Wednesday, February 26, 2014

Mommy To Bee (Laman 4)

Assalamualaikum semua...

hihihiii... semangat post entry malam ni
bukan apa...
ada cerita lawak

apakah?

ok la... begini kisahnya...

Alkisah... nak jadikan cerita
selsema macam menjadi-jadi
Allah.. so, encik suami suruh jumpa doktor ambil ubat
kita apa lagi... ok la.. nanti la... lepas kerja la..
hahha...

ok.. lepas balik tadika... pergilah klinik..
nak pi 7E dulu sebelum pergi klinik
sebab nak prepare la kalau kena bayar apa-apa kan
sekali, ATM tu ada tulis - DUIT HABIS

adoila... lupa... semalam kan orang dapat gaji
patutlah duit habis..
hukhuk  T_T
jadinya... pergi juga la klinik
tanya Medical Card ni cover tak checkup bulanan
diorang kata tak cover
ok la... tanyalah range checkup bulanan berapa RM
siap cerita ATM habis duit 
diorang kata tak apa, boleh guna Debit Card
Alhamdulillah... lega...

usai checkup tanyalah berapa bil?
RM20.. 

ALAMAK! RM50 ke atas baru boleh guna kad
macam mana ni?
diorang kata RM10...
sambil buka dompet depan diorang

IM : "alaa... ada RM1 je dalam purse ni..."
#_#

Klinik : "tak pe, bayar nanti next checkup ye..."

IM : "eh boleh ke? emmm.. jangan lupa tulis tau.. (berulang kali remind suruh tulis)


hahahhahaha... lawak tak?
IM ni sejak kerja tadika
memang selamba je tak kisah bab duit dalam purse ni
sebab, apa yang budak makan, teacher ngap la juga
balik kerja, terus balik rumah, masak...
so.... memang tak guna duit la

lalala.... gitu..

so?!! malu den.. cerita kat encik suami terdiam dia
punyalah selamba isteri dia...
hahha
esok la ye kite pi klinik balik
next appointment lambat lagi kot....


Moral of the story : Teacher Isma oi... sila siap2 emergency bajet dalam semua purse ek.. ek.. ek... ^_^



Mommy To Bee (Laman 3)

Assalamualaikum wbt,

Mommies, bloggers sekalian
rindu la nak menari kat keyboard ni
tapi, asyik melayan 'kemabukan' ni je
so, asyik pending je la jadinya

ok... marilah mengembara bersama-sama
gitu
^_^

bila dah confirm dengan doktor
apa lagi, laju la tangan taip sms
siapa lagi?
ibu la.. mestilah..
IM dengan ibu kan bespren forever
hihi

tapi... beberapa minggu lepas buat UPT test tu punyalah tergedik
alaa... rasa nak scan la
tapi suami terchenta kata awal lagi ni
alaaaa  T_T

IM nak sangat scan sebab macam tak caya
eh? ye ke? betul ke?
hahaha...
memang mengada-ngada
tahu  ^_^

Alkisah, pada 9 Januari lepas IM sakit sangat tekak
eh, silap!
bukan sakit tekak (tak sakit pun)
tapi tonsil bengkak, terus hilang suara
hihi
apa lagi! inilah peluangnya, minta scan la
apa lagi...


hahaha  ^_^  bijak!! bijak!!!! hihi

bila dah scan.... nampak la kan..
hikhik.. Subhanallah
barulah kuat percayanya
sebab doktor siap tunjuk
"ha... ni ye.. yang kedip-kedip ni la jantungnya.."
Allah! besarnya kuasaMu

so... ni pun jadi reminder juga buat IM
ye la, sejak jadid teacher tadika ni
makin menjadi-jadi tahap hyper dan kecergasannya
so, nak lompat-lompat pun kena beringat-ingat
hikhik  ^_^

kuasa Allah...

Sunday, February 9, 2014

Mommy To Bee (Laman 2)

tapi... IM tiba-tiba blur..
macam mana nak bagitahu cik abang
hahha
macam malu pun ada....
hihi...
so lawak la...


