Sunday, May 1, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 8)

ECV?
External Cephalic Version
Inilah yang Ummi Azra lalui selasa lalu

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam..
susulan posting yang lalu (YANG INI)
syukur..berjaya juga prosedur ECV dengan izinNya

SAKIT !!!

Allahuakbar! Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ummi rasa...


************************

 
Appointment yang telah ditetapkan pukul 2 petang
Tapi sebab tak mahu tiba lewat, ummi ayah datang sebelum waktu zohor
Solat Zohor di surau hospital dan terus siap-siap untuk mendaftar
hihi..mengah jalan laju-laju
rupanya kaunter pun buka pukul 2 petang, so kenalah ummi ayah tunggu dulu





 
Mujur proses pendaftaran tidak mengambil masa yang panjang
legaaaaaaa..
cecepat naik ke klinik pakar, ambil nombor dan tunggu sekejap
Doktor pun rupanya dah get ready
Terus masuk bilik rawatan
Mula-mula kena masukkan branula (alaaa..mende alah yang nak masuk air/ubat tu)
Ampun! memang paling menci benda ni
lepas dah pasang kena baring kat bilik rawatan
nurse, doktor monitor heart beat baby dengan CTG, dah stable diorang masukkan ubat
ubat ni nak buat rahim jadi lembut
tapi kesannya buat heart beat kita berdebar-debar macam marathon
pergh!








dah stable, kena masuk bilik scan, doktor yang rawat ni perempuan
muda pula tu, siap cakap dengan kita, "awak..awak ok?"
hihi..haruslah cuak kan!

BERISIKO?!

yup, prosedur ECV ni memang ada risikonya. Antaranya;
1) Uri putus/pecah pecah
2) Tali pusat terbelit di leher baby
3) Emergency Czer!!! nauzubillah
4) GAGAL! Baby tak boleh dipusingkan

Wallahi...berserah je 100% pada kuasa Allah. Tapi sebab doktor pun yakin boleh buat sebab air ketuban masih banyak. InsyaAllah..fuh! 

Sambung semula...

Lepas masuk bilik scan, doktor tunjuk, kepala adik baby memang masih di atas lagi
lepas tu, nampak doktor siap-siap letak gel kat tangan dia
uit! dah nak start ye? (persoalan dalam hati..)

doktor pegang perut ummi dan mula tekan siikit, macam nak menguli roti pula
sorang lagi doktor perempuan get ready pegang alat scan untuk scan
tengah doktor pertama pegang perut, pop!! terpacul sorang doktor lelaki
&^%$#@*%&&  aisehhhhh...kenapa doktor ni masuk rasa nak lari, tapi apakan daya
tapi doktor lelaki ni masuk terus ambil gel, sama-sama pusingkan baby dengan doktor perempuan tu

sambil tu suruh kita bertenang
sebab kena lembutkan otot perut
adoiii..sakitt kot! tahan la juga demi anakkan  ^^
lepas tu memang rasa dalam perut berpusing
doktor perempuan yang pegang alat scan terus scan
lepas tu semua jerit yey!!! berjaya! alhamdulillahhhhhh

BERJAYA!!!

Nak menangis rasa bila dah berjaya
Allahuakbar! lepas tu ingatkan dah settle
rupanya kena monitor pula heart beat baby
takut baby tak suka dengan posisi baru
Aduhaiiii..kesian ayah..kena tunggu lama..

Lama juga kena monitor CTG tu
lepas tu doktor kata heart beat macam tak cantik
Allah!
kena tukar baju pink
adoi..tolonglah jangan beranak dulu
kesian kat Azra, last nyusu subuh tadi
macam-macam fikir..




bersambung..................MASUK BILIK BERSALIN..;   

 

Saturday, April 9, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 7)

Allahuakbar!

masuk minggu ke 37, scan adik baby...aduhai..adik baby pusing ke atas balik
doktor kata ketuban masih banyak, so memang syoklah adik baby pusing-pusing
lagipun adik baby tak besar sangat..

padahal masa checkup bulan lepas ekok dah ke bawah..

