Thursday, August 30, 2012

Muara Hati

Salam wbt,

oh.. sekian lama menganak tirikan blog, lantaran sudah mendapat kemudahan tumblr.. oh.. sungguh tidak adil yang namanya diri ini.. ihihi...
Sungguh.. bila kita dihadapkan dengan pilihan dalam hidup, kita sering terkeliru, mahupun terbelenggu..



Maka oleh itu, Allah kirimkan cara indah sebagai alternatif, Solat Sunat Istikharah.. oh.. yang hanya dipopularkan oleh orang yang ingin memilih pasangan hidup.. lemahnya iman kita ya.. padahal Istikharah itu pemudah cara kita dalam rutin kehidupan kita, bukan hanya terikat dengan yang namanya JODOH.. Tapi bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita masih mengenali cara yang satu itu kan? Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini.. Syukur..



Sungguh apabila tiba saat, waktu dan tempat (dan juga calonnya), maka Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan itu.



Tiada yang lebih membahagiakan diri, seandainya segala yang diimpikan terrealisasi.. dan begitu juga halnya buat diriku.. dan juga kamu.. semua.. Bila mana Allah dorongkan jalan ke situ.. Bila mana Dia memberi restu dan mereka juga restu, pasti Kau permudahkan laluan itu..



Maka Ya Allah, sungguh hambaMu ini takut menghadapi masa depan, maka Kau kirimkan kekuatan
dan rasa gundah melanda, Kau titipkan ketenangan dalam lubuk hati, dan bila ragu menyentap, Kau utuskan segala percaya atas keterbergantungan ku terhadap segala sesuatu yang Kau rancangkan buat diriku, kamu dan mereka...



Sungguh.. hambaMu ini selalu menagih kasihMu, belasMu, petunjukMu... tulus dari Muara Hati..




p/s: eleleh.. tu kan tajuk lagu OST Adam Hawa.. biar la.. saya suka kan  ^_^

Saturday, August 25, 2012

ia hilang..yang namanya KEBERANIAN

tiba-tiba jadi takut degan namanya.. MASA HADAPAN..

Allah..kirimkan segunung kekuatan dan keberanian padaku........

~rasa lemah dan semakin lemah, jangan tinggallkan daku tanpa kasihMu~

senyum

mood..
senyum seindah suria...
senyum dan senyum..

Cahaya Atas Cahaya... Rahsia Demi Rahsia

Salam 'alaik..

Malam ini, malam penuh rahsia..malam penuh tanda tanya..malam penuh misteri..

Satu persatu Allah rungkaikan simpulan segala keresahan dan kerunsingan hati ini


Dia.. Allah Yang Maha Mengerti..
Apabila dihantarkanNya ujian kepad hambaNya, yang turut bersamanya adalah segunung kekuatan dan pengharapan padaNya..
Dia menguji hambaNya supaya rasa keterbegantungan itu sentiasa ada.. selalu mekar dan mengharum seenaknya..

Allahuakbar!!!

A005

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

A006

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(94 : 5-6)


RAHSIA DEMI RAHSIA 1

Minggu lepas, sms ibu menggemparkanku, terdiam sejenak;
    "Alooonggg Ayah dapat pergi Haji, Tapi Ibu x dapat, camne ni"..
Lantaran tambatan tasking yang masih belum selesai dan kependekan waktu kerana CEO dah beri green light balik awal (sempena menjelangnya Aidilfitri), kalut jadinya. 

Mana satu nak settlekan ni? Ibu ke kerja? Kerja ke ibu? last-last, ku kendong dokumen bersama, dengan numbe ic ibu ku bawa berjumpa pegawai berkenaan;
    Kita : Haji, minta tolong kejap, cekkan status ibu saya. Ayah dapat, tapi ibu x
    Haji : Ooo.. kalau ikut rekod ni dapat la isma..
    Kita : Syukran hj.. (syukur kepadaNya)

Terus dicapai hp dan menaip sms; 
"Bakal Hjh, sila tunggu ketibaan surat iye.."

********

Petang tadi setibanya ku ke bumi bertuah, Shah Alam, perkhabaran gembira turut menjemputku.
   Ibu : Along, lepas asar tadi ibu dah terima surat.

Bersyukur tak terkira.. tapi benak ligat berfikir.. Allah!! Aku perlu siapkan mental dan fizikal juga. Menggalas tugas dan amanah ibu dan ayah selepas ini. Air mata dah bergenang.


