Saturday, December 9, 2017

PLANNER ADDICT MALAYSIA

Bismillah...


Dia punya penangan panahan cinta itu memang dahsyat ye
Patutlah siap ada komuniti khas dan ramai yang sertai
Hihi...

Apalah yang ummi AzrAdli mengomel pagi-pagi ini ye
Hihi.. 

Meh tengok sini meh meh...

↓↓↓









Memang jatuh cinta kan kan...
Nak join komuniti cepat cepat cari : Planner Addict Malaysia 

Oh ya!
Nak dapatkan Planner 2018 yang anggun lagi muslimah ni?


Wednesday, September 20, 2017

SEPURNAMA PEMERGIANMU


Sebulan sudah berlalu
Allah..pantasnya..
Tapi..tak terasa Kak Yan dan Icha jauh dari kami

Lia rasa Kak Yan dan Icha tetap ada
Ada...tapi tidak dapat dihubungi dan berhubung
Allahuakbar!!!

Serasa kalian masih ada bersama kami
Icha berbahagialah puteri kesayangan kami di Taman-taman syurga
Mungkin Icha dah berkumpul bersama para ahli syurga anak-anak tahfiz yang syahid tempoh hari dalam kebakaran 
Pada usia muda kalian sudah dijemput pulang
Saham buat ibu bapa kalian

Kak Yan...sungguh rindu pelukan, kasih sayang Kak Yan yang tulus itu
Sungguh beratnya hati ini mengiyakan realiti yang satu ini
Sentiasa terbayang raut senyuman Kak Yan yang paling manis
Sungguh ku rindu
Sungguh kami semua rindu

Satu perkara yang Lia tahu dan akui
Kak Yan menebarkan kasih pada semua
Dan saat kepergian Kak Yan ke alam sana, terbongkar semua rahsia
Kak Yan dikelilingi insan yang menyayangi dirimu seperti mana kau tulus menyayangi mereka

Sungguh untung Kak Yan
Sungguh Lia cemburu itu!!!







Thursday, August 24, 2017

PAKAR MEMASAK



24 OGOS 2017

Pagi-pagi dah fikir nak masak apalah lunch nanti
Jenguk peti ais ada bahan-bahan ni
Maka tersedialah NASI AYAM PENYET TAK SEMPET PENYET
.
.
Biasanya setiap kali Lia post gambar masakan Lia kat FB atau IG mesti Kakak Yan akan Whatsapp/DM Lia kat FB

Lia..macam mana buat roti tu? 
v
v
Sourdough tu macam mana? 
Senang tak nak buatnya?
v
v
Lia..sedapnya nampak..
Nanti datang rumah Kak Yan Lia masakkan ye
haha..

tak boleh bla..siap request Lia masak
Kakak Yan tu memang...macam la Lia pandai sangat
Kakak Yan masak lagi superb, kebabom!!!
Tapi bab BAKING memang Kak Yan selalu surrender

ala..sebenarnya bukan Kak Yan tak tahu
tapi sebab Oven Kak Yan tu yang buat spoil
ada ke suhu tak sampai 100 darjah celsius pun dah macam api 300 darjah celsius
memang la rentung semuanya...
hahahhahha..


Pagi kejadian pun Kakak Yan ada DM Lia kan
sayunya Lia...






Wednesday, August 23, 2017

DARIPADA KAKAK YAN DAN ICHA



23 OGOS 2017

Masa Lia nak balik Shah Alam, Selasa pagi tu..
Mak hulur duit kat Lia
Lia kata, "ok mak..nnti Lia bagi abg arif masuk tabung surau kat tempat Lia ye mak".
.
Mak : JANGAN !
Tersentak Lia seketika, dah kenapa mak ni?? (bisik dalam hati)
.
Mak : Tu duit Kak Yan untuk Lia. Tu Lia punya. Untuk sedekah nanti mak bagi lain.
.
Allahuakbar! Mak..tak kuatnya Lia mak buat macam tu
Biasanya macam tulah Kakak Yan, ada je diselitnya duit belanja untuk Lia, untuk AzrAdli.
Kakak Yan buat Lia macam budak-budak, walhal dah jadi mak 2 orang budak dah pun..
.
Lepas tu mak bagi lagi duit, ni untuk adik..Azra, Adli
Mak kata lagi, "yang ni Kakak Icha bagi kat adiknya..."
.
ALLAHUAKBAR!!!
MAK!!!


