Thursday, June 13, 2013

BOBOIBOY


Assalamualaikum wbt semua  ^_^


# Amaran : Entry kali ini PANJANG juga ek!


tiba-tiba IM rasa nak post entry pasal my boyzzz
ops... ramai sangat ke?

IM ada 3 orang adik lelaki
dan seorang adik perempuan
tapi, peliknya IM rapat dengan boboyz

ish ish ish
pelik ke?
x la... IM rapat dengan adik perempuan IM bila bab nak pilih baju, shawl, 
bla bla pasal perempuan la
tapi selalunya banyak gaduh-gaduh manja gitu

ANGAH

Nak kisahkan tentang adik IM yang pertama ni; ANGAH
dari kecik memang sangat rapat, dulu kami pakai baju mesti sama je
t-shirt seluar semua sama
hihi
cute kan... (x sempat nak scan gambar untuk tepek kat sini)
sumpah cute! masuk bakul lempar dalam gaung
maaf ganas pula gaya bahasa IM

ok ^_^
Angah ni budaknya bijak
serius!
lagi bijak dari IM
dari kecik lagi memang cerdik
kat tadika dapat anugerah pelajar mithali
tapi kat rumah..kus semangat!!! pening nengok perangai dia (ibu kata)
dia start berpuasa awal

tak macam IM
darjah satu
puasa pun satu hari
hihihi  ^_^
oh anakku nanti, sila jangan ikut jejak ummi mu yang ini
kuikui

Angah ni aktif di sekolah
pengawas, nasyid, atlet (memang tak la)
sekolah menengah banyak membentuk dia
jadi seorang yang makin hebat
jadi jurulatih nasyid bagai
pergh!!!

memang Angah hebat la
^_^


selera tengok Angah makan
sedap sangat kot IM masak time ni
hihi  ^_^

sekarang angah lagi hebat
Angah buat business sendiri
perniagaan berdaftar ye
berlokasi di rumah kami

walaupun lulusan Akuakultur daripada UMS
angah ada bakat dalam graphic design
lantaran minat yang mendalam dia ambil sijil berkaitan bidang ini
sekarang Angah buat business printing;

v
v
stickers
v
doodles
v
flyers
v
wedding cards
v
logos
v
business cards
v
graphics

dan yang paling suka

BUTTON BADGE / KEY CHAIN


Angah masuk TV, Slot Safiyya TV9

dan yang paling best, 100% props wedding IM Angah yang design;

kad jemputan
sticker lable pada goodies bag
welcome board
flyers candy buffet
button badge penanggah dan BFFTJ
signage
keychain dan button badge (cenderahati untuk tetamu)


BEST kan :)

Masa tunggu Ibu Ayah pulag daripada Ibadah Haji tahun lepas (maaf.. gambar blur)

 ABANG

Oh ye... mesti pelik kan kenapa Im dan adik beradik panggil dia Abang?
sebab.. sebelum ni dipanggil adik
dan jarak antara Abang dan Adik agak jauh
so, bila dapat adik, dia yang bahasakan dirinya Abang
ataupun 'Orang'

aah.. dia bahasakan dirinya as 'Orang'
hihi
cute kan Abang!

Abang ni senyap juga orangnya macam angah
tapi Malas sikit budaknya
tapi! tetap BIJAK juga

kenapa IM cakap macam tu?
sebab, dia spesis yang LANGSUNG TAK BUKA BUKU di rumah
semua ilmu hasil serapan di sekolah
Allahuakbar!
sangatlah hebat
dapat scor PMR banyak la juga untuk usaha yang tak seberapa
hebat!

oh!
kelebihan Abang?
dia sangat hebat dari segi teknikal
boleh baiki basikal, komputer, gajet-gajet

hahaha.. Allah kan Maha Adil
semua orang ada kelebihan masing-masing

oh ye.. selepas PMR, ayah hantar Abang ke Pondok Moden @ Tahfiz
IM ikut masa sesi temuduga dan ujian sebelum memasuki pondok tersebut
seriously, kalau sayang-sayang sekalian tengok gaya Abang masa tu, emmm..pasti kalian semua geleng-geleng sambil dalam hati berbisik
"ye ke budak ni boleh hafaz Quran?"
"tak ada gaya Huffaz pun!"

tahu kenapa IM kata begitu?
si Abang punya la sempoi
pakai T-shirt biasa, seluar slack dia lipat bawah dalam 3 lipatan
tak pakai kopiah
tunggu turn nak tasmi' dia siap buka Youtube
dengar ceramah UAI
pergh! sempoi kan?

bila keluar dari bilik Ustaz yang tasmi' sambil ditemani ayah
kami kat luar buat muka;
"Macam mana?"

ayah lagi la buat muka;
"Dapat!!!"

