Monday, February 1, 2016

HOMEMADE BABY FOOD




ok...untuk entry kali ini, Ummi Azra nak kongsikan tips pengendalian atau penggunaan Serbuk Beras Perang ni ye...

ha...seronokkan...dah beli, siap ada panduan lagi...  :)


***************

🍄Brown Rice Powder 150g RM15s/RM18ss
👉 Cuma tambah air panas @ boleh dimasak seperti White Rice powder
🍴 Sukatan: 2 sudu besar + 200 ml air
 

Boleh digunakan: 2 sudu besar = 8 kali (Anggaran)


**************

Yang masih belum dapatkan produk ni boleh pilih 5 jenis kat bawah ni dan WhatsApp Isma ye 0173733012




Mommy To Bee (Laman 4)

Alhamdulillah..
pregnant kali ni takdelah sesemput masa Azra dulu

Ingat lagi, masa tu Ramadhan, tadarus memang nafas pendek-pendek je...malunya lahai..even baca Quran sendiri kat rumah pun pendek-pendek je bacaan..

Alhamdulillah, pregnant adik baby kali ni ok...bacaan Mad yang panjang-panjang semua dapat baca elok je... Syukur..

Cumanya, kali ni, rasa berat cepat naik, badan terasa sangat berat, padat, sendat WALAUPUN idok le nampak GUMUK..kihkih...perasaannya lahai (entah2 orang semua pandang daku macam bola kot..ihihihi)

By the way, preparation belum buat apa-apa pun... Pam susu pun berterabur lagi, belum steril, belum simpan elok-elok sebab jadi barnag mainan Kakak Azra Solehah Hafizoh ni lahai... barut dah settle jahit tu jela.. hahaha..

Ye sayang...Ummi tengah kumpul duit untuk beli pakaian awak, kelengkapan semuanya, untuk biaya hospital lagi..banyaknya kannnn.. tu la sayanng.. ekonomi sedang gawat, ummi kena kuat dan cekalkan semangat ni..insyaallah sentiasa ada rezeki awak dan kakak Azra Solehah Hafizoh..Allahumma Ameen


Kalau ada yang nak tempah barut zap macam ni bolehlah contact Ummi Azra ye, tapi buat masa ni ada 5 corak ni jela ye..hihi

0173733012

HOMEMADE BABY FOOD

Baby Food semakin banyak menguasai pasaran. Tapi sebagai ibu bapa kenalah bijak memilihnya. Lagi-lagi kita sebagai Muslim, kena pastikan, bukan sahaja Halal, tapi Halalan Toyyiban..

hoho...ada beza tau!
Halalan Toyyiban ni mencakupi pelbagai aspek, bukan sekadar bahan sahaja Halal, tapi jaminan mutu produk, proses penghasilannya dan lain-lain lagi. So.. mudah kata, carilah produk Halal yang dihasilkan oleh Muslim, insyaAllah tenang jiwa kan kan..

Gituuuu..

So, hari ini, Isma decide untuk perkenalkan barisan produk 'Homemade Baby Food'
YES!
memang bukan Isma yang hasilkan, TAPI !!!!
puas hati bila survey dan selidik, memang produk ini menepati citarasa Isma sebagai seorang ibu yang cerewet dengan pemakanan anak.. lagi-lagi anak berusia di bawah 2 tahun

 >> (ohhh..doakanlah ada modal dan peralatan yang cukup untuk Isma produce barangan Baby Food..cita-cita sangat) <<


5 PRODUK yang boleh mommies pilih ye ^^ 


SERBUK OAT
SERBUK BERAS PUTIH
SERBUK BILIS
SERBUK BERAS PERANG



SERBUK LOBAK MERAH



 Yang nak dapatkan info lanjut boleh terus Whatsapp Isma 0173733012 ye  :)

Wednesday, January 27, 2016

Mommy To Bee Lagi (Laman 3)

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Syukur.. pagi ni pergi checkup.. saja lewatkan sikit..patut 15hb hari tu
Almaklumlah, guna duit sendiri sebab checkup kat klinik swasta kan...
bukan apa..kesian dan MALAS lebih nak ke Klinik Kesihatan biasa..hihi...

so.. last month ada buat blood test, Alhamdulillah doktor bagitahu result semuanya ok
Tekanan darah pun border line..kahkah.. biasa la..tu normal la untuk iolz..
sikit je lagi nk capai 11, kata doktor seakan memahami..ahahahha...