"Ya Allah, sungguh hambaMu ini sifatnya lemah, maka Kau kuatkanlah Ya Allah. Berikan daku kemudahan dalam memikul segala amanah ini Ya Allah... Ameen Ya Rabbana".
********
CAHAYA ATAS CAHAYA 

Usai membaca lembaran demi lembaran Novel karya OSD, ku pasang azam yang tinggi!
Ya.. sekian lama mengumpul sekawanan azam..
tapi tinggal mimpi demi mimpi.. Nauzubillah..
Bermohon tidak dicampakkan ke dalam golongan hambaMu yang hari depannya lebih TERUK daripada hari semalam.

Azam dan Impian ku yang satu ini, insyaAllah akan ku cuba sehabis baik untuk aku capai tahun hadapan.. sespesifiknya, awal tahun 2013;
"Ya Allah, aku bermohon padaMu, izinkan aku menjejak Tanah Suci, untuk mengerjakan Ibadah Umrah...Moga sahaja Kau pilih daku daripada berjuta-juta hamba dan ummat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ini.. Maka kau permudahkanlah segala urusanku ini..Ameen Ya Rabbal 'Alamin..."

********


RAHSIA DEMI RAHSIA 2

Esok; oh.. dah pukul 12 lebih.. bukan esok la maksudnya, hari ini..insyaAllah..
Adakah mimpi jadi realiti..

Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

"Kiranya ini yang terbaik buatku, agamaMu, keluargaku dan masa depan kami, maka Kau permudahkan segala urusan Ya Allah..Ameen.."

*******


~ moga mentari esok muncul dengan bahagia dan ceria, ameen ~ 

Tuesday, August 21, 2012

ye la.. idea nakal saya.. hihi ^_^

setiap tahun menjelang aidilfitri.. means before menjelang pagi raya, mesti kena gosokkan 7 pasang baju.. 3 BAJU KURUNG.. 4 BAJU MELAYU..

opss.. tahun ni, up sikit 8 PASANG.. sebab makcik (adik ayah) join kami raya...  ^_^

masa tengah gosok2 baju.. punyalah ada idea nakal.. SERIOUS nakal.. x tipu punyalah..

pasang azam... tahun depan 2013.. SAYA BERAZAM nak gosok 2 PASANG BAJU... 1 BAJU KURUNG SAYA.. dan 1 BAJU MELAYU... hihi....   ^_^

makanya.. marilah semua.. doa2kan saya.. hihi   ^_^


p/s: nakal kan saya.. sekian.. bingkisan syawal dari budak nakal.. hihi..

Thursday, August 16, 2012

Perjalanan Terakhir.. (Episod 1)

Lia  terjaga dari lenanya.. lalu meraup wajah dan melafazkan hamdallah kepada yang empunya nyawa. Syukur, masih lagi diberi nikmat bernafas ini. Sejak akhir-akhir ini hatinya selalu resah dan gundah. Bimbang pada yang tidak jelas. Gusar pada rencana yang tidak pasti. Astaghfirullah al azim.

   Dia tak pasti persoalan apa yang sedang ligat bermain di aqal dan juga hatinya. Apa yang pasti, sedikit demi sedikit nikmat kesihatan itu diambil kembali oleh tuannya, Yang Maha Pencipta. Masakan kita sebagai hambaNya mampu untuk mempersoalkan segala ketentuanNya.

   Andai kita diberi pinjam barang, dan suatu saat pasti tuan empunya barang meminta semula barangnya. Mampukah kita untuk menidakkan ketuanannya pada barangan miliknya? Tidak mungkin! Begitulah kiranya..

   Lia hanya mampu merintih sepi, butir bicaranya hanya berlegar di sekeliling cuping telinganya. Mengaduh pada diri sendiri. Merintih jua pada diri sendiri. Air mata sentiasa mengiring hari-harinya yang masih lagi bersisa, namun tidak pasti sampai bila.

*******

   Usai solat subuh Lia bingkas memulakan rutinnya sebelum ke tempat kerja, Ma'athurat. Itulah satu-satunya penemannya, kala susah dan senang. Kadang goyah juga sang iman untuk istiqamah pada amalan yang kecil dan mudah ini.

   Ramadhan kali ini dia tidak meletakkan target yang terlalu tinggi. Mungkin bagi orang lain, target untuk khatam quran berkali-kali. Namun, Lia hanya ingin mengulang kembali segala hafazan surah-surah yang pernah dihafaznya sebelum ini. Surah An-Naba menjadi pilihannya pada Ramadhan ini. Terasa payah untuk memulakan amalan yang telah lama ditinggalkan. Memori semasa di bangku sekolah menengah semakin mekar.

