... tubuh anda amat memerlukan DHA :) 


DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran.

Bagi penghidap MIGRAIN, anda disarankan untuk mengambil DHA kerana ianya mengatasi serangan Migrain!!! 

Ini la penyakit popular students... 

# So.. mana nak cari DHA ni, takkan nak belek-belek semua ingredients makanan sebelum beli kan kan?!

Tak usah gusar!
Tak usah pening!
DHA ini juga terkandung dalam OMEGA GUARD Shaklee

So, guys out there, jom grab this month promotion nutrisi daripada Shaklee.... 
hehe 

This month promotion, BUY 6 FREE 1...
Tak nak borong 6 pun anda boleh dapatkan harga promosi juga ye
Hanya perlu PM/ Whatsapp saya SID Isma (ID 1081111) - 0173733012

Saya sedia membantu 
InsyaAllah


Thursday, November 14, 2013

LITTLE CALIPH PUTRA PERDANA 2013

macam tak percaya!
beginilah hasilnya...
daripada insan yang langsung tak kreatif

sungguh!
bangga dengan pencapaian diri sendiri
Alhamdulillah

^_^

kelas untuk tahun ini
dan saya dah mula draft untuk kelas 2014

Allahumma Yassir
pagi-pagi teacher dah buli

tu dia! akur arahan teacher

*maaf.. student yang depan sekali tu mmg kanak2 istimewa
hehe... haru selalu

minah 4 years ni semua bijak2 dan lincah amat!

anak-anak tersayang
rapat lebih dengan anak-anak yang day care
parents akan ambil petang selepas office hour

sangat rapat dengan dua beradik ni
kerana boleh dikatakan setiap hari parents mereka akan jemput lepas maghrib
kiranya spend masa yang lama di tadika dengan teacher
apa lagi!  manja lebih la ni..

tapi yang paling best! diorang ni la yang rajin solat jemaah Maghrib dengan teacher
siap merajuk kalau ayahnya jemput sebelum siap solat jemaah dengan teacher

oh la anak!
mana la tak sayang!

Rehearsal semalam.. preparation untuk esok hari
Ikhtifal & Convocation Day
Tadika Kasih Khalifah
Little Caliphs Putra Perdana

Kami buat origami mulut bird and duck
kami suka!
Allahuakbar!

Tuesday, November 5, 2013

Maal Hijrah 1435H



Salam Maal Hijrah 1435H

^_^

Hijrahlah kepada kebaikan
dan bukan ke jalan kekufuran
wannauzubillah

Alhamdulillah, tahun baru Islam kali ini berstatus baru
gitu!

Allahu Allah!

Untunglah...

Biarlah dunia mengata apa sahaja tentang diri ini
Namun, Allah tahu
luar dan dalamku

Mahu apa lagi?
Nikmat seluruh alam terbentang indah

Alhamdulillah
syukur Allah atas tiap cintamu
kuatkan tautan kasih kami atas jalanMu

Saturday, October 12, 2013

AIDIL ADHA TAHUN YANG LALU



Salam Aidil Adha...
eh kenapa awal benar IM ambil gambar raya?
hihi  ^_^

ni gambar Aidil Adha tahun lepas
ha? tahun lepas?
aah.. saja nak imbau kisah manis tahun lepas

Aidil Adha tahun lepas
mencatatkan sejarah
ye la... tahun lepas, ayah dan ibu IM mengerjakan fardhu haji

tahun lepas juga la banyak kisah suka duka 
yang banyak mengubah warna kehidupan IM
Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah

tahun lepas, usai solat sunat Aidil Adha
IM dan adik-adik menghabiskan hari kami di Melaka bersama makcik terasayang kami; Mak Wah..

jom soroti kisah kami...
enjoy the momento!
hehe... layan...





jejakaku..

tahap kesengalan yang menyerlah!

tiut kan... kakak (Adik perempuan IM), IM dan Angah



fefeeling obersi




Zoo Melaka pula





Thursday, October 10, 2013

KISAH TANGAN

Allahuakbar!
lama sungguh tak menjengah
opssss... bukan tak menjengah
tapi lama tak mencoret tinta hati
hihi

maaf sayang-sayangku
^_^

Assalamualaikum wbt,
harap kalian semua sihat hendaknya
insyaAllah

oh ye... Alhamdulillah
IM masih lagi dalam fasa ta'aruf
oh... biasa la
baru nak bercinta lepas nikah
gitu!