....itu sorotan entry semalam ye...

Assalamualaikum wbt semua,
selamat berhujung minggu
sambil-sambil IM siapkan bahan-bahan art & craft untuk next week's lesson,
sambil-sambil search ideas untuk next week's lesson,
sambil-sambil jugalah IM post entry ni

hihi... itulah saya..
yang tak reti buat satu keje je
(kalau tengah sihat lah.. kalau tengah K.O.. apapuntakboleh)

ok.. seperti yang dijanjikan semalam..
alkisahnya, macam mana situasi seorang isteri yang malu-malu kucing ni 
nak inform suaminya yang UPT nya +ve?

kisahnya begini..
"Allah.... macam mana ni nak bagitau ni???...", berkata di dalam hati.
Yang sebenarnya UPT tu dah ada kat tangan
duduk sebelah suami yang baru balik masjid, baca akhbar
gitu...
tapi gelabah-gelabah
acaner ni? acaner ni?
"Robbi yassir wala tu'assir.. ya robbana.. ameen".

Lalu dengan terketar-ketar, tanpa berbahasa sepatah pun
dihulurkan UPT tersebut kepada sang suami
suami yang khusyuk baca akhbar tediam seketika
eh? ha? betul ke ni?
Alhamdulillah, terus dipeluknya isteri..
aah.. isteri masih sejuk beku
diam... macam blur2..
^_^ saya pun tak paham entah kenapa macam blur2 je time tu
kuikui...

wallahua'alam mungkin ada yang senasib dengan saya
blurrrr
kuikui...
Allah je Maha Tahu apa yang bersarang dalam benak dan hati ini
:)

Nak dijadikan cerita lagi, lepas tu terus siap-siap nak balik kampung suami
so, plan asal nak singgah kat klinik kat sungai besar la...
so, bila sampai pekan sungai besar macam blur
:mana nak cari klinik yang ada doktor wanita?
pusing punya pusing, tak ada!
hahha... maka misi petang itu gagal

gagah kan juga diri ke klinik biasa, tapi...
"Maaf ye, doktor balik mandi, 7 malam nanti baru datang klinik", kata nurse.
oh... ok...
kami ambil keputusan nak buat UPT kat klinik tu
tapi kena tunggu malam la...
doktor lelaki pun lelaki la.... sebab nak confirmkan je dulu
bukan nak check up pun, ye dak?
hahha

so, sebelum sampai rumah mak bapak mertua
punyalah menyinga dan warning suami
"Ha! Jangan nak hebahkan dulu tau! kena confirm kat doktor dulu ok!! Janji?".
"Ok! Janji", suami akur warning sang isteri yang memang garang
hahhaha
^_^


Alhamdulillah, malam tu juga buat UPT kat klinik
dan keputusannya +ve
syukur Alhamdulillah
and the new journey begin...

... akan bersambung lagi...




Saturday, February 8, 2014

Mommy To Bee (Laman 1)

Assalamualaikum wbt,

Syukur atas setiap nikmat dan kurniaanMu Ya Allah
kalau kiranya dulu macam mimpi je dah nikah
sekarang lagilah... macam dalam alam fantasi je ni
apakah?

sabar-sabar... biar IM cotcet-cotcet dulu ye
mohon izin semua  ^_^

alkisahnya bila sudah bergelar suri hati suami
confirmlah semua pun dah tak sabar-sabar nak tukar status pula kan?
nak naik taraf pula
tak gitu?
opsss... tak tahu la kalau ada yang nak honeymoon lama-lama kan
depends juga la
hak individu kan :)

so, same goes to IM
actually IM ni termasuk dalam kategori 'datang bulan' yang tak menentu
sesuka hati la, nak datang 2 bulan sekali ke.. 3 bulan sekali ke
hihi..
alkisah sungguh ek..
aah..dulu time study kat UIA siap buat checkup sebab masalah ni
tapi doktor kata ok je
siap cakap; "Kalau awak nak 'datang' tiap-tiap bulan, saya bagilah ubat".
hahaha.. maksudnya, kalau NAK JUGA EVERY MONTH 'datang', kena makan ubat
oh please... memang taklah, since dia kata IM normal...