********************

tapi.............................. teruk naulah pregnant kali ni
baru 6 bulan dah 59kg
ahahahaha..dah sama berat masa nak bersalinkan Azra
siap bagitahu doktor, ni berat masa 9 bulan dulu ni doktor
doktor Suraya ni style makcik2, tapi tak kepochi
dia senyum, siap angguk dengar Ummi Azra bebel (ni sapa doktor, sapa patient entah?)

Doktor Suraya cool je jawab, "ni boleh bertambah lagi ni...(berat)".
hahhaa..hamek! merasalah keberetan yang nyata!
nak keluar rumah pun rasa malas, sebab turun naik tangga
Almaklumlah rumah atas langit..haha...kalau boleh xmo bawa pape, beg ke..hatta dukung Azra pun ayahnya yang settlekan..


**************


ahahha...
oh ye...patutlah rasa perut padat..rupanya adik baby buat aksi..kepala kat bawah
kalau ummi ke toilet nk cangkung memang agak sengsara sikit la
apadehal..sikit je kan..
tapi kali ni memang adik baby lebih aktif dari Kakak Azra
dan..alhamdulillah seperti firasat ummi dan juga ummi doa dan idam-idamkan
tadi dapat scan jantina adik baby

InsyaAllah, Ummi Ayah ready ^^
sepasanglah hendakNya..Allahumma Ameen
tapi ummi dah warning ayah.. kenalah beli baju baru, since baju kakak Azra mostly PINK
ahahha..nasiblah..kalau ummi rasa nak pakaikan pink apadehal kan..
syweet jgk kan kan..

Ummi Ayah doakan adik baby membesar dengan sihat dan kuat
moga jadi anak yang tabah...Anak Soleh Hafiz macam kakak Azra Solehah Hafizoh...
Allahumma Ameen..

Nanti ummi rajin, ummi korek-korek la stok baju kakak Azra, tengok apa yang adik baby boleh guna nanti
kalau tak cukup baru topup beli baru
Almaklumlah sayang, sekarang ni musim gawat
semua barang pun mahal sayang..
ummi dah siapkan barut untuk adik baby..kalau ummi boleh kait baju seluar, semua pun ummi buat sendiri, tapi idok le ummi mampu
 






sekian, bebelan Ummi..

Tuesday, January 26, 2016

SUSU KAMBING

Susu kambing khabarnya, susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Pregnant kali ni, macam teringin pula nak minum susu kambing. Penangan setiap hari buka IG nampak je iklan Umaima by Abby Abadi tu. Lagi lagi bila ada perisa strawberry (orang kalau dah gila pink memang gitu..terpengaruh sungguh!)

last-last, petang ni buka FB, tekan sana, tekan sini, jumpa la Page Imuslimshop.com ni ha... nampak pula boleh request sample Susu Kambing Lazz.. macam lazizah je... meh le kita try..

Uolz kalau teringin nak merasa juga meh kita cuba sesama ye... buka SINI dan tekan Dapatkan Sample untuk isi borang sample tu ye..

tak pun klik je SINI senang cerita..hihi..
Selamat bersusu kambing ^^




uolz yang dah biasa minum susu kambing pilih jenama apa? dan kenapa? boleh kongsi sikit....