oh ye... IM ni ada satu habit
yup!
selalu juga orang tegur

APAKAH?

gambar tangan
bak kata... biar tangan berbicara
gitu!

aduh... memang suka
ye la... kita tak cun mana macam model2
uik.. gitu
well... banyak nak kongsikan sebenarnya
insyaAllah.. later ye.. 




dating time!



baju 1st yang sama! actually tak sama sangat
baju yang encik abang belikan
dia kata; tak nak beli baju yang sama ke?
semangat dia tolong carikan motif yang ala2 sama

gitu!



picnic time! makan ice cream tepi tasik



melekat time! haha


Tinta IM : melayan Semanis Kurma : Langkah Bendul...

Friday, August 16, 2013

CINTA KITA


saya tak tahu
bila masa Allah kirimkan rasa kasih ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah pinjamkan rasa sayang ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah utuskan rasa yakin ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah titipkan rasa cinta ini pada saya

apa yang saya tahu
Allah sayang saya
lalu dikirimkan kasih
dipinjamkan sayang
diutuskan keyakinan
dan dititipkan cinta
pada hati saya yang terdalam ini

sungguh Allah
syukur daku atas setiap satu nikmat kurniaMu
maka Ya Allah jangan pernah biar daku dan dia jauh dariMu
selalulah ada dengan kami
agar kami selalu dekat denganMu
meraih cinta dalam tiap redhaMu
kerana adanya dia untukku keranaMu

sungguh daku tak kuat tanpanya dan tanpaMu
ya habibi
kasih hatiku
sungguh satu sahaja pintaku
agar kita menjadi tetamu teragung
bersama; kau dan aku
di taman syurga abadi Yang Maha Ilahi
Allahu Robbi

Tinta IM : setiap hari adalah hari baru untukku dan dirimu...  ^_^

Thursday, August 15, 2013

AIDILFITRI 2013 : KELUARGA SAYA

Assalamualaikum wbt....
moga kalian semua sihat insyaAllah
semuanya update dan maklum tak tentang keadaan Mesir terkini?
Ya Allah... harapnya, semua ringan-ringankan lidah panjatkan doa demi keselamatan saudara mara kita di sana dan seluruh dunia ye.. insyaAllah

oh ye.. salam Aidilfitri..
semalam IM kongsi aksi sebabak yang buat korang rasa nak muntah iyer??
hari ini, IM tambah lagi..
sampai kalian pengsan pula
hihi..
xla.. harapnya tiada la yang rasa loya ye..

ampun maaf dipinta
salam kemaafan..

*********

ini koleksi gambar pada hari raya ke - 2 di kampung bonda tercinta
Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan


Abg sayang - Ibu - Me
Angah - Kakak (adik perempuan)

Ibu pun join aksi kami
yow!

amboi-amboi ibu... sukalatu... dah ada bodyguard nampak!
hihihi

my superheroes.... dengan ibu tersayang
ada pendekar di situ..
hihi

keluarga tersayang... lengkap sudah ^_^
alhamdulillah
say what? along nye yang mana satu pun confuse kan kan
hihi..
tak apa, mengalah dengan adik-adik gitu
p/s: awet muda la tu

berani cari gaduh?!?!?!
haha.. always sengal

ladies dalam keluarga Tn Hj Ahmad Puad ^_^

sekian liputan hari raya bagi tahun ini..
banyak lagi.. tapi nanti semua muntah kan kan

:)

Wednesday, August 14, 2013

SAHABAT : ENTRY YANG ENTAH KEBERAPA JUTA KALI

Sebab... IM rindu sangat sahabat-sahabat IM
lalu IM postkan lagi
dan lagi
dan lagi....

Ya Allah, Kau beri kesempatan kami berukhwah di dunia ini Ya Allah
Maka Kau berikan kesempatanMu
agar kami dapat bersatu di dalam syurgaMu
Ameen Ya Robbal 'Alamin

(^_^)





Tinta IM : sekarang.. semua dah ,memegang status isteri.. wah! pantasnya masa berlalu...

AIDILFITRI 2013 : SYAWAL 1434H

Assalamualaikum wbt semua...

harapnya kalian semua sihat belaka
jangan pula salahkan ketupat, lemang dan rendang ye
jaga pemakanan kalian tau

say no!
no!
no!
kepada gaya pemakanan yang kurang sihat..

hihi...
dah macam pakar pemakanan pula IM ye...