adik baby...ummi takut...
Ummi ayah kakak doakan adik akan kembali ke posisi terbaik untuk lahir ye
InsyaAllah Isnin nanti ayah nak bawa ummi ke Hospital Shah Alam, nak cek dengan doktor sana
Moganya adalah pakar yang kendalikan ECV untuk breech baby






Breech tu songsang
adik baby doktor kata dalam posisi Complete Breech
Doktor KPMC kata kalau Frank Breech masih boleh lagi bersalin normal tanpa ECV
tapi sebab posisi Complete Breech xboleh
kena ECV atauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu Czer..nauzubillah

Ummi ayah yakin adik baby boleh keluar normal bi iznillah
ok, so ummi akan cuba ECV dulu ye adik
Allahuakbar! cabaran sungguh
takpa, Allah kan ada..

ECV tu kaedah memusingkan baby dari luar, bukan calang-calang orang mampu buat
kat KPMC ada doktor yang berani dan kerap buat, tapi maklumlah keadaan kewangan kali ni tak berapa mantap, maka kami tukar plan ke Hospital Shah Alam
lagipun dekat dengan rumah ibu, senang juga nanti Azra boleh transit ke sana

Harapnya Kakak Azra Solehah Hafizoh boleh berdikari kejap ye nak oi..
risaunya ummi...hukhuk..



Saturday, April 2, 2016

AZRA : 1 TAHUN 7 BULAN



Alhamdulillah, syukur sangat rezeki Azra bersama butik AsyiQmuslim masih ada. Ownernya memang suka sangat dengan Azra. Ada je koleksi pakaian kanak-kanak yang nak dibaginya pada Azra. Lepas tu, Ummi pun kena tempiasnya, sebab Ummi pun kadang dapatlah juga merasa baju free..hihi

Di usia Azra 1 tahun 7 bulan ni dah banyak sungguh progress dia. Paling ketara, vocab dia dah makin banyak. dan baru-baru dah banyak muncul dua ayat;

"...baju ayah.."
"..tanak ayah.."

hihi..paling suka bila dia senyap-senyap dalam bilik solat. Bila diintai rupanya sama ada tengah solat (acara dialah kan) atau tengah terkumat kamit baca Quran.. adoi..sampai kena sorokkan Quran kesayangan Ummi sebab Quran tu paling dia suka..hihi

Vocab animals banyak dia dapat hasil mendengar nursery rythym, tapi memang comellah. Sebab tu budak-budak macam ni memang kena pantau apa yang ditonton kan kan...Diorang ni sedut macam span.. bahaya ok!

Oklah..nanti kita sharing lagi. Anak dara nyenyak tidur lepas susu...Yup! Azra masih menyusu badan lagi. Alhamdulillah, Allah merezekikan beliau dengan susu badan, walaupun takde semeriah dulu. Takpe..ikut demand la kan kan..

Mommy To Bee Lagi (Laman 6)

Personal Shopper Ikea ni dah jadi macam ketagihan sebenarnya. Dah sarat-sarat gini pun ada hati lagi nak merayap-rayap kat Ikea.

Alkisahnya, ada yang request nak sofa. Oklah, layankan je dulu, husband yang ambil order kat whatsapp kita. Dah nak sofa, nak tambah cushion pula. Bila quote cushion pun ada service charge siap tanya, eh ada caj ke? hakak senyap jela kan. bila bagi total semua ada pengiraan RM5. dia minta genapkan, ececeh dapat upah RM1 je... hakak diam jela.. adoila manusia..

lepas tu tanyalah nak hangkut naik sofa nanti ada orang tak? dikatanya dia sorang je. so, bagitahu kenalah angkut sofa dengan bantuan husband kita, dah ngeluh pula. siap dah inform kita ni tunggu hari nak bersalin. adoilahhhhh..kita nak mudahkan dia..tak apalah.. janganlah expect hakak pula nak angkut sofa tu dik non..

macam-macam kan karenah manusia... wallahua'lam... selagi mampu sabar, ku sabarkan juga
well, bukan mudah nak mudah.. nak cari duit sekarang ni wallahiiii sukarrrrrrr..

