Saturday, April 19, 2014

AIR TANGAN ISTERI

Assalamualaikum wbt,

Pagi semua!!! wah wah.. buat apa weekend ni. Oh... IM petang ni ada kursus Al-Baghdadi, insyaAllah. Ingatnya nak masak nasi lemak pagi ini. Tapi tadi tiba-tiba kanda bersuara,

"Ayang, nak beli barang tak pagi ni? jom! makan kat luar sekali... tapi nanti makan air tangan makcik orang la... emmm".
IM : "Ha? Makcik orang?"
"aaah... bukan air tangan isteri la..."
IM : "alolo.. o sywweet la u ni kanda".

 Alhamdulillah..... Allah kurniakan kanda yang tak ceerewet langung bab makan. syukurrrr
 
 

Sunday, April 13, 2014

Mommy To Bee (Laman 8)

Assalamualaikum semua...

hehe.. tengah2 blog walking tiba-tiba teringat sesuatu yang buat IM tersengih sorang-sorang.

apanya?

sepanjang preggy ni, kanda suka soal ni.. 2 benda ni berkali-kali dia cakap.. hihi..


"bila nak beli botol susu?"..

"yang.. bila nak beli set bersalin..."..



haha... benda lain belum lagi keluar dari mulut kanda... tapi yang ini, memanglah kerap amat!
hehe...

tentang set bersalin/berpantang ni;

banyak juga blog walking dan baca2 artikel,  jadinya, rasanya dah decide,

untuk dalaman, opkos la SHAKLEE. dan untuk luaran nak try set anugerah la...
ramai juga mommies yang guna ek...

siapa2 nak buat research boleh klik sini ek -> WEBSITE ANUGERAH

****

so, IM rumuskan di sini ye;

1) set ini ada 7 barang

2) majoriti barangan untuk aplikasi luaran @ untuk sapuan ^^
kecuali 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah

3) produk semua simple2 dan tiada JAMU

4) dibacakan dengan surah-surah pilihan daripada Al Quran.. Allahuakbar! yang ini memang menarik tertarik la kan kan...


*****

simple je kan...

bagi yang tak dan nak klik, meh IM sertakan perincian bagi produk ni ye; (sumber daripada website Anugerah, link seperti di atas ye)



Saat kelahiran si comel adalah detik yang menggembirakan buat ibu-ibu semua. Namun begitu, aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin adalah kritikal dan perlu dijaga.

Herba-herba tradisional yang diwariskan daripada nenek moyang adalah kaedah terbaik semasa berpantang. Ibu mendapat penjagaan rapi untuk mengembalikan tubuh badan kepada sedia kala.

Set Bersalin Normal Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

  • - mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
  • - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
  • - menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
  • - mengurangkan kesakitan ketika bersalin
  • - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.

Ayat-ayat suci al-Quran dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Di antara surah-surah yang dibacakan adalah:

  • - Surah Al-Fatihah
  • - Surah Al-Baqarah
  • - Surah Al-Buruj
  • - Surah Al-‘A’raf
  • - Surah At-Tawbah
  • - Surah Yunus
  • - Surah An-Nahl
  • - Surah Al-‘Isra’
  • - Surah Ash-Shu’ara
  • - Surah Fussilat
  • - Surah Al-‘Ankabut
  • - Asma Husna

Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi:

       1.  1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml  

    •  - menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.  
    •  - menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin. 
    •  - melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.  
    •  - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus. 
    •  - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

              2.  1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml  

      • - membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin. 
      • - melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas. 
      • - didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan. 
      • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
      • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

                3. 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml  

        • - membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.  
        • - merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.  
        • - meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.  
        • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
        • - dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

                  4.  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml  

          • - membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.  
          • - membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.  
          • - tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.  
          • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
          • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

                    5. 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml  

            • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
            • - membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.  
            • - meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.  
            • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
            • - dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

                      6. 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah  

              • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
              • - membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.  
              • - melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.  
              • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
              • - dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

                        7. 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml  

                • - mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.  
                • - digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin  
                • - membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.  
                • - menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.  
                • - dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.