SAMPAI HATI MAK!



22 OGOS 2017

Lia : Banyaknya limau
Mak : ha...yang ni boleh buat air ye. Limau nipis..
Lia : MAK!!!! Mak ingat lagi ke??
.
terbahak bahak Lia gelak kat dapur semalam..
.
Lia : laa...limau nipis ke ni mak?
Ibu : ha...biasa nampak yang kecik muda je kan..
Lia : aah la...ni besar besar
Mak : mestilah mak ingat
.
Kak Elis oooo Kak Elis
Ingatkah lagi peristiwa tuuu???





Tuesday, August 22, 2017

PUTRI SYURGAWI


22 OGOS 2017

Ni masa last time AzrAdli tidur rumah Acik Yan
Acik Jenal outstation, Acik Yan dari Salak, ambil kita kat Puchong, pastu balik semula ke Salak
.
Gigih kan Acik Yan tu..
lepas Acik Jenal balik, semua mandi kolam
Acik Yan suruh Azra pakai swimming suit Abg Zikrie kot
Ummi tak join mandi sebab time tu ntah kenapa ummi demam, sakit badan teruk sangat sangat..rasa macam simptom orang pregnant time tu
(haha...jangan buat cerita na..tak betul pun..tu simptom PMS)
.
lepas Asar kita siap siap nak balik Puchong
melencong ke Alamanda
Icha siap gendong Adli pakai baby carrier..Acik Ya kata, boleh ke Icha?
Kalau Icha sakit badan bagitau Acik Ya tau..
.
"ee..best la Acik Ya benda ni (carrier) tak penat pun dokong Adli. Patutlah Acik Ya dukung Azra dengan Adli dengan benda ni".
.
lepas makan-makan kat food court Icha pujuk banyak banyak kali ayah (Abg Jenal) nak ke ToysRus
hahha..kita jalan jalan dalam tu sampai Acik Ya pun perasan Acik Ya macam budak kecik padahal tengah gendong Adli time tu..
apa punya ummi la ummi ni kan
LUPA DIRI..
.
Pastu dalam kedai barang Jepun (ala2 Daiso) Acik Ya kata 21 April nanti Adli 1 tahun. Icha punyalah excited
.
"Mama..mama..nanti 21 April kita pergi rumah Acik Ya tau, birthday Adli"
geleng-geleng mama dan Acik Ya dengan perangai Icha ni tau..ada ada aje...
.
Icha...Acik Ya tak sangka Icha 'pulang' secepat ni sayang
Allah...kuatlah hati
kuatlah jiwa...
.
Ye.. ye..
Acik Ya kuat demi Abg Zikrie ye Icha..
pimpin mama ke syurga ye sayang...