Allah mudahkan segala urusan kami..Allahumma Ameen  ^^

Friday, March 25, 2016

TELUR MASIN HOMEMADE (EP 2)



Rentetan EPISOD 1

Haaaaaaaaaaa..ni dia!!!

setelah menunggu dengan sabar
Maka terhasillah telur masin homemade ummi Azra..

Alkisahnya buat ni prepare untuk ayah Azra
nanti ada juga lah lauk emergency masa Ummi Azra berpantang kat Shah Alam
Mudah Ya Amat !

Rasa macam nak p borong sepapan Telur Ayam je buat Telur Masin ni
ha la..pernah beli sebiji telur masin belum masak dah RM1
pergh!!!

beli sepapan Gred A - 30 biji baru RM9.90 gitu
Garam sekilo baru berapa ringgit
Idok ke jimat tuuuuuuu

hokeyy!!
yang nak resepi pi sergah kat Episod 1 punya entry tau!
Telur masin memang favourite ayah Azra bila makan kat luar
Ummi Azra idok le minat sangat..hihi
tapi layannnnnn..

ok! sekarang tengah viral Tart Susu/Telur pula
Nak buat kena fair! kena buat untuk Azra juga
so..nanti kita borong telur, fresh milk dan butter
yela..orang guna susu pekat manis..marjerin..kita nak buat makan sendiri biarlah yang terbaik kan kan..

lagi lagi untuk budak kecik
susu pekat manis tu bukan SUSU SEBENAR pun
sebolehnya elakkanlah ye..
butter pun lebih baik daripada marjerin
hihi..tula masalah mak mak yang cerewet ni..hihi




Mommy To Bee Lagi (Laman 5)

Kaki bengkak..
uhuhu.. merasalah simptom kehamilan yang satu ini
Alhamdulillah..masa Azra dulu memang cergas ya amat!
Kali ni pun tiada alahan
Cuma di akhir2 ni barulah merasa...

hihi..Syukurlah...
barulah rasa macam orang tengah mengandung kan kan..

baru sempat Google sebab, kesan, rawatan untuk bengkak kaki masa hamil ni
Alaaa..senang je kan.. nak tahu apa2 kena rajin membaca
gituuu..

Nama pun pelik beno..Edema..Apakah?


Edema semasa hamil


Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.

Adakah oedema ini perkara biasa?

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.


nak baca banyak lagi tips boleh berkunjung ke SINI


Nak share gambar idok le boleh ek..Aurat tuuu...hihi..
makanya kenalah bertabah jwia dan raga
oklah..tak lama dah kan kan...hihi



Sunday, March 13, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 4)

hukhuk..dah hujung-hujung kehamilan ni baru perasan kakiku bertukar!
bertukar menjadi gemuk!

patutlah bila jalan, berdiri lama rasa macam sakit sengal sikit.. rupanya baru perasan kaki bengkak, gumuk! hahahha..sungguhlah beza. masa Azra dulu ok je..tapi kali ni bengkak pula kaki.huhu

memang banyak beza kali ni. muka pun penat je manjang, bukan muka je, tapi memang penat selalu.hahha.. mujur takde la malas sangat. haha.. lagi satu, ketara kalau ngaji nafas ok je, macam time Azra dulu, ngaji je semua ayat kena pendek-pendek, nafas tak cukup..teru benar..


Lagi satu, pregnant kali ni pinggang ramping je.. perut je naik..haha..lawak seh!
moga-moga cepatlah susut badan lepas bersalin nanti ye..tak sabar rasanya..ihi..adik baby! kami tak sabar nak jumpa..

Moga Allah permudahkan segala urusan, dapatlah bersalin lagi di KPMC,Puchong dengan selesa dan bahagia. Allahumma Ameen :)









ni selagi belum dapat, hati tak tenang..agaggaga!!!!

Saturday, March 12, 2016

TELUR MASIN HOMEMADE (EP 1)

Telur masin homemade alahai..

