Saturday, October 22, 2011

Sahabat.. Teman.. Kawan..


Ku rindukan sapaan mesra sahabat
Ku igaukan lirikan manja teman
Ku perlukan sogokan semangat darimu rakan
Ku inginkan insan bernama kawan sentiasa meneman..

Saat ku menangisi kesilapan
Saat ku jatuh tak terampuh
Saat ku pedih, parah dek kealpaan diri
Ku perlukanmu di sisi, di sini..

Sangat tak daya diri ini
Sangat tak betah jiwa ini
Sangat tak mampu minda ini
Berpegang hanya pada memori kau dan aku
Menagih hiba pada diri
yang hanya mampu berdiri
di sini, sendiri

Ku perlukan ketulusanmu teman
Bagai Abu Bakar r.a yang tulus mendokong setiap dakwah baginda

Ku impikanmu sahabat
Laksana Umar Al- Khatab yang sarat semangat juang

Ku dambakanmu dalam hari-hariku........

Lalu ku kirimkan doa buatmu
Moga ukhuwah fillah yang disemai
bercambah, mekar dan harum
sewangi kasturi dan syurga Firdausi
kerna kalianlah;
Sahabat.. Teman... Kawanku









"Teman seperjuangan, kala susah dan senang- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia"









"Walau baru bersua, ukhwah kita bertaut dan mekar dengan indahnya- TH"

Thursday, October 20, 2011

KARYA IM : embara Ini




Diri seakan terbelenggu
lantaran kekeliruan yang menjengah minda
apa mungkin diri bertahan?

Diri ini mendamba selautan jawapan
melerai segala kekusutan
menghurai segenap kekeliruan
mencantas semua kepincangan
agar menggapai jendela kebebasan...

Diri tak bisa mendustakan hati
mengaburi jiwa
melupakan janji
meninggalkan semua
yang pasti tak betah berdiri sendiri
di sini, pasti!

Moga ada yang sudi menanti
sebuah jawapan yang pasti
tulus..
dari hati ini
ku percaya, pasti
akan tiba detik itu nanti
dalam menongkah arus
kembara ini

Jiwa yang berlagu...


Assalamualaikum wbt,
Sobah al khair :)
Dengan harapan hari ini lebih barakah, indah dan semestinya lebih bahagia daripada semalam yang tersangat indah (penyalahgunaan bahasa di sini, ampun maaf DBP).
Tema hari ini sedikit berbeza; mengangkat sebuah novel dan mencantingnya dengan indah di layar perak (filem) bukanlah suatu yang asing. Namun, silap percaturan, maka filem yang dipersembahkan berkemungkinan tidak segah karya ulung dalam novel tersebut. Sayang jika ia disia-siakan...

Tapi, apa yang pasti satu-satunya karya (filem) yang berjaya menyuntik semangat jihad (dalam pencarian menuju redha Allah) buat diriku adalah filem Ketika Cinta Bertasbih :) Ku kira, inilah satu-satunya karya yang ku cari-cari.

Filem ini tidak terlalu larut dalam cinta manusia, namun para pendokong watak turut sama menghayati watak yang dibawakan dengan jayanya (mengambil kira penghayatan mereka menerusi naskhah kitab-kitab agama; kitab-kitab lama seperti Al-Hikam). Benar, terlalu dhaif diri ini, mengaku bahawa tidak pernah mempelajari, malah tak pernah dengar pun tentang kitab ini.

"Oh isma.. nak cerita kisah KCB ke Dalam Mihrab CInta ni cik oi????". ~hati, betulkan balik fokus~

Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini saya dah dapat satu lagu tema;
~Bunga-bunga Cinta; Asmirandah & Dude Herlino~

Inilah bingkisan yang ingin dikongsi, hayatilah liriknya:-

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta


Wednesday, October 19, 2011

KARYA IM : Bahagia


Bahagia..
Apakah nilaiannya dari senyuman
Ataupun dari hilai tawa
Mahupun hanya dengan sapaan mesra
tepuk dada tanya iman



Tuesday, October 18, 2011

KARYA IM : Kerana Air Mata Ini .......