so... bila dah berumah dan bertangga ni susah sikit la nak agak-agak kan..
alaaa.. biasa la.. nak kira dan jangka pun pening
so, kalau lambat dan tak datang pun buat dek jela..

so, bulan November 2013 lalu IM kena pergi kursus untuk guru baru
aah... IM teacher Little Caliph sejak Julai 2013
punyalah sepanjang seminggu kursus tu, ampun!
IM sangatlah hyperactive ok!
kalau tengok memanglah pengsan
hahaha..
menari la... berlari la... memang la..
kalau siapa teacher tahulah ye
memang teacher tadika memang kena jadi hyperactive juga
tak kalah dengan students ok
hihi..

kisahnya, sepanjang seminggu kursus ni hampir setiap malam jugalah bertemankan air mata
hahahha
lawak seh!
seminggu tinggal rumah family kat shah alam
raja hati beta kat rumah sewa kami, 
sebab kursus tu mula awal pagi, habis lewat petang
lama rasanya tak duduk jauh-jauh dari husband terchenta
so, emosinya jangan cakaplah
Allah je tahu...
T_T

usai je kursus, cik abang yang dinanti pun sampai...
yahu! hihi.. punyalah mengada..
aah.. IM ni namanya je anak sulung, tapi manja memang lebey.. hihi
sorry.. redha jela suamiku...

pagi sabtu tu, family IM balik kampung ibu sebab ada kenduri di kampung
so, IM tinggal je la dengan encik abang tersayang

kisahnya bermula....
IM memang rasa lain macam, tapi diamkan je la..
so, masa zohor tu, cik abang dah ke masjid
IM pun ambil keputusan buat UPT
hihi..
tengah hari pula tu, slumber je..
takpe la, ada rezeki ada lah la kan  :)

sekali... nampak macam ni

v
v
v
v
v
v


tergamam terus
Allahuakbar!
sungguh ke ni?
menggeletar kejap.... tergamam..
Allah.. betul ke ni?

aah... sebelum ada buat juga, tapi semua negatif
tapi bila nampak ni
otak macam tiba-tiba hilang fungsi
badan terus seram sejuk
Allah!!! menggeletar...
tapi sebab memang nak solat ohor
maka teruskan juga la misi utama, siap je, terus sujud syukur
Allahu Allah
tak terlafaz kata syukur sebanyaknya

tapi... IM tiba-tiba blur..
macam mana nak bagitahu cik abang
hahha
macam malu pun ada....
hihi...
so lawak la...


^_^


.......sambung nanti ye... sayang korang.....







PRINCESS CUT DRESS (NURSING FRIENDLY)

Bismillah... pembuka kalam bicara..

Allahu Allah..
segala pujian selayaknya hanya untukMu Ya Allah..


Fuhhhhhhhhhh!!!!
opss over tau  ^_^

sorry.... IM lama biarkan laman ni bersawang..
siap ada yang kata rindu2 gitu
euw! macam tak caya tau

tapi tu la... bukan tiada masa
tapi melayan perasaan dan badan yang kurang stabil ni
eh? kenapa?
Alhamdulillah.. insyaAllah, minggu depan dah nak masuk 3 bulan dah kandungan IM
Alhamdulillah
syukur dipanjatkan ke atasNya

oh ye... tapi entry ni bukan pasal journey IM sebagai Mom To Be ye  :)
itu IM akan cotcet dalam entry lain ye

sekarang IM ni tengah mabuk-mabuk
mabuk pregnant?
hihi.. tak la..
mabuk nak menjahit je kejenye...
hahaha

tu la.. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?
hihi
kenapa? ibu IM memang tailor
tapi lately sejak dah pregnant ni makin geram tengok kain dan mesin jahit
hihi

apa jenis mengidam la IM ni
well, IM pun ambil keputusan untuk ambil kelas jahitan
kat mana?