****

Alhamdulillah... IM sudah kembali ke lapangan kerja
pagi tadi merupakan hari pertama IM memulakan tugasan selepas seminggu bercuti hari raya
kalian pula bagaimana?
masih di kampung halaman?
wah! wah! wah!

IM kalau ikutkan hati dan rasa, mahu sahaja becuti lama-lama
tapi serius, hambatan rasa rindu pada anak-anak di tadika
ecewah! kalau anak-anak baca blog teacher Isma, confirm touching!

hihi  ^_^

******

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Segala pujian selayaknya hanya padaNya
Tuhan semesta alam

Aidilfitri kali ini, IM dapat raikan dengan status baru
ISTERI

wah! wah! dah besar dah rupanya IM ni
tapi kenapa rasa sentiasa muda remaja gitu?
hihi...

so, raya kali ini, ala-ala post wedding la ye
mood pengantin baru mengada-ngada masih ada
melekat!
so... apa lagi...

(^_^)v






susah sebenarnya nak posing-posing ni
IM memang la TAK SUSAH
tapi kesian pada suamiku yang pemalu
nasib la... kerana isterinya yang gedix.. dilayankan jua...
oh.. nasiblah....
kahwin dengan saya, kahwinlah dengan baik dan juga buruk saya ye
redhalah dirimu

:: cinta.sampai.syurga.Allah.insyaAllah.Ameen ::


Tinta IM : ramai tegur bila IM post gambar IM kat FB, katanya IM kurus... hihi.. memang IM tengah diet la kunun.. 
nanti takde la asyik kena perli je... 
almaklumlah.. suamiku slim kalah model... 

oh ye! memang misi IM sedari dulu lagi.. 
bercita-cita... 
bila kahwin, nak maintainkan berat badan dan tambahkan KG pada encik suami (cita-cita yang direka sebelum ada calon suami lagi.. hihi..) 
tercapaikah misi IM? sama-sama kita lihat pada episod akan datang.. 
stay tuned....  ^_^


Saturday, August 3, 2013

TAHUN BARU

InsyaAllah segalanya serba baru
mind set pun kena ikut baru
sebab dah masuk keluarga baru
hihi..

sedang persiapkan mental fizikal
jangan pula ada yang 'banjir' masa pagi raya sudah!

tapi dalam masa yang sama excited juga
ye la
pengalaman baru katakan!

uolz macam mana pula?

^_^


Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Aidlifitri
daripada Isma dan suami..

p/s: hihi... dulu kan suka forward msg raya, daripada saya dan suami (walaupun masa tu belum bertukar status, sekadar gurauan.. la ni, dah boleh dah.. hehehe)

 harapnya dapat la posing sakan di sisi kekanda terchenta gitu!
hihihi.. nasib la ye kekanda, adinda memang suka amek gambar
me? contra dengnan suami..
heheh

biasa la kan, compliment each other insyaAllah
:)

Monday, July 29, 2013

RASA INI

Sinis pandangan mereka
seakan menyampai berita
tanpa sebutir suara

Mahu apa mereka?
merenggut semua yang ada
yang aku punya
merampas segenap bahagia
yang aku rasa

Punya apa diriku?
mengemis secupak cinta
mengharap belas semua

Tak betah merangkul duka sentiasa
hatiku bukan milikku
dan mungkin bukan miliknya jua

Mereka bisa tertawa
berkata apa semahunya
aku hanya menongkah mimpi
mimpi tanpa secalit realiti

Sampai bila mampu bertahan?
begini?
episod dukaku menjelma lagi
dan lagi...

Tak mampu sembunyi duka
hanya wajah penuh pura-pura
itu sahaja yang mampu dipamer sentiasa

 Maafi diri
diri yang selalu sahaja larut dalam rasa
selalu berendam luka
dan selalu sahaja kecewa

Moga esok bila terjaga dari lena
aku mampu mengukir senyum
dengan raut paling manis sedunia
itu harapan hari ini

Dan moga sahaja hati bisa mengerti
yang realiti tak mungkin seperti mimpi
hamparan berlian tak mungkin menghiasi
kala diri menjalani duniawi
sebelum bertemu Yang Maha Hakiki
pasti!