Mata dan Air Mata
bagai sepasang kekasih
yang tak mungkin dipisahkan

Begitu juga Air Mata dan Diri ini
terlalu mudah ia mengalir
berjuraian bagai tiada henti

Saat tawa menghias hati
air mata kadangkala menyelangi indah hari..

Tika sendu mengiring
air mata jua menerjah, lalu melimpahi empangan mata ini...

Entah mengapa hati ini terlalu rapuh
untuk terus memendam ?
untuk terus menanti ?
untuk terus bertahan ?
mampukah aku ???


8.15 pm @ Setiawangsa

Sunday, October 16, 2011

Sujud Syukur PadaMu Ya Rabb =)


Assalamualaikum wbt,


Lama rasanya tak gerak ke tempat kerja dari Shah Alam (rumah keluargaku). Emm, teeeeeeeeeerlalu banyak kisah yang telah dijalani, seperti jauhnya lagi perjalanan yang harus ku tempuh kini dan di masa hadapan nanti =)

Apa yang pasti di penghujung setiap langkah hidup ini ada noktah yang telah utuh tersemat! itu yang pasti;

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Betapa nikmat Allah s.w.t itu tak pernah putus-putus, dan sentiasa mencurah-curah laksana aliran air sungai yang tak pernah kering. Subhanallah! Agungnya kebesaranMu. Namun, kadangkala hamba yang penuh noda terlalu mudah lagha dan leka dengan nikmat dipinjamkan buat mereka. Oh! Layakkah kita menghuni syurgaNya kelak?




Tinta ismi_isma : Tiap KATA tanpa ingatan padaNya SIA-SIA,
Tiap diam tanpa ingatan padanya LEKA,
Tiap PANDANGAN tanpa ingatan padaNya LALAI >_<


Thursday, October 13, 2011

Menggamit Memori :)

Assalamualaikum wbt,

Minna san! Ya Akhi wa Akhawat :) uollz..
hihihi
skill bahasa makin lama makin lupus
kenapa ye?
macam mana la tak pupus... setiap hari menghadap pc n lappy,
sangat sedikit masa dihabiskan dengan berkomunikasi sesama manusia (selain jawab telefon @ pejabat la)

Ya Allah, ku rindui saat part time di UIA;
  1. Pejabat Mahallah Hafsah dan juga
  2. SLEU (Student Learning Enhancement Unit)
Inilah dua tempat yang paling kurindui.. mengapa?
Dua tempat inilah yang banyak mematangkan skillku; sama ada softskill dan lain2 lagi (termasuk kematangan fikiranku)

Pejabat Mahallah Hafsah :
  • Sejak tahun pertama ku jejakkan kaki ke UIA inilah wilayah taklukkanku..
  • (^^)v ye la sangat.. apa tak nya, 1st year lagi gatal-gatal join macam-macam program;
  • Inilah tempatnya daku bertapak sebagai MRC (Mahallah Representative Committee; yang selalu dikenali di IPT lain sebagai exco kolej kediaman)
  • Dan disebabkan MRC inilah dapat juga peluang menabur bakti pada komuniti; buat lawatan amal ke IJN, program Baktisiswa di Perlis dan Sarawak
  • ooooh.. tersangatlah banyaknya kenangan manis, masam, masin, pahit, kelat, semua ada la...(ops..penyalah gunaan bahasa ni, ampun ye DBP)
Student Learning Enhancement Unit (SLEU) :
  • Sesungguhnya di tempat inilah daku mengasah bakatku dalam group binding, presentation, public speaking dan facilitating yang selama ini tak pernah terlintas boleh buat, apatah lagi depan International Student (sangatlah tak sangka, tempat inilah yang berjaya polish bakat terbenamku (^^) hihi...)
  • Dari sini, dapat juga ku perhati betapa bersyukurnya menjadi Muslim; kita dengan mudahnya dapat bersatu walau dari ceruk mana sekalipun, kerana janji Allah itu adalah yang pasti (Ummat Islam akan kuat jika BERSATU)
A137


