kebiasaannya, kalau ada ceramah atau kuliah kat Tabung Haji, bukan senang warga TH nak memenuhkan barisan hadapan kerusi di dalam dewan besar TH. Tapi kali ini, SUBHANALLAH... sungguhlah aura beliau meresap ke semua warga TH.. macam fenomena UAI... suka la saya.. sebab benda2 baik ni, eloklah dikembang biakkan.. ye tak..
Well.. Ustaz oh Ustaz.. ralit memerhati warga TH yang lain memenuhkan barisan hadapan.. uhuhu.. sebenarnya saya pun duduk barisan hadapan.. ihihi.. nak RESAP SEGALA ILMU pak ustaz la.. ^^ (alasan la tu!)
start je Ustaz masuk.. pergh!!! semua terdiam, tak kelip mata.. (=_=)'
betul ke Ustaz dah depan mata ni.. tahu apa ustaz cakap.. "Ibu, ayah, saudar-saudari yang dirahmati Allah swt, percayalah, bahawa sayalah Ustaz Don"..
ecewah! poyo ek ustaz! I like :)
ustaz mesti nampak muka2 warga TH macam tak berkedip, tak percaya Ustaz depan mata.. ^^
ya lor... selalu dalam TV je kot Ustaz..
ok..ok...ok..
apa kupasan ustaz hari ini?
tajuk yang Hal Ehwal Islam TH bagi memang sangat bosan, CONFIRM BOSAN! kenapa saya berani2 cakap macam tu? sebabnya, TH asyik panggil panel luar bagi kuliah tajuk ini juga, diulang2 buat yang keberapa kalinya entahlah..
tapi serious!!!!
Ustaz memang terbaik, Alhamdulillah, kerana kecerdasan mindanya hasil didikan ayah bondanya dan OF COURSE la anugerah Allah swt, Ustaz dapat kupas sehabis baik tajuk ini. SERIOUSLY.. its awesome... SUBHANALLAH..
~kupasan yang hebat untuk tajuk yang sangat la BOSAN -> Kerja Itu Ibadah (sebab dah berulang kali TH buat tajuk ni untuk kuliah.. apa la Isma oiii.. benda baik pun x suka.. ngeh ngeh.. ampun Ya Rabbana...
Oh.. ya..
banyak sungguh yang terkesan dalam nubari ini..
tapi yang paling saya dan kawan2 terkesan sungguh2 adalah nasihat yang diberikan oleh seorang Habib (afwan, lupa nama penuh Habib tersebut) kepada Ustaz Don.. ~ bukan nak mengagung2kan UD iye, tapi MasyaAllah, rendahnya hati seorang mua'lim, bukannya mendongak dan sombong dengan ketinggian ilmu.. makin tinggi ilmu, makin tunduk diri..
ohhh..afwan.. =_=
nasihatnya iye?
Sebelum tidur niatkan dalam hati 70 perkara baik moga2 dapat beramal dengannya apabila terjaga esok harinya..
wah??? 70?? banyakkan?
sebenarnya.. kalau dihitung betul2 tidaklah banyak..
Misal yang UD bagi : Niat nak bangun awal pagi, nak amik wudhu' betul2, solat sunat Tahajjud, b4 solat Subuh nak iqamat, solat jemaah, nak baca quran, nak pakai sejadah elok2........... dan banyak lagi lah.. senang kan..
Allah swt tu kan Maha Adil..
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:110)
Wallahi.. sungguh terasa mudah dan ringannya dalam beribadah kan ^^
ha... jangan salah faham.. saya bukan meringan-ringankan ibadah tersebut, beza tu! bila kita rasa ibadah itu ringan dan mudah, maka rasa semangat lebih2 lagi untuk istiqamah dalam beribadah mengikut Sunnah baginda Rasulullah s.a.w...
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:112)
Oh.. dan lagi..
saya masih ingat lagi.. bila sesi soal jawab dibuka, bilamana seorang nisa' bertanya kepada UD.. ->
adakah beza nilaian bagi ibadah seseorang yang TAHU BAHAWA ITU ADALAH SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W dengan orang yang TAHU ITU ADALAH PERKARA BAIK?
UD memanglah zuhud (again.. afwan semua) UD selalu peringat.. dia tak nak beri pendapat dia yang tak seberapa.. dia akan kongsi pandangan2 daripada Alim Ulama' dan Nas2 serta Hadith2 Sahih sahaja =_=
:: akan bersambung esok.. afwan iye sahabah sekalian.. mata dah layu.. z_z
lailah saidah...
No comments:
Post a Comment