*******

   "Kamu semua perlu bersedia. Ujian hafazan akan diadakan pada hujung minggu depan. Oleh itu, semua naqibah perlu sentiasa menyemak bacaan semua ahli kumpulan. Kamu semua, sebagai naqibah, pegang ini sebagai amanah, jangan sesekali ringan-ringankannya. Jangan lupa pesanan ustazah ni", tegas dan berhemah peringatan daripada Ustazah 'Izzah.

*******

   Dulu mungkin Lia bukanlah anak yang baik, bukan juga pelajar yang cerdas, dan mungkin bukan juga Muslimah yang sentiasa ingatannya pada Sang Pencipta. Yang selalu sahaja menghabiskan waktu dengan sia-sia. Itu semua kisah dulu dan semalam.

   Lia sangat khuatir akan dirinya. Sejak sesi 'A Moment to Remember' bersama ukhti Oki Setiana Dewi dan  kak Wardina tempoh hari, terasa ada seruan dari otak bawah sedarnya. Dia semakin malu dengan diri yang penuh noda. Terasa tak mampu untuk mendongakkan kepala kerana bebanan dosa sepanjang meniti kehidupan di dunia ini. Wallahi.. Dia sangat larut dengan tangisan dosa-dosanya.. Namun, tersedar bahawa, segala dosa-dosa itu takkan terhapus dengan begitu sahaja. Usaha untuk menebus segala khilaf perlu dijalankan dengan segera dan sepantasnya. Ayuh!

*******

   Malam itu entah mengapa laju sahaja lidahnya melontar kata. "Eka.. akak rasa la kan.. rasa la.. esok nak pakai niqab la yang.. hihi", ujarnya bernada riang pada si adik yang bukan seibu sebapa, tapi seIslam. "Kak.. betul ke ni? Akak jangan main-main tau," musykil si adik dengan lontaran idea si kakak. 

   "Emm.. itu la eka.. akak rasa, akak nak try dulu la.. ala..macam induction period gitu.. hihi.." bernada riang lagi. "Akak.. akak.. buatlah yang terbaik ye"...

*******

   Pagi itu, selesai memakai hijabnya tanpa berlengah-lengah lagi Lia pun mencapai niqab yang dibelikan ibunya semasa menunaikan umrah tahun lepas. Hatinya berdebar-debar. "Ish.. betul ke aku ni? Kuat ke aku ni? ", hatinya masih lagi bersoal jawab. "Tak pe la, aku cuba dulu, insyaAllah. Moga Kau permudahkan segalanya Ya Allah", mohonnya.

   "Awak ni dah kenapa? Jangan main-main, nanti marah Kak Jaja," bentak housemate Lia. Glurp...hatinya tersentak. Niat baiknya telah disalah ertikan. "Kak, saya nak cuba dulu. Kenapa pula Kak Jaja nak marah? Niqab ni bukan hak milik mutlak Kak Jaja kan?" soal Lia bagi menjawab soalan Kak Lili. Perbualan mereka terhenti di situ. Laju langkah kaki menuju ke pejabat masing-masing.

   "Ya Allah, satu sahaja pintaku. Andai ini adalah yang terbaik untuk agamaMu, diriku, keluargaku dan seluruh isi alam ini, maka Kau pinjamkanlah kekuatanMu padaku yang lemah lagi sarat dengan dosa ini Ya Allah. HambaMu ini terasa sangat lemah dan semakin lemah andai Kau palingkan aku dari nikmat Iman dan Islam," pinta hati Lia pada pagi yang penuh mencabar itu.

*******

   "Kak.. macam mana? Pakai tak kak?", soal Eka penuh minat. "Hihi.. Alhamdulillah. Mission accomplished this time", jawab Lia tenang. "Kak Lili tak cakap apa-apa ke kak", tanya Eka lagi. "Emm, macam-macam, tak apa la.. akak cuba dulu kan. Eka, jadikan iftar kita petang ini, sekali dengan tarawikh ye. Jangan lupa!", pinta Lia.

  Petang itu Lia merancang untuk beriftar serta bertarawikh di pejabat sahaja. Riang hatinya bilamana masih ada insan yang sudi berkongsi kisaha penghijrahannya hari itu.