  • Firman Allah s.w.t : "Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Al-Baqarah 2:137)

Tinta Ismi_Isma : Kerinduan pada suasana Universiti Islam Antarabangsa, gurau senda teman seperjuangan, barisan pensyarah yang tak pernah lelah mencurah ilmu, biar terkadang mata ini asyik melayan dondangan sayang melodi khayalan dalam bilik kuliah... Sungguh!!! Diri ini sangat rindu semuanya........ ~~Oh angin.. sampaikanlah kerinduaan ini...~~





Wednesday, October 12, 2011

KARYA IM : MATA vs HATI




Hati itu mati?
Apa yang terjadi?
Mengapa ia terjadi?
Mungkinkah ia terjadi?
~ Sentiasa bermunajat padaNya, mohon dijaga hati yang selalu berbolak balik ini...










Air mata ini..
Mengapa begitu deras mengalir
Bagai tiada penghujung
Menangisi keperitan hidup?
Menyesali kedhaifan diri?
Menginsafi kejahilan diri?
~Sekiranya ini terjadi, Allah sentiasa di sisi, menemani sepi diri..



Dunia nan fana.. Akhirat jua yang abadi :)

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya;
"Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi s.a.w. menjawab;
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".


H.R. Abu Daud - Keterangan :
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.
Mereka ditindas, diinjak-injak,disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu;-
1) cinta dunia
2) takut mati
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.
1) Cinta dunia bermakna : tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t.
2) Takut mati pula bermakna : leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Tinta Ismi_Isma : Sentiasalah beringat wahai insan bernama manusia, dunia yang kita jalani adalah ladang, tempat bercucuk tanam. Akhirat kelak jadi tempat untuk kita menuai hasilnya. Bayangkan, seandainya di dunia ini kita lagha dan leka dengan nikmat dunia; di akhirat nanti apa yang dapat kita kutip??
Saat insan lain berbahagia dengan nikmat akhirat, kita hanya mampu menangisi dan menyesali segala kedhaifan diri. Dunia akan pergi... akhirat jua yang pasti menanti...

Tuesday, October 11, 2011

Sendiri mengejar bebayang diri.. untuk terus berdiri.. sendiri!

Lewat malam ini seakan mengheret langkah, menyoroti laman blog yang lama ku tinggalkan..
lantaran kerja yang menghambat waktu..
aduh!
kenapa la bila nak menaip je mesti keluar semua madah pujangga..
KALAULAH ada yang sudi jadi publisher untuk semua koleksi puisi ku :)

ahaa!!
ada value ke cik adik Isma oi?
hihihi ^^
wallahi! tidak ku tahu..
apa yang ku tahu..
setiap kata yang ku gubah adalah nukilan tulus dari sukma nubariku..

biar suara sumbang mengata
biar mata liar menjeling nista
hatiku takkan terpalit sekelumit duka
kerana.. aku sentiasa ada dia!
ya.. aku ada DIA!
yang sentiasa bersama kala senang, susah, suka, duka dan lara..
tak pernah pergi jauh walau sedetik cuma.....



Monday, October 10, 2011

KARYA IM : Singgahsana =)




Hadirmu bagai cahaya
Menyuluh jiwa
Bagai mentari senja
Indahnya tidak terkata

Pudarnya sebuah cinta
Dihempas gelora nista
Menyentap selurh jiwa
Yang tiada pengakhirnya

Ya Tuhan padaMu jua
Ku pohon segenap sukma
Hadirkan dia yang setia
Memimpinku hingga syurgaNya...

(18 Jun 2011 - 8.20pm - Rumahku syurgaku - p/s: lama dah diperap :)





HADIAH PENGHARGAAN DARI TEAM LEADER

Alhamdulillah..syukur.. Rezeki dari Allah swt Dapat pula kiriman..bingkisan hati dari Team Leader EduAtfal Bukan 1,2 hadiahnya.. ha...segede...