Maaf
aku bukanlah bidadari untuk dipuja
dan bukan juga penjenayah untuk dikeji sentiasa
kerana aku insan biasa
Sungguh..
mudahnya yang bernama insan ini
larut dalam nikmat dunia
hingga tak terkesan jejak akhirnya
semakin menghampiri dan menanti
untuk menjemputnya pergi
Benar..
indahnya pelangi senja
datang sekejap
namun terkesan juga
Aku terkadang ralit dengan segala nikmat bahagia
hingga kdang tersasar pada jalan yang tak sepatutnya
dan Kau tak pernah alpa
untuk membawa kembali
menyoroti lorong yang sepatutnya
Kau hadirkan insan-insan
yang buat ku tertanya
entah datangnya dari mana
dan siapa siapa sahaja
Kau hadirkan mereka
kadang dengan cara yang paling hina dan buat ku berduka seketika
lalu bila kesedaran itu menerpa
syukur juga terucap dengan nikmat tak terhingga
kerana mereka yang menyedarkan jiwa
Lalu kau palingkan hatiku dari jalan-jalan yang pernah ku harung dulu
buat aku lebih tahu
bahawa masa depanku adalah ke situ
menuju padaMu
cuma cara bertatih ke situ ataupun meluru untuk maju
Ahhhh....
hidup ini tidak beralaskan baldu dan sutera
ranjau dan duri dicipta untuk kita
untuk kita bingkas bangkit dari jatuhnya jiwa
tanpa pegangan agama
siapalah kita yang tak punya apa-apa
Kita cuma ada Dia
pemegang hati kita
seutuhnya
kerana Dia dan untuk Dia.. selamanya..
rindu aku pada SyurgaNya
yang pada mataNya
kita ini siapa-siapa sahaja.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER
Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...
-
seperti yang dijanjikan... sebab ummi lama dah tak mendonut.. sekali harunglah buat donut untuk anakdara tersayang Baby Donut *sukatan iku...
-
Assalamualaikum wbt, my dear sahabat ayuh sertai segmen ini hanya perlu klik je kat gambar yang cute kat atas ni ye Alhamduli...
-
Assalaamualaikum wbt, hi semua ^_^ hopefully semua sihat-sihat belaka Alhamdulillah 'ala kulli nikmatillah syukur kata-kata...
No comments:
Post a Comment