*******

TAMAT EPISOD 1

Thursday, August 9, 2012

Kisah Semalam.. Hari Ini... dan mungkin hari yang mendatang..

Assalamualaikum wbt semua...

semalam 8.8.2012 Cik Cema cuba selak lembaran baru..
dan hari ini masih cuba lagi untuk bertahan seperti semalam..

walaupun Cik Cema tidak fully mengenakan'nya'..
tapi pagi ini, Allah s.w.t seakan terus-terusan memberi kekuatan kepada Cik Cema
Allahuakbar! Betapa besarnya nikmat Islam kurniaan Mu Ya Allah..


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:16)

Sungguh.. Allah sahajalah yang memberi kekuatan, ketetapan Iman..
Dia sangat belas pada hambaNya... tapi kita?

Sungguh.. kerana Dia ada... kita masih lagi dilimpahi kasih sayang yang tak pernah putus
andai manusia melempar nista dan cerca, tapi kita masih ada Dia.. yang tak pernah culas dan lalai dari mencurah Rahman dan Rahim...

Maka... kenapa masih lemah Iman ini..dan masih saja mencari-cari jalan yang terbaik dalam kehidupan.. sepanjang meniti jalan dunia, untuk menuju ke dunia satu lagi...

Sungguh.. mungkin Ramadhan ini permulan yang terbaik buat Cik Cema.. mungkin Cik Cema akan cuba istiqamahkan memakai'nya' pada waktu pagi terlebih dahulu..

KENAPA?

Sebab.. Cik Cema masih tak pasti lagi.. sejauh mana Cik Cema dapat bertahan..
Nauzubillah sekiranya nikmat taqwa semakin menjauh..


~ mohon terus doakan ye semua ~

Wednesday, August 8, 2012

Kedamaian Jiwa Itu MilikNya

Subhanallah..
hanya selayaknya pujian diberikan kepada Ya Rabbul Izzati

Pagi Ramadhan ke - 19 1433H ini punya angin yang amat menenangkan jiwa hambaNya
^_^  Allahuakbar..

Sujud syukur padaMu Tuhan sekalian alam.. Rabbul 'Alamin...

ish.. apalah yang cik cema ni bebelkan pagi-pagi ni
ya.. Allah lah pemegang hati ini

Cik Cema (tiba2 macam comey pula bahasakan diri begini sebab ada la hamba Allah suka bagi gelaran kepada diri.. hihi) ok... ok..

Begini ceritanya...
Kalau tak silap Cik Cema.. last week ada post kat tumblr dan fb pasal nak BER...NI...qab..
hihi..sangat la mengundang kontroversi kan..

Alhamdulillah.. pagi ini kiranya buat proses induksi pada diri
dan Alhamdulillah juga.. bila sahaja menyarungkannya.. susah nak explain kan rasa itu
Allahuakbar!
serasa sangat BEST! dan rasa sangat jeles dengan muslimah2 yang telah lama mengenakannya
apa yang pasti, Cik Cema masih lagi dalam proses memperbaiki diri dulu

Cik Cema tak mahu lah nanti dilabelkan manusia yang hipokrit
wallahi.. sangat lah tak mahu nanti disebabkan tingkah Cik Cema yang tak berapa best, habis semua muslimah yang telah lama mengenakannya pun terpalit kata2 nista manusia.. wallahua'lam..
Dia sahaja yang Maha Mengetahui segala rahsia yang ada di langit dan bumi..

Cik Cema tahu.. Cik Cema sangatlah tidak kuat untuk terus terusan istiqamah mengenakan'nya' kerana......

  1. Cik Cema sangat lah suka memakai shawl yang lawa2, dan masih cuba mengawal nafsu yang satu ini.. Allahu Rabbi.. sangatlah sukar menjaga mata ini di kala melihat shawl yang berwarna-warni dihiasi labuci2 dan lace.. oh!!! ia sangat mengGODA.. dan saya lebih tergoda pada'nya' melebihi tergoda dengan kaum berlawanan jenis... ngeh ngeh.. sungguh kurang sopan  ^_^  ASTAGHFIRULLAH AL AZIM
  2. Cik Cema mengaku, masih lagi sukar untuk menjaga (istiqamah) solat2 malam.. kadang tu semangat berkobar2 nak bangkit, tapi bila alarm bunyi.. Ya Ampun.. sukarnya nak bangkit Cik Cema oi... ish... ish.. ish... macam mana nak lembutkan hati kalau gini la gayanya... Allahu Rabbi... kuatkanlah hambaMu yang seorang ini..
  3. Cik Cema adalah spesis manusia yang ganas dan garang, dan bukanlah stok wanita yang ayu2 lemah gemalai.. opss!! terbongkar rahsia.. SERIOUS!!! Cik Cema jalan kadang2 macam ribut.. hihi.. macam mana la nanti, sekiranya dah istiqamah mengenakan'nya'. 

