Entah mengapa, musibah yang menghujani Palestin kali ini sangat terkesan di dalam hati ini. SANGAT SANGAT!!!
Mungkin penangan FB yang sentiasa menghidangkan 'update' yang sangat 'fresh' dari masa ke masa membuatkan emosi diri ini sentiasa dalam mode bergelora. Bau McD kala ini sangat memualkan, bukan lagi pilihan santapan mulut, perut mahupun hidung, sangat meloyakan....
Ya Allah, maka Kau bantulah mereka di sana, hanya dengan belasMu sahaja mereka dapat menjalani semua yang telah kau rencanakan ini Ya Rahman, Ya Raheem..
************
Serasa tak sedar, masa sangat pantas berlalu, menghitung hari ke situ?
Bila ditanya kepadaku, apa perasaanku tika ini?
Pelbagai rasa terjalin..
Rasa takut; takut akan cabaran, ujian dan dugaan yang akan muncul selepas ini
Rasa seronok; seronok kerana melangkah ke satu lagi peringkat hidup
Rasa bahagia; insyaAllah kerana bahagia itu pinjaman Dia, makanya perlu sentiasa waspada..
Moga sahaja kami sentiasa dalam 'pandangan' Allah..
Ya Allah, Kau pegang erat hati-hati kami Ya Allah
Moga sahaja kami ini tergolong dalam golongan hambaMu yang sentaisa bersyukur...
Ameen....
No comments:
Post a Comment