whatsapp

apa?
aah... kan canggih manggih tu
hihi
Alhamdulillah IM ambil kelas jahitan dengan Yasalma Sewing School
fullamak!
saja je nak gempak..
tapi atas saranan kawan juga katanya, yuran mahal, TAPI KOMPEM MENJADI
so, IM decide la join

pergh! memang mahal!
TAPI... BERBALOI BALOI
dan dah siap dah pun dress IM
sebak juga la bila berjaya menjahit dress sendiri
apalah ropenye?

v
v
v
v
v
v
v
v
v


sorry ek... IM ni tahap ketinggian macam budak sekolah je
hihi.. ^^

teruja tak?
tak teruja tak apa la..
biar IM teruja sorang-sorang..
hihi

dan sekarang IM tengah belajar jahit Jubah A Cut pula
nantikan hasilnya pula ye...

sampai sini dulu ye... nantikan next entry pula
mekasih sudi baca IM bebel subuh-subuh ni

Wallahua'alam

Shaklee Independent Distributor ISMA (ID : 1081111)
0173733012

Wednesday, December 4, 2013

MIGRAIN


Anda sering mengalami serangan Migrain?

Tak tahan serangan yang berulang kali sehingga mengganggu rutin anda?

Migrain menyerang tatkala revision week, exam week.. Argh!!! stress!!!


Jika anda katakan YA... 
Maka... tubuh anda amat memerlukan DHA :) 


DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran.

Bagi penghidap MIGRAIN, anda disarankan untuk mengambil DHA kerana ianya mengatasi serangan Migrain!!! 

Ini la penyakit popular students... 

# So.. mana nak cari DHA ni, takkan nak belek-belek semua ingredients makanan sebelum beli kan kan?!

Tak usah gusar!
Tak usah pening!
DHA ini juga terkandung dalam OMEGA GUARD Shaklee

So, guys out there, jom grab this month promotion nutrisi daripada Shaklee.... 
hehe 

This month promotion, BUY 6 FREE 1...
Tak nak borong 6 pun anda boleh dapatkan harga promosi juga ye
Hanya perlu PM/ Whatsapp saya SID Isma (ID 1081111) - 0173733012

Saya sedia membantu 
InsyaAllah


Thursday, November 14, 2013

LITTLE CALIPH PUTRA PERDANA 2013

macam tak percaya!
beginilah hasilnya...
daripada insan yang langsung tak kreatif

sungguh!
bangga dengan pencapaian diri sendiri
Alhamdulillah

^_^

kelas untuk tahun ini
dan saya dah mula draft untuk kelas 2014

Allahumma Yassir
pagi-pagi teacher dah buli

tu dia! akur arahan teacher

*maaf.. student yang depan sekali tu mmg kanak2 istimewa
hehe... haru selalu

minah 4 years ni semua bijak2 dan lincah amat!

anak-anak tersayang
rapat lebih dengan anak-anak yang day care
parents akan ambil petang selepas office hour

sangat rapat dengan dua beradik ni
kerana boleh dikatakan setiap hari parents mereka akan jemput lepas maghrib
kiranya spend masa yang lama di tadika dengan teacher
apa lagi!  manja lebih la ni..

tapi yang paling best! diorang ni la yang rajin solat jemaah Maghrib dengan teacher
siap merajuk kalau ayahnya jemput sebelum siap solat jemaah dengan teacher

oh la anak!
mana la tak sayang!

Rehearsal semalam.. preparation untuk esok hari
Ikhtifal & Convocation Day
Tadika Kasih Khalifah
Little Caliphs Putra Perdana

Kami buat origami mulut bird and duck
kami suka!
Allahuakbar!

Tuesday, November 5, 2013

Maal Hijrah 1435H



Salam Maal Hijrah 1435H

^_^

Hijrahlah kepada kebaikan
dan bukan ke jalan kekufuran
wannauzubillah

Alhamdulillah, tahun baru Islam kali ini berstatus baru
gitu!

Allahu Allah!

Untunglah...