:: 28 Julai 2013 - 11.01 am - atas tangga rumah depan sawah ::

MIMPI

Kala disapa cinta
terbungkam aku tanpa sebutir kata
bisu seribu bahasa

Terasa lemas penuh tanda tanya
apa bisa hati terima?
atau sekadar lihat dan tunggu sahaja?
menanti tanpa putus asa

Dia hadir bersama cinta
atau sekadar mimpi sahaja
mengharap yang tak kunjung tiba?

::  karya sekitar bulan April kot.. entah.. hehehe ::

ANUGERAH

Sungguh
rasa ini mungkin yang terindah kala ini
mungkin yang terdamai kala ini
dan mungkin juga yang terhebat kala ini

Kata syukur dan puji
hanya padaMu
anugerah yang tak terjangkau
anugerah yang tak ternilai
anugerah daripadaMu

Rasa bahagia yang membalut
hilang pergi segala gundah
terawat sudah segala lara
dan tercipta sudah episod indah
dengan hadirnya sebuah anugerah

Aku cuma mengharap
yang datang ini bukanlah pelangi indah
indah seketika
pergi tak terjangkau bilakan menjelma semula

:: RnR Rawang ::
08 Mei 2013 - 9.35 am

Friday, July 26, 2013

SAKIT

Mata
mengapa sukar untuk memadam bayang
apa yang terpandang...
sakit

Minda
mengapa sulit menghapus memori
apa yang pernah terlintas...
kusut

Hati
terlalu gusar menidakkan rasa
apa yang menapak di jiwa...
perit
 
Maaf
mata ini tak mampu berbohong
minda ini tak dapat menidakkan apa yang terbentang
hati ini terlalu takut untuk jatuh hati
terlalu payah untuk mengusir pergi

Maaf
sekali hati tersakiti
terlalu payah untuk dibaiki
dan selamanya ianya di sini
sampai mati
pasti!

Hanya kekuatan Yang Maha Kuat
kesabaran Yang Maha Sabar
dan ketenangan Yang Maha Tenang
terpinjam sejenak
buat diri kuat bertapak di sini
hingga jasad dan roh ini dijemput pergi

dan mungkin ianya sebuah saat yang dinanti-nanti
aku tak pasti

kerana hati ini terlalu lemah untuk terus disakiti
walaupun tidak pada realiti
atau nampak di mata hakiki
keranan yang luka adalah 
di hati ini
pasti

maafi diri
terlalu larut dalam emosi
dan semoga redha Ilahi sentiasa memayungi



:: takpastibilaakanpulihkembali ::
Tadika Kasih Khalifah
(17 Ramadhan 1434H - 10.30 am)

 

Sunday, July 21, 2013

DUNIA BARU

Assalamualaikum wbt semua :)

Allahu Allah..
Ramadhan kareem

Alhamdulillah.. sudah masuk 12 Ramadhan hari ini
jadi... macam mana sambutan Ramadhan kalian semua?

Alhamdulillah
tahun ini Ramadhan IM penuh warna warni
syukur..
segalanya serba baru

kenapa?

tahun ini 1st time serba serbi

1) 1 st time Ramadhan dengan title ISTERI seorang SUAMI
(^_^)

2) 1st time Ramadhan sebagai seorang TEACHER
(",)

3) 1st time Ramadhan yang most of the time jadi Imam Tarawikh sebab Tarawikh di Tadika bersama Teachers... hihi

oh ye... IM tak sempat nak transfer gambar, so, yang nak tengok dunia baru IM boleh la

ini FB IM

moga Ramadhan yang barakah ye semua...

Tuesday, July 2, 2013

INNER NECK LAGI

Assalamualaikum wbt,

jom semua
KLIK SINI atau SINI

promo untuk Ramadhan dan Syawal

HIJRAH

Assalamualaikum wbt,

moga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah swt...

Wah!!! macam tak percaya
akhirnya IM dapat juga pos entry ni
Allahu akbar!

hihi... kenapa ek?
mesti semua pelik iye..

Alhamdulillah.. IM dah berhijrah
IM dah bertukar ke tempat baru
suasana baru
teman baru
persekitaran yang baru
serba serbi baru
Allahu Allah
^_^

syukur atas segala nikmat Allah
insyaAllah nanti IM akan kongsikan serba sedikit penghijrahan IM yang berwarna baru

wah! gitu!

Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah

Tinta IM : Maaf, IM tak dapat nak kongsikan gambar. IM xde kamera atau hp yang boleh snap gambar Little Caliphates semua ni... hihi  ^_^

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...