Sunday, August 17, 2014

RESIPI : MASAK : MAKAN

Assalamualaikum..

terjah secara pantas je ni...
tadi lepas solat asar, terus suarakan hasrat kat encik suami..
nak p pasar la...

nak makan keropok lekor dengan char kuey teow..
pergh!!
sampai gitu dia punya teringin...

disebabkan cuaca yang agak panas lagi
terus la surf..
cari resipi kononnya..

teringin nak buat cream puff..
mula dah dia kan kan  :)

sekali encik suami pun datang dekat...
oh ye.. lupa pula dia teringin naka makan pai epal
maka cari la juga resipi

lepas tu request pula pancake..
nak makan dengan hot chocolate katanya
pergh!!! selera tak tahan   :)

lepas dah masak2 nanti kompem ada ayat yang biasa didengar...
"sejak kawin ni.. asyik makan je.."

hahahaaaaa... mana taknya... kesian encik suami.. berat dia dah plus plus plus dah..
penangan si isteri yang gila ke dapur..
saya tak pandai masak, tapi saya RAJIN Masak..

beza ye tu  :)
okbai! jom p cari keropok lekor  :)
dan... air kelapa.. yummy!!!! 






Saturday, August 9, 2014

Mommy To Be (Laman 12)

sebenarnya

















malu















nak 






















ngaku















kami






















ada
























masalah besar!!!!













BESAR PUNYA
^_^



















tak ada idea nak bagi nama kat baby

hihi..
sekian.. wassalam 
:)

Mommy To Be (Laman 11)

Short entry....

Assalamualaikum semua,

salam Aidilfitri  :)
wah wah... masih sambut raya sana sini ye?

Alhamdulillah, misi puasa 6 kita berjalan lancar... syukur.. masih berbaki 2 hari, sambunglah isnin dan selasa nanti, insyaAllah  :)

nak kongsi kisah lucu ni..
sebab kat tadika tu ada 2 orang la teacher yang tengah preggy.. kita dengan Teacher Fiza
pastu due kami beza seminggu dua gitu je

kaki teacher fiza dah membengkak dengan jayanya..
yang kita pula, punyalah diorang jelous..
alhamdulillah masih ok  :)

pastu Teacher Gee punya ayat paling takkan ku lupalah.. SAMPAI BILA-BILA;

Teacher Gee : Isma.. awak kaki kecik (kurus) macam tak mengandung... ha!!!  akak tahu! akak perasan!! apa tau?

Saya :  apa kak?

Teacher Gee : hidung awak! aah.. hidung awak dulu kecik je dan comel (hahahha.. comel tu tambahan jerrrrrrr) sekarang dah kembang

Saya : ha???????

Teacher lain-lain : aah la Kak Gee.....

Saya : heeeeeee??????????????   (-_=)''


***************************************


kembang pun kembang la kak oi

(^_^) v

Wednesday, August 6, 2014

NEWBORN CHECKLIST (HOSPITAL)

Assalamualaikum wbt..

fuh!!!
Allahuakbar..
kadang rasa macam lama je penantian yang satu ini
kadang rasa macam eh eh.. kejap je..
kadang rasa macam.. eh? ye ke ni?
kadang rasa.. emm.. penatnya..

hahhaha..
walau macam2 rasa, syukur dengan segala nikmat pinjaman Allah
Allahuakbar!
nikmat yang Allah beri tanpa henti datang dalam pelbagai cara
ada ujian yang buat rasa lemah
ada rasa bahagia, hati berbunga-bunga
ada rasa sakit
dan macam-macam lagi
apa yang pasti.. Allah tak akan pernah jauh kan  :)

wallahi.. kita hambaNya kalau nak rasa nikmat dalam suka dan duka
apa2 hal semuanya kembalilah pada sang pencipta
sebab tu ada yang bila sakit, rasa damai bahagia je.. sebab yakin semua yang Allah beri tu bersebab kan  :)

****************************

oh ya... marilah kembali kepada topik asal..
maaf ek.. kita kan memang suka membebel.. hihi

****************************

lama dah buat pencarian untuk senarai lengkap barangan bayi dan ummi to be
tapi ye la kan, lain orang lain la keperluannya
kita just buat senarai ringkas je..
mana yang rasa boleh sediakan kemudian, maka kemudian la ye..
in fact, planning lepas bersalin pun belum muktamad lagi

cadangnya nak jadi Fulltime HW, tapi macam sayang la pula nak tinggalkan anak2 didik
anyway, untuk tahun 2014 ni memang akan habiskan mengajar lepas pantang
tapi 2015 masih samar-samar lagi
hihi..
wallahu'alam..
so, sebagai langkah berjaga-jaga kita survey la macam-macam senarai semak
untuk yang ibu berkerjaya dan juga surirumah
nak selamat kan  :)

****************************

bermulalah misi blog walking dan juga pencarian melalui encik gugel..
hihi..
macam biasa la.. blog M2B kawan-kawan alam maya la jadi mangsa..
hihihi.. especially yang terbaru +Sheila Salim  kannnn..

