Saturday, May 25, 2013

KARYA IM : KASIH HATI

Kasih Cinta Sayang
Ungkap kata yang acapkali terbit
Mungkin mudah diungkap pada sebilangan
Mungkin lancar terluncur dari lidah sebahagian
Dan mungkin juga senang diterjemah segenap rasa

Namun diriku adalah aku
Yang hanya mampu menyorot dari ekor mata
Yang kadang hati tak tenteram
Larut dalam rasa yang tiada keyakinan

Mampu apakah aku menggamit rasa indah
Anugerah sang pencipta buat yang dicintaNya
Redha pada setiap ketetapan

Lantas, bilamana kasih, cinta dan sayang hadir
Rasa yang tak berbagi
Bagai dunia penuh pelangi
Ralit aku tak menyedar diri
Tiada hak pada segenap rasa itu

Apa yang pasti
Sekali hati terpahat dirimu di hati ini
Segala janji adalah sampai mati
Allah sentiasa menemani, pasti

Doa yang ku simpul pada tiap usai sujudku mematrikan namamu
Kerana hatiku, jiwaku, mindaku hanya ada kamu
Kasih hatiku

Kerna sekali cinta, aku tetap cinta
Itu janjiku padamu

Moga saja aku dan dirimu dapat mencampak jauh kisah yang lalu
kisah yang tak harus diheret sama dalam kisah kita
kisah kita adalah kisah kita
bukan kisah yang sudah berlalu
kisah kita adalah kisah kini, esok dan masa hadapan
sampai syurga Ilahi

Sungguh kasihku!
Perjanjian hati ini ku selitkan namamu
Moga sahaja tiada lagi yang akan melukakanmu
Biar diriku menjadi lilin kala dukamu
Aku tak betah membiar hati dan jiwamu dibawa pergi
Tidak sekali
Berjanji pasti!

Allah dan RasulNya pasti di sisi
InsyaAllah, itu yang pasti
dari hati nubariku....


Uhhibbuka Ya Habibi Mohd Arif Hazlami ^_^
Wallahi.. Cinta selepas Allah dan RasulNya

Monday, May 13, 2013

PERHITUNGAN WAKTU

Assalamualaikum wbt,

ohhhhhh... nervous kah?
hihi..
no comment at this moment

dari bulan ke minggu.. ni tinggal 6 hari sahaja lagi
tapi... IM tak berkesempatan mendapat serangan nervous atau seangkatan dengannya

betul  ^_^
mungkin juga sebab kesibukkan diri
menyebabkan IM kadang-kadang blur-blur juga
eh? ni buat persediaan apa ni?
haha

macam-macam la IM ni kan

Anyway, mengharapkan doa semua
agar tautan hati kami ini sentiaaaaaaaaaaaasa dalam rahmat, baraqah dan lindungan Allah swt

walau dalam suka duka dan cabaran (+ve kan ujian/masalah)
moga Allah akan terus pinjamkan rasa cekal dan tabah pada hati-hati kami
ya..
sabar, sabar dan sabar

InsyaAllah






Tinta IM : IM mendoakan moga sahabat-sahabat sekalian sentiasa ceria bi iznillah, InsyaAllah...

Sunday, May 5, 2013

SEPATU


Assalamualaikum semuanya..

wah.. wah... malam ni hot topic -> RESULT PRU 13
punyalah tak sanggup
IM terus naik ke bilik
bawa diri

oh ye, baru teringat
usai mengundi terus pergi shopping
aim untuk cari kasut pakai time nikah
gitu ^_^

fokus kasut putih Primavera
sebab pernah usya dan jatuh hati
tapi tunda dan sabarkan
tapi biasa la... cinta pandang pertama memang sukar dilupakan
waduh! gawat ni!

so.. hari ini IM berkunjung semula
ingat nak cari kasut putih yang ada pinkish
tapi tak ada
so refocus -> putih sudah!

cari punya cari.. hihi
dapat tangkap kasut putih yang usya hari itu
maksudnya, memang jodoh dengan sepatu putih ini la kan kan

gitu ^_^

IM kalau bab kasut memang cerewet, tapi kalau dah berkenan, dapat la ceramah free hatta daripada Jimmy Choo bagai, 
tetap juga IM pilih yang terigau dalam mimpi IM
hahha

biasa je, janji sesuai dan SELESA!
wajarlah.. tak mahulah sekadar cantik
namun abaikan aspek keselamatan
no! no! no!


ni la kasutnya.. simple je kan?
asalkan IM suka dan puas hati




Boleh pula masa nak baya kat cashier
mata IM tertangkap!
RM49.00

what? kasut RM49!!!
oh.. my.. Shoe!

apa lagi, terus la sarung sepatu
cuba punya cuba
tertangkap cinta dengan sepatu yang satu ini

pulang dengan bahagia
masa nak simpan shopping bag dalam kereta baru IM perasan 
harga sebenar sepatu cekelat itu adalah RM149.00
mak aih!

memang syukur la dapat rembat!
tahu!
mesti stok lama kan, tapi tak apa
janji sepatu itu buat hati dan jiwaku bahagia
gitu!

so.. inilah cinta hati beta kala ini
sekian!






Tinta IM : Okay... nak sambung sorotan keputusan PRU 13.. nervous sebenarnya.. tu yang lari dari topik... lallaa




Friday, May 3, 2013

'RENDAH' DIRI


Assalamualaikum wbt sekalian  ^_^

saiyidul ayyam, yaumul jum'ah
gitu
hihi

harapnya semua sihat ye, insyaAllah
tinggal berapa hari je lagi kan
ye la.. tarikh PRU 13 nak dekat dah
lepas tu tarikh yang lagi satu pula
hihi

^_^

oh ye... fikir BULAT-BUALT ye, jangan dok TIMBANG-TIMBANG je
hihi
senda pagi gitu

oh ye, nak share cerita sikit
dekat office ada seorang haji ni (not so tua la ek)
suka menyakat IM
ni antara seleksi ayat-ayat emas beliau;


Isma, bila nak besar ni (tinggi) ?

Isma, nanti kawen ada flower girl?
Cari yang lagi rendah daripada awak ye...

Eeeiii, nanti time kawen mesti orang cakap, eh budak darjah enam kawen la

Isma, nanti kasut berapa inci?


Hj o hj... berwarna-warna hidup saya kat office sebab ada hj

yup, seriously, langsung x kecik hati dengan hj ni
sebab adanya hj ni
hidup kat office ceria
hihi
ada sahaja ayat dia yang kita rasa nak gelak
hj oh hj
terima kasih




Nak request macam ni kat suami la nanti  ^_^
euw!  gelissssssss

Site visit ke Tanah Aina Pahang

IM tade la tecik sangat pon kan kan




Tinta IM : nasib la hj ni bukan follower IM.. hihi... hari ni IM pakai HIJAU! ^_^ ceria selalu...

HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...