Ada keredupan pada mata itu
ada kesayuan pada renungan itu
ada kegelisihan pada lirikan itu
mengapa?
Ada senyuman pada bibir itu
namun tampak sugul wajah itu
kerana keresahan itu tak terselindung
walau ditabir dengan hijab
tak kabur pandangan
jelas penderitaan
mengapa?
Biarkanlah sepi berlalu
kerana bahagia takkan menunggu
perlu dicari
tabahkan hati
kerana bahagia takkan menunggu
perlu dicari
tabahkan hati
No comments:
Post a Comment