Wednesday, December 30, 2015

SOLID FOOD FOR BABY


Semalam tengah sibuk mencari barangan Ikea untuk customer, tiba-tiba dapat Whatsapp dari kawan sekolah. Kecoh dalam group Whatsapp kejap. Line kat Ikea pula macam Chipsmore, kejap ada, kejap ghaib. Sabar jelah..

Tunggu punya tunggu gambar loading...........................
Allahuakbar!
Dah keluar dah ye?
hihi..



Tiba-tiba rasa macam, hahahhaahha..so lawak!

Patutlah dari minggu lepas, ramai yang Add Friends di FB. Terima kasih semua.. Ummi Azra ni masih belajar dan sentiasa mencari-cari ilmu. Kita sama-sama berkongsi apa-apa yang patut ye.. Bi iznillah... InsyaAllah

Ok!
Ummi Azra kena lebih rajin, istiqomah dan jadi lebih kreatif. Doakan ye semua! Ameen

 

Wednesday, December 23, 2015

GIVEAWAY POCKET CALENDAR

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 
by www.nooratikahramli.com


nak join juga?
mudah je caranya...

anda hanya perlu klik SINI

atau

klik banner di bawah ni ye..

http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html?m=1

Monday, November 23, 2015

PERSONAL SHOPPER IKEA

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..
Misi kami sebagai Personal Shopper Ikea bermula pada 19 November yang lalu
Fuh!!!

Memang mencabar!
sebab yang nak dibeli ni barangan promosi
Jangan haraplah nak dapat dengan mudah
Orang lain pun pakat berebut
Dasyat sungguh
Inilah pengalaman pertama Ummi Azra menyelit-nyelit masa tengah sales
hahahaha...

By the way, selepas 4 hari straight menerjah Ikea seawal pagi sebelum Ikea tu buka
Beratur panjang tunggu nak masuk tu
Hari ini, isnin kami rehatkan diri
Esok insyaAllah kami akan menjalankan tugasan sebagai Personal Shopper Ikea kembali

So, kalau ada yang berminat bolehlah WhatsApp Isma 0173733012
Bagaimana cara untuk memesan barangan Ikea?
Mudah sahaja;

CARA 1

1) Buka website ini  IKEA MALAYSIA
2) Pilih barang yang dikehendaki dengan Klik - Save To List
3) Setelah selesai memilih barang, pergi ke capaian - My Shopping List
4) Klik - E-mail , dan masukkan email - isma.ap@gmail.com dan klik Send
5) WhatsApp Isma 0173733012 untuk maklumkan order tersebut

CARA 2

1) Buka website ini  IKEA MALAYSIA
2) Pilih barang yang dikehendaki dan Screenshot produk tersebut (berserta nama dan harganya)
3) WhatsApp Isma 0173733012
4) Kami akan maklumkan harga barangan berserta upah dan butiran lain


Senang je kan :)
Selamat berShopping dengan Ikea menggunakan perkhidmatan Personal Shopper kami  :)


 Ni antara barangan yang kami dapatkan untuk customer kami sempena Sale Pembukaan Ikea Cheras 19 - 22 November 2015









Tuesday, November 17, 2015

BABY SOLID FOOD : CARROT PASTA WITH PUMPKIN GRAVY

Assalamualaikum mommies yang hebat ^^
Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt insyaAllah

kali ni, Ummi perkenalkan Azra dengan western food, tapi ada la juga rasa kemelayuannya..ececeh..

let's get started  :)



CARROT PASTA WITH PUMPKIN GRAVY

Bahan2;


Labu *

Lobak Merah *

Bawang Putih *

Isi Ayam *

Carrot Organic Pasta (celur)



Cara2;


- Rebuskan bahan2 bertanda * dengan sedikit air sehingga empuk.



-Kisar dengan air rebusan setelah sedikit sejuk.



-Hidangkan bersama pasta yang telah dicelur. Taburkan sedikit Mixed Herbs dan juga parutan keju jika suka.


YUmmy!

serious sedap..Lemak manis gitu!!