Tiba-tiba teringin pula nak makan telur masin. Tapi nak buat sendiri. Gigihnya lahai Ummi Azra ni. Poyo kan...

Tadi beli telur ayam gred A, kedai makcik ni jual telur-telur memang suka sangat. Sambil tu beli juga telur burung puyuh, nak masak untuk Azra... comel comel..

Ingat nak beli sepapan Telur Ayam Gred A, baru RM9.90..tapi kang banyak benar pula... tapi tadi masa beli tak terfikir nak buat projek telur masin. Okaylah..kita try test dulu dalam 5-6 biji la ye..hihi

Resepinya Ummi Azra cekau daripada FB Masak Apa Hari Ni (MAHN). Setiap hari memang jengah sini je kejenya. ok semua...jom tengok ramuannya. Yang pastinya, sempoiiii


Resepi Telur Masin

bahan - bahan
10 biji telur itik@ayam
1cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (untuk buat air garam)

cara- cara membuat;
mula-mula basuh telur itik@ayam bersih- bersih supaya nanti telur masin tak busuk. kacau garam dengan air panas. biar sampai sejuk air garam tu baru masuk ke dalam telur. simpan lebih kurang 2 minggu baru boleh rebus.. kalau nak masin lagi boleh tambah garam kasar..

selamat mencuba :)



Tapi Ummi Azra guna je garam biasa. Gunalah apa yang ada kan..tak payah susah-susah  :) 


Ihsan Pakcik Google   ^^

Tuesday, February 9, 2016

Mommy To Bee (Laman 5)

Hari ni, dalam group WhatsApp Mommy Blogger syok betul belajar.. Banyak sangat ilmu baru dapat. Itu yang untungnya kalau berkawan dengan orang yang 'betul'.

Takdelah balik-balik gosip. Balik-balik artis. Balik-balik mekap. Bla bla bla.. hihi..jangan marahhhh..

Memang syoklah menelaah bab-bab ilmu kewanitaan gitu
Mula-mula sorang ni tanya bab keputihan, meleret ke bab meruang, pastu bertangas, mandi serum la..

haaaaa...tu dia..memang best kan dapat geng yang arif bab-bab ni..

teruslah Ummi Azra survey barang-barang Nona Roguy. Yang pastinya jenama ni terkenal dengan produk yang dihasilkan daripada herba, dan yang pastinya Nonu Roguy BUKAN JAMU!!! Yeyeyeyy!!!

yang ni sesuai untuk basuh basuh Miss V dan juga mandian masa pantang. dan lagi satu, Ummi Azra nak guna untuk bertangas. Katanya, bertangas elok buat masa hujung2 berpantang... huhu

Barra Gel ni pula sesuai untuk meruang. pendek kata, untuk korek dan cuci bahagian dalaman Miss V anda ye. YES! memang elok untuk wanita yang dah berumah tangga. sebab? kalau ada keputihan memang dianjurkan untuk meruang. lagi satu meruang ni bagus untuk wanita hamil, sebab ia buat miss V elastik macam kita buat urutan perenium tu... moganya tak perlu la doktor potong untuk laluan baby.. AMEEN.. huhuhu

yang ni sesuai la untuk urutan.kalau nak minta mak bidan urut pakai minyak ni pun ok sangat. selain tu boleh guna sebagai pilis dan param..

yang ni elok pakai sebelum pakai bengkung. harapnya kali ini ummi azra istiqomah la pakai krim sebelum pakai bengkung dan pakai krim ni sampai habis ye... al mubaziru ikhwanus syayathin!!!






ok... nanti kalau ada ilmu baru lain bolehlah Ummi Azra kongs lagi ye.. maaf la kalau ada isu tak sesuai untuk bawah umur... tapi ni ilmu ye..ilmu...

Tuesday, February 2, 2016

HOMEMADE BABY FOOD



ha....selain serbuk bilis, serbuk lobak merah ni boleh jadi penambah rasa dalam juadah si manja anda. boleh juga dibancuh jadi puree..hihi..senang je..