                Mommy To Bee (Laman 7)

                Assalamualaikum wbt,

                Salam hujung minggu semua.. Wallahi rindu blogging, tapi apa kan daya, weekdays memang tak dan nak post entry, while weekend pula, kalau tak mengemas, kaki ni laju je menerawang seluruh alam.. ececeh.. merepek ok ^^

                anyway, pagi ini berkesempatan untuk lawat tapak juga akhirnya, alhamdulillah.. syukur.. aah, sebab kekanda ada kursus pagi ni... jadinya, laju la kita buka lappy terchenta ni...

                dah puas blog walking, kasi corat coret pula... lepas ni, jalan-jalan blog lagi ye... happy.



                ****


                oh ya, perjalanan hidup kala ini, Alhamdulillah syukur atas setiap nikmat Allah yang tak putus-putus. oh ye.. catatan kali ini untuk refleksi diri juga, betapa nikmat Allah mengalir tak putus-putus.. syukur... 



                Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

                - Surah Ar-Rahman -


                ****

                oh ye... semalam dalam sejarah; 12 April 2014

                terperanjat ummi yang oi... sedang leka window shopping dengan kazen dan makcik tersayang tiba2 baby buat ummi terkezut okaih!
                hihi.. sungguh tak sangka!

                selalu rasa denyut-denyut je, sekali semalam dapat la merasa kena siku (ke tendang ke) tak pastila kan..
                tapi memang buat ummi terkezut habis jap!

                aah, memang sebenarnya kaki dah tak larat nak menapak dah semalam, ye la, apa taknya.. jalan punyalah banyak kedai, belinya, apalah sangat! ala.. Nilai 3.. haruslah tergoda macam2, tapi nak beli belum tentu lagi kan... 

                nampak kain lawa dari jauh, datang dekat pegang kain, walawei! keras cekang gitu, patutlah.. pi satu kedai satu kain 25, pergi kedai lain kain yanng sama, tulis 45 macam tu, nak berlalu, tapi tokey kata; "oh kak, bagi murah2 juga, 3 RM100.." makin kami jauh dijerit lagi ; "oklah kak, kasi murah lagi 4 RM100".

                hahha.. idakkah itu satu propa, permainan harga! memanglah den tak tergoda!

                ok, back to the topic!

                Alhamdulillah, dalam kepenatan tu, IM happy dan tersengih2 sambil usap perut.. Allah sudi kurniakan nikmat yang satu ini.. Allah, memang indah sangat.. betullah kan, walau sakit macam mana pun, tetap syukur kan... sebab jadi insan terpilih untuk merasa saat-saat indah ni..


                ****
                oh ye, sebenarnya hati ini selalu musykil.. betulkah diri ini sedang preggy? walaupun perut semakin membulat.. hehe.. aah la kan, bukannya nampak awak kat dalam ni.. Moga Allah sentiasa jaga awak baik2 ye yang.. ummi dan ayah sabar menantimu.. InsyaAllah..  Bi iznillah..

                musykil bukan apa, sebab baru sekali je scan, tu pun awal2 dulu, nampak heart beat awak... ingatkan this month (2 April lepas) nak scan intai2 awak...tapi doktor kata, nanti next month checkup, baru scan, sekali teropong jantina awak ye.. maka ummi kenalah bersabar...

                oh ya, selalunya penantian itu suatu penyiksaan, tapi kali ini IM belajar yang penantian itu suatu yang indah dan mendamaikan... Allah.. jagalah kami...


                ****

                insyaAllah ada masa lagi IM akan corat coret lagi ye... especially teman2 blogger Sheila n Mimie yang sama-sama bakal bergelar Mommy tahun ini, moga Allah sentiasa permudahkan urusan kalian ye....


                salam sayang semua  ^^
                moga Allah sentiasa redha


                HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

                Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...