Monday, November 16, 2015

BABY SOLID FOOD : CORN IN A CUP

ha....
siapa bilang tak nikmat hidup anak2 bila tak makan garam gula dan penambah rasa semua tu?
meh Ummi Azra tunjuk

sedap lahai.....

Resepi ringkas, cepat dan dijamin SEDAP!!!
Tapi AWAS!!!
Nanti bila anak poo poo...ha...faham faham la ye  ^^


CORN IN A CUP
 
Kukus butiran jagung
Gaul dengan unsalted butter
Siap!

disebabkan letak dalam bowl, maka kenalah tukar nama ye dak?

Sunday, November 15, 2015

BABY SOLID FOOD : TAUFUFAH

Taufufah
Biasanya kita mesti nak mencari bila tiba bulan Ramadhan kan?

Dulu, kalau ummi azra beli taufufah, cuma nak hirup air gula tu je..
ceh! tak senonoh sungguh kan ^^

ok..meh Ummi Azra kongsikan resepi taufufah untuk baby, yang pastinya, maknya pun tumpang suap ke mulut sendiri juga

haha..

jom! alakazam!


 Taufufah Baby Version

Bahan2;

Tauhu Organik
Puri Kurma/Kismis (atau apa shj)

Cara2;

Potong tauhu
Kukus dlm 3-5 minit
Curah dengan puri pilihan
Siap!

 



ha.........mudah ke senang? sempoi je kan? selamat mencuba mommies

Saturday, November 14, 2015

BABY SOLID FOOD : DONUT

Ha..tudia..
siapa kata bila kita kawal pemakanan anak tanpa gula dan garam mereka tak dapat menikmati makanan macam2

hihi..
tipsnya mommies kena jadi lebih kreatif ye :)
Ummi Azra idak la kreatif sangat
tapi, sebabnya menung mikir, nak bagi Azra makan apa?
so..kenalah usahakan..

ha..dah mulalah dah bebel..
jom jom!
siap sedia dengan menu seterusnya :)



DONUT

 Bahan2;

Unbleached Flour (Faiza/Ros/Intisar)
Unsalted Butter/Olive oil (salah satu)
Puree Kurma/Kismis (ikut citarasa)
Yis
Habbatussauda'
Air
Olive Oil (utk menggoreng)

Cara2;

-Masukkan semua bahan
-Uli sebati
-Rehatkan adunan dlm 10-15 minit
-Uli semula
-Canai dan terap
-Goreng dgn olive oil
-Siap! Buat extra utk Frozen Donut






TIPS;
-boleh letak fresh milk/fm/ebm jika mahu

-seeloknya cari alternatif yis segera spt sour dough atau yis organik, jika tiada bolehlah guna yis segera

-utk FROZEN DONUT, sebelum penyimpanan, goreng separa masak utk elakkan donut melekat antara satu sama lain (semua jenis kuih boleh guna cara ini)

Friday, November 13, 2015

BABY SOLID FOOD : CHICKEN NUGGET

Siapa suka makan nugget?
Siapa suka beli nugget?
ececeh...

apa kata, mulai hari ni, kita pasang niat
tak payah pandang2 dah dalam ice box kat supermarket tu
kita buat je semua nak?

hihi..
dijamin bersih, suci dan semestinya penuh kasih sayang dan zikrullah
gittu..

jom jom!
intai resepi, senaraikan bahan, berdesup pi buat ye..