TIDURLAH SAYANGKU..PUTRI SYURGAWI





22 OGOS 2017

Sebelum Acik Ya berkahwin, mmg segala kasih Acik Ya tertumpah pada Adik Icha dgn Abg Zikrie
.
Bila Acik Ya dah ada anak, ada Azra, Adik Icha paaaaaling sayang pada Azra..sebab Azra lincah
.
Azra tu Icha buat macam adik dia
Suap Azra, tanya dulu Acik Ya sebab dia tahu Acik Ya dia ni cerewet...hahaaa..
.
Acik Ya, yang ni Azra boleh makan?
.
Acik Ya, kenapa Azra belum boleh makan ada garam gula?
.
Acik Ya, biskut ni Azra tak boleh makan kan?
.
Acik Ya, pandainya Azra ni. Kecil lagi dah pandai baca doa. Tak pakai lampin dah
.
Didukungnya Azra
Disuapnya Azra
Diceboknya Azra
Aduhai Icha... Sayangnya Icha dengan Azra tuuu
.
Kak Yan pun selalu kata, agaknya kalau ada adik kecik, mesti Icha yang jaga. Mama boleh relax..
.
Icha caring
Icha pemikir budaknya
Icha matang daripada usia
Banyak faham jiwa orang lain
.
Icha faham susah Acik Ya macam mana
Icha faham keadaan Acik Ya
Icha sebiji macam Mama
.
Dahulukan orang keliling
Sebab tu semua sayang Mama dan Icha
.
Pimpin mama ke syurga ye sayangku Icha
.
Semalam Azra kata Kakak Icha tidur..
TIDUR LENA TANPA JAGA LAGI SAYANGKU..



PATAH SAYAPKU

22 OGOS 2017

Semalam Lia sampai je rumah Kak Yan ramai sangat orang. Semua berkumpul. Saudara belah mak, sebelah ayah, jiran-jiran, orang tg karang, kawan kawan kakak Yan, kawan-kawan SYABAS, kawan-kawan ADMAL, kawan-kawan Abg Jenal semua ada. Kak Linda, Kak Norid dengan bestfriend Kak Yan yang cantik kecik tu pun ada Kak Yan. Ramai sangat tunggu Kak Yan balik.
.
Ramai...
.
Lia sampai je cari cari mak. Lia peluk mak.
.
Mak : kesiannya kau Lia, dah takde tempat bergantung. Kakak Yan dah takde. Lia... Lia kuatkan. Lia pandaikan. Lia doakan Kakak Yan ye. Doakan untuk Kakak Yan banyak banyak ye Lia.
.
Lia angguk
Lia senyum, tapi air mata Lia mengalir deras
Lia rangkul mak kuat kuat
Mak..begitulah dia
Kuat, dahulukan kita melebihi diri sendiri
.
Kak Yan jangan risau ye
Nanti Lia call wasap mak selalu ye
Walaupun tak sama dengan kehebatan perhatian dan sayangnya Kak Yan pada Mak, tapi Lia cuba ye Kak Yan
Lia cuba!




KOSONG..HILANG..


22 OGOS 2017


Malam tadi AzrAdli tidur bilik Acik Yan dan Kakak Icha 




Subuh tadi Lia bangun, rasa ada kekosongan di satu sudut 😔
.
.
Rasa hilang
Rasa pedih
Rasa sakit 
SERIBU SATU RASA
.
.
Kak Yan...subuh tadi Lia berjemaah dgn ibu, ayah, Abg Arif dan mak. 
Kami solat kat tempat jenazah Kak Yan dan Icha dibaringkan semalam
.
.
Rindu...
Lia dah mula rindu
Lia tahu semalam tu ciuman dan pelukan kita yang terakhir di dunia
Lia tahu tu..
.
.
Tak puas rasanya lagi nak bermanja dengan Kak Yan dan Icha
.
Semalam Azra nampak jenazah Acik Yan dan Kakak Icha kesayangan dia, kesayangan kami semua dibawa pergi jauh....
Azra : kesian kakak Icha sakit. Kak Icha tidur kan ummi 😭😭
.
Ummi angguk..
Ummi senyum..
.
Azra : Acik Yan tu kereta langgar kan ummi. Kesian Acik Yan kan ummi.
.
Terus ummi rangkul Azra.
.
Ummi : Azra anak solehah kan. Kakak doakan kita jumpa Acik Yan dengan Kakak Icha kat syurga ye. Kakak mesti doakan banyak banyak untuk Acik Yan dan Kakak Icha ye
.
Azra : ok ummi  
.
Ceria dan bersahaja Azra seperti selalu. Nanti Azra dah besar sikit Lia ceritakan kisah Acik Yan dan Kakak Icha ye. Lia janji!
.
Lepas solat, ibu peluk mak. Rangkul erat kakak kesayangannya seperti selalu. 
.
Kak Yan dengan Lia sama sama mengagumi dan mengakui betapa eratnya kasih sayang dan keikhlasan anak anak Nenek Martiah berkasih sayang kan Kak Yan kan...
Kita selalu berborak. Betapa kita rasa ibu dan mak tak pernah jauh daripada kita hatta dah beranak pinak sekalipun. Kasih sayang ibu dan mak pada anak-anaknya makin kuat mengalir sampai ke menantu dan cucu-cucunya
.
Allah...ikhlasnya mereka adik beradik berkasih sayang kerana Allah..betapa kita cemburu kan Kak Yan 😍
.
Lepas ibu peluk mak, Lia peluk salam mak. Pastu mak kata;
.
Mak : Lia..nanti Lia sunyi, Lia telefon Kak Elis, nanti mak suruh Abg Kamarul ambil Lia ye. Tidurlah semalam kat sini. Bukannya jauh pun. Ye Lia ye.
.
Lia angguk
Lia senyum
Air mata Lia tak terbendung...
.
Sebelum kawen dulu Lia suka sangat menempel dengan Kak Yan kan...haha...Lia suka sangat manjakan Icha dan Zikri. 
Sampai Kak Yan kata, Icha dengan Zikri anak anak Acik Ya
 😘



