Allahu Allah...
maka bermulalah fasa baru Abang di Pondok Moden Sa'adah Ad-Dar'ain
sedikit demi sedikit lembaran Al Quran di Hafaz
doakan sama-sama ye semua



Abang yang berdiri sebelah kanan Im ye, yang sebelah Kiri IM tu 'Abang' juga
hihi

ADIK

 Beralih kisah adik pula, adik ni sama je dengan IM
darah pun jenis sama
maka perangai pun photostate IM juga

banyak mulut
cepat terasa
merajuk
mengada-ngada
kuat makan

(^_^)v

Adik seorang yang suka bercakap
kalau IM asyik masyuk berborak dengan Ibu
dia pun nak mencelah
kadang-kadang rasa macam adik ni perempuan pula
hahaha
sebab membebel macam IM juga!

oh ye, since Adik dibesarkan dalam kelompok orang dewasa
makanya, dia sangat matang

pernah masa dia balik daripada masjid
oleh kerana memerhatikan kanak-kanak yang buat bising di masjid
masa balik rumah dia pun berkata;
"Ish budak-budak ni, kenapa la main-main dan buat bising kat masjid? oh ye.. diorang kan budak-budak".

kami pun gelak sebab mengingatkan yang sebenarnya dia pun budak-budak, tapi perasan DAH BESAR ^_^
adik ni sangat SANGAT cepat belajar

dah banyak surah dia hafaz
Ayah hantar adik ke Tahfiz setiap malam
dan hujung minggu ke kelas Taranum
serius!
dia azan dan ngaji sedap macam dalam TV
hihi..

so sweet la adik!
dan dia sangat manja dengan IM

kalau orang lain nak kejut dia tdiur susah la juga
tapi IM ada kata ajaib yang bilamana IM sebut, sekali je dia dah bangun
apa dia???


"Good boy, wake up sayang..."
sampai sekarang IM suka cium dan gomol dia
sebab abang-abang dia gemar buli dia
adik la adik
^_^


gigih IM membesarkan adik-adik masa Ibu Ayah pergi Haji
sampai saat Ibu Ayah balik baru IM perasan (setelah Ibu Ayah dan sanak saudara tegur)

rupanya, IM terlebih besarkan adik
IM bagi makan banyak sangat kot!


Gambar masa Ibu dan Ayah balik haji
IM, makcik, Ayah, Ibu, Adik, Angah dan Kakak (adik perempuan IM)
oh ye... Abang tiada dalam gambar sebab di Pondok


Tinta IM : InsyaAllah next entry IM cerita pasal adik perempuan IM yang selalu IM gaduh-gaduh gitu  ^_^.

Oh ye lupa... sekarang IM dah ada lagi sorang Boboiboy! 
Asben IM tersayang, ketipak payung!
hihihi.... 


sayang semua kerana Allah swt.. moga kita bersatu di syurga Allah  :) Ameen

Wednesday, June 12, 2013

WORDLESS WEDNESDAY 01 ("_")



(^_^) V

PETUA ATASI RASA MENGANTUK DI PEJABAT


IM pun kurang pasti... kenapa suka ambil gambar macam ni gayanya
haa....
baru teringat..


ni semua gaya amek gambar

bila


saya


rasa


sangat


ngantuk


bosan


masa


buat


kerja


di


pejabat


^_^







sila jangan ikut perangai IM ek semua


Tuesday, June 11, 2013

KARYA IM : TERIMA KASIH CINTA


Bila rindu itu bertamu
tak siapa tahu
hanya Tuhanku, aku dan kamu

sungguh...
hati mudah tergugah
semua serba tak kena

ke kanan tidak
ke kiri tidak
ke depan dan belakang juga tidak
apatah lagi atas dan bawah
semua serba tak keruan

wabak apakah ini
menular bagai virus
meledak bagai lahar
semua serba tak jadi

mahu apa diri?
tidak cukupkah Dia
saat aku tak punya apa-apa dan siapa-siapa
Aku ada Dia
dan itu sudah lebih dari cukup
Allahu Allah

terima kasih pada cinta kasih Mu
terima kasih pada cinta kasihnya
terima kasih dipinjam akan kekasih untuk berkasih

Maka nikmat apakah yang hendak didustakan?
zalimlah diri pada Ilahi
jangan pernah berpaling walau sekali
buat aku dan kamu
tidak sesekali

SAHABAT : BFFTJ






A028




Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.