CHICKEN NUGGET
 
Bahan2;

Isi ayam dikisar
Tauhu dicincang
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Sayuran (lobak/brokoli etc) dicincang
Mixed Herbs
Garam (utk 2thn ke atas/dewasa)
Lada Putih (dewasa)
Tepung Gandum
Telur (sy x guna)
Minyak Zaitun
Habbatussauda (jika mahu)
Bread Crumbs (Homemade / Putih / Oren)

Cara2;

  1. Satukan isi ayam, tauhu, bawang besar, bawang putih, telur. Sebatikan.
  2. Masukkan beberapa sudu tepung jika mahu/perlu (jika adunan terlalu lembik).
  3. Masukkan habbatussauda dan mixed herbs (utk dewasa boleh letak garam dan lada putih). Adunan siap untuk dibentuk.
  4. Ambil minyak zaitun dan sapu pada tangan utk membentuk adunan (ikut suka bentuk yg digemari)
  5. Salutkan dengan bread crumbs. Bekukan sekurang kurangnya 30 minit sebelum digoreng.

Selamat mencuba ^^










 





TIPS:

Ummi Azra boh je apa yang ada kat rumah. Yang tak ada tu skip je.

Boleh kisar isi ayam dengan blender biasa. Cuma rendam seketika isi ayam agar benar2 lembut. Kisar dgn sedikit sahaja air dan beberapa titis minyak zaitun.

Have fun!
Masak dengan kasih sayang ye. Sambil selawat dan 'jampi'






Ni pula antara produk Baby Frozen Food yang Ummi Azra jual. Pre order ye, sebab nk pastikan kualiti dan mutunya terjamin. So, mommies yang nak order boleh roger.




Ummi Azra buat bila ada yang buat tempahan, dan hantar ke lokasi berikut;
PickUp point; Putrajaya, Shah Alam, Puchong

Boleh terus whatsApp Isma 0173733012
Alhamdulillah dah ramai dah yang beli :) 

Thursday, November 12, 2015

BABY SOLID FOOD : BERGEDIL

Assalamualaikum semua ^^

Untuk kali ini, Ummi Azra kongsikan pula resepi Bergedil..
Kalau dah ummi ayah suka, mestilah anak pun suka..kentang kan?

ok..siap sedia semua!!!


Bergedil Baby Version

Bahan2;
Kentang
Isi Ayam
Daun Sup/Ketumbar (cincang halus)
Mix Herbs
Keju (sagat)
Olive Oil/Unsalted Butter

Cara2;
Rebus/Kukus Kentang dan Isi Ayam hingga empuk
Lenyek kentang
Cincang halus isi ayam
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk. Gaul rata.
Goreng dgn olive oil (sedikit)
Sedia utk dihidang.

anak2 kebiasaannya suka makan nasi dan sup kan? apa kata, sertakan bergedil dalam hidangan mereka? lagilah mereka suka  :)

Wednesday, November 11, 2015

BABY SOLID FOOD : TEETHING COOKIES (ROTI KERAS)

Baby solid food la nilah baru Ummi Azra sempat nak up entry kali ni..
InsyaAllah akan menyusul banyak lagi ye lepas ni.

Ummi Azra kongsikan serba sedikit resepi dan tips yang berkaitan menu untuk si manja tersayang.

Ni semua koleksi menu santapan Azra. Ummi tak terror masak, so simple simple je la ye..

Jom!
kita mulakan dengan kudapan


Teething Cookies
 (sesuai buat gigit2 si budak comel)

Bahan2;

Roti Keping
Unsalted Butter
Acuan

Cara2;

-sapu roti dengan Unsalted Butter
-terap menggunakan acuan
-bakar roti sehingga garing

Masa ni lupa nak ambil gambar lepas dibakar. Yang pastinya bila dah sejuk, tekstur roti ni bertukar jadi rangup gitu. Sedap!

Tuesday, November 3, 2015

BUSYBOOK

Busybook.

Siapa tak tahu apa itu Busybook? Ada juga yang panggil Quiet Book. Biar apapun nama timangan yang diberi, motifnya tetap sama. Nak bagi anak-anak dok diam, leka, tapi belajar sambil bermain. Gitu!

Demam Busybook memang memberi impak yang besar akhir-akhir ini. Rata-rata, semua mak-mak pun serbu MR DIY, Daiso, Kedai Kraf dan Barang Jahitan. Wah!!! mesti sales depa melonjak naik kan? hiihiii..