🍄 Yummy Carrot 50g RM25s/ RM28ss
👉  Puree
2 Sudu teh 10ml air
Kacau (kalau terlalu pekat @ cair lebihkan @ kurangkan air ikut citarasa anda)
🍴  15 kali makan




👉  Utk Oat @ bubur
1 sudu teh shj
Taburkan dan kacau
🍴 30 kali makan


‪#‎sukatan‬ sudu New Baby
👉  sudu disediakan
👉  Jika terlampau pekat @ cair tambah aiR@kurangkan air mengikut citarasa anda



****************

sempoiii.. nak dapatkan semua produk ni boleh WhatsApp Isma 0173733012


Monday, February 1, 2016

HOMEMADE BABY FOOD



Ha.... yang ni mesti mommies suka benar kan kan.. sebab tak payah dah nak rendam bilis semalaman, toskan, sangai, kisar halus dan tapis... hihi...just add on je dalam menu anak-anak... mudah sangat !!!



***********************


🍄 Serbuk Ikan Bilis 100g RM 15s/RM18ss
👉 Ikan bilis sudah siap di basuh dan dikeringkan serta disangai sehingga garing. Ikan bilis hanya tabur sahaja pada makanan bayi sebagai msg dan penambah rasa serta pengganti garam dlm makanan



**********************

meh Whatsapp Isma untuk dapatkan produk yang terbaik ni ye... 0173733012

 

HOMEMADE BABY FOOD



Ramai juga kaum ibu yang excited perkenalkan oat pada bayi mereka. Kan kan... Oat memang sangat baik, bukan sahaja untuk si manja, bahkan untuk kita, dewasa pun elok kan kan...

Ok..macam mana pula kalau beli yang ni, nak tabur je ke? hihi.. meh meh..Ummi Azra guide ye

******************

🍄 Oatmeal Baby Cereal 200g RM18s/ RM20ss
👉  Hanya perlu tambah air panas sahaja dan kacau jika hendak tambah puree buah @ sayur masak seperti berikut


🍴 150 air + puree masak hingga mendidih Masukkan 2 sudu besar oat dan kacau hingga pekat


*******************

Mudah je kan...
Jom jom...dapatkannya daripada Ummi Azra ye
0173733012

HOMEMADE BABY FOOD




ok...kalau entry sebelum ni Isma kongsikan tentang cara penggunaan Brown Rice Powder kan kan.. yang ini pula White Rice Powder atau Serbuk Beras Putih leee... hihi..

ok..meh meh belajar..

************************

🍄 White Rice Powder 150g RM15 s/RM18 ss
👉 Kena Masak dalam 2 minit shj sbb white rice ni PURE BERAS bukan precooked beras sbb tue kena masak kejap sbb beras yg digunakan ni beras herbal ponni,kurang kanji
🍴 Sukatan: 2 Sudu besar + 200 ml air
 

Boleh digunakan: 2 sudu besar = 8 kali (Anggaran)

***********************

ha...bestkan..bukan beras biasa ye...yang ni guna Beras Herbal Ponni..InsyaAllah hanya yang terbaik buat anak-anak tersayang...

Tunggu apa lagi, cecepat WhatsApp Isma 0173733012 untuk dapatkan produk ni ye..





HOMEMADE BABY FOOD




ok...untuk entry kali ini, Ummi Azra nak kongsikan tips pengendalian atau penggunaan Serbuk Beras Perang ni ye...

ha...seronokkan...dah beli, siap ada panduan lagi...  :)


***************

🍄Brown Rice Powder 150g RM15s/RM18ss
👉 Cuma tambah air panas @ boleh dimasak seperti White Rice powder
🍴 Sukatan: 2 sudu besar + 200 ml air
 

Boleh digunakan: 2 sudu besar = 8 kali (Anggaran)


**************

Yang masih belum dapatkan produk ni boleh pilih 5 jenis kat bawah ni dan WhatsApp Isma ye 0173733012




Mommy To Bee (Laman 4)

Alhamdulillah..
pregnant kali ni takdelah sesemput masa Azra dulu

Ingat lagi, masa tu Ramadhan, tadarus memang nafas pendek-pendek je...malunya lahai..even baca Quran sendiri kat rumah pun pendek-pendek je bacaan..