Kita berdoa sangat-sangat
Moga ukhwah yang terjalin sekian lamA ini akan membawa baraqah buat kita semua
sampai syurga Allah

Ameen Ya Robbana
^_^




Buat Puan Husna Hassan Basri dan Puan Hasliza
Saya sayang sangat-sangat Best Friend Forever Till Jannah
ameen

DOA SENJATA KITA


Doa itu haruslah dari hati
Doa itu haruslah infiniti
Doa itu haruslah tanpa henti

Doa itu kan harapan kita
Doa itu kan senjata kita
Doa itu kan pergantungan kita

Doa jangan putus
pasti!


Tuesday, June 4, 2013

KARYA IM : GOYAH


Semua rasa tertumpah, tercurah
terluah segalanya
tanpa batasan

Ingin rasanya aku terbang
setinggi langit di atas sana
sejauh yang mampu
bebas dari beban rasa yang entah apa-apa

Rimas aku pada pandang manusia
apa saja yang tersisa

Apa saja yang diduga
tak dapat diduga
akal berbicara selari mata

Bingit... 
biar sepi berbicara
kerana yang diam itu kadangnya melenyap segala pincang
di mata dan jiwa
lepaskan ia perlahan
sekejap cuma
biar ia berlalu
pergi

Berlalu...

MAJLIS BERTANDANG : SG BESAR


Assalamualaikum wbt, kali ini pula IM kongsikan sedikit (memang sikit pun) gambar bertandang ke kampung halaman zauj IM

kawasan sawah padi
tapi gambar yang lawa tak ada dalam simpanan IM
ini sahaja yang mampu IM kongsikan

selamat ye semua ^_^



Kakak Andam bernada sinis ^_^
tapi IM budak degil, so layan je

Kakak Andam : senang mekap kan awak

IM : ha? kenapa?

Akak Andam : ye la.. semua x nak, kening x nak cukur, bulu mata palsu x nak, mekap nipis2 je, shawl pun gayakan sendiri

IM : hihi... saya hanya mampu sengih  ^_^


IM sengal kan... kesian zauj.. mengada2 sungguh IM

Attire : Butik Dalya (Kampung Melayu Subang)
Mekap : Kak Aisyah Sg Besar
Hand Bouquet : Felt Craft (IM juga la..)



tu dia! pengapit kami adik-adik kami
sonang!
hihi  ^_^

eh! baru perasan, pengapit kami dua-dua pakai spek.. hihi

anyway, trimas sangat kat korang yang memayung dan mengipas kami.. ingat nak pegang je payung sendiri, panas kipas sendiri
hihi
aci tak?


(^_^)v

RESEPSI : SHAH ALAM


Assalamualaikum wbt, oh ye... 

tadi IM kongsi gambar nikah
kali ini majlis resepsi di rumah IM

tak banyak gambar, sebab ini koleksi gambar yang diberikan oleh kakak office
yang dari kamera angah dan OP tak dapat lagi..
hihi

so.. kongsi sikit je ye...



IM memang nak mekap natural sangat-sangat
x cukur kening
x pakai bulu mata palsu
x sanggul tinggi

say NO!!!! to those thing please my dear
hihihi


Attire : Dalya Butik , Kampung Melayu Subang
Makeup : Kak Huda (kakak Husna; isteri Ustaz Don)
Hand Bouquet : Felt Craft (IM)


bestnyer.. dulu jadi pengapit kazen, tolong lapkan peluh,
sekarang kazen pula lap peluh IM

p/s: oh ye, dulu IM dan zauj adalah pengapit kazen, sekarang diorang pula pengapit walimah kami...

so syweet kan kan
(^_^)




Sempat lagi IM jeling kat kamera kakak opis



Bersama keluarga IM : Angah, Ayah, Adik, Ibu dan Adik Perempuan (tiada dalam gambar : seorang adik lelaki IM, pelajar Tahfiz dah kena pulang ke Tahfiz dengan kumpulan Qasidahnya)

IM anak sulung (jangan tertipu dengan ketinggian IM dalam gambar ini)


 ayahanda dan bonda serta kekanda IM
sayang semua sampai syurga Allah

(^_^)v

IJAB QABUL - NIKAH


Assalamualaikum wbt sayang-sayang sekalian..