Well, macam Ummi Azra dah lama aim nak buat, punyalah kumpul idea lama, sebelum lahirkan azra lagi. Dek kerana masa lapang yang kurang nak ada, sekarang nilah baru berkesempatan buat.

Sekali nak buat untuk Azra, ada pula nak tumpang order. Hihi..maka Ummi Azra layankan jela. Untuk 1st batch ni, Ummi Azra buat simple je. 8 halaman aktiviti. Untuk 2nd batch 10 halaman aktiviti pula, dan banyak aktiviti baru yang baru dilakarkan. Macam biasa la, idea semua Tok Puan Seri Google kan hado!

hihi..meh tengok sikit Busybook Batch 1 yang sempoi baq hang!

Sempoi je kan...yang pasti objektif untuk pembelajaran menyeronokkan ada di situ  :)

Ok...bagi yang nak membuat tempahan boleh WhatsApp Isma 0173733012. Tapi Busybook ni Pre Order ye, ambil masa nak buat. Pre Order dengan Full Payment, aah la...Ummi Azra nak kena beli bahan semua tu kan. Almaklumlah, surirumah, mana ada gaji..kihkih..

ok WhatsApp Isma 0173733012 ok muah!

HOMEMADE BABY FROZEN FOOD @ FINGER FOOD

Homemade Baby Frozen kami Alhamdulillah dapat sambutan yang baik daripada ibu-ibu. Allahuakbar! Happy sangat kita.

Mula-mula idea keluar 3 menu sahaja, Potato Cheesy Ball, Chicken Nugget dan Chicken Sausage. Bila menjelang petang, tiba-tiba dapat idea nak buat ala-ala popia, maka terjadilah Sausage Roll.

Alhamdulillah, stok untuk minggu ini dah habis. Kita berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada Baby Cookies pula.

Yang sebenarnya, semua ni bermula daripada minat. Yelah, alang-alang buat untuk Azra, apa salahnya kita mudahkan kaum-kaum ibu yang lain. Ecewah gitu! Moga mengalir-alirlah pahala ye...

Ameen..
So, sesiapa yang nak dapatkan Homemade Baby Frozen Food bolehlah whatsapp Isma 0173733012
Tapi, kita hanya COD di Putrajaya dan Shah Alam sahaja ye. Untuk Puchong pun boleh. 

Ok..selamat mencuci mata dengan menu kami. InsyaAllah 2nd batch kami akan persembahkan menu-menu yang baru dan pastinya sedap!

Doakan kami ye :)

Inilah 4 menu kami :)





Ini sahabat Blogger saya borong, Nina

Ini masa nak menghantar di PickUp Point Putrajaya Sabtu minggu lepas.

Yang ini pula dah dibawa pulang ke Ipoh :)

Boleh juga jejak kami di FB Page kami KLIK SINI

Monday, October 26, 2015

HOMEMADE BABY FROZEN FOOD @ FINGER FOOD

Homemade Frozen Food ni selalunya untuk kita-kita orang dewasa kan?
Susah dan jarang jumpa yang khas untuk anak-anak yang mana ibubapanya pentingkan penjagaan pemakanan, lebih-lebih lagi yang bebas garam, gula, pengawet, perasa semua kan?

InsyaAllah, hari ini Ummi Azra akan lancarkan produk terbaru kami, Baby Frozen Food dan semestinya homemade. Ahaa!

Seronoklah mak-mak lepas ini. Beli, goreng dan terus hidang untuk anak-anak. InsyaAllah semua produk ini adalah kegemaran Azra dan Ummi..hihi...

InsyaAllah nanti petang atau malam Ummi Azra akan kongsikan di sini. Kalau nak terjah FB kami pun dialu-alukan, dan jangan lupa like FB Page M2Mv_BakeMe juga ye. KLIK SINI

Muah!!!