Alhamdulillah, pregnant adik baby kali ni ok...bacaan Mad yang panjang-panjang semua dapat baca elok je... Syukur..

Cumanya, kali ni, rasa berat cepat naik, badan terasa sangat berat, padat, sendat WALAUPUN idok le nampak GUMUK..kihkih...perasaannya lahai (entah2 orang semua pandang daku macam bola kot..ihihihi)

By the way, preparation belum buat apa-apa pun... Pam susu pun berterabur lagi, belum steril, belum simpan elok-elok sebab jadi barnag mainan Kakak Azra Solehah Hafizoh ni lahai... barut dah settle jahit tu jela.. hahaha..

Ye sayang...Ummi tengah kumpul duit untuk beli pakaian awak, kelengkapan semuanya, untuk biaya hospital lagi..banyaknya kannnn.. tu la sayanng.. ekonomi sedang gawat, ummi kena kuat dan cekalkan semangat ni..insyaallah sentiasa ada rezeki awak dan kakak Azra Solehah Hafizoh..Allahumma Ameen


Kalau ada yang nak tempah barut zap macam ni bolehlah contact Ummi Azra ye, tapi buat masa ni ada 5 corak ni jela ye..hihi

0173733012

HOMEMADE BABY FOOD

Baby Food semakin banyak menguasai pasaran. Tapi sebagai ibu bapa kenalah bijak memilihnya. Lagi-lagi kita sebagai Muslim, kena pastikan, bukan sahaja Halal, tapi Halalan Toyyiban..

hoho...ada beza tau!
Halalan Toyyiban ni mencakupi pelbagai aspek, bukan sekadar bahan sahaja Halal, tapi jaminan mutu produk, proses penghasilannya dan lain-lain lagi. So.. mudah kata, carilah produk Halal yang dihasilkan oleh Muslim, insyaAllah tenang jiwa kan kan..

Gituuuu..

So, hari ini, Isma decide untuk perkenalkan barisan produk 'Homemade Baby Food'
YES!
memang bukan Isma yang hasilkan, TAPI !!!!
puas hati bila survey dan selidik, memang produk ini menepati citarasa Isma sebagai seorang ibu yang cerewet dengan pemakanan anak.. lagi-lagi anak berusia di bawah 2 tahun

 >> (ohhh..doakanlah ada modal dan peralatan yang cukup untuk Isma produce barangan Baby Food..cita-cita sangat) <<


5 PRODUK yang boleh mommies pilih ye ^^ 


SERBUK OAT
SERBUK BERAS PUTIH
SERBUK BILIS
SERBUK BERAS PERANG



SERBUK LOBAK MERAH



 Yang nak dapatkan info lanjut boleh terus Whatsapp Isma 0173733012 ye  :)

Wednesday, January 27, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 3)

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Syukur.. pagi ni pergi checkup.. saja lewatkan sikit..patut 15hb hari tu
Almaklumlah, guna duit sendiri sebab checkup kat klinik swasta kan...
bukan apa..kesian dan MALAS lebih nak ke Klinik Kesihatan biasa..hihi...

so.. last month ada buat blood test, Alhamdulillah doktor bagitahu result semuanya ok
Tekanan darah pun border line..kahkah.. biasa la..tu normal la untuk iolz..
sikit je lagi nk capai 11, kata doktor seakan memahami..ahahahha...


********************

tapi.............................. teruk naulah pregnant kali ni
baru 6 bulan dah 59kg
ahahahaha..dah sama berat masa nak bersalinkan Azra
siap bagitahu doktor, ni berat masa 9 bulan dulu ni doktor
doktor Suraya ni style makcik2, tapi tak kepochi
dia senyum, siap angguk dengar Ummi Azra bebel (ni sapa doktor, sapa patient entah?)