Entry kali ini IM kongsikan sedikit gambar dan momen indah IM ketika meniti saat lafaz ijab qabul

fuh!!!
nebes.. tapi muka control cun, sebab nak bagi semua orang dapat capture muka cun IM

ye la.. penat je makeup.. selalu kan IM comot..
hihihi..

sikit je.. sebab IM x gojes macam kalian kan kan.. hihi

Wallahua'alam...



IM baru perasan, duduk punyalah bucu... hihi  ^_^
makeup IM natural je, kak Huda (kakak Husna, kakak ipar Ustaz Don)

Attire : Kurung Moden (Ibu Jahit)
Shawl : Jersey Lycra Wide Shawl (IM)
Hand Bouquet : Felt Craft (IM)

simple dan sempoi je kan (^_^)


dah macam retis rasa  ^_^


nak hulur tangan menggeletar, sebab macam tak caya, sudah Halal
semua surprise!
IM tak tahu pun zauj nak hulur cincin ke, rantai leher ke..
rupanya rantai tangan..

Zauj IM memang super duper surprise ^_^
sebab tu IM suka


part yang ini memang kami dah plan awal-awal
rasa sebak sangaaaaaaaat
doa daripada seorang Imam buat Makmumnya

Allahuakbar!


rasa macam main kawen-kawen pun ada ek  ^_^ 



IM bersama sebahagian sahabat
p/s : zauj IM memang seorang yang pemalu.. time ni memang dia nak lari sebab semua perempuan, tapi IM kepit dia.. AMPUN!

(^_^) v

KARYA IM : BIAR

Benar... 
Takdir itu adalah ketetapanMu

Benar...
Hati ini milikMu

Benar...
Rasa ini kurniaanMu...

dan benar...
Dia ditakdirkan untukku

Mahu apa lagi aku menunggu
Perlu apa lagi aku hitung
Ingin apa lagi aku fikir

Kebenaran di depan mata
Yang terlindung tak tertangkap mata
Terselindung cuma

Biar sukmaku sahaja yang berbicara
Biar hatiku sahaja merasa
sakit pedih dan duka

Biar terselindung semua
Dengan senyum dan tawa yang menghias rupa

Biar kau baca wajah yang ceria sahaja
tanpa secalit luka
Biar sahaja
Biar

Redha aku segala


Monday, June 3, 2013

DOA SEORANG WANITA BERGELAR ISTERI



"Ya Allah, jagalah cinta hati saya ye
kalau dia nakal,
cubit hati dia Ya Allah".

hihihi.. apa jenis doa lah kan..
tapi itulah doa yang terluncur laju saat IM reply s.m.s zauj pagi ini
hihi..
ye la.. kami kan PJJ

so, IM kan memang wanita sengal berjiwa perkasa
iye kerrrrrrrrrrr  ?_?

makanya, hanya mampu kirimkan doa sahaja dari kejauhan
(wah.. wah.. jauh sangat kah?)


dalam wallet zauji dah ada gambar ni, jeles! 
IM nak beli purse baru, nak letak juga gambar ni walaupun tahu muka IM macam muka bangun tido.. biarlah  ^_^  hihi





Tinta IM : Baru nak belajar macam mana nak bercinta. 

hihi.. syweeet rasanya Bercinta Selepas Nikah  ^_^  serious tak tipu. 

entah! sebab sebelum nikah, memang tak ada niat nak bercinta. 

so, lepas nikah, WAJIBlah bercinta. gitu  ^_^

KAHWIN SUDAH

Assalamuaikum wbt,

Hi sayang-sayang sekalian...
wah!!! lama juga ye IM bercuti dari blog
bukan apa, IM kan dah maju selangkah ke dunia baru
gitu  ^_^

tapi.. blog tetap akan IM jaga insyaAllah

oh ye... fasa baru ini menjadikan IM lebih matang sedikit
kenapa sedikit?
ye la, sifat, peribadi dan pemikiran kita mana mudah untuk dibentuk atau ditukar dalam masa yang singkat kan  :)
so, normallah kalau sifat manja-manja, budak-budak dan sengal IM tumasih kekal lagi



oh ye, selagi mana tak menyusahkan zauj, ok kot kn kn


zauj, Angah dan IM (dalam gambar terserlah la keayuan, realiti?)    ^_^


kami masih tak ada kad nikah? wah!!! bahaya kan? 
next week baru siap, insyaAllah
gambar passport ni IM songlap, ada hati nak simpan dalam purse
kuikui