Biarlah dunia mengata apa sahaja tentang diri ini
Namun, Allah tahu
luar dan dalamku

Mahu apa lagi?
Nikmat seluruh alam terbentang indah

Alhamdulillah
syukur Allah atas tiap cintamu
kuatkan tautan kasih kami atas jalanMu

Saturday, October 12, 2013

AIDIL ADHA TAHUN YANG LALU



Salam Aidil Adha...
eh kenapa awal benar IM ambil gambar raya?
hihi  ^_^

ni gambar Aidil Adha tahun lepas
ha? tahun lepas?
aah.. saja nak imbau kisah manis tahun lepas

Aidil Adha tahun lepas
mencatatkan sejarah
ye la... tahun lepas, ayah dan ibu IM mengerjakan fardhu haji

tahun lepas juga la banyak kisah suka duka 
yang banyak mengubah warna kehidupan IM
Alhamdulillah 'ala kulli hal Ya Allah

tahun lepas, usai solat sunat Aidil Adha
IM dan adik-adik menghabiskan hari kami di Melaka bersama makcik terasayang kami; Mak Wah..

jom soroti kisah kami...
enjoy the momento!
hehe... layan...





jejakaku..

tahap kesengalan yang menyerlah!

tiut kan... kakak (Adik perempuan IM), IM dan Angah



fefeeling obersi




Zoo Melaka pula





Thursday, October 10, 2013

KISAH TANGAN

Allahuakbar!
lama sungguh tak menjengah
opssss... bukan tak menjengah
tapi lama tak mencoret tinta hati
hihi

maaf sayang-sayangku
^_^

Assalamualaikum wbt,
harap kalian semua sihat hendaknya
insyaAllah

oh ye... Alhamdulillah
IM masih lagi dalam fasa ta'aruf
oh... biasa la
baru nak bercinta lepas nikah
gitu!

oh ye... IM ni ada satu habit
yup!
selalu juga orang tegur

APAKAH?

gambar tangan
bak kata... biar tangan berbicara
gitu!

aduh... memang suka
ye la... kita tak cun mana macam model2
uik.. gitu
well... banyak nak kongsikan sebenarnya
insyaAllah.. later ye.. 




dating time!



baju 1st yang sama! actually tak sama sangat
baju yang encik abang belikan
dia kata; tak nak beli baju yang sama ke?
semangat dia tolong carikan motif yang ala2 sama

gitu!



picnic time! makan ice cream tepi tasik



melekat time! haha


Tinta IM : melayan Semanis Kurma : Langkah Bendul...

Friday, August 16, 2013

CINTA KITA


saya tak tahu
bila masa Allah kirimkan rasa kasih ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah pinjamkan rasa sayang ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah utuskan rasa yakin ini pada saya

saya tak tahu
bila masa Allah titipkan rasa cinta ini pada saya

apa yang saya tahu
Allah sayang saya
lalu dikirimkan kasih
dipinjamkan sayang
diutuskan keyakinan
dan dititipkan cinta
pada hati saya yang terdalam ini

sungguh Allah
syukur daku atas setiap satu nikmat kurniaMu
maka Ya Allah jangan pernah biar daku dan dia jauh dariMu
selalulah ada dengan kami
agar kami selalu dekat denganMu
meraih cinta dalam tiap redhaMu
kerana adanya dia untukku keranaMu

sungguh daku tak kuat tanpanya dan tanpaMu
ya habibi
kasih hatiku
sungguh satu sahaja pintaku
agar kita menjadi tetamu teragung
bersama; kau dan aku
di taman syurga abadi Yang Maha Ilahi
Allahu Robbi

Tinta IM : setiap hari adalah hari baru untukku dan dirimu...  ^_^

Thursday, August 15, 2013

AIDILFITRI 2013 : KELUARGA SAYA

Assalamualaikum wbt....
moga kalian semua sihat insyaAllah
semuanya update dan maklum tak tentang keadaan Mesir terkini?
Ya Allah... harapnya, semua ringan-ringankan lidah panjatkan doa demi keselamatan saudara mara kita di sana dan seluruh dunia ye.. insyaAllah

oh ye.. salam Aidilfitri..
semalam IM kongsi aksi sebabak yang buat korang rasa nak muntah iyer??
hari ini, IM tambah lagi..
sampai kalian pengsan pula
hihi..
xla.. harapnya tiada la yang rasa loya ye..

ampun maaf dipinta
salam kemaafan..