tapi tu la macam saya cakap tadi, setiap orang mempunyai keperluan berbeza..
so, saya senaraikan semula keperluan saya..
insyaAllah bila dah lalui alam sebenar (bersalin) saya kongsikan senarai semak yang telah diolah berdasarkan keperluan sebenar ye.. INSYAALLAH  :)

****************************

NEWBORN CHECKLIST (HOSPITAL)

A) BABY (bag 1)


Baju Lengan Panjang (Sleepsuit) : 2
Baju Lengan Pendek : 2
Lampin Kain : 2
Kain Bedung : 1
Lampin Pakai Buang : 10
Sabun/Syampu : 1
Tuala : 1
Sapu Tangan : 2
Sarung Tangan/Kaki : 4 pasang
Barut : 4
Tisu Basah :1 paket
Minyak Telon : 1

B) UMMI (bag 2) *persediaan barangan ibu adalah lebih penting ye..berdasarkan pengalaman kawan2

Buku Merah
Dompet (IC dan dokumen peribadi)
HP (berserta charger dan power bank)
Kain Batik : 2
Maternity Pad : 10 keping (1 paket)
Bengkung : 1
Tuala : 1
Baju berbutang hadapan : 2
Skirt : 1 (saya berangan nak balik pakai skirt, sebab macam leceh pakai kain batik.. hihi)
Seluar dalam : 3
Seluar dalam pakai buang : 1 paket
Nursing Bra : 3
Nursing Pad : 4 pasang
Kurma
Air zam-zam
Baju sejuk
Stokin : 2 pasang
Tudung
Telekung (in case admit awal sebelum bersalin kan...)
Quran Tafsir kesayangan
Barangan Mandi

****************************

wallahua'alam...


ADILFITRI 1435H (2014)

Allahuakbar
Allahukabar
Allahuakbar

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNya

Tahun 2014 ini merupakan tahun kedua kita meraikan Aidilfitri dengan kekanda terchenta
hihi  ^^
tapi yang paling bestnya
tahun ni Allah beri kesempatan raikan dengan status baru, bakal Ummi
gitu :)

Alhamdulillah.. syukur..

****************************************************

Dalam keghairahan semua orang membuat persiapan raya
kami pula lain ceritanya, sibuk siapkan barang baby
hahaha..

memang tak terfikir langsung pasal baju, kasut raya bagai (bukan tak terfikir, tapi fikir tanpa sebarang tindakan.. x excited pun nak raya sangat.. lebih kepada KETERUJAAN nak sambut permata hati gitu)

nasib la baju raya memang setiap tahun (dah jadi kebiasaan) sedondon dengan keluarga (untuk pagi raya pertama)... makanya dah beli kain awal-awal lagi sebelum Ramadhan
tambahan pula, memang baju2 ibu yang jahitkan.. alhamdulillah..

Makanya tahun ini beraya dalam sederhana la kan, beretepatan la dengan situasi sekarang.. kejadian nahas MH370 dan MH17 serta di Gaza.. Allah.. sedih dan sayu je raya ni kan...

**************************************************** 

Alkisah, sebelum balik raya mengemas la baju-baju nak balik kampung kan.. syukurlah kampung pun dalam Selangor la juga... Allah tu Maha Tahu.. tahu yang kita ni bukan boleh duduk lama2 dalam kereta.. hihihi... tu yang jodoh pun orang Selangor.. hehehe..

So, orang lain sibuk siapkan beg baju raya, kita pula sibuk sediakan beg baby.. takut la juga kan... orang kata sediakan payung sebelum hujan  ^_^ hihi..
nak2 lagi 1st time kan.. bukan arif sangat hal-hal ni semua.. so get ready je la..

so... masa balik kampung tu penuh juga la bonet kereta kami... hihi.. lawak je rasa.. sebab masa minggu raya tu dah 36th week kan.. better get ready je anytime.. bahaya kot.. -_-

**************************************************** 

tapi yang paling terasa masa raya ni apa ek???
hehehe..
tak boleh makan banyak2..
kenapa?
bukan sebab jaga makan.. tapi sebab perut dah sempit... so makna sikit dah kenyang.. T_T
sedih la juga, sebab kena kawal makan... tak dapat nak sumbat macam2.. hahaha..

ye la.. ye la... ku sabarkan jugalah.. hihi..

**************************************************** 

ok... kita share sikit je la ye gambar yang ada.. hihi..
lawak sikit la... sebab raya tidak berbaju kurung.. sarung jubah sudah.. hihi

hihi.. haruslah pimpin2 tangan kan.. hihi.. dengan sapa lagi nak berkepit gitu


KAMI : ibu ayah saya...adik2 saya.. saya dan suami dan baby (dalam perut).... hihih



rutin kami.. kumpul lepas tahlil, makan2, ambil gambar la...


adik beradik plus... abang chenta hati (aksi skema kami)


macam biasa la.. posing tetap posing


kali ni dah tak dapat duit raya la kan...


kami lagi la
Ladies  ^_^


keluarga sebelah abang chenta hatiku.. aah.. adik beradiknya 6 lelaki.. hihi.. makanya baru kami berdua je la ladies...hihi


biras (isteri abang ipar), mak, bapak dan saya



Allah.. rahmati kami semua.. Ameen

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...