Alah.. Cik Cema ni.. nak seribu daya... tak mahu banyak la dalih dan alasannya... ye tak semua?

Apa2 pun keputusannya nanti, mohon sangat2 semua mendoakan yang terbaik untuk Cik Cema ye.. moga dengan berkat doa kalian pada bulan Ramadhan yang penuh baraqah ni, insyaAllah Cik Cema jadi lebih Muslimah, Mukminah dan Solehah insyaAllah..

dan Cik Cema juga mendoakan moga2 kalian semua diberikan nikmat Islam yang berpanjangan, dilimpahi nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan jodoh bagi yang masih belum bertemu jodoh macam Cik Cema ni ^_^   ameen.. insyaAllah..

~wallahua'lam~


Ramadhan Kareem

Friday, August 3, 2012

Berusahalah! Janji Sebuah Ramadhan

Semakin hari semakin lemah iman ni..
astaghfirullah al azim!
jangan begitulah wahai hati..

jadilah muslimah unggul..
yang dikasihi Allah dan dicintai seisi alam
yang tak perlu lelah mencurah sayang
dan menabur jasa pada ummah
serta sentiasa dinanti oleh sesiapa sahaja

jangan pernah biarkan dirimu menjadi pemusnah silah antara manusia
pencetus amarah dan petaka
jadilah wanita yang bisa menggegar dunia
dengan indahnya wajah penghuni syurga
lembut tutur sentiasa membibitkan peringatan Allah
tidak sekali alpa dalam pautan dunia yang sentiasa meronta-ronta

oh.. moga sahaja aku kuat untuk merangkul dunia seiring menuju ke sana
tidak aku getir dalam kepayahan ujian dunia
tidak aku berpaling tika digugah pahitnya dugaan menimpa
tidak aku hanyut pada awanan pujian yang tak menjamin apa-apa

aku ingin sebuah kehidupan yang baraqah
punya imam yang mampu memimpin setiap tandukku
tak pernah ragu pada setiap tingkahku
selalu ada bila aku rasa jatuh tak terarah
yang bisa menjadi sang arjuna kala rajukku tak tertahan
sentiasa tersenyum kala amarah beraja di sukma
yang mendodoikan dengan irama kalamullah
oh... sunggu itu hanya akan ku kecap bilamana aku berusaha

aku nekad..
aku harus lebih usaha
menjadi wanita solehah
muslimah yang sentiasa dirindui seisi langit dan bumi
oh.. yang pasti Al-Quran itu cerminan diri
jadikan ia pembela diri di dunia dan akhirat nanti
pasti.... janji Ramadhan ini....

Thursday, August 2, 2012

Kecewa dengan diri :(

Bila mana.. rasa nak sharing 'sesuatu' itu
namun.. puas usaha mencarinya
tidak juga ketemu..

seingatnya, mungkin sudah lupus dari ingatan
tidak disangka, simpanannya di dalam peti mail juga turut berjaya dihapuskan
makanya.. sodaqallah al azim
ecewah!

apa kes ni???

begini...

alkisahnya, tiba-tiba teringat di kala zaman dulu
oleh kerana ketidak cerdikan diri, suka sangat berpaut pada angan-angan
impian yang tidak mungkin berlaku
amenda la awak ni Isma oi.. cakap belit2..

nak cerita, tapi.. ku sangat malu kalau seseorang membaca post ini
tapi diriku sangat suka cerita2... ohoho.. kecelaruan betul!!!

moral of the story..

sila jujur pada diri
sila tanya terus soalan membunuh diri bila ada yang berani mendekat pada diri
tapi bila realiti, tak semua keadaan saya berani bersemuka
saya sangat tidak berani

apa yang saya mampu... berharap dan berdoa terus-terusan
dan selalunya, pada pengakhiran, saya juga yang akan kecewa
dan seterusnya, gelak ketawa sendiri
memikirkan betapa diri ini tak pernah belajar untuk serik
oh! sungguh.. betapa teruknya diri  ^_^

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...