Monday, August 21, 2017

SEPATU BUATKU




21 OGOS 2017


"Lia, cantik tak yang ni?"

"Cantik, simple"

"Ambil ini ye, muat tak Lia?"

"Ha???"

"aah..Kak Yan belikan Lia ye"
.
.
Masa Abg Jenal out station, Kak Yan ajak Lia dtg rumah
Putri dengan Zikrie nak main dengan AzrAdli
Kak Yan datang dari salak, ambil kami kat Puchong, pastu balik Salak semula
Kak Yan nampak Lia bawa Cookies Gluten Free Azra
Kak Yan, Icha Zikrie makan
.
"eh sedap la Lia, jom buat, Kak Yan beli barang kejap."
Kita pun buat projek cookies, tapi lawak!

Oven Kak Yan buat tak senunuh, habis rentung semua. haha...padahal setting suhu tak sampai 100 pun..haha...tapi dapat selamatkan yang separa rentung...
Icha kata; "Acik Ya, yang macam ni pun boleh juga kita makan"
.
Tengah malam abg jenal balik. Lepas asar Kak Yan kata nak hantar balik. Tapi singgah Alamanda pula. Kak Yan tahu kitorang dah lama tak kelur rumah, apatah lagi nak jalan jalan shopping kan...lepas belanja makan tu yang Kak Yan belikan kasut ni untuk Lia.. Aah Lia perasan kasut Lia dah terkopak sana sini, tapi sebab jarang jalan Lia buat relax je.. hahaha.
.
Allahuakbar!
Dengan sepasang sandle ni merata Lia pergi Kak Yan
Hari ini Lia pakai nak ke rumah mak, tapi...Kak Yan....
.
Kak Yan.. Lia tahu ni bukan mimpi
Lia harap Lia kuat dan kami semua kuat demi Zikrie, Abg Jenal kann...
Damailah Kakak tersayang Noordiana Bt Nordin 
.
Al Fatihah buat kakakku dan puteri kesayangan kami semua 





CIUMAN TERAKHIR




21 OGOS 2017


Kakak Yan
Lia akhirnya dapat juga lelap pukul 3 lebih
Bangkit subuh, celik je air mata mengalir lagi
Lia harap sangat Lia kuat, macam kuat dan sabarnya Kakak Yan
.
Biasanya Lia uruskan post out parcel petang, tapi hari ini Lia selesaikan pagi ini juga
Lia nak cepat cepat balik rumah mak ayah
Kak Elis kata malam tadi Kak Elis risau mak macam nak pengsan sebelum Kak Elis gerak ke Hospital nak tengok Abg Zikrie, Abg Jenal, Kak Yan dan Icha..
.
Lia selesaikan amanah customers ni dulu ye Kakak Yan
Moga cepat urusan pihak hospital dan Kak Yan serta Icha sampai siang ni juga
Nanti Lia nak jumpa Kak Yan, Icha, nak peluk cium macam selalu
.
Lia harap, LIA KUAT!