Us dan ibu dan ayah IM
yup, ibu saya kelihatan muda dan ayu kan kan


sempat lagi IM  ^_^



zauji, memang la kelakar, OP suruh buat aksi lain, dia je buat aksi lain
ok zauji, anda memang special di mata saya, insyaAllah,
dunia wal akhirat



Tinta IM : Ya Allah, kurniakan kami selalu rasa syukur, sabar dan redha dalam setiap cabaran (kata positif bagi masalah). 

Moga kami tetap di sini, di jalan redhaMu. 

Kurniakan kami zuriat penyejuk mata dan hati agar berkembang biak lagilah agamaMu dan pereratkanlah hubungan kami dengan mawaddah wa rahmah, insyaAllah. 

Dengan berkat asma' Mu limpahkanlah kami dengan kasih sayangMu. Ameen ya robbal 'ala min..

Saturday, May 25, 2013

KARYA IM : KASIH HATI

Kasih Cinta Sayang
Ungkap kata yang acapkali terbit
Mungkin mudah diungkap pada sebilangan
Mungkin lancar terluncur dari lidah sebahagian
Dan mungkin juga senang diterjemah segenap rasa

Namun diriku adalah aku
Yang hanya mampu menyorot dari ekor mata
Yang kadang hati tak tenteram
Larut dalam rasa yang tiada keyakinan

Mampu apakah aku menggamit rasa indah
Anugerah sang pencipta buat yang dicintaNya
Redha pada setiap ketetapan

Lantas, bilamana kasih, cinta dan sayang hadir
Rasa yang tak berbagi
Bagai dunia penuh pelangi
Ralit aku tak menyedar diri
Tiada hak pada segenap rasa itu

Apa yang pasti
Sekali hati terpahat dirimu di hati ini
Segala janji adalah sampai mati
Allah sentiasa menemani, pasti

Doa yang ku simpul pada tiap usai sujudku mematrikan namamu
Kerana hatiku, jiwaku, mindaku hanya ada kamu
Kasih hatiku

Kerna sekali cinta, aku tetap cinta
Itu janjiku padamu

Moga saja aku dan dirimu dapat mencampak jauh kisah yang lalu
kisah yang tak harus diheret sama dalam kisah kita
kisah kita adalah kisah kita
bukan kisah yang sudah berlalu
kisah kita adalah kisah kini, esok dan masa hadapan
sampai syurga Ilahi

Sungguh kasihku!
Perjanjian hati ini ku selitkan namamu
Moga sahaja tiada lagi yang akan melukakanmu
Biar diriku menjadi lilin kala dukamu
Aku tak betah membiar hati dan jiwamu dibawa pergi
Tidak sekali
Berjanji pasti!

Allah dan RasulNya pasti di sisi
InsyaAllah, itu yang pasti
dari hati nubariku....


Uhhibbuka Ya Habibi Mohd Arif Hazlami ^_^
Wallahi.. Cinta selepas Allah dan RasulNya

Monday, May 13, 2013

PERHITUNGAN WAKTU

Assalamualaikum wbt,

ohhhhhh... nervous kah?
hihi..
no comment at this moment

dari bulan ke minggu.. ni tinggal 6 hari sahaja lagi
tapi... IM tak berkesempatan mendapat serangan nervous atau seangkatan dengannya

betul  ^_^
mungkin juga sebab kesibukkan diri
menyebabkan IM kadang-kadang blur-blur juga
eh? ni buat persediaan apa ni?
haha

macam-macam la IM ni kan

Anyway, mengharapkan doa semua
agar tautan hati kami ini sentiaaaaaaaaaaaasa dalam rahmat, baraqah dan lindungan Allah swt

walau dalam suka duka dan cabaran (+ve kan ujian/masalah)
moga Allah akan terus pinjamkan rasa cekal dan tabah pada hati-hati kami
ya..
sabar, sabar dan sabar

InsyaAllah






Tinta IM : IM mendoakan moga sahabat-sahabat sekalian sentiasa ceria bi iznillah, InsyaAllah...

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...