Doktor Suraya cool je jawab, "ni boleh bertambah lagi ni...(berat)".
hahhaa..hamek! merasalah keberetan yang nyata!
nak keluar rumah pun rasa malas, sebab turun naik tangga
Almaklumlah rumah atas langit..haha...kalau boleh xmo bawa pape, beg ke..hatta dukung Azra pun ayahnya yang settlekan..


**************


ahahha...
oh ye...patutlah rasa perut padat..rupanya adik baby buat aksi..kepala kat bawah
kalau ummi ke toilet nk cangkung memang agak sengsara sikit la
apadehal..sikit je kan..
tapi kali ni memang adik baby lebih aktif dari Kakak Azra
dan..alhamdulillah seperti firasat ummi dan juga ummi doa dan idam-idamkan
tadi dapat scan jantina adik baby

InsyaAllah, Ummi Ayah ready ^^
sepasanglah hendakNya..Allahumma Ameen
tapi ummi dah warning ayah.. kenalah beli baju baru, since baju kakak Azra mostly PINK
ahahha..nasiblah..kalau ummi rasa nak pakaikan pink apadehal kan..
syweet jgk kan kan..

Ummi Ayah doakan adik baby membesar dengan sihat dan kuat
moga jadi anak yang tabah...Anak Soleh Hafiz macam kakak Azra Solehah Hafizoh...
Allahumma Ameen..

Nanti ummi rajin, ummi korek-korek la stok baju kakak Azra, tengok apa yang adik baby boleh guna nanti
kalau tak cukup baru topup beli baru
Almaklumlah sayang, sekarang ni musim gawat
semua barang pun mahal sayang..
ummi dah siapkan barut untuk adik baby..kalau ummi boleh kait baju seluar, semua pun ummi buat sendiri, tapi idok le ummi mampu
 






sekian, bebelan Ummi..

Tuesday, January 26, 2016

SUSU KAMBING

Susu kambing khabarnya, susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Pregnant kali ni, macam teringin pula nak minum susu kambing. Penangan setiap hari buka IG nampak je iklan Umaima by Abby Abadi tu. Lagi lagi bila ada perisa strawberry (orang kalau dah gila pink memang gitu..terpengaruh sungguh!)

last-last, petang ni buka FB, tekan sana, tekan sini, jumpa la Page Imuslimshop.com ni ha... nampak pula boleh request sample Susu Kambing Lazz.. macam lazizah je... meh le kita try..

Uolz kalau teringin nak merasa juga meh kita cuba sesama ye... buka SINI dan tekan Dapatkan Sample untuk isi borang sample tu ye..

tak pun klik je SINI senang cerita..hihi..
Selamat bersusu kambing ^^




uolz yang dah biasa minum susu kambing pilih jenama apa? dan kenapa? boleh kongsi sikit....


Wednesday, December 30, 2015

SOLID FOOD FOR BABY


Semalam tengah sibuk mencari barangan Ikea untuk customer, tiba-tiba dapat Whatsapp dari kawan sekolah. Kecoh dalam group Whatsapp kejap. Line kat Ikea pula macam Chipsmore, kejap ada, kejap ghaib. Sabar jelah..

Tunggu punya tunggu gambar loading...........................
Allahuakbar!
Dah keluar dah ye?
hihi..



Tiba-tiba rasa macam, hahahhaahha..so lawak!

Patutlah dari minggu lepas, ramai yang Add Friends di FB. Terima kasih semua.. Ummi Azra ni masih belajar dan sentiasa mencari-cari ilmu. Kita sama-sama berkongsi apa-apa yang patut ye.. Bi iznillah... InsyaAllah

Ok!
Ummi Azra kena lebih rajin, istiqomah dan jadi lebih kreatif. Doakan ye semua! Ameen

 

Wednesday, December 23, 2015

GIVEAWAY POCKET CALENDAR

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 
by www.nooratikahramli.com


nak join juga?
mudah je caranya...

anda hanya perlu klik SINI

atau

klik banner di bawah ni ye..

http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html?m=1

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...