Adikmu yang kuat menangis.
Ya Allah kuatkan ISMA ILYA!



KELU LIDAH





21 OGOS 2017

Kakak Yan
Pagi tadi kan kita DM kat IG
Petangnya dapat Kakak Yan dah takde
Manalah Lia tak terkedu...

.

Sunday, August 20, 2017

SELAMAT TINGGAL 2 KESAYANGANKU





20 OGOS 2017


Kakak Yan..

Lia tahu Allah pilih Kakak Yan sebab Kakak Yan terrrlalu baik

selalu ada dekat dengan kami sekeluarga

.

.

Abg Arif pujuk Lia, dia kata takpe...

Kakak Yan orang baik

Selalu bantu kita..

Allahuakbar..lagi kuat Lia menangis..
.
.
Kak Yan selalu buat Lia Azra dan Adli happy
sanggup ambil kami dekat Puchong tidur kat Salak
bawa pergi jln2, belanja itu ini
belikan Azra Adli baju baju
baju Zikri dan Putri yang dah tak muat, Kakak Yan bagi pada Lia suruh pakaikan kat Azra Adli
.
.
Masa belajar, kerja Tabung Haji
Weekend je Lia pecut pi KL Central, naik ERL sebab nak spend time dengan Kakak Yan,Icha dan Zikrie
.
.
Lia dapat kerja kat Tabung Haji pun sebab Kak Yan kan...
Kakak Yan yang bagitahu ada Skim Lepasan Graduan kt TH
Habis je last day kat UIA, submit email terus TH panggil Lia keje..
Lia langsung tak lupakan Kakak Yan...
.
.
Bila Lia dah kawen, makin utuh kasih sayang kak Yan
Bila ada Azra Adli lagi bertambahnya sayang Kakak Yan..
sayangnya Kak Yan pada Azra Adli terngiang2 Lia Kakak Yan sayang sangat sangat kat diorang

"ala..cayang (kesayangan) Acik Yan"

gitulah ayat kak Yan bila jumpa AzrAdli..
hihi..comel sangat..
.
.
Tapi petang tadi Aishah call bagitau KakYan dah takde
Lia cakap kat Aishah, apa ni...janganlah main main
Lia sebenarnya tak tahu nak kata apa
Sebab pagi tadi kita message message, pastu Lia tergerak nak pakaikan Azra Adli baju baru yang Kak Yan bagi diorang, padahal baju tu besar lagi
baju Azra untuk budak 4-5 tahun
baju Adli untuk budak 2 tahun
Tapi Lia sarungkan juga
.
Allahuakbar..ada juga kenangan manis Kak Yan degan diorang sempat terakam sebelum perpisahan kita di dunia ni ye
.
.
Kakak Yan..
Lia dah rindu kakak Yan
Lepas solat isya td, diorang wasap kata Icha pun dah ikut Kakak Yan..
.
Icha sayang..
Icha dengan Mama kesayangan Acik Ya..
berhijrah sudah ke dunia yang lain
Insyaallah moga dengan Ihsan Allah kita disatukan di syurga Allah
.
.
Zikrie..Acik Ya tak tahu nak cakap apa nanti jumpa Zikri
Moga Allah kuatkan kita sama sama ye..
Abg Jenal bertahanlah demi anakmu...
.
.
Innalillah wa inna ilaihi rojiun
Al Fatihah buat kakak kesayanganku Noordiana Nordin dan Icha yang Acik Ya rindui selalu
.
.
https://www.hmetro.com.my/…/08/255…/isteri-maut-suami-cedera














HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...