*********

ini koleksi gambar pada hari raya ke - 2 di kampung bonda tercinta
Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan


Abg sayang - Ibu - Me
Angah - Kakak (adik perempuan)

Ibu pun join aksi kami
yow!

amboi-amboi ibu... sukalatu... dah ada bodyguard nampak!
hihihi

my superheroes.... dengan ibu tersayang
ada pendekar di situ..
hihi

keluarga tersayang... lengkap sudah ^_^
alhamdulillah
say what? along nye yang mana satu pun confuse kan kan
hihi..
tak apa, mengalah dengan adik-adik gitu
p/s: awet muda la tu

berani cari gaduh?!?!?!
haha.. always sengal

ladies dalam keluarga Tn Hj Ahmad Puad ^_^

sekian liputan hari raya bagi tahun ini..
banyak lagi.. tapi nanti semua muntah kan kan

:)

Wednesday, August 14, 2013

SAHABAT : ENTRY YANG ENTAH KEBERAPA JUTA KALI

Sebab... IM rindu sangat sahabat-sahabat IM
lalu IM postkan lagi
dan lagi
dan lagi....

Ya Allah, Kau beri kesempatan kami berukhwah di dunia ini Ya Allah
Maka Kau berikan kesempatanMu
agar kami dapat bersatu di dalam syurgaMu
Ameen Ya Robbal 'Alamin

(^_^)





Tinta IM : sekarang.. semua dah ,memegang status isteri.. wah! pantasnya masa berlalu...

AIDILFITRI 2013 : SYAWAL 1434H

Assalamualaikum wbt semua...

harapnya kalian semua sihat belaka
jangan pula salahkan ketupat, lemang dan rendang ye
jaga pemakanan kalian tau

say no!
no!
no!
kepada gaya pemakanan yang kurang sihat..

hihi...
dah macam pakar pemakanan pula IM ye...

****

Alhamdulillah... IM sudah kembali ke lapangan kerja
pagi tadi merupakan hari pertama IM memulakan tugasan selepas seminggu bercuti hari raya
kalian pula bagaimana?
masih di kampung halaman?
wah! wah! wah!

IM kalau ikutkan hati dan rasa, mahu sahaja becuti lama-lama
tapi serius, hambatan rasa rindu pada anak-anak di tadika
ecewah! kalau anak-anak baca blog teacher Isma, confirm touching!

hihi  ^_^

******

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Segala pujian selayaknya hanya padaNya
Tuhan semesta alam

Aidilfitri kali ini, IM dapat raikan dengan status baru
ISTERI

wah! wah! dah besar dah rupanya IM ni
tapi kenapa rasa sentiasa muda remaja gitu?
hihi...

so, raya kali ini, ala-ala post wedding la ye
mood pengantin baru mengada-ngada masih ada
melekat!
so... apa lagi...

(^_^)v






susah sebenarnya nak posing-posing ni
IM memang la TAK SUSAH
tapi kesian pada suamiku yang pemalu
nasib la... kerana isterinya yang gedix.. dilayankan jua...
oh.. nasiblah....
kahwin dengan saya, kahwinlah dengan baik dan juga buruk saya ye
redhalah dirimu

:: cinta.sampai.syurga.Allah.insyaAllah.Ameen ::


Tinta IM : ramai tegur bila IM post gambar IM kat FB, katanya IM kurus... hihi.. memang IM tengah diet la kunun.. 
nanti takde la asyik kena perli je... 
almaklumlah.. suamiku slim kalah model... 

oh ye! memang misi IM sedari dulu lagi.. 
bercita-cita... 
bila kahwin, nak maintainkan berat badan dan tambahkan KG pada encik suami (cita-cita yang direka sebelum ada calon suami lagi.. hihi..) 
tercapaikah misi IM? sama-sama kita lihat pada episod akan datang.. 
stay tuned....  ^_^


HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...