Sayang uolzz :)

Monday, September 14, 2015

Mommy To Bee Lagi (Laman 2)

Assalamualaikum semua bloggers ^^

pagi ni dapat up entry sebab Azra dah tidur semula lepas subuh, selalunya Ummi pun lena sekali. Tapi hari ni Ummi terlebih energy..hihi.. (haha..dan dan je dengar suara Azra merengek dalam bilik..hahha..nasiblah Ummi)

Pagi ni mencari info tentang Morning Sickness...
sebenarnya..kali ni bukan setakat Morning Sickness, tapi lebih kepada All Day Sickness hahah.. dahsyat kali ni dan agak mencabar...Sangat berbeza pengalaman yang Ummi lalui berbanding fasa kehamilan pertama (masa Azra). Benarlah bagai dikatakan orang, setiap kehamilan memang berbeza.

Apa yang beza?
Wallahi! masa Azra dulu memang tak ada sebarang alahan, badan pun cergas je selalu. Cuma waktu lepas maghrib je akan loya, dan muntah, lepas tu ok dah. Tapi kali ni MENCABAR! SANGAT MENCABAR bagi diri ini...

Badan rasa lemah, selalu sakit bagai sengal di bahagian bawah abdomen (bawah pusat), loya TAPI TAK MUNTAH MUNTAH T__T ...sampaikan suami runsing dan tanya, tak ada ke ubat bagi elok? punyalah dia risau. Dahlah kena jadi tukang urut sepenuh masa, kesian ayah Azra.. hihihi

Tiba2, Ummi Azra teringat, entah2 elok kot Pati Delima. Dah beli, tapi tak mula makan lagi..google dululah, buat simple research, naiklah pula blog Cik Sue INI . Semakin berkeyakinanlah nak cuba. Moga adalah hasil positif ye, Ameen.

Adik Baby Stay Strong my dear...Ummi, Ayah dan Kaklong Azra saaaaaaaaayang Adik Baby ^^

Mohon doa semua ya...

ni last time memborong kat Mahnaz..hihi..tapi tak guna lagi Pati Delima tu..hihi

ini antara info yang Ummi Azra jumpa ye..

Friday, September 11, 2015

Mommy To Bee Lagi (Laman 1)

eh? awat sampai dua?

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Syukur.. Allah masih sudi menganugerahkan rezeki dan nikmat pada hambaNya yang penuh dosa ini
hukhuk..
sebak rasa...

Alkisahnya,
Ummi Azra macam masih dalam mimpi lagi ni
hihi..tapi tadi dah scan kali ke-2, syukur..
dah nampak dah, clear sangat heart beat Adik Azra.. Alhamdulillah

Perasaan?
Allahuakbar!
rasa macam 1st time pregnant je... macam tak ada pengalaman hihi

Tapi memang benar, orang kata setiap kehamilan kita akan rasai situasi berbeza
BENAR!!!
benar ya amat..  T_T

Ummi Azra dapat rasakan kelainannya..
Masa Azra dulu, Ummi cergas..berjoget sana sini dengan students tadika
Tak ada alahan, cuma muntah2 lepas maghrib, itu pun tak lama tempohnya

TETAPI..................
Uhuk uhuk.. awal-awal hari tu, ummi siap demam
Lembik...Nafsu makan kalahkan MONSTER (agagag..lepas makan..lapar..lepas makan..lapar...)
Loya jangan cakap...dari pagi sampai nak tidur pun loya
Berat pun dah turun..

Tak apalah Adik Baby.. Ummi bertahan
Risau juga bila kerap sakit-sakit bahagian bawah pusat (perut)
sebab masa Azra tak ada simptom ni, tapi tadi checkup dan beritahu doktor, doktor kata normal

In fact, bila scan, uri dan air ketuban pun ok alhamdulillah
Syukur..moga Allah permudahkan segala urusan sekaliannya



Adik Baby